Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

"Nak............ada nampak anak makcik"

$
0
0
Assalamualaikum and salam sejahtera Kak Jumie and semua pembaca blog ini,

Terdetik saya untuk kongsikan satu kisah yang tidak akan saya lupakan sampai bila bila sepanjang pengajian saya di Universiti Sains Malaysia,  Penang.  Saya seorang graduan dari School of Housing,  Building and Planning.  Saya telah bergraduasi dan kini sedang bekerja di Kuala Lumpur. 

Kisah ini berlaku semasa saya menetap di Desasiswa Bakti Permai semasa pengajian saya di sana.  Setiap malam,  selepas selesai membuat rujukan /  bacaan ataupun menyediakan kerja-kerja kuliah saya,  saya akan spend lebih kurang 1 hingga 2 jam untuk berlatih bola keranjang seorang diri di waktu malam di gelanggang bola keranjang yang terletak di Desasiswa Bakti Permai.  Kebiasaannya saya akan berlatih dari 10 malam hingga saya rasa  puas dan penat.

Gambar ehsan dari blog Sliperputus

Click to read more


Kenapa saya suka berlatih seorang diri pada waktu malam?  Sebab cuaca yang dingin,  damai and tiada gangguan.  Lagipun kawasan tu amat cerah pada waktu malam.  Kak Jumie pasti tahu,  kalau waktu siang hari gelanggang tu sesak dengan rakan pelajar yang lain.  

Jadi,  pada suatu malam saya seperti biasa membuat latihan saya.  Tak ingatlah hari apa saya berlatih tu.  Kerana terlalu asyik dan leka dengan lantunan bola dan lontaran ke jaring bola keranjang,  sedar-sedar jam tangan saya menunjukkan jam 1 am.

Saya terus mencapai bola keranjang saya sambil mengelap muka saya yang berpeluh dengan tuala.  Saya amik botol air untuk minum.

"Alamak...habis pulaa air ni...."

Saya pun seperti biasa berjalan ke Cafe Bakti.  Seperti kalian tahu,  kat cafe ada satu mesin air  RO yang beroperasi 24 jam.  Saya memang selalu beli air kat mesin itu.  Tanpa fikir panjang,  saya berjalan perlahan ke mesin itu. 

Suasana agak sunyi.  Lampu kafe ada yang terbuka ada yang tertutup.  Ini adalah kerana,  kadang-kadang ada kumpulan pelajar yang datang ke sini untuk study group,  discussion atau sebagainya.  Saya mendekati mesin air RO dan memasukkan duit syiling.  Saya dekatkan botol saya pada slot mesin itu.  Saya tidak fikir apa-apa ketika itu.  Tak rasa takut.  Tak rasa seram.  Tak rasa apa pun.  Mungkin sebab saya terlalu penat.

Tiba tiba..................................

Saya dengar ada satu suara dari tepi saya.

"Nak............ada nampak anak makcik"

Darah saya berderau.  Saya nampak satu bayang-bayang kelabu gelap,  macam coklat gelap,  hampir hitam,  berbentuk seperti seorang tua yang membongkok.  Suara itu pula.....suara nenek tua yang saya tak akan lupa sampai hari ini.  Suara yang perlahan tapi amat jelas.

Saya gementar seluruh badan kak.  Saya terus ambil langkah 70 juta ke bilik saya.  Hanya Allah yang tahu betapa lajunya saya berlari.  Botol air saya entah ke mana.  Mulut saya kaku.  Tak boleh nak jerit.  Tak boleh nak baca apa-apa.  Memang iman saya lemah.  Masa saya berlari,  saya rasa macam saya dikejar oleh sesuatu.  Saya tak berani nak toleh belakang.

Malam itu jugak,  saya jatuh demam.  Saya tak boleh tidur.  Saya menggeletar bawah selimut.  Mujurlah,  esok selepas Subuh,  roomate saya balik dari berkhemah dengan rakan-rakan di Batu Feringghi.  Dia terkejut tengok saya jatuh demam panas macam tu.  

"Dah berapa hari ko demam? Jom pergi kelinik,"

Roomate saya bawa saya ke Klinik Penawar di Khaleel USM.  

Lepas seminggu lebih,  demam saya pun kebah.  Tapi kejadian itu masih menghantui hidup saya.  Tapi saya ni anak jantan,  takderla saya sampai tak keluar malam semua.  Cuma,  kalau nak berlatih bola keranjang tu.....saya ajak teman teman lain.

Saya tak pernah ceritakan kisah ini kepada sesiapa pun.  Saya harap lepas Kak Jumie publish cerita ini dalam blog,  saya akan hantar link ini kepada bekas roomate saya.  

Lepas kejadian itu,  saya seringkali mengingatkan rakan-rakan yang ingin membuat group study atau discussion di Kafe Bakti atau mana mana pun pada waktu malam....agar mengajak teman.  Jangan pergi seorang diri.  Begitu juga kepada adik adik Junior kat USM sekarang......its okay to be brave.  Tapi,  pada masa yang sama,  kena bijaksana juga.

Siriesly Kak Jumie,  saya tak percaya dengan hantu.  Tapi sebagai orang Islam saya tau tentang jin dan syaitan yang juga makhluk Allah.  Kerja diorang memang nak menggoyahkan iman manusia.  Dan malam itu,  mereka berjaya goyahkan iman saya Kak Jumie.




Terima kasih Ejoi atas perkongsian ini.  Love,  Jumie Samsudin
U got story to share?  Email to jumiess@gmail.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>