Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Dear Jumie : Suami Ku Yang Gilakan Perempuan Lain

$
0
0
Salam Jumie.. 
I selalu baca blog u dari sebelum kawen lagi.  Baru-baru ni I ada baca blog U tentang penceraian..so I nak share kisah I yang tak berapa nak best ni.

I kawen dengan my husband baru 2 tahun tapi cecah ulang tahun perkahwinan kami yang kedua kami dah bcerai taklik then rujuk balik.

Masalah bermula pas awal tahun 2013 ni bila I perasan sikap dan kelakuan husband I berubah. Husband I seorang yang baik,  taat pada ibu bapa.  Tak suka cakap banyak [agak pendiam dengan family and  kawan-kawan] tapi berubah jadi seorang yang panas baran dengan tiba-tiba.

Untuk pengetahuan u,  I dan husband adalah kawan lama dari sekolah menengah [ 1 kelas masa form 5 tapi masa tu kami tak bercinta]. Lepas message-message dah abes pengajian kat U baru kami jumpa balik and bercinta and kawen.


Berbalik pada cita tadi dalam pertengahan tahun 2013 I dapat tau yang X GF husband I cari dia balik & husband curang dengan I,  tapi I tak mengamuk.  I tanya my husband baik-baik &  dia mengaku yang X GF dia cari dia balik dan dia takleh lupakan pompuan tu.  So I babagitau kat mertua I tentang kecurangan husband I. 
Mertua I husband I dia suruh husband jaga I baik2. Rupanya hal tu tak abes di situ.  Diam-diam husband I pi jumpa pompuan tu di utara tanah air selama 2 hari.  Husband tipu cakap nak pergi umah kawan dia bersama kawan-kawan lain.  Tapi sebenarnya melencong dengan GF. 
Konflik jadi lebih teruk mejelang bulan posa bila husband I mehilangkn diri skali lagi kononnya ke rumah kawan jugak..bodohnya I terlalu percaya pada dia! Bila I message & kol tak berjawab.

Esok paginya I message husband skali lagi tapi dia terus kol I sambil menangis dan bagitau I yang dia kena tangkap basah [khalwat] kerana berzina dengan pompuan tu.  I pi jamin dan bawa dia balik.
 
Tapi sebelum balik I suruh husband pilih sama ada ceraikan I & kawen dengan pompuan tu or tinggalkan terus pompuan tu & I maafk n dia.  Masa tu dia cakap dia pilih I.  Bila balik rumah husband menangis mintak ampun  sujud di kaki mak bapak dia. Pada masa tu mak dia telah sumpah dia camni "Kalo hang ulang perangai camni lagi atau hang pi jejak kaki kat sana lagi cari pompuan tu,  hang takkan hidup senang sampi hang mati" 
I ingat bila mak dia sumpah dia camtu dia akan insaf.  Rupanya tidak.  Dia tetap berhubung dengan pompuan tu sampai 1 tahap bila I tegur dia,  dia hulur pisau suruh I tikam dia.  Dia cakap dia rela mati dari takleh dok dengan pompuan tu.

I bertahan kerana keluarga Jumie.  Family mertua I baik & sayang i.  Lebih sayang I dari suami sendiri sayang i.. I cakap kat my husband kalo dia takleh lepas pompuan tu tolong lepaskan i..bukan niat nak jadi derhaka sebab mintak tapi kalo dah dia dok gila kat pompuan lain buat apa ikat I lagi.  I pon nak cari bahagia I sendiri.  Seminggu sebelum hari raya husband telah bagi I taklik camni sebelum dia pegi keja "Kalo ayang kontek GF abang orang layan kol or message GF abang, kita bukan suami isteri lagi..dan kalo ayang mengadu masalah kita ni kat mak abang atau keluarga ayang pon kita bukan suami isteri lagi". I terus jadi tersentak..i terdiam lama.  Sebelum keluar husband I cakap dia tak izin I balik umah parent I hari tu. [kami sekampung].

Selepas dia pegi kerja dan I pikir masak-masak, I telah langgar taklik husband I dengan bagitau apa yang jadi pada mak mertua I dan secara automatikny talak telah jatuh.  Lepas berbuka posa dengan family mertua I,  I minta izin untuk balik ke rumah parent I sebab I bukan isteri anak dia lagi dah.  Husband I masa tu tak tau yang I dah langgar taklik dia.

