Hello u olls semua,
Tak sangka cempedak jadi nangka (style orang dulu dulu bila kata tak sangka), akak mendapat offer untuk menjadi salah seorang pelakon dalam pementasan teater muzikal anjuran Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia, Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang.
Mula-mula dulu, pihak produksi adala contact I. Nak suruh i jadi make up artist depa. Masa tu, akak sengap dulu tak mau bagi jawapan sebab tarikh tu i ada event kat office. Dah lama lepas tu, boss besak depa, Mr. Lanun menge-call akak. Akak ingat dia nak suruh akak make up lagi. Kisahnya, dia nak suruh akak berlakon pulak kali ni. Sebab penulis skrip kata, depa nak kena ada watak perempuan yang boleh menyanyi. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh teruih tak pikiak panjiangg terus kata yes. Tamaknya i.
Teater muzikal ini akan menampilkan ramai pelawak yang sedang popular kat Malaysia buat masa ini. Tapi semua pelawak ni....semuanya orang UTAGHA. Kecuali Najua P Ramlee. Tapi kita boleh count her in as utara sebab legasi tok dia iaitu Mendiang Tan Sri P Ramlee merupakan anak watan Penang. Sekampung dengan I u olls. Ada Mamak and Shazli Cuit, Ajo and Abu Mamu, Daniel Bintang Mencari Bintang, Shuk SYJ, Ropi and Pak Yus Jambu. Kira dalam list ni...i sorangla yang bukan artist...........................................(i retis USM sahaja).
Watak I ialah sebagai Teacher Fatimah. Cikgu muzik!! Hahahaha kerlas dak u olls? Okay u olls. Tak mau berletiak panjang. Jom baca press release yang disediakan oleh pihak produksi untuk dipost-kan dalam blog akak yang meleps ini.
But before that, pesanan penting untuk ampa semua. Pakat ramai-ramai mai support kami berlakon teater di USM. Ampa duk bising kata rugi tak mai tengok i berlakon...haaa...maila. Kali i berlakon dengan retis lagi. Lagi meletopsss! Bubuh siap siap tarikh ni dalam diary ampa :
Tak sangka cempedak jadi nangka (style orang dulu dulu bila kata tak sangka), akak mendapat offer untuk menjadi salah seorang pelakon dalam pementasan teater muzikal anjuran Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia, Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang.
Click more
Teater muzikal ini akan menampilkan ramai pelawak yang sedang popular kat Malaysia buat masa ini. Tapi semua pelawak ni....semuanya orang UTAGHA. Kecuali Najua P Ramlee. Tapi kita boleh count her in as utara sebab legasi tok dia iaitu Mendiang Tan Sri P Ramlee merupakan anak watan Penang. Sekampung dengan I u olls. Ada Mamak and Shazli Cuit, Ajo and Abu Mamu, Daniel Bintang Mencari Bintang, Shuk SYJ, Ropi and Pak Yus Jambu. Kira dalam list ni...i sorangla yang bukan artist...........................................(i retis USM sahaja).
Watak I ialah sebagai Teacher Fatimah. Cikgu muzik!! Hahahaha kerlas dak u olls? Okay u olls. Tak mau berletiak panjang. Jom baca press release yang disediakan oleh pihak produksi untuk dipost-kan dalam blog akak yang meleps ini.
But before that, pesanan penting untuk ampa semua. Pakat ramai-ramai mai support kami berlakon teater di USM. Ampa duk bising kata rugi tak mai tengok i berlakon...haaa...maila. Kali i berlakon dengan retis lagi. Lagi meletopsss! Bubuh siap siap tarikh ni dalam diary ampa :
Tarikh : 16 Februari 2014 (Ahad)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra USM
Harga Tiket : RM 50, RM 40, RM 30 & RM 20
Hubungi Skuad Tiket : Hasrol 012-5618434 & Halimantoro 017-4571837 untuk sebarang pertanyaan. Kalau ampa tak larat nak keluar rumah, takpa!! Depa akan mai kat ampa!!
Salam seni kepada seluruh aktivis seni Pulau Mutiara.
Pengisian Istana Budaya dengan pementasan Lawak Ke Der memperlihatkan trend persembahan lawak semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia apatah lagi dengan kemeriahan Mahajaralawak Mega yang sedang berlansung panas di Astro.
Lima malam pementasan Lawak Ke Der di Istana Budaya juga penuh dengan gelak ketawa melihat Johan , Zizan and the gang ! Dan kini pentas di Dewan Syed Putra USM dengan usaha ligat Persatuan Teater Resdong's, Pusat Pengajian Seni dan Dewan Budaya USM bakal menguji kesetiaan penonton di Utara Semenanjung untuk mengangkat sebahagian pelawak-pelawak dari utara dalam pementasan Lawak Utagha The Musical dua minggu lagi.
