Dear Kak Jumie..
Saya terpanggil untuk berkongsi masalah yang saya hadapi semenjak 3 tahun lalu atau lebih tepat lagi semenjak saya mendirikan rumah tangga.. Saya ni berumur 20-an dan baru 3 tahun mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihan hati.
Dari segi fizikal suami saya ni nampak macam lelaki yang normal, tetapi masalah yang saya hadapi di sini adalah sangat teruk di mana suami saya ini tidak boleh memberikan nafkah batin kepada saya.
Pada awal berkahwin dia semacam mengelak untuk bersama saya sehinggalah pada minggu yang kedua dia telah mencuba tetapi gagal (zakar tak boleh keras). Perasaan wanita mana yang tak hancur Kak Jumie? Kalau pada awal perkahwinan mungkin saya fikir dia malu. Tetapi benda ni mengambil masa yang agak lama untuk dia 'membolehkan' diri dia bersama saya.
Saya dah mencuba pelbagai cara untuk membantu merangsang suami saya. So, lani dia hanya mampu memberikan nafkah batin kepada saya sekali sebulan atau jika nasib saya baik dapatlah dua minggu sekali.
Dah berbuih mulut saya berbincang dan mencari pelbagai ubat-ubatan, dan mencari pakcik-pakcik yang boleh sembuhkan dia tetapi dia sangat ego dan tak nak berubat.
Sampai ada sekali saya mencari soarang pakcik yang pandai berubat lelaki yg mempunyai masalah batin lelaki. Saya pergi dengan kawan saya sebab suami saya enggan ikut. Pakcik tu kata "Selama berpuluh tahun aku berubat, tak pernah aku jumpa kes bini yang datang minta ubat! Laki hang ni tak malu ka? Kalau laki lain sebelum bini dia tau masalah dia, dia dulu2 nanti pi cari ikhtiar!"
Akhirnya, saya balik macam tu je sebab pakcik tu tak mau memberikan apa-apa bantuan. Jadi bila saya balik saya pujuk dia pergijumpa pakcik tu, dia akan bagi macam-macam alasan kononnya pakcik tu semua bohong dan hanya nak duit saja..
Kak Jumie, apa la salahnya jika dia mencuba. Semua penyakit di dunia ini ada penawarnya. Tapi kita kena ikhtiar.
Saya dah berasa yang suami saya ni sangat selfish! Kadang-kadang saya sampai menangis sebab terseksa. Dia nampak saya nangis dan pujuk. Tapi apa yang dia buat untuk berubah? Takde apa-apa.
Tiga tahun Kak Jumie saya terseksa macam ni. Tinggal dalam rumah dengan mak mertua yang banyak cabarannya. Orang ramai nampak kami sangat bahagia, tetapi hati dan perasaan saya ni hanya Allah yang mengetahui. Adik beradik sebelah suami selalu pressure saya untuk mengandung, saya macam nak jerit kat muka diorang "Ikut lubang mana aku nak mengandung kalau buat seks pun sebulan sekali?"
Mungkin ada yang kata suami saya mungkin punyai perempuan lain. Tidak sama sekali! Dia memang setia dengan saya sorang cuma masalahnya dia enggan dan keras hati campur ego yang macam bodoh dah tak mampu tapi tak mau berubat.
Saya percaya qada dan qadar,untuk menyedapkan hati saya selalu pujuk hati kononnya ramai lagi orang yang punyai masalah lebih dahsyat pada saya.
Saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan. Perasaan saya pada suami dari sayang telah hilang sedikit demi sedikit. Saya percaya hubungan kelamin amat penting dalam rumahtangga sebab saya boleh rasa macam mana perasaan sayang saya tu semakin hilang.
Bagi saya jika suami saya punya hati perut, lepaskanlah saya dengan cara elok. Jangan seksa saya macam ni. Hati mana yang tak sedih bila jadi janda. Tapi sekurangnya saya tak terseksa hidup macam ni yang entah bila berakhir..
Mungkin Kak Jumie dan pembaca blog ini boleh berkongsi pendapat dengan saya.. Jalan terakhir saya mungkin akan berjumpa kaunseling di pejabat agama.
Azizah
Dear Sofia,
Thank you atas email yang hang berikan. Akak di sini mendoakan agar suami u olls terbuka hati untuk mencari penawarnya. BUMI TUHAN NI BESAR, PENUH DENGAN REZEKI. CUMA KITA KENA USAHA UNTUK MENCARINYA. Tapi soalnya, kalau diri sendiri tak mau mencari....haa....kan?
Hubungan seksual antara suami isteri adalah sangat penting, tapi bukan yang terpenting sekali. Ada banyak lagi aspek lain yang boleh dipelihara untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia. Akak harap, kegagalan dalam seksual ini dijadikan alasan kepada u olls untuk keluar daripada rumah tangga u olls ini.
At least okaylah, dapat juga seks sebulan sekali. Daripada dia langsung tak pegang and sentuh u olls. As long as dia tetap jaga u dengan baik dan hormat u sebagai isteri. Zaman sekarang bukan senang nak jumpa laki yang baik u olls.
Tapi kita tak boleh pulak.....takdak seks langsung sebab ini fitrah keperluan yang kita nak. Kalau inilah cabaran yang Tuhan dah design untuk hang ambil....so kenalah lawan. Akak percaya perbincangan yang betul betul mendalam antara u dan suami adalah yang paling penting. Make sure dia betul betul rasa bebanan dan siksaan u sebagai kerana tidak mendapat keperluan seks yang betul dan cukup. Yes, ego lelaki memang tinggi and kalau kita nak tackle mereka secara sinis memang tak menjadi.
Apa pun, sebagai manusia yang lemah kita semua memang always tak cukup serba serbi. For now, i rest my case here.
Akak menyeru semua pembaca blog akak yang mempunyai pengalaman ataupun boleh kongsi apa apa sahaja info yang bagus tentang cara menangani masalah ini, please drop your comment. Especially pembaca lelaki. Please bagi komen dan bagi tips macam mana nak talk this man into pergi berubat dan pulihkan syahwat beliau dengan the woman of his life.
Ataupun....suami u olls ini homoseks? Haaa...sorry mulut akak cibai sedikit. Tapi kalau dia tidak bernafsu dengan perempuan lain, memanglah 'anu'nya tak boleh mengeras. Even dengar u kata 'ahh...' pun dia terus punah segala impi dan harapan. Sebab masalah utama kat sini, your husband langsung tidak mahu ikhtiar untuk berubat. Itulah masalah kita kena bincangkan sekarang.
Okay....marilah kita berdiskusi. Akak perlukan komen anda semua sekarang.
Love,
Jumie Samsudin