Entah macam mana hari tu aku tertarik melihat kawan aku Farid berkongsi gambar dalam Facebook ketika beliau mendapatkan sesi potong dan kemasan rambut di sebuah salon. Potong rambut, biasalah kan!! Tapi apa yang membuatkan aku tertarik pada posting kawan aku ini adalah tentang salon yang beliau kunjungi.
Salon yang dikenali sebagai Son & Dad Barber ini mempunyai tarikan yang lain daripada yang lain. Ini bukan salon biasa yang berkonsepkan jiwa modern yang terbiasa, tetapi salon ini tampil khas untuk memuaskan kehendak lelaki metropolitan masa kini yang amat suka dengan gaya vintej couture. Im talking about gaya jantan yang klasik macam James Dean. Kumis dan janggut tidak ketinggalan okay! Trim and clean.
So aku pun bukaklah Facebook depa ni and aku amat teruja sekali kerana salon ini terletak di tengah Georgetown City. Untuk memastikan perkhidmatan yang lebih eksklusif, Son & Dad Barber memerlukan customer untuk membuat temujanji sebelum berkunjung dan mendapatkan khidmat mereka. Punctuality juga amat penting!! Kalau u olls terlewat ataupun tidak memberitahu tentang pembatalan temu janji, boleh mengganggu masa khidmat untuk customer seterusnya. Son & Dad Barber are very serious about this. Bagus! Gentleman la u olls! Duk mai lambat-lambat tu semua apa? Pompuan ka?
Tapi ini semua bukan masalah dan isu untuk pengunjung setia ke Son & Dad Barber. Pelanggan setia depa terdiri daripada jejaka dan teruna dari pelbagai latar belakang, MAT SALLEH pun ramai u olls.
Sekian sahaja! Ampa mai tengok gambar-gambar depa duk bagi service kat para pelanggan depa. I olls ciloks from their Facebook.
click read more
The Barbers in Action







All The Handsome Men
Siriesly aku merembes tengok semua gambar lelaki yang well groom, rambut kemas berminyak dan disikat, kumis yang dirapikan. Jantan sangat. Kalau aku ada mejik kat tangan aku, aku nak sumpah semua lelaki kat dunia ni buat rambut fesyen lagu ni sahaja. Apa dajai fesyen KPOP JPOP apa semua tu wajib dihapuskan.
Sapa-sapa nak pi? Here are the details.

Son & Dad Barbershop
* Haircut by appointment basis * Products / Pomades available
Alamat : 53A Lebuh Acheh, P.Pinang.
No telefon : Whatsapp 019-4000810 * Appointment line 04-2630019
Follow their Facebook :Facebook.com/Son-Dad-Barber
Follow their Instagram : @sondad_barber