Jika Lawak Ke Der mampu secara sihat dan profesional dengan set pelawak yang hebat menggegarkan Istana Budaya, mengapa tidak Lawak Utagha The Musical diberi peluang dan ruang mengisi trend rekreasi santai ini beraksi di pentas, bukan Istana Budaya tetapi Dewan Tuanku Syed Putra... Kita percaya para pelawak artis utara juga mampu beraksi mewarnakan suasana... dan tentunya para penonton di Pulau Mutiara akan memberi sokongan padu memartabatkan artis-artis Utara dengan penuh bangga ! Siapa lagi kalau bukan kita !Kita bertemu di Dewan Tuanku Syed Putra USM !
Sebuah teater bercorak muzikal ini memaparkan percintaan tiga penjuru di alam persekolan antara Zamri ( Shuk SYJ), Hamdan ( Yus Raja Lawak ) dan Che Embun (Najua P.Ramlee). Antara yang menarik yang bakal diangkat dalam teater ini ialah babak-babak di dalam kelas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan kelas PendidikanAgma Islam. Lawak Utagha The Musical mengembalikan nostalgia pelajar sekolah menengah dengan mengimbau isu-isu yang menarik tentang kehidupan pelajar di sebuah sekolah sehinggalah berakhir dengan pertemuan kembali mereka dalam ‘re-union’.
Artis Raja Lawak yang lain yang turut menjayakan teater muzikal ini ialah Ropi ( Pengetua), Shazli Cuit (Ustaz Ramli), Mamu Abu ( Abu), Mamu Ajo ( Husin), Mamak Cuit ( Ismail ) dan Daniel Bowl Bintang Mencari Bintang ( Sulaiman ).
Turut diundang ialah komposer terkenal tanahair Azmeer sebagai Pengarah Muzik dan Jumie Samsudin seorang pelakon berbakat dan penyanyi bersuara emas Bintang USM sebagai Teacher Fatimah. (Kerlasssssssssssssssssss depa!!)
Idea asal pementasan ini lahir dari Prof . Madya Mohamad Omar Bidin Dekan Pusat Pengajian Seni USM yang melihat beberapa buah pementasan teater komedi dipentaskan oleh Persatuan Teater Resdong’s di Dewan Budaya USM sebelum ini mendapat sambutan amat menggalakkan.
“ Jika pementasan ini berjaya, kita bercadang untuk mengangkat teater ini ke Istana Budaya ujarnya lagi.ARTIS-ARTIS PELAWAK MALAYSIA POPULAR YANG TERLIBAT
Mamak and Shazli Cuit
Ajo and Abu Mamu
Daniel Bintang Mencari Bintang
Shuk SYJ
Ropi
Pak Yus Jambu
Najua P Ramlee (Penampilan Istimewa)
Jumie Samsudin (Sila ambil perhatian gambar ini dirakam pada tahun 2009)
PENAJAAN :
Penajaan dipelawa kepada syarikat-syarikat swasta, badan berkanun, organisasi-organisasi dan individu tertentu yang berminat untuk mengiklankan setiap produk atau sebagainya yang berkaitan dalam bentuk promosi, berita, publisiti ( banner, poster, streamers, flyers atau vedio klip )
Penaja Utama :
Menaja sebuah motorsikal sebagai grand prize untuk cabutan tiket bertuah.
Penaja utama yang menaja sebuah motorsikal untuk tiket cabutan bertuah sebagai grand prize akan dicatat sebagai penaja rasmi dalam setiap promosi
Sumbangan Wang Tunai/ Cek atas nama Persatuan Teater Resdong’s Pulau Pinang
Akaun Nombor : 557063320985 May Bank.
Tajaan berbentuk barangan/ produk/ t/shirt untuk penonton/tenaga produksi.
Menaja penginapan / makan/minum artis yang terlibat
Menaja bahan-bahan promosi/ publisiti.
Menaja hadiah-hadiah cabutan bertuah, cenderamata, hamper atau barangan.
Bahan berita ( khusus untuk media massa )
KEISTIMEWAAN KEPADA PENAJA-PENAJA YANG TERLIBAT
Berpeluang membuka booth di foyer Dewan Tuanku Syed Putra USM secara percuma untuk menjual produk pada hari pementasan.
Memperkenalkan/ memasarkan jenama / barangan kepada umum.