Bila dia dapat tau dia bole buat drama swasta merayu-rayu minta rujuk balik pada malam tu jugak.  Tapi I tak nak.  I suruh dia pi kawen dengan GF dan stop dok buat dosa.  Dia tak henti-henti merayu.  Atas nasihat  kedua-dua family,  i setuju rujuk balik dengan dia dengan syarat dia mesti mai minta maaf & minta balik I pada mak bapak i.
 
Minta maaf sebab dah malukan depa.  Dah kecewakan depa & janji takkan ulang lagi salah ni.  Tapi masalah tak berakhir di situ,  bila tiba hari perbicaraan mahkamah kes khalwat, my husband buat hal lagi.  Husband I pegi diam-diam jumpa pompuan tu. 
Disebabkan duit denda husband ada pada I,  so I terpaksa pegi sana tapi lewat sikit.  Bila I sampai ja I nampak husband I tengah berjalan dengan pompuan tu.  I terus pegi kat diorang.  Husband I terkejut sebab tak sangka I sampai seawal tu sebab dia ingat I akan sampai lewat. 
Then kitorang gaduh kat situ jugak sebab husband I minta duit dan suruh I balik.  Masa kami gaduh husband nyaris nak pukul I.  Dah la kat tempat awam.  Semua orang tengok kami gaduh sampai ke parking lot & sampai ke tepi jalan.  Lepas tu husband I tinggalkan I sorang-sorang kat tepi jalan tu. I taktau nak tuju kemana Jumie sebab I memang tak familiar dengan tempat tu apatah lagi dengan negeri tu.  Nasib I baik sebab pada masa I gaduh dengan husband I tu ada 1 hamba Allah yang saksikan pgaduhan kami tu. Dalam ramai-ramai manusia kat situ dia datang hulurkan bantuan bersama anak-anak buah dia yang turut tengok kami gaduh tadi. Diorang bersimpati dengan apa yang jadi kat i.  I rasa bersyukur sebab mereka bantu I untuk settlekan tempahan pengangkutan untuk I balik ke rumah I. husband I langsung tak call I,  message apatah lagi cari I lepas tu. 
Esok paginya,  suami I ada menghubungi I melalui telefon.  Tetapi I malas nak layan. Sejak kejadian tu,  I terus jadi tawar hati.  Family kami telah panggil kami berdua untuk berbincang.  Husband I mengaku,  dia kata dia masih sayangkan I tapi pada masa yang sama dia sayang pada perempuan itu.  Tapi bila diorang tanya I,  I terus terang,  I kata “I tak boleh hidup dengan suami yang gilakan perempuan lain.
So I deciced untuk tuntut fasakh memandangkan husband I taknak ceraikan i.  Alasan dia sebab dia tak bersedia nak lepaskan I lagi.  Hari-hari dia merayu-rayu jangan tinggalkan dia.  I jadi pening Jumie.  Dah taktau nak buat apa.  Pada masa yang sama I sayang family husband I sebab depa syang I dan sentiasa menyokong i.  Depa sendiri kata walaupun husband I anak depa, salah tetap salah. Dan depa sokong apa saja keputusan i.  Sebab dah banyak kali depa nasihat tapi husband I tetap taknak berubah & bertaubat.

Apa pandangan u Jumie dengan masalah ini.  Adakah I patut minta cerai ja or bagi peluang pada husband i.
 
Azlina

Hello Azlina,

Thank you so much for sharing this story with me.  Walaupun panjiang,  tapi takpa!  Sepanjang duk bacia dan duk pebetui u punya ejaan yang sangatlah banyak shortform tu kan.......i punya duk geram dan tak sabar-sabar nak menulis pasai benda ni.

Sebenaknya u olls,  lepas yang u tolong dia kena tangkap khalwat tu.  I think that's the end of it la.  Memang bagus,  sebagai manusia,  u pi tolong dia,  jamin dan keluarkan dia daripada kena tangkap tu kan.  Tapi lepas tu,  pasaipa u pi bagi lagi peluang kat dia.  FOR ME,  lepas daripada tu dah cukup dah.  U mau tinggai dia terus seketoi.

