Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Boikot Memboikot

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lately isu boikot memboikot memang hangat diperkatakan.  Isu memboikot produk yang menyokong Israel ni bukan sehari dua kita dengar,  tapi sejak dulu lagi.  Pikiakla dah berapa lama dah Palestin duk jadi mangsa Israel kan?  Tapi lately,  gerakan untuk memboikot produk Israel makin membuak-buak,  sebuak-buak bedilan bom dari Israel ke tanah Gaza.

Apa pendapat ampa pasai boikot?

Pada pendapat saya,  boikot adalah satu usaha yang boleh memberikan impak yang besar tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan cara yang betul boleh memberikan kecelakaan kepada diri sendiri.





Dalam usaha masyarakat Islam sedunia bersatu untuk memboikot produk Israel,  rakyat Melayu / Islam di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.  Tapi baru-baru ini beberapa gambar dan kisah yang dipaparkan dalam laman sosial menunjukkan tindakan sesetengah kumpulan yang terlalu agresif dalam boikot memboikot ini secara tidak disedari sebenarnya membuatkan kita semua patut gelak pada diri kita balik.

Contohnya  :

1.  Satu kumpulan menyerang McDonalds di Dungun Terengganu dengan menyerang outlet itu dengan benda-benda keras.  Mengancam para pekerja yang berada di dalam kedai berkenaan.

2.  Satu kumpulan yang membuat demontrasi menyokong Gaza tapi bila penat dahaga,  ramai-ramai minum air Milo yang dijual.

Sebenarnya,  sebagai rakyat Malaysia,  sebuah negara yang kecil dan tidak ada apa-apa sampaikan kapal terbang hilang pun kita kena mintak tolong negara lain untuk tolong carikan (tapi sampai lani tak jumpa).  Kita memang takdak apa-apa.  So kalau kita nak boikot sebulat-bulatnya,  apa back up plan kita?

Anak cucu kita yang kerja dengan syarikat besar di bawah payung Israel,  apa back up plan kita untuk pastikan kemandiran hidup depa dapat diteruskan.  Janganlah keluar penyataan bodoh "Alaaa....carilah kerja lain!  Banyak lagi kerja yang ada,"

Tolong jangan buat penyataan bodoh macam tu.  Orang yang takdak tanggungan hidup,  yang hidup harap makan hasil laki/ bini, menumpang duit pencen mak bapak sampai tua,  maybe orang orang itu saja yang berani cakap macam tu.

Saya pasti kalian semua sokong kalau saya kata,  apa la punya bodoh pi rempuh McDonald kat Dungun Terengganu tu.  Sampai orang yang nak pi makan pun takut,  apatah lagi depa yang kerja dalam tu.  Yang kerja dalam tu semua bukankah anak cucu kita jugak?  Habih ampa bunuh anak cucu ampa sendiri kita dah macam jihad la sebab anak cucu ampa bersekutu dengan Israel.  Gila punya ekstrem. Bila orang luar kata Islam agama yang ganas ampa marah pulak.

Kita orang Malaysia,  bukan tak boleh nak boikot.  BOLEH!  Tapi tolonglah boikot dengan cara yang bijak.  Kita kena buat bagi orang respect kita,  bukan gelak kat kita.  Sampai hari ini,  awat aku tak nampak lagi orang share "JOM SOKONG PRODUK 100% RAKYAT MALAYSIA".  Yang ampa duk share semua "SENARAI PRODUK SOKONG ISRAEL".  Betui dak?  Lani pun dah bulan kemerdekaan,  jomla kita sokong produk buatan negara kita!!

Jangan pandang remeh soal boikot memboikot ni.  Sapa yang tak sokong boikot ni semua,  jangan pulak ampa duk bok keluar stetes bodoh-bodoh kat laman sosial.  Nanti ada orang yang marah dan benci.  Waktu macam ni,  semua orang jadi sensitif.  Ingatlah,  dua kapal terbang kita menerima nasib malang.  Satu kena tembak.  Satu lagi tak tau apa nasibnya.  



Itu Allah nak tunjuk yang anytime dia boleh ambil balik apa yang kita ada.  Syukur kita tinggal di Malaysia.  Malaysia mungkin tidak sehebat negara besar seperti United Kingdom ataupun Amerika Syarikat,  tapi kita memang harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini.  Mungkin hari ini,  kita tengok orang menangis,  esok lusa?  Siapa tahu.

Itulah saja saya nak kata.

Another good reading about this issue  :  Hope by It's Onejet

ps/  Takpayah teruk teruk tunjuk kat orang u nak boikot.  U buat saja apa yang patut.  Biar u and Allah saja tau.  #ItsOKayAllahAda

Love,

Jumie Samsudin


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>