Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Surat untuk Fynn Jamal

$
0
0


Dear Kak Jumie,

Thanks sebab membuat olahan tentang Fynn Jamal. Dah banyak kali saya baca tentang beliau, tapi cara olahan akak membuatkan saya terpanggil untuk menghubungi akak dan bercerita tentang pengalaman saya. Mohon kongsikan kisah saya ini dalam blog akak agar dapat dimanfaatkan kepada orang ramai.

Actually i admire her (Fynn Jamal). Bagi saya, Fynn bukanlah bangga yang anak dia tu anak tidak sah taraf. Dia cuba memperjelaskan kedudukan Arjuna di mata masyarakat yang selama ini melabelkan anak-anak tidak sah taraf ini sebagai hina. Dan dia ada usahakan bantuan untuk menguruskan gadis-gadis yang bermasalah dan mengandung anak luar nikah ini untuk diserahkan pada pasangan yang memerlukan.

Saya pandang dari sudut yang positif di mana anak-anak itu daripada dibuang lebih baik diuruskan dan diserahkan kepada keluarga yang boleh mendidik mereka untuk menjadi orang yang berguna. Kerana kesalahan itu bukan pada anak ini, dosa itu pada ibu dan ayah mereka sedangkan setiap anak yang lahir itu suci dan bersih.

click read more


Walaupun Islam tidak mengiktiraf mereka namun ini tidak bermakna yang kita perlu meminggir dan menghina sebagaimana yang diperlakukan oleh masyarakat kita. Mencalitkan kekotoran dan merendahkan anak-anak ini. Walhal mereka (anak tidak sah taraf) juga mampu menjadi manusia malah ada yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.

Maaflah kalau saya sebab menjadi emosi apabila ramai yang tak suka pada Fynn. Sebenarnya, saya sendiri adalah anak tidak sah taraf. Ya, saya ialah anak haram.

Sejak bayi, saya dibesarkan oleh mak dan abah angkat saya. Mereka bukan keluarga kandung saya. Mereka yang bertanggungjawab memberikan saya pendidikan, agama dan kasih sayang. Saya kini bangga dengan diri saya sekarang. Saya sanggup mati untuk mak dan abah saya.

Mak dan abah tidak pernah berselindung tentang status saya. Mereka sentiasa bersifat terbuka dengan saya. Cabaran yang kami lalui memang besar. Untuk saya terutama sekali. Pernah ketika di sekolah, ada rakan yang ludah saya kerana saya anak haram. Saya balik rumah menangis teresak-esak dan merajuk tak mau pergi ke sekolah lagi.

Mak dan abahlah yang pujuk saya. Mereka banyak bagi saya semangat. Sampai saya berjaya hingga ke Universiti.

Saya juga masih teringat satu kejadian masa saya darjah satu, ketika mak saya hantar saya ke sekolah dan kami terserempak dengan seorang kenalan mak, makcik itu berkata kepada saya dan mak saya "Ohhh inilah anak angkat ko yang takder bapak tu...."

Bayangkan walaupun masa tu saya baru darjah 1, tapi saya faham apa yang makcik tu cakap. Dan bayangkan betapa ignorantnya masyarakat kita. Saya pasti zaman sekarang pun masih ada insan seperti makcik itu dalam kalangan masyarakat kita. Mak saya balas pada makcik itu dengan beraninya "Saper takder bapak? Dia anak saya dan suami saya ialah bapak dia,"

Untuk pengetahuan akak, kat surat beranak saya hanya ada nama ibu sahaja.

Melalui sepucuk surat yang mempunyai alamat ibu kandung saya, saya pernah menjejak ibu kandung saya. Pada itu usia baru 18 tahun, baru habis SPM. Berbekal RM50 saya ke Kuala Lumpur. Macam dalam drama TV.

Akhirnya saya menemui ibu kandung saya. Dia seolah tidak selesa untuk bertemu dengan saya. Apabila saya beranikan diri untuk bertanya siapa bapa kandung saya, dengan begitu korang sopan sekali ibu kandung saya menjawab “Entahlah sapa bapak ko. Aku pun tak ingat. BF aku ramai sangat,”

Saya percaya Fynn buat benda yang baik. Fynn macam mak saya. Seorang yang sanggup buat apa sahaja untuk saya.

Sebagai pengakhiran kisah saya ini, ingin saya simpulkan bahawa saya tidak pernah meletakkan apa yang berlaku pada diri saya ini sebagai satu kesilapan atau kesalahan. Saya percaya apa yang telah Allah tetapkan dalam hidup saya ini menjadikan siapa diri saya hari ini. Saya tidak mudah melabel atau menghukum orang lain dalam apa juga situasi kerana itulah yang saya lalui sejak kecil. Mana mungkin saya mahu insan lain merasai apa yang saya alami selama ini.

Kepada mak saya, dan kepada Fynn Jamal, saya doakan agar Allah sediakan syurga khas untuk kalian.

Yang benar,
Ammar Rahim Abdullah (bukan nama sebenar)

* kisah ini digarapkan melalui mesej-mesej Wassap antara saya dan penulis

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>