Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Tolong Buang Gambar Saya

$
0
0

Hello u olls,

Alhamdulillah lani dah 2 bulan lebih saya berhijab.  Perasaan?  Aku rasa sangat lega sebab selama ni aku duk mai macam dressing nak jadi makcik-makcik dah tapi duk feeling macam mana ka.  So bila pakai tudung ni secara automatic aku rasa diri aku lebih kemas dan bersih.  Ditambah pulak bila aku pi mana pun orang duk puji "Wehsss canteknya hang pakai tudung," aku mula mula macam seronokla orang duk puji aku cantek.  Dasar ponen kan?  Tapi lama-lama rasa macam segan pulak.

Tapi reaksi yang paling lawak sekali adalah apabila orang tak kenai aku.  Sampai aku dah berdiri depan muka depa and huluq tangan nak salam.

"Laaaa JUMIE ka? Kak Pah tak pasan..," kata Kak Pah sambil bersalam dan cium pipi aku.  Amboi Kak Pah duk buat tak pasan !!  Padahal dia duk feeling pakai spek mata besaq macam mak datin nak pasan aku macam mana.

click read more



Secara keseluruhannya,  aku sangat suka dengan semua respond orang ramai apabila aku berhijab.  Bukan sahaja para Muslimin,  teman-teman beragama lain juga memberikan respond yang sangat positive kat aku.  Aku rasa sangat happy sebab masa aku duk berkira-kira untuk berhijab ni aku selalu terpikiaq "Macam mana kalau aku pakai tudung nanti orang tak mau kawan dengan aku?" Semua ini menidakkan segalanya.

 Tapi ada sekelumit sahaja teman-teman aku,  ampa tau kan aku ramai teman ponen.  Adalah dua tiga orang bersuara secara sepi,  "Jumie kami takot lah hang nanti dah pakai tudung nak mai ceramah kat kami semua," Takdak maknanya!!  Baru baru ni,  aku jumpa Zaifi and Betty "Mak ayam....hang pakai tudung....you are so inspiring," kata depa dorang dengan kejit-kejit mata depan aku macam kucing.  Aku maki depa teruih "BUTOH hang inspiring," Maksudnya di sini adalah,  yes aku dah berhijab tapi aku tetap insan yang sama di dalam ini.

Siriesly aku tak selesa sangat apabila dua ekorlina anak ayam aku tu duk mai macam teruja eksaited macam mana ka bila tengok aku pakai tudung.  Aku rasa tak selesa sebab aku dapat rasa macam depa tengok aku ni macam satu tokong besaq yang perlu disembah.  Hey!  Aku bukan Tuhan.  Mungkin aku rasa lemas dan rimas dengan pujian yang diberikan.  Aku buat benda ni bukan sebab nak pujian.

Ini adalah perubahan maha kecik aku yang insya Allah akan membawa kepada perubahan-perubahan besar yang lain.  Tapi takdak langsung niat dalam hati aku untuk transfer nilai-nilai dalam hidup aku untuk orang lain.  Sebab cara kita semua berbeza,  tengok pada latar belakang keluarga dan cara kita dibesarkan.  Pasaipa nak paksa diri untuk ceramah orang tak pasai-pasai sampai ada hati hati yang terguris hanya sebab kata-kata kita.  Dah banyak kali aku tengok benda ni jadi,  aku tak mau jadi macam tu jugak.  Mintak simpang.

Oh jauhnya tersimpang cerita aku hari ni.  Actually aku nak cerita adalah perihal tentang gambar-gambar aku yang seksi macam binatang dalam Facebook dan blog dan sebagainya.  Seperti yang menjadi amalan masa kini,  sesiapa yang telah berhijab pasti akan [1] buat annoucement kat Facebook / social media yang dia telah berhijab.  [2]  akan buang semua gambar-gambar seksi meksi dalam Facebook dan internet.

Ada kawan yang jumpa saya depa kata "Wehss...hang dah pakai tudung ka?  For good ka?" aku pun balas la "Ha...aku dah bertudung lani,"

Pastu soalan dari teman aku lagi  "Awat hang tak buat announcement kat Facebook?"

Aku pun jawab  "Aku announcement kat Allah.  Bukan kat ampa semua," Hang tanya lagi kat ponen kan?  Tambahan pulak lani ponen bertudung.  Terimalah.

Tentang gambar-gambar di Facebook.  Yang mana aku boleh hide/private,  aku buatla.  Yang mana duk ada tu....ada pi la aih.  Aku tak kisah nak buang ka apa ka.  For me,  semua itu yang menjadikan siapa diri aku hari ini.  Ini bukan soal malu atau tidak,  tapi ini adalah aku,  itu adalah aku.

Aku pernah kena maki carut haram "Tak malu duk bubuh gambaq pakai baju mandi semua satu dunia tengok," Allah Kak Nab...hang duk mengata aku apa aih.  Anak hang duk belajar kat Universiti tu duk pi melancong dengan kawan-kawan dia pi Phuket hang tau ka dia pakai tupis semua.  Habis dia tak bubuh dalam Facebook saja gambar tu.

Semalam aku terbaca satu post Mama Regina  :

"TOLONG... 
"Tolong padamkan semua gambar gambar Ina, sewaktu Ina free hair dulu....Ina tidak mahu dikaitkan dengan kisah kisah lalu lagi," ujar manusia yang cuba memadamkan sejarah hidupnya. 
*macam tulah dok ada, apa punya mentaliti? satu kerja pulak orang lain nak buat kat hang, sama juga dengan yang menyimpan album suatu ketika dulu di zaman 80an...dibakar dan disorok. I guess when you start something new, start it good, nobody is going to hurt you UNLESS your mind keep thinking that you are so damn important. No you are not! Embrace the new you without selling values my dear...."

Aku balas kat post mama itu "Thank you so much" sebab inilah apa yang aku rasa dalam hati.  Bukan semata-mata nak bidas kat sapa-sapa.  Tepuk dada,  tanya selera.  Aku sedang memulakan sesuatu yang baru tak semestinya aku kena buang segalanya yang dulu-dulu.  Tanpa dosa semalam,  aku tak tau hargai kedamaian yang aku dapat hari ini.  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>