Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Perhentian Getaway 2014!

$
0
0
Insya Allah tahun ini kami akan ke Perhentian untuk honeymoon 2014.  Tahun tahun dulu (first year kawen),  kami pi Cameron Highland.  Second year kami ke Terengganu - Kelantan trip with my parents.  And this time,  kami akan ke Perhentian.  

Macam mana sibuk pun,  setahun sekali kena pi bercuti mana-mana and really spent time together.  I really love the experiences we had in Cameron Highland.  Memang mendamaikan.  Sepanjang jalan aku tergedik-gedik kat dalam kereta sebab nak pi honeymoon katanya.  


Ampa boleh baca cerita Cameron Highlands kat sini  :




Click read more  



I ada seorang anak ayam yang menjalankan business traveling agency di sana.  Tajuk syarikat dia ialah Perhentian Trans.  Dah lama dia mengajak we olls ke sana.  Tapi masih tiada kesampaian.  Untuk pengetahuan u olls,  sebenarnya memang before kami kawen pun,  kami dah tulis Perhentian untuk list percutian kami.  

I really love pantai.  Perhentian ialah sebuah destinasi yang cantek.  Ditambah pula dengan kehadiran anak ayam tercinta iaitu Yolanda Adams pastinya dia akan sajikan kami dengan pelbagai rahsia Perhentian yang mungkin tidak dapat dirasai oleh pelancong yang lain.

I memang dah bagitau kat husband I,  i feeling nak pakai tupis.

“Kalau hang rasa hang elok pakai macam tu...hang pakailah,” begitulah dorongan dari suami saya.

Kami akan looking forward to this holiday.  Tak sabar nak feeling Ka Ho Na Pyar Hai di tepi pantai bersama suami ku.  Setelah lalui pelbagai halangan dan kisah duka bersama pada tahun yang lalu,  tapi saat-saat macam ni,  walau macam mana pun,  aku tetap ingin bersama suami aku.

Alhamdulillah,  dalam kesederhanaan ini.  Aku masih dengan dia dan dia masih bersama aku.  Syukur kepada Allah,  walau apa juga tohmahan dan pandangan negative yang kami terima,  tapi aku tetap berada di belakang dia dan dia masih berada di belakang aku.  Mungkin hari ini ialah hari dia,  esok esok mungkin hari aku pula.

Feeling pulak di malam hari ini. 

Ampa janganla nervous dan tertanya tanya apakah gerangan masalah yang kami hadapi.  Biasalah,  rumah tangga mana yang sepi tanpa gelora.  Kami masih loving each other very much.  Cara hidup kami dorang mungkin berbeza.  Dan apabila orang lain cuba menambah nilai nilai mereka dalam hidup kami,  kami ada sedikit gundah dan terkadang itu melantunkan emosi yang tidak sepatutnya.

Pernahkah kami merungut? Pernahkah kami gelabah? Pernahkah kami jadi tidak waras kerana sikap sikap tidak adil antara kami? Pernahkah kami tiba tiba hilang dalam percaturan? Selama ini,  biar apa juga halangan kami.  Kami dua yang tahu apa rasanya. Sakitnya,  pedihnya,  manisnya,  wanginya.

Kami juga tidak pernah mengharukan orang orang lain.  Walaupun ada pernahnya kami terduduk menangis mengenang kisah kami sendiri,  tapi kami tidak pernah menggunakan kesedihan ini untuk menagih simpati keluarga dan sahabat terdekat.  Mungkin ya pernah sekali,  tapi hanya kepada dia yang aku betul betul percaya dan cepat cepat aku perbetulkan langkah dan mara ke depan. 

Tapi mengapa dalam ketenangan dan kesederhaan ini,  kami sering disogok dengan perbandingan. Orang lain dah ada anak? Orang lain dah beli rumah? Orang lain dah tukar kereta? Orang lain dah pergi Umrah? Kenapa timbul kekurangan ini sedangkan kesederhaan ini menjadi pilihan kami sendiri?
 
Amat memenatkan.  Kita cuba untuk bina dunia sendiri.  Tapi orang sekeliling kita meletakkan ekspektasi yang membuatkan kita tidak yakin pada asas yang kita bina.  Gentle la wa cakap,  selama ni inilah masalah paling besar dalam rumah tangga kami.  Ekspektasi orang tersayang. 





Sudahlah,  cerita sekarang tak guna.  Takdak modal nak lawan balik.  Biarlah aku nak angan-angan posing pakai tupis dan kain jarang hitam sambil pegang piala di tepi pantai pada malam hari sambil bergelek Drunk In Love.  Dan biarlah dia jadi Jay Z ku.

Love,

Jumie Samsudin


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>