Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Adakah Calon Suami Saya Gay ?

$
0
0
Hai Kak Jumie,

Nama saya Anis and saya seorang perempuan. Saya nak tanya pendapat Kak Jumie la kan macam mana nak tau kalau sorang laki ni dia homoseksual ka, bisexual ka apa? Bukan kami tak suka ka apa ka. No no no jangan salah paham.

Cerita dia start macam ni. Kami ada la kenai ngan sorang mamat ni. Kawan-kawan yang tolong rekemenkan. Paihtu kawan punya kawan last sekali jadi couple. Paihtu lama-lama dia sediri cakap nak hantaq keluarga mai merisik. Asalnya dia bercadang nak buat majlis bertunang terus. Tapi disebabkan saya tak habis study lagi, so bapa saya kata, buat lah majlis letak tanda dulu (merisik). Makanya lepas ni kami cuma kena tetapkan tarikh untuk majlis bertunang ataupun terus bernikah.

Nak dijadikan cerita satu hari laptop saya rosak dan saya mintak kebenaran nak pinjam la laptop dia. My bad la jugak kan sebab lepas dapat password and dah settle assignment kami tak bagi balik laptop tu kat dia. And saya pi godek godek pulak files dia semua.

And you know what kak! Saya jumpak la video-video porn. Bukan straight porn which is think normal untuk para lelaki, tetapi GAY PORN. Dalam banyak banyak video tu pulak ada 1 video dia tengah bukak hadiah birthday bersama kawan lelaki dia yang bagi couple shirt untuk dia dan ‘X’(a guy). Disebut sendiri dalam video tu untuk sapa dan sebab apa bagi.

Bukan saya nak marah ka apa kalau depa BFF and nak pakai baju sama dan memang lepas tu depa ada celebrate birthday lagi dan kami pun tau la sapa ‘X’ yang disebut dalam video tu sebab depa memang pakai that couple shirt on that day pi upload kat insta apa semua.

Selain video-video tu saya juga curi time untuk bukak browsing history dia and mendapati dia mempunyai dua akaun Facebook! Satu akaun yang I memang tahu, dan satu lagi akaun, IN RELATIONSHIP with ‘X’. Saya browes banyak lagi benda benda alah dalam Facebook dia yang kedua ni.

So start dari haritu kadang-kadang kami rasa la macam dia gay tapi kami tengok setakat ni dia sembahyang apa semua elok. Paihtu kami mula la pikiaq balik kadang-kadang kami rasa yang dia ajak kawin sebab mak dia dah start bising suruh kahwin ja dia bukan mau pun. And dia la ni pun dah x bagi pegang fon ka apa. Kalau nak pinjam internet sat pun dia rela buat hotspot ja even dah cakap internet slow. Before ni boleh ja bagi.

Saya ni memang jenis jarang contact sebab masing -masing busy dan not clingy. Tapi now it leads to communication barrier between us. Saya tak tanya tanya dia sampai la ni. Ni dah habis study saya jadi risau kalau nanti dah tetap tarikh semua tetiba cancel sebab hal ni tak settle ka apa. Tak mau la camtu. Baziaq duit ngan masa oii!! Tapi saya taktau samaada nak tanya dia straight to his face ka atau macam mana.

Kami rasa macam tak fair pulak kat dia sebab dia taktau apa pun. Tapi saya tengah berfikir panjang untuk pi tanya ka buat bodo ja. Saya okay ja kalau dia cakap dia nak berubah dan dalam proses ka apa, kami boleh ja proceed dengan pelan nikah kami.

Tapi macam mana kalau dia saja ja nak guna saya nak tutup mulut mak dia. Setakat ni saya tau memang ada antara kawan kawan dia yang camtu tapi saya lepak ja sama kalau depa ajak tapi takla rapat sampai boleh pi tanya depa pasai dia. Mau kalau tanya (kat geng pompuan dia) pun stakat ni kalau tak tanya pun depa duk promote dia with good credits la apa kalau tanya lagi la dia tu ibarat Mr. Perfect bagi depa.

So Kak Jumie rasa camna. Tanya dia ka atau go with the flow. Atau perati ja kalau dia ada ciri-ciri then only tanya dia.

Love,
Anis







Hello Anis,

Thank you for writing to me.  Ini bukan kali pertama I olls terima kisah seumpama ini.  Nanti kat bawah I olls share beberapa link yang pernah I olls share dalam blog ini,  nanti free-free bacalah.  Dalam emel you ni,  so far i tak detect pun u tulis apa-apa perasaan u olls kat dia.  Are u in love with him?  Are u OKAY because selama ni pun rasa macam selesa sahaja dengan dia takdak masalah pun kalau nak kawen?  Or macam mana?  I dont know.

Sebagai orang yang sudah berkahwin,  cinta dan sayang sahaja tidak cukup untuk satu-satu perkahwinan. Dua perasaan itu juga kena hadir dengan rasa - rasa yang lain seperti hormat,  jujurm  pengorbanan,  esetra-esetra.

Berdasarkan perkongsian pendek u olls,  I cuba bagi pendapat ikhlas I olls tentang beberapa perkara yang harus I point out.  Kadang-kadang orang sekeliling you tu,  tau kisah sebenarnya,  tapi depa duk main nak jaga hati,  so tak berani tell you the truth.  So mai sini i nak bagitau kat you.  Belakang cerita,  u pikiak sendiri.  


Gay Porn
Come on lah!  Hang tanya mana-mana lelaki straight kat dunia ini,  depa suka tak tengok GAY PORN.  Mampuih kote depa akan kecik dan masuk dalam and jadi lubang pepek teruih.  Depa tak lalu wehs tengok video perlawanan perang.  Kalau tengok straight porn pun,  depa akan focus kat perempuan yang duk kena 'toron' tu sahaja.  Mana ada dia focus kat 'bahagian' lelaki????  Kalau depa nak tengok pun,  and memang depa suka tengok juga adalah lesbian porn.

Aku bukan nak mengajar u olls semua ilmu ilmu porno ni.  Tapi siriesly wehs,  hanya lelaki gay yang akan layan gay porn! Titik noktah.


BFF takdak dalam Kamus Budak Lelaki
Takdak maknanya lelaki nak pakai baju sama colur,  nama design,  apatah lagi COUPLE T SHIRT untuk menunjukkan yang depa bro for life atau BFF.  Memang dalam kamus lelaki straight,  takdak maknanya BFF ni!  Kalau depa nak pakai baju sama pun sebab depa semua kena jadi pengapit kawan baik depa kawen,  atau depa ikut rombongan UMNO ataupun depa pi tengok bola so pakai jersey sama!!  INI BAGI HADIAH BAJU SAMA UNTUK BIRTHDAY ?? Okay,  mungkin boleh berlaku tapi i think itu semata-mata nak PRANK and buat lawak time birthday.  And senang ceritalah,  nama pun COUPLE T SHIRT?  duhhh.



Dua Facebook
Why do you need two Facebook account?  U selebriti ka?  I have a few friends yang I tau depa ni secretly duk ada second Facebook account untuk tujuan yang tertentu.  Tujuan tu boleh jadi macam-macam.  Niat baik or niat jahat.  Sebab Facebook account sendiri menglimit jumlah kawan yang u boleh add iaitu 5000 orang.  Tapi u sendiri dah jumpa jawapan pasaipa dia ada second FB account iaitu untuk BFF dia.  LOL.



Mr.  Perfect
Siriesly i tell you,  gay......kalau depa kawen,  depalah lelaki / suami paling perfect di dunia.  Satu,  sebab depa handsome bergaya.  Hang tak payah nak groom depa teruk-teruk.  Silap hari bulan,  depa pulak yang akan tolong shopping for you and decide what you should and should not wear!!  Kalau jantan straight ni,  haram noks...........seluar dalam pun hang kena beli untuk dia.  Kalau dak,  dia duk pakai la boxer berlubang dia tu sampai 15 tahun.

Kedua,  depa suka mengemas / memasak dan membuat kerja-kerja rumah lain.  Dah zaman sekarang perempuan style pemalaih,  duduk rumah nak tulis blog saja tersadai ataih tilamm dengan laptop!  HAHAHA So kalau dapat laki rajin buat kerja rumah otomatiklah kita kata depa PERFECT.

Ketiga,  depa suka budak budak.  Oh yes,  gay akan menjadi parents yang baik kerana sifat keibuan yang tinggi :)

Keempat,  depa super duper romantik.  Depa tau macam mana nak layan perempuan sebab depa tau la perasaan depa pun lebih kurang sama jugak.  Nak dilayan dan dipuja puja.  Beli hadiah,  masak sedap-sedap,  beli bunga,  suprais dan macam-macam lagi!!  Laki aku macam haram,  dah 4 tahun kawen,  sekumtom bunga jejarum pun aku tak pernah dapat.  Alasan "AKU TAK TAU KEDAI BUNGA KAT MANA" nahariam betui la sabar Ya Allah.

Sorry kalau fakta aku ni ampa nak kata merapu and berat sebelah.  What ever.  Tapi I duk tengok ramai dah.  Depa bila kawen memang bagus,  depa jaga elok semua bini depa.  PERFECT la u olls!

Tapi hati bini tu sakit,  malam-malam keinginan dia tak dapat dikecapi,  makan hati pulak bila tengok laki duk berpeleseran dengan anak-anak ikan?  Hang tau?



Keputusan di Tangan Hang
Im here not to say yes or no to your life.  Aku yakin hang bukan perempuan desperate dan terhegeh-hegeh nak kawen untuk melengkapkan hidup hang.  Ada yang mempromosikan slogan,  perkahwinan melengkapkan agama kita.  Tetapi carilah pasangan yang betul betul jujur dan boleh ada dengan kita time susah dan senang.  Bukan untuk status dan kepentingan peribadi yang lain.

Hang kena take charge of your life,  kalau hang tau hang nak kawen dengan lelaki ni,  nak spend life dengan dia sampai mati,  tak salah kalau hang nak buat open discussion dengan dia tentang apa yang hang discovered tentang diri dia and sama-sama berbincang tentang apakah yang harus lakukan seterusnya?  But of course,  u kena mintak maaf dan bersedia dikena maki kerana macam mana sekali pun,  HANG SALAH SEBAB GATAI PI GODEK-GODEK BARANG dia.  But than again,  u have to take charge of your life maksudnya u berani untuk berbincang dan openly terima apa sahaja suggestion asalkan dua-dua selesa dengan keputusan itu.

Okay sekian sahaja perkongsian saya.  Sapa-sapa ada cadangan dan idea lain,  pendapat lain,  silalah memberikan komen anda.  Semoga Anis dapat membaca dan mendapat manfaat.

Love,

Jumie Samsudin


Artikel lain  :

Dear Kak Jumie : Im Not Gay but My Boyfriend Is

Dear Kak Jumie : Haruskah Saya Terima Cinta Lelaki Gay?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>