Hi jumie,
Saya ada satu cerita berkaitan bff. Yes dia bff saya 'walaupunnnn'. Mcm2 peel dia saya hadap je atas faktor dah lama kawan kan. Dipendekkan cite, member saya ni seorang yg sentiasa nak jadi no.1. Dia sendiri mengaku tak boleh tgk org lain lebih dari dia.
Org beli purse lv hari ni, lusa dia pun cakap nak beli chanel maxi uollsss. Tp dok tgk usung coach tu je. Sampai dah lusuh pun. Org beli sehelai fareeda hari ni, lusa dia cakap borong byk fareeda. Tp dok nampak ulang pakai tudung yg sama ja. Org pegi holiday, nt dia pun cakap nak pegi jg nak amik pakej yg paling mahal (sambil buat2 tanya agak2 tau x bpe price pakej tu). Kami yg xamik mana2 pakej ni manala nk tau kan. Tp xpernah nampak pi pun. Bila tanya katala oh sibuk xsempat nak pi. Oh tukaq plan sbb situ bkn ada apa pun. Oh xjadi pi sbb simpan duit nak p umrah.. Ok part ni pecaya la kot. Ikutkan, dia ni benda kecik2 pun post kat fb. Takkan pi holiday tak post kat fb kan. Lagi satu dok bgtau laki dia keja ni, pangkat ni, gaji ni, keta ni. Yg hebat2 la of course. Pastu dok tanya laki kwn tu keja apa ya, gaji bpe. Nak banding2 la jg tu. Padahal tgk pakai waja je. Bila tanya mana bmw tu. Oh simpan kat rumah mak. Malas nak kata pa. Bila ada kwn lain beli rumah. Kawan yg lain ni mmg asal usul org ada duit. Tak lama lps tu dia pun bagitau dalam proses nak beli banglo atas bukit pulaa. Haha.. Bila kami nak pi tgk umah. Ada ja alasan tak bagi pi. Paling terbaru dia dok gebang nak buka old town pulakk.. Agak2 blh pecaya tak?
Memang org mcm ni ada prob ke tak tau la. Sakit hati nak melayan. Mmg dia selalu jd bahan gosip la bila geng2 berkumpul. Paling sakit hati, dia suka berhutang dgn kami2. Liat nak bayaq pla tu. Tapi dgn slumber dok menayang 'kekayaan'. Lagi la sakit hati. Hutang buat derk makan tahun jg. Mcm2 alasan bagi.
Mcm mana ye jumie nak buat dgn insan2 yg perangai mcm ni? Nak sound, member pla. Pernah la sekali dua perli2. Tp spesis ni mmg kebal kot. Macam tak rasa pa pun. Dok bersandiwara jg lg. Mcm mana jg nak p minta hutang blk dgn dia ni? Help plz
Darisahabat meluattttt.
Hello u olls,
Spisyis macam ni, Mama Regina panggil depa Linda Nyah. (kalau silap sorry na mama). Depa ni memang style mimpi di tengahari rembang. Thank you la sharing stori ni dengan we olls semua. Im sure, cerita cerita karekter macam ni memang akan ada dalam circle friendship kita. Biasalah, orang orang macam ni la yang mewarnakan hidup kita u olls. Kalau takdak orang orang yang berkarekter macam ni, hidup kita tak cerita u olls. Takdak bahan umpatan. Takdak bahan cercaan. Takdak bahan penambah dosa gitu.
Haaaaa?
Siriesly, akak kesian dengan orang orang macam ni. Apa yang ada dalam kepala hati depa tak tau macam mana nak describe. Apa depa pikiak setiap hari? Apa depa rasa setiap hari? Berangan memangla boleh berangan u olls. Sapa tak suka berangan? I pun suka berangan. Tapi jangan sampai menipu orang. Because at the end of the day, kita macam tipu diri sendiri.
Sampai bila persoalannya?
I olls ada seorang kawan. Dia pun spisis Mimpi Di Tengahari Rembang ni. Hidup dia sentiasa meletops. Facebook dan IG dia semua memang tunjuk hebak. Ala-ala celebrity gitu. Tapi bukti nyata tu takdak. Kadang-kadang rasa macam gambar tu semua macam bukan dia yang amik. Maybe gambar orang lain, tapi dia post kat situ.
I pernah la berasa nak buat baik dan pi tanya dia personally kat Facebook. I tanya, why hang ni macam merapu? Hang duk tulis benda benda merapu pasai diri hang, macam hang hebat? Tapi sebenarnya hang ni biasa sahaja. Hang ni lonely kaa?
Mak pun tanya semua soalan soalan pondan tu kat dia.
Nak jadi cerita. Dia sentap.
Esoknya dia tulis kat status Facebook dia mengutuk tentang orang orang yang kaypo tentang hidup dia.
MAK JUGAK YANG KENA.
Okay fine. Sejak itu, i pun tak berani nak tanya apa-apa kat dia. TAPI....at the same time i kawan dengan dia macam biasa. I takdak nak pi pikiak pelik pelik, nak pi siasat teruk teruk pasai hidup dia. Apa dia buat. Betul ka gambar tu semua ka apa ka. I buat tak tau ja.
Sebab, i pikiak macam ni. ITU DIRI DIA. Dia sahaja tau apa yang dia lalui dalam hidup dia, masalah dia, jiwa dia, kegembiraan dia, kepuasan dia. Kita tak tau. Kita ni orang luar. Macam mana pun kita rasa kita rapat dengan dia, tak semestinya kita ada hak nak amik tau semua tentang diri dia. At the end of the day, i rasa I YANG PATUT UBAH DIRI I. Iaitu daripada jadi seorang yang suka kaypo, pandang serong, suka mengutuk, menghina orang tak pasai pasai.....baik i jadi seorang yang menghormati hidup orang lain dan lebih positif.
I juga pikiak all the positive and good things about my dear friend ni. Walaupun hidup dia macam suka buat best dan suka menipu (tapi dia bukan tipu duit orang / curi barang orang ka apa ka), kawan i ni mempunyai satu sifat yang baik iaitu dia suka membantu orang bila memerlukan. Dia tepati janji. Dia selalu mai visit kita. Dia selalu care pasai kita. And i think, cukupla tu!
Inilah satu solution hidup yang i baru pelajari. Bila i jumpa orang orang yang negative ni, i akan terus focus kepada kebaikan dia dan fikir kat situ sahaja. Yang lain lain tu, selagi dia tak membawa kesusahan dan keharuan kepada diri i, i okay ja. Contoh keharuan adalah seperti menipu wang ringgit, mencuri barang, mencaras laki kita, suka membawa fitnah, memutuskan hubungan persaudaraan...haaa benda benda macam tu kita kena buang jauh.
Setakat dia suka pompang sorang-sorang, biak pi la kat dia. Kalau itu yang membuatkan dia happy kan.
I olls bukan lahir maksum, ada juga orang orang dalam hidup i olls yang i dah tak boleh pandang terus dah sebab duk bagi haru sangat hidup i olls. U olls pun pasti ada. Cuma dengan syarat, jangan over membenci. Biasa biasa sudah. Kalau nak dengar nama dia pun membuatkan u olls rasa meluat, takpayah dah cakap pasai dia. Duduk diam diam. Cakap pasai benda lain.
Sekian sahaja. Hope u olls akan cuba berusaha untuk terus hidup dengan positive. Think positive. U will be positive.
Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan (lama tak guna tag line ni)
*gambar i olls tahun 2009. OKAYTHANKSBYE