Semua orang duk sibuk buat DubsMash. Baguih juga la benda ni jadi viral. Tengah kita duk kalut pening kepala pasai GST, barang semua mahai, dan macam-macam lagi kes yang merungsingkan perasaan, so dapatlah tengok video video ampa duk buat lawak kat IG bagai.
Sejak benda ni jadi viral aku tengok ramai lah manusia, yang cantek, yang tak cantek, yang artist, yang feeling artist, semua duk feeling nak buat video DubsMash ni. Ada yang betul berbakat buat lipsync dengan jayanya dan nampak meletops. Ada pulak yang feeling-feeling sahaja. Just because semua orang duk buat, depa pun nak buat. So amiklah bunyi muzik yang senang-senang macam bunyi binatang apa semua bagai. Tapi yang sedih muka macam beruang madu tapi duk feeling mengiyau macam kucing parsi. Haramlaa ampa ni semua kan? Duk feeling kecik.
Ada pulak orang yang religously buat video ni macam gila. Siap dengan costume. Siap dengan make up dan props. Kat sini aku nak carut marhayam Barina Matt, masa mula-mula benda alah ni keluar. Mampuih satu hari wall Facebook dan IG aku penuh dengan video video dia. Aku pun duk tengok la. Ada yang aku gelak, ada yang aku macam "Nakharamla pondan ni macam mana dia boleh dapat idea dan kuasa kegigihan ni?"
Masa tengah tengok video Kak Barr tu, laki aku tertengok jugak sekali. Dia tanya kat aku "Sapa tu?"
Aku bagitaula " Ni Kak Barr...Barina Matt. Wanita agam. Mak ayam besar KL ni," kata aku duk explain pasai macam mana aku pernah jumpa Kak Barr masa penganjuran pertandingan ratu beberapa tahun dulu.
Laki aku balaih "Muka dia macam hang," okay mak terdiam sat tak tau nak jawab apa. Yes, aku pun setuju muka aku sikit sikit macam Kak Barr. Mungkin sebab kami sama-sama agam dan mempunyai kulit tanned ala-ala wanita Barbados.
Sapa yang cipta aplikasi ni memang bijak pandai betul la. Macam mana ampa duk cari idea ni semua? Boboy ponen Sayang Apa Khabar Dengan Mu tengok apps ni mesti akan kata "Ni mesti sebab tengok video Boboy gigih dulu duk buat parady guna radio saja kat tepi cermin mekap" kan?
So siapakah DubsMash retis kesukaan ampa? I olls tak berapa follow sangatlah kegilaan ini. Entahlah mungkin sebab aku sentap sebab hari tu aku feeling nak buat DubsMash. Pastu laki aku maki aku "Toksah duk buat. Macam serrrrrr!!! Orang lain nak buat hang pun nak buat kah?" Sooo setelah kena maki makanya niat aku pun terkatop. Laki aku suka buat bagi aku down. Sebenarnya dia sedang melindungi diri aku daripada berkelakuan binatang kot.
Sekian sahaja laporan dan pandangan saya pasai DubsMash. Selamat membuat. Sorrylah I olls tak buat. I tak reti #padahalduksentapsebabkenamakidenganlaki
Antara DubsMasher best di Malaysia so far yang aku sangat suka adalah @ucopppp and of course marhayam @Barrinamat. Here are some of their funny videos :
Barrina Mat
Yusof Hashim a.k.a UCOPPPP