Hello u olls,
Ini adalah filem ketiga yang I olls tengok menceritakan tentang kisah seorang pelukis, and to be more spesific...pelukis wanita. Big Eyes menceritakan tentang seorang pelukis wanita bernama Margerat Keane.
Cerita bermula apabila dia melarikan diri daripada perkahwinan pertamanya dengan membawa bersama anak perempuannya. Depa mai duduk kat San Francisco. Dia kerja sebagai pelukis perabot di sebuah kilang and pada hujung minggu dia pi la duduk kat flea market dengan mengambil upah melukis potret.
Kat situ, dia kenal seorang lelaki bernama Walter. Maybe sebab dia lonely dan mungkin juga desperate, dia pun kahwin dengan lelaki ini. Walter juga katanya seorang pelukis. So depa sama-sama duk berusaha la duk jual lukisan depa kat galeri lukisan dan macam-macam lagi.
click read more
Tuah ayam nampak di kaki, oleh kerana kebijaksanaan Walter untuk 'sembah deraih' akhirnya dia dapat promote dan jual lukisan depa dorang di sebuah kelab malam. Tapi sebenarnya, orang lebih tertarik dengan lukisan potret anaknya yang bersifat unik kerana lukisan bini dia semuanya style lukih mata besar, comel tapi sedih dan menakutkan.
So one day, ada satu columnist nak interview Walter. Dia duk eksaited la nak cerita pasai lukisan dia, tapi sebenarnya wartawan tu lebih berminat pasai lukisan 'MATA BESAR'. Pada saat itulah, Walter telah membuat satu penipuan!! Dia mengaku yang lukisan mata besar itu dilukis oleh beliau sendiri. Dan sejak itu, dia sendiri yang mengaku semua lukisan MATA BESAR adalah hasil seninya.
Haram jadah punya jantan. Dia manipulate bini dia kat rumah. Dia suruh detu kurung diri sendiri untuk melukis dan berkarya. Anak depa sendiri tak boleh nak tengok sebab depa tak mau rahsia terbongkar. Satu demi satu hasil lukisan dikeluarkan oleh Margaret yang akhirnya membuatkan nama suaminya terus mekar dan popular.
Haram jadah betui la. Dua kali dah aku sebut haram jadah ni. Aiii dosa kering tak pasai pasai. Time nilaa dia berambos dari rumah laki dia and last sekali lepas beberapa tahun dia merantau and duduk dengan anak dia, dia memberanikan diri untuk bagitau satu dunia yang sebenarnya dialah pelukis BIG EYE dan laki dia adalah penipu.
Pendek cerita, dia nak saman laki dia sebagai penipu dan dia nak tuntut semua hak dia, masa dalam court hakim tu suruh depa dua dua orang melukis. And tengok sapa boleh melukis, dan of courselah Margerat boleh lukis dan laki dia tak boleh lukis dengan alasan, tangan dia sakit.
Di akhir cerita, depa bubuh gambar watak sebenar iaitu Margaret Keane yang sampai lani masih melukis dan Walter Keane yang sampai mati dia masih duk mengaku dia adalah pelukis sebenar tapi hakikat lepas daripada court case dia langsung tak produce sebarang lukisan baru. Dia mati pada tahun 200 manakala Margaret Keane masih hidup dan masih melukis setiap hari sampai hari ini (ikut tarikh aku tulis blog ni la).
![]() |
The real Margaret dan Walter Keane. |