Memangla dia buat drama swasta,  drama Astro Ria,  drama Korea malah drama Tamil sekali pun,  itu dia!  Pasaipa u nak 'beli' apa yang dia cakap tu semua?

For me,  tindakan u untuk tuntut fasakh adalah satu perkara yang amatlah betul.  Memanglah depa semua selalu duk kata "Kalau isteri tuntut cerai...bergegar arash jannah," gitu!!  Habih tu kalau laki perangai macam syaiton nirojim,  pi berdehem dengan isteri orang,  bukankah api kat neraka jahanam lagi duk berapi kuat.  Siap ada bunga api lagi percik-percik.

It's good that u have a good relationship with your in laws family.  Ada wanita lain yang tak punyai nasib baik seperti u.  Tapi tak semestinya kalau u berpisah dengan your suami nanti, u kena putus hubungan dengan keluarga dia.  Tak lojik u olls.  U still boleh pi visit depa,  pi jumpa depa dan teruskan tanggungjawab u sebagai anak,  selagi mana yang mampu.  Tak salah aih!!  So kenapa u nak feeling tak mau bercerai sebab pikiak depa baik dengan u.

Yang hidup dengan anak depa yang syaiton nirojim tu adalah u!  Depa tak rasa tu semua.  Depa tumpang kesian ja.  Apa lebih saja yang depa boleh buat.

Jangan rasa sedih sebab u berkahwin dengan lelaki itu.  Allah nak uji u olls.  Dan jadikan u kuat!  U can do it u olls.

Lelaki yang tak boleh kawal nafsu,  apa beza dia dengan binatang?   Jahatnya aku menuduh sebegini tapi geram la u olls.  Kalau dapat anak dara ka,  minah Indon kocok-kocok ka...i rasa macam meletops la jugak kan.  Ni pi cari bini orang.  Apakah sungguh?  Apa cerita laki si perempuan tu?  Laki dia tak mau mai baling asid ka kat muka laki u?

Okay lani,  u jangan duk raplah-raplah.  Held your chin up high,  tengok straight dan terus catwalk dengan fiercenya.  Lagipun u takdak anak kan?  Aiiiyooo lagi senang okay.  Plan hidup u satu persatu.  Ada banyak benda yang u boleh capai sendiri apabila u betul betul focus untuk berjaya dalam hidup,  di dunia dan akhirat.  Kenapa bazirkan tenaga dan kudrat untuk insan yang tak tau menghargai hidup u.  U deserve a better life darling.

Kalau u nak terus juga hidup dalam drama swasta suami u tu,  kami tak ada hak nak halang.  Selagi mana u larat nak layan dia...layanlah.  Tapi jangan duk merungut la kat kami lepas tu kalau hidup u sendu.  Kebanyakan wanita,  depa ada banyak peluang depan mata,  tapi depa takut nak buat pilihan.  Instead,  depa lebih rela duduk bersimpuh feeling menyanyi 'pohon beringin' di tepi kolam ikan kaloi (Macam mana ikan kaloi nak timbui...dah silap lagu kan?) U get what i mean?

And bukan nak kondem dengan sistem syariah untuk institusi Islam kat negara kita.  Undang-undang tu baguih,  tapi orang yang handle dan mengaturcarakan benda tu yang membuatkan benda ni berat sebelah dan macam celaka nohorom.  Berapa banyak kes wanita tuntut cerai kat mahkamah kita yang tak sette-settle sampai lani?  Macam u kes suami yang curang.  Suami yang pukul dan tendang isteri sampai masuk police case pun sampai lani tak settle-settle.

So kalau u betui betui nak tuntut cerai,  find a very good lawyer and buat sampai betui betui settle.  Jangan duk cari peguam yang sendu-sendu dan langsung tak care pasai u punya case.  Bila masuk mahkamah,  jangan berdiam!  Kena buat bising-bising sikit.  And kalau u pandai,  cari BF baru siap-siap (pelakon pun takpa),  bagitau kat mahkamah,  SAYA NUSYUZ...ADA BF LAIN...haaa senang!  *cadangan i olls sangat radikal.  Mohon tidak ikut.

Kepada kawan-kawan yang baca blog ni.  Hope u olls bagi input dan komen meletops bagi lagi semangat kat Azlina.

Love,
Jumie Samsudin

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>