Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Cerita Perhubungan Kita, Biarlah Dirahsiakan

$
0
0
Hello u olls,

Geram pulak bila duk baca banyak-banyak lagi pasai kes Sharnaaz and Shila Amzah.  Hari tu akak mengambil pendekatan mudah dengan memberikan satu kesimpulan daripada Mama Regina Ibrahim.  U olls boleh baca ulasan pendek beliau di sini : Shila Amzah and Sharnaaz, Patah Seribu

I sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Mama Regina kerana kenapa kita nak halang sangat aih.  Dah depa gedik sangat nak kawen,  bagi depa kawen buang,  biar depa rasa sendiri macam mana.

Thank you to seorang pembaca bernama Nanaliang,  dia gigih emel i suruh i bagi opinion i semua.  Thank to you olls.  Saya olah segala intipati apa yang kita sembang dalam emel kita berdua dalam artikel ini.

Apakah kesalahan utama yang dilakukan oleh Shaarnaz and Shila dalam kes mereka ini?

Pada pendapat akak,  the biggest kesalahan yang telah mereka lakukan dalam kes ini adalah MEMPUBLICKAN CERITA PERIBADI AMPA DORANG KEPADA PIHAK MEDIA.

Itulah kesalahan yang paling besar.

Memang lumrah manusia,  bila kita marah kita cakap benda yang tak munasabah.  Kita kutuk orang tu kau kau tanpa ada dinding hormat kepada orang itu langsung.  Tapi,  kita dah tak ingat langsung semua saat-saat baguih yang kita pernah lalui bersama dahulu.

Dalam kes mereka ini,  bila ND Lala tak puas hati dia bagitau wartawan.  Dia kutuk semua apa yang Sharnaaz buat tanpa memikirkan maruah Sharnaaz sekeluarga.

Bila Sharnaaz marah,  dia bagitau kat wartawan.  Paling akak tak boleh belah,  satu penyataan beliau dimana dia kata ND Lala tidak menguruskan perkara ini dengan cara "LELAKI".  Hang gila ka apa?  Orang tu mungkin jadi bakal pak mentua hang,  and hang feeeling kata kat dia "You wasnt man enough to handle this matter".  Toni Braxton sangat u olls ni.

And si Shilaa Amzah pulak.  Deni pun satu punya cenciwi.  Cenciwi adalah gelaran yang akak berikan kepada budak budak perempuan hingusan yang super gedik dan suka control cute.  Akak dan En.  Khafi pernah buka Youtube beliau dimana dia selalu menyanyi lagu lagu artist lain sebagai 'cover version'.

Memang tak dinafikan suara dia sediaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!  Tapi kami dorang tak boleh belah dia nanti duk feeling cakap-cakap English gedik before dia nyanyi.  Alllllllllllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa controllnyaaaaaaa.  Bukanlah akak nak jelek or benci,  tapi akak tau....memang style budak budak KL lani macam ni kan?  Semua ini adalah pengaruh daripada budak yang merengek manja sebab dia dapat MC 5 hari sakit mata tu.  HAHAHA



Tapi,  akak sangat respect bakat beliau.  Akak tau dia boleh jadi seorang penyanyi / penghibur yang amat berjaya suatu hari nanti.  (Mungkin sebab itu ND Lala tak mau lepas bagi dia kawen lagi kot....hehehehe......dia boleh buat duit lebih banyak lepas ni dengan album album and show show nyanyian beliau!)

Panjangnya akak cerita pasai Shila,  tapi i just want to say Shila pun punya heges.   Dah la hang duk buat statement semua kat media.  Pastu hang buat video pulak.  Nangis nangis pakai tudung putih (OHH CLICHE nyaaaa).  Pastu hang 'OMBAK RINDU'.....(dia nyanyi lagu Ombak Rindu ka?  I tak tengok video tu...hahahah rasa nak terkencing tengok video tu so tak tengok habis.  Tengok dalam 20 saat pertama sahaja).  And Nanaliang kata,  Shila buat lagu pulak!!  What the!!

Apa yang sepatutnya depa buat?

Walaupun depa artist meletops di Malaysia ini,  masuk juara lagu,  belakon filem,  belakon drama,  menang menanyi kat China semua......yes.  U olls banyak peminat.  Semua yang u olls buat adalah untuk peminat u olls.  Tapi tak semestinya SEMUA BENDAAAAAAAAAAAAAAA hiang nak kena cerita kat media and SEMUA BENDAAAAAAAAAAAAAAA hiang nak share dengan peminat????

Yes,  memang betul.  Kalau boleh u nak share semua benda kegembiraan diri u olls dengan semua peminat u olls.  Tapi bab-bab peribadi u olls,  simpanlah antara u dan keluarga u sahaja.

Macam mana u meletops pun sebagai artist,  u tetap manusia biasa.  U berak and u kentut sama busuk macam kami semua.  So sebab itu,  bila u hidup di atas MATA ORANG LAIN u kena belajar untuk simpan sedikit hidup u pada mata dan hati sendiri.

Dato' Siti Nurhaliza and Beyonce.

Dato' Siti tak pernah cerita kat sapa sapa pun pasai kisah percintaan beliau.  Kita sendiri pun tau macam mana dia sangat SECRETIVE dengan pihak media apabila berdepan dengan hal hal berkaitan peribadinya.  Jawapan paling sinonim dengan Dato' Siti masa tu adalah "NO KOMEN".  Memang peminat semua rasa macam arghsss....kekwatnya pompuan ni.  Tapi bila kita tengok kerjaya seni dia sangatlah bagus dan antara artis Malaysia yang menjadi fenomena kat Malaysia ni.  Kita jarang dengar kisah gossip gossip pasai Dato'  Siti bercinta dengan mana-mana pihak.  Kalau ada pun,  hanyalah DESAS DESUS...tak pernah pun keluar dari penyataan Dato' Siti sendiri.  So,  peminat terus focus kepada kerjaya seni beliau.  Tidak terganggu dengan hal hal lain.

Last last,  beliau terus announce dia nak kawen dengan seorang duda kendu bertajuk Dato' K.  Lepas tu tetap keluar juga macam macam tohmahan yang mengatakan beliau seorang wanita perampas suami orang.  Tapi she remain silence dan akhirnya lani,  Dato'  Siti terus berjaya dan happy dengan suami tersayang.

The way she managed her private life is satu contoh yang harus diteladani oleh artist Malaysia yang lain.  Jaga standard diri sendiri.  Biar apa pun orang kata,  yang penting at the end of the day,  orang tau standard kita kat mana.

Walau apa pun orang duk kata pasai dia,  she is untouchable.

Now u nak nak kata apa pun kat dia,  Dato' Siti akan keribas tudung kat muka u olls sambil berkata "Ada aku kesssaaaaaah,"  




Contoh lain yang lebih meletops adalah my sepupu di Amerika iaitu Beyonce.

Sejak di zaman beliau nyanyi dengan Destiny's Child sampailah dia bergerak sebagai penyanyi solo dia tak pernah 'open' tentang perhubungan dia dengan mana-mana lelaki lain.  Even sampai dia bercinta dengan Jay Z depa maintain sengap sahaja.  Sampai cukup masa,  dia annouce dia kahwin dengan Jay Z
tapi satu gambar perkahwinan dia langsung tidak pernah diboloskan kepada pihak media. And akhirnya bila dia dah berkahwin dan ada anak bagai, dia buat filem dokumentari bertajuk "Life Is But a Dream" yang baru sahaja dilancarkan baru baru ini.



Dalam dokumentari tu,  semua benda yang dia pernah lalui,  dia ceritakan,  even dia very very open dengan kisah cinta dia,  video zaman dia dan Jay Z duk dating-dating,  pengalaman dia keguguran (2 years before dia dapat baby ni...dia pernah keguguran),  konflik dia dengan bapa dia and even video dia duk dukung anak dia Blu Ivy yang sangat comels itu.   Semua yang selama ni sangat sangat disreet dengan pihak media,  dia share dalam dokumentari itu.

Sesungguhnya,  Beyonce memang meletopslah.  I olls dah tengok dokumentari itu.  Dia buat ala-ala rakaman video peribadi yang dikompilasikan menjadi satu dokumentari.  Sangat menyeronokkan untuk kita-kita yang meminati Beyonce.  Kita rasa macam bestnya....Beyonce share saat-saat peribadi dia dengan kita...hakikat....tanpa kita sedari...DIA DUK BUAT DUIT JUGA TU.  LOL

Inilah dua contoh yang patut Shila Amzah lakukan.  Dia seorang artist yang amat berbakat,  lakukan sesuatu agar orang hormati u olls atas bakat yang u olls ada.  Dan bukan dengan hal hal yang tidak diperlukan.

Sama la juga dengan kita.  

Kita lani ada laki.  Kita gaduh,  kita cium,  kita romen,  kita konflik apa pun dengan laki kita,  kita anak beranak cukup makan,  tak cukup makan,  ada duit,  takdak duit,  BIARLAH KITA ANAK BERANAK YANG TAU.

Tak payahlah kita nak pi cerita kat semua kawan-kawan office,  pi cerita kat mak mentua kita,  mak kita,  semua adik beradik semua.  Kita duduk diam-diam sahaja.  Melainkan ada hal hal tertentu yang kita nak minta tolong.

Tapi sepanjang pengalaman akak yang cinonet ini,  apa pun masalah yang dilalui oleh kami laki bini,  kami diam and nangis dua dua kami sudahlah.  Dulu akak pernah buat salah,  bila akak tensyen apa-apa i will tell and cerita kat kawan-kawan akak.  Tapi sebenarnya ianya tidak membantu akak dan suami langsung.

One thing,  kemungkinan kawan-kawan akak boleh hilang respect kepada akak dan suami dan keduanya,  benda tu tak settle pun kalau cerita kat orang.

Akak tulis panjang-panjang ini,  biarlah jadi tauladan kepada diri kita semua.  dalam perhubungan kita ini,    bercinta ataupun berkahwin,  ada benda yang kita boleh share dan ada yang boleh kita kongsikan bersama.  Kita gaduh teruk-teruk dengan laki kita pun,  esok lusa dia cium kita balik .....teruihhhh lupa semua marah semua.

Orang luar akan sentiasa menantikan untuk melihat kita 'jatuh'.

Yang benar,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>