Hello u olls semua,
YEAHHH!!!! Bulan 3 ni besde akak yang ke 28 tahun. Tapi yes, akak setuju dengan u olls.....akak tetap nampak seperti 21 tahun. Nampaknya, susuk yang akak tanam di Russia ini menjadi.
Okay, tak mau merapu dah. Seperti tahun-tahun lepas, akak akan buat segmen khas sempena besde akak yang mana, ampa antar soalan kat akak, akak pilih soalan-soalan meletops...pastu akak akan menjawabnya.
Ampa baca sini :
Tahun ini, akak nak jawab soalan-soalan u olls semua bukan melalui penulisan artikel, tapi secara PERCAKAPAN. Oleh itu, bila ampa antak soalan, pastu akak akan pilih soalan-soalan yang baguih, pastu akak akan jawab melalui video!!! Hala...akak pun nak tunjuk jugak la yang akak boleh bercakap. Satgi ampa duk ingat....alah....akak tu....dalam blog jer kak nam sana sini. In person......tak meletops pun. Akak nak buktikan kat u olls yang dalam video pun, akak kekal meletops dan jelitawan.
Sebab itu, walaupun birthday akak bulan 3. Tapi, akak minta soalan daripada u ols semua awal-awal sebab banyak persiapan yang perlu kami lakukan. GITU.
So, send me your questions to my email :
To : jumiess@gmail.com
Subject : 28 Soalan untuk Jumie Samsudin
Sekian, i love u olls!