Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Im Bringing Sexy Back (Wardrobe Malfunction Di Hari Kenduri)

$
0
0
Hello u olls,

Akak nak cerita satu cerita lawak + ngeri + mangkak +oscar dela renta.

Pada suatu hari,  akak pi make up customer akak untuk majlis persandingan beliau.  Pengantin itu berbesar hati menjemput akak untuk makan kenduri beliau selepas akak selesai menyelesaikan tugasan make up akak.  So,  hari tu,  akak pi make up cantek bergaya dengan baju kurung moden yang baru akak buat.  Baju warna kuning muda.  Akak baru pernah pakai sekali.  Lepas pakai tu,  akak cuci dengan cucian tangan ala-ala Sendralela ya.

So,  untuk makan kenduri tu,  akak ajak kawan akak iaitu Danny Harmizi untuk teman akak makan kenduri. Kerana En. Khafi tak sihat.  Since lokasi kenduri tu dekat sangat dengan rumah Danny,  so i pun ajak dia teman i.  I pun minta kebenaran pengantin untuk bawa kawan,  of course la depa benarkan.

Masa pengantin bersanding,  akak dan Danny pun ketwok masuk ke dalam dewan dengan kekwatnya.  Kami pun salam dengan parents pengantin dan mencari tempat duduk.  Kami cari lokasi yang agak di belakang sedikit  tapi dekat dengan bufffet spread.  HAHAHA.  Jelogoh kan kami?  Lauk kenduri?  Nasik briyani,  daging masak kicap and ayam and teh tarik.  Aiiiyo sedap u olls.  Kami pun enjoy the food.  Lepas makan,  akak pun feeling pi amik kuih bahulu bagai.  Dessert katanya.

Sekali,  tengah akak melahap bahulu ala-ala Judi Dench....tiba tiba akak rasa belikat akak sejuk semacam.  Akak rasa tiupan aircond terus mendinginkan belikat akak.  Ehkk??? Awat ni?  Akak pun raba-raba tangan akak.  AIIYOOO!  Zip belakang baju kurung akak terbuka u olls.

"Danny....zip dress i terbuka la....u tolong tarik sat...."  Kata akak kepada Danny.  Luckily meja kami duduk ni dua orang ja.  Takdak tetamu lain.  Danny bingkas bangun untuk check dress akak.

"U!!!  Zip ni rosak la u,"  kata Danny perlahan kepada akak.  Dia cuba membetulkan kunci zip dress akak. Malangnya,  zip itu terus terbuka dari atas sampai ke bahagian menghala ke pungkur akak yang seksi.  Aiyooooooo!!

Akak rasa nak termeninggal sebentar.  Macam mana nak buat ni.  Akak takdak selendang ka apa ka nak cover.  Dalam beg akak pun takdak pin or apa - apa brooch.  Celaka punya Danny nohorom duk gelak macam dubuk kat tepi akak.

"Buto pak hang la u ni Danny,"  carut mulut pondan akak.  Danny terus gelak mengekek.

Akak berlagak cool.  Akak rasa baju akak ni terbuka masa akak duduk makan baulu.  HAHAHAH.  Sebab keliling meja akak,  depa semua sibuk makan je.  Takdak pun tengok kat akak.  So,  akak nekad.

"Danny...kita kena belah dari sini.  Kita buat macam ni.  Tangan kanan i cekak dress i belah bawah.  U pulak amik tangan kiri u and cekak dress i belah atas.  So,  bila berdiri,  nampak macam u duk pegang belakang i. Pastu kita terus jalan ketwok and keluar dari dewan ini,"  cadangan akak diterima oleh Danny dalam keadaan yang gelak tak berhenti.  Celaka tau deni.

So,  one two three!  Kami pun bangun serentak.  Kami buat macam yang akak cakap tadi.  Kami terus tak tengok kiri dan kanan.  Terus keluar dari dewan.  Dan jalan laju laju laju laju menuju kereta akak.

Kira dari belakang orang nampak macam kami berjalan macam nila.  HAHAHA


Apabila masuk kereta akak......akak punya la lega.  Akak pun kata "I nak saman Tin Tin yang buat baju i ni, celaka zip ni nak rosak pun kat sini,"

Danny duk gelak lagi macam celaka...."Kerlasss u!! Bareback mai kenduri orang.....nanti u tulih kat blog na"

Itulah cerita akak hari ini.

Moral of the story.  Shits happen.

Love,
Jumie Samsudin

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800