Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Tips Menggembirakan Hati Suami

$
0
0

Salam Mrs.  Jumie,  apa khabar?  
Di sini saya ingin mengajukan soalan dan ingin mendapatkan pandangan Mrs.  Jumie memandangkan Mrs.  Jumie sudah berkahwin. Saya baru sahaja melansungkan majlis perkahwinan  pada NOVEMBER yang lalu,  sekarang saya sudah pun duduk serumah dengan suami saya,  timbul persoalan sekarang kadang-kadang kenapa suami saya banyak mendiamkan diri seperti memikirkan sesuatu. Mrs.  Jumie tahu tak bagaimana saya ingin mengembirakan hati suami saya sedangkan selama ini suami saya seorang yang amat suka bermesra dan mengusik untuk bergurau,  saya amat sedih memikirkan nya kerana saya amat sayangkan dia. Saya harap Mrs.  Jumie boleh memberikan pendapat untuk saya yang baru sahaja berkahwin. Terima kasih.



Hello u olls,

I akan cuba balas emel ini sebaiknya.  Tahniah kerana baru sahaja mendirikan rumah tangga.  Tapi akak harap u olls janganlah expect teruk-teruk daripada suami u olls.  I dont know how intimate u olls berdua before berkahwin sampai u rasa sangat sangat risau bila u tengok suami u duduk sorang sorang seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

Bagi akak,  dulu zaman kita bercinta and bertunang tak sama dengan zaman bila kita dah berkahwin.  Especially bila kita dah duduk serumah dan waktu kerja kita pun lebih kurang sama.  So boleh kata most time kita bersama apabila di rumah.  

Akak rasa,  suami u olls itu okay dan normal.  Mungkin apabila dia duduk diam dan seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu...mungkin itu adalah cara dia apabila dia lepak dan duduk sorang sorang di rumah.  U kena bagi dia 'space'.  Takkan semua benda dia nak duduk dan cerita dan buat bersama-sama u olls kan?

Walaupun kita dah kawen,  kita berdua memang kena ada 'ruang' masing-masing.   So,  salah satu tips untuk menggembirakan suami daripada tips tips lain yang u boleh baca kat tempat lain adalah,  u kena bagi dia 'space'.

U tak boleh gasak dia 24 jam bila bersama dan rasa curiga bila dia macam tak mau spend time dengan u.  Itulah,  masa before kawen ampa dah gigih spend time bersama kan?  So bila masuk time kahwin...maybe dia dah start boring kot.  And u jangan la rasa down bila dia rasa macam tu.  Just let it be......Kehidupan rumah tangga memang ada ups and down.  Yang penting u two kena always 'bersama' walaupun not all the time bersama secara fizikal.  Hati tu kena bersama maksudnya.

Okay,  end of story.  Relaks and be cool.  Kita semua tidak dilahirkan sebagai superwoman.  Kita semua tidak diciptakan untuk menjadi perfect wife.  Tapi akak percaya kalau kita ikhlas dan takdak niat nak mengada-ada,  naturally kita akan disenangi oleh suami kita and dia selalu nak carik and nak tengok muka kita walaupun muka kita ni tak berapa nak cantek bila tak make up.

So before akak berhenti,  ini antara tips simple yang akak terpikiak untuk share dengan isteri baru macam u olls  :
  1. Jangan terlalu asyik nak bersama suami.  Dua dua orang kena still maintain activity berasingan,  contohnya seminggu sekali u keluar pergi spa dengan kawan-kawan perempuan u and si suami lepak and tidur di rumah.
  2. Rajinlah masak walaupun tak sedap.....masak juga.  And bila masak tu,  bacalah bismillah and selawat :)  Itulah doa penunduk suami paling mustajab.
  3. Jangan suka berleter bila dia baru balik kerja.  Buat dunno je kat dia,  hanya tanya "Nak makan?  Nak minum"  Pastu diam...sampai dia nak start sembang dengan hang...baru hang sembang balik.
  4. Jadi pendengar yang baik kepada suami u olls.  Bila dia ada apa apa masalah or cerita untuk diluahkan,  always be his best listener.  Walaupun tak dapat nak tolong dia apa-apa,  tapi just jadilah pendengar yang setia.
  5. Berhenti mencari kekurangan suami u olls.  Siriesly.  Tak akan ke mana.  U pun bukan perfect sangat.    

Tak cukup tips?  Baca sini  :  50 Ways to Make your Husband Happy - How to Please the Man in Your Life

Sekian dahulu,

I pun isteri baru belajar tapi i tetap lambang kecantikan,

Love,
Jumie Samsudin





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>