Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Kebakaran di Bukit Relau / Bukit Jambul di Belakang USM

$
0
0
Assalamualaikum u olls semua,

Selain kita rakyat Malaysia sedang bersedih dan pasrah menantikan berita terkini mengenai #MH370 kami di USM Penang juga sedang berduka dan tidur dalam kerisauan kerana bukit Relau/Bukit Jambul yang terletak di belakang RST USM mengalami kebakaran hutan sejak Ahad,  9 Mac 2014 yang lalu.

Kepada penghuni Restu,  Tekun dan Saujana dan kawasan sekitarnya,  depa dapat menghidu bau asap yang amat kuat.  Even kalau u olls berjalan di area Stadium dan Aman Damai / Indah Kembara pun u olls dah boleh bau asap kuat tu.  Api kebakaran hutan yang masih lagi menyala pada malam Isnin,  10 Mac kelihatan macam lava gunung berapi u olls.  Siapa yang tengok dari jarak yang dekat akan merasa HORROR okay.


Click read more


Laporan kepada pihak Bomba dan Jabatan Keselamatan USM telah dibuat.  Saya sendiri menelefon pihak BOMBA dan mereka mengesahkan bahawa unit bomba khas telah ditugaskan untuk berjaga di kawasan kebakaran untuk 24 jam.  Buat masa ini,  jarak kebakaran dengan kawasan kediaman terdekat masih lagi dalam jarak (jauh) yang selamat.  Thank god to that.  Tapi asap masih teruk.  Saya tak tau la macam mana students semua tidur malam-malam.  Apatah lagi they olls yang ada masalah asthmatic.

Kepada rakan pelajar dan juga staf,  pihak Jabatan Keselamatan USM sentiasa memantau situasi ini dan sekiranya berlaku sebarang petunjuk / kejadian kecemasan,  terus call 04-653 4999 dengan kadar segera.

I hope kebakaran hutan ini dapat ditangani dengan segera.  And kita semua jom la berdoa untuk hujan.  Please please please.  Rumput rumput kat USM pun dah nampak macam padang savana Africa dah.

Here i post some of the pictures taken by USM students posted on their Facebook and Twitter!

ps/  cepatlah hujan...selalunya by Mac and April.......USM akan penuh dengan bunga bunga :(

Love,
Jumie Samsudin

Gambar ehsan  Haja Mydin.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>