Sapa kata aku tak suka gambak Melayu? Aku suka okay. Aku suka semua gambak semua cerita. Kantonis, Tamil, Hindi, Meleis, French, English semua aku layan asalkan jalan cerita dan lakonan menarik perhatian aku. Aku ikut petua otai teater Abang Lee Kandak "Kalau 10 minit pertama cerita tu hang rasa boring, hang katop teruih tak payah tengok"
Lepas 10 minit tonton filem Laga aku masih nak tengok lagi. Plot dia dalam tempo yang laju. Ringkas tapi padat. Menceritakan pasai orang-orang kampung yang suka berlaga ayam. Aku ada pakcik yang sangat gila berlaga ayam sabung. Macam mana dia berhabis duit beli baka ayam yang bagus-bagus dan aku sendiri pernah tengok macam mana pakcik aku operate kepala ayam yang cedera akibat laga dengan menjahit luka itu dengan jarum dan benang jahit kain yang mak kita duk pakai.
click read more
Obsesi pelaga ayam memang dahsyat. Tapi ketaksuban pelaga ayam dalam cerita LAGA ini adalah amatlah teruk sampai sanggup gadai bini sendiri demi menjaga maruah. Gila babis u olls.

Syazwan Zulkifli sebagai Sabri.
Lately, banyak sangat pelakon lelaki baru muda muda Meleis yang muka jambu jambu. Tapi muka macam Syazwan Zulkifli ni la yang siriesly Malay Kampung Boy yang mak taste.
Anyway, cerita ni aku suka sebab latar cerita dia simple, kisah orang kampung, orang miskin, orang kaya. Tapi asas cerita Laga ni sebenarnya bukan sahaja bermaksud melaga AYAM. Sebenarnya obsesi depa pada laga ayam ni akhirnya masok dalam diri depa sekali sebab akhirnya bila ayam depa semua dah menang habis dalam pertandingan laga, last sekali Hassan Laga ni pi lagakan anak-anak buah dia. Dia hasut Seman macam tu, dia hasut Sabri lagu tu, last sekali dua dua tu bergaduh. Padahal dua tu dah rapat macam adik beradik sendiri and depa anggap Hassan macam bapak depa.
Last sekali, Hassan terperangkap dalam permainan Laga dia sendiri dan mati tertikam diri sendiri dengan parang kat leher dia.
TEPOK TANGAN KUAT KUAT untuk Ismail Yaakob, pengarah filem ini. Harap filem ini dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia ke 27 kelak. Ada can nak menang jugak ni!