Malu nak buat catatan ni tapi kena tulih jugak, sebab catatan ni adalah untuk pembelajaran dan kebaikan diri aku sendiri. Macam hangpa semua tau, sapa yang kenai aku personally dan yang duk follow sos med aku sejak ton 2008 ampa mesti tau aku ni PEMARAH dan GARANG nak mampuih. Itu sebenarnya bukanlah kekuatan tetapi kelemahan. Orang yang pemarah macam aku ni sebenarnya orang yang tidak sabar, baru diduga sikit, terus nak meletos.
Aku pun tak tau la, adakah pemarah ini yang menyebabkan aku ada Bipolar Disorder ataupun sebab aku BD yang menyebabkan aku jadi pemarah. Aku tak pasti bab tu.
Tapi since 2019, demi menjaga kesihatan mental aku dan aku kena pastikan kefungsian hidup aku berjalan lancar (fungsi untuk hidup, kerja, sosial etc) aku kena belajar untuk menjadi lebih penyabar dan tidak pemarah. Bukan senang, tapi pelan-pelan. Sampailah tahun ni, 2020, kawan baik aku sorang ni tegur dia kata, "Haa...nampak la sikit perubahan aku bab-bab mengamok marah ni semua. Memang dah kurang banyak." Alhamdulillah, tak banyak, tapi sikit pun jadi.
Sebab ingatlah wahai kengkawan semua, actually pesaing paling UTAMA dalam hidup kita adalah DIRI KITA SENDIRI. Niat dan usaha untuk jadikan diri sendiri lebih baik daripada semalam. Satu benda yang aku rasa aku boleh kawal dan terkawal sekarang adalah apabila dahulu, sedar tak sedar, kelemahan aku ini sebagai seorang pemarah disalah guna oleh orang lain. Sama ada kawan ataupun keluarga/saudara aku sendiri.
Contohnya, aku tala kat hangpa dulu wahai netizen. Hangpa semua dari dulu kan, mesti suka kan tengok aku POST STATUS MAKI HAMUN ORANG SANA SINI. Macam puas hati macam mana. Sebab diri sendiri pun pikiaq benda (negatif) yang sama, tapi tak tau macam mana, benda tu macam hangpa tak tau nak keluarkan/suarakan macam mana. Sama ada takut, tak berani, malu, ataupun memang tak reti nak susun ayat marah-marah ni macam mana. So bila ada topik-topik best yang hangpa duk bara, hangpa akan PM aku dan kata..."Apa pendapat hang mak ayam pasai benda ni?"
Kita semua pun terhibur, sebab bila aku tulis STATUS MAKI HAMUN ORANG, yang lain-lain akan bertepuk sorak, komen tanda setuju. Hakikat, benda negatif tetap akan negatif walaupun kita hias dengan bunga orkid dan tanaman-tanaman tropika persis pelamin Yuna. Bila balik rumah, STATUS MAKI HAMUN ORANG akan terus berlegar dalam kepala otak aku. Aku akan pikiaq dan pikiaq dan pikiaq. Pasaipa orang tu macam tu? Pasaipa orang ni macam ni? Kenapa orang tu perangai sebegitu? Kenapa orang ni berperangai sebegini?
Efek bila aku overthinking tentang sesuatu perkara yang pertama, (1) aku akan tak boleh tidur sikit, (2) ada rasa paranoid dan serba salah (sebab macam tak fair aku kata kat si polan tu sedangkan ada banyak cara baik lain untuk diselesaikan), (3) akan ada migraine sikit sebab memang aku tak boleh over thinking dan secara tak langsung (4) AKU SEBENARNYA JADI OBSES DENGAN TOPIK TU.
Itulah efek kita berbuat sesuatu yang negatif, benda yang negatif lagi akan datang berlipat kali ganda.
Contoh kedua, aku nak tala kat orang yang dekat dengan aku. Dari dahulu, sebagai orang yang garang aku akan dijadikan senjata oleh orang-orang yang lemah dan tidak bersuara. Selalunya aku boleh gunakan KEGARANGAN aku ini untuk perkara yang baik seperti menegakkan keadilan, mendapatkan kebenaran/kesahihan. Tapi ada kalanya, KEGARANGAN aku ini dijadikan senjata halus oleh orang yang ingin melepaskan perasaan benci, dengki, cemburu dan khianat pada orang yang dia tak sampai hati nak marah.
Biasalah kita semua tak sempurna. Orang buat kita, mesti kita akan rasa marah dan kecewa, tapi tak semua orang berani nak tunjuk perasaan sebenar tu. Jadi hangpa akan gunakan aku. Hangpa akan mai kat aku....dan ceritakan tentang SI POLAN SI POLAN SI POLAN. Lebih teruk, orang ni siap akan tokok tambah lagi cerita supaya AKU PUNYA PERASAAN MARAH TU BETUI BETUI TERBAKAQ PANAIH ELOK SAMPAI BOLEH LEBOQ API YANG PANAS.
Maka lepas ap
i dah panaih elok apa jadi? NAGA SMAUG PUN MELEPASKAN LAHAR DARI RONGGA MULUTNYA.
Di sini, pusingan efek negativiti seperti aku cerita kat atas berulang lagi. *sigh* sedih tau kalau ingat balik. Aku tau hangpa tak berniat nak buat naya kat aku, tapi semua ni adalah proses pembelajaran hidup, aku kena belajar atas tanggungjawab kita semua.
i dah panaih elok apa jadi? NAGA SMAUG PUN MELEPASKAN LAHAR DARI RONGGA MULUTNYA.
Di sini, pusingan efek negativiti seperti aku cerita kat atas berulang lagi. *sigh* sedih tau kalau ingat balik. Aku tau hangpa tak berniat nak buat naya kat aku, tapi semua ni adalah proses pembelajaran hidup, aku kena belajar atas tanggungjawab kita semua.
Sejak tahun lepas lagi, sapa-sapa sahaja duk mai kat aku cerita macam bodo-bodo duk bagi aku bara, aku dengar dulu, tapi lepas itu aku akan balik dan sembang dengan Khafi. Cerita apa semua kat dia, and luckily laki aku seorang yang sangat cool dan matang. Dia akan bagi ulasan balik kat aku dan ubah perspektif tentang satu cerita yang sampai. Benda yang negatif bertukar jadi positif. Aku pun seolah-olah macam, masuk telinga kiri keluarlah telinga kanan. Aku bukak Youtube, basuh pinggan, kemaih rumah, main game kot phone.....gaduh dengan kucing......TAKDAK APAAA DAH NAK PIKIAQQQQ TERUK TERUK.
Aku harap hangpa semua pun boleh ambil iktibar dari apa yang aku lalui ni. Tak semestinya hangpa pemarah pun, sapa-sapa kita bila di rumah, di sekolah, dengan kawan-kawan ada ja cerita dan gossip yang duk mai. Adalah amat penting kita belajar untuk menjadi seorang kita ambil semua cerita tu, kita proses dan suling jadikan semua yang keruh itu menjadi jernih. Tak semestinya nak kena cerita kat suami....kot kot hangpa bebai pulak nak kata...EHHH I SINGLE TAKDAK ENCIK KHAFI MACAM YOU.....sibat la....cerita la kat kawan baik, cerita kat kakak, cerita kat mak......CERITA KAT ORANG ORANG YANG MEMBERIKAN AURA YANG POSITIF.
Sekian sahaja catatan akak petang ini. Thanks semua i love u olls! #mentalhealth #love #kesihatanmental