Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

#MisiBanjir Pelajar USM di Sekolah Sungai Sam, Kuala Krai Kelantan

$
0
0
Hello u olls semua,

Just nak share beberapa gambar yang dikirimkan oleh anak ayam I olls yang sekarang masih berada di Kelantan untuk #MisiBanjir #PrayforPantaiTimur di Sekolah Sungai Sam Kuala Krai Kelantan.  Im sharing this with ampa semua sebab nak tunjuk betapa teruknya kesan yang tertinggal pada lokasi ini.  Ini adalah satu contoh sekolah yang terkesan teruk.  Pasti ada berpuluh malah beratus lokasi yang menghadapi kesan kotoran yang sama.

Melalui mesej anak ayam I olls bersama gambar-gambar ini adalah




"Takdak sapa pun pi sekolah tu lagi.  We (USM students lebih kurang 80 orang) antara yang pertama datang membantu lepas air surut.  Guru Besar sekolah ada cari sukarelawan untuk cuci sekolah ini lebih kurang 15 orang.  Tapi datang sehari sahaja,  esoknya depa (sukarelawan) dah tak datang lagi.

Then cikgu tu buatlah sikit-sikit pencucian lebih kurang seminggu bersama dengan beberapa geng askar.  Semalam bila team USM datang lebih kurang 3 bas baru nampak hasil pembersihan yang lebih ketara.

Semalam kami berhenti lepas seharian membasuh.  Kami pun jadi penat.  Hari ini (12 Jan) kami akan sambung lagi,"

Kepada orang ramai,  jabatan-jabatan kerajaan,  swasta,  NGO,  atau mana-mana badan persendirian yang mempunyai kudrat dan tenaga yang banyak dan sesuai.  Mai la tolong rakyat Kelantan untuk mencuci segala kawasan yang diperlukan.  Kita bersama pulihkan keadaan untuk kelesesaan rakyat Kelantan.

Love,

JS


click read more for MORE PICTURES















































TAHNIAH adik adik USM!! U guys are the best!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>