Hello semua,
Anyway hari ni aku nak start kak nam dengan mengeshare beberapa keping gambar dekorasi sempena majlis perkahwinan anak PM Najib yang berlangsung baru baru ini. Siriesly I olls terbukak biji mata luaih-luaih sebab punyalah banyak bunga.
Gambar tak berapa jelas sebab I olls ambil dari beberapa Facebook page. Heran kat blog / website gossip apa takdak aspa pun berani buat review pasai wedding anak PM. Bukankah sebelum ni sapa-sapa pun anak pembesar negara media semua berebut buat coverage untuk share dengan rakyat semua? Takpalah, my I olls yang buat review tentang apa yang I olls tahu sahaja lah.
For me, I olls tak berapa suka dekorasi yang dibuat. LESS IS MORE DARLING. Bunga terlalu banyak dan gabungan warna bunga adalah banyak dan digabung dengan warna emas dan beberapa warna asas lain seperti putih / cream (sorry i olls tak tau sebab ini adalah tengok dari gambar yang tak jelas).
click read more
Pastu chandelier gila punya banyak. Rasa macam semak perut tengok. And rasanya macam terganggu gambar pelamin tu. Duk nampak chandelliar ja.
And then, dress yang dikenakan oleh Ms Nadya juga kelihatan terlalu sarat. Dahla dekorasi dewan yang sarat habis dengan bunga-bunga pastu dress lace beliau terlalu berat bagi i olls. Dia nampak tenggelam. Sebagai pengantin, i olls lebih suka pilihan kain mewah seperti satin / duchess yang polos. Lace hanya untuk komplimen bukan menyaratkan.
Okay so far itulah yang I olls boleh nak garapkan dalam ulasan ini. Sebab ini sahaja gambar yang i olls dapat. Apa pun tahniah kepada PM dan keluarga kerana menerima anak menantu. Semoga menjadi inspirasi bakal pengantin dengan tema "Pesta Bunga Antarabangsa".
Jom tengok gambar :)