Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Yogurt Yunani bersama Buahan-buahan dan Chocolate

$
0
0


Hello u olls,  semalam kat kami office buat pot luck.  Mula-mula I olls janji nak bawak sandwiches tapi bila pikiak 34 kali,  rasa macam malaihnya nak bangun awal untuk membalut sandwiches berkenaan.  Makanya,  tercetuslah idea untuk membawa hidangan pencuci mulut yang menyihatkan.  

I olls baru baru pi dah sign up and attended class pertama "Kelab Pengurusan Berat Badan USM",  so I olls macam feeling lani makan apa-apa semua duk kira calori dan gula.  

Jom try resepi ini.




Yogurt Yunani bersama Buahan-buahan dan Chocolate

Bahan-bahan  :

1 kotak Yogurt Yunani a.k.a Greek Yogurt (Haram ampa mesti tak tau Yunani apa kan?)  Yogurt Yunani ni macam mahal sikit tapi rasanya lebih masam dan lebih lemak.  I dah start suka makan yogurt ni sebab Aizat Azmi ajaq!!

1 tin buah buahan campuran
1 tin buah pic
1 papan cokelat gelap ( dark chocolate yang kurang / no sugar)


Cara-caranya  :

1.  Dalam satu mangkuk,  masukkan yogurt dan buah-buahan dalam tin.  Pastikan ampa menapis buang air gula dalam tin tu.  We dont want the sugar coating.  

Actually,  buahan-buahan dalam tin adalah pilihan CEPAT dan MUDAH.  Kalau ampa rajin dan pilihan yang lebih baik adalah buahan-buahan segar seperti mangga,  pisang,  strawberry,  manggis atau apa sahaja yang ada depan mata ampa.  

2.  Pecahkan sepapan cokelat gelap tu dengan batu lesung.  Bagi dia hancur.  Dan taburkan dalam campuran yogurt dan buah-buahan tadi.

3.  Sangat sedap di makan begitu sahaja.  Bagi sejuk pun bagus.  Kalau ampa nak tambah bijirin seperti kekacang dan isi kuaci lagi sedap!!

Selamat mencuba

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800