Hi Jumie yang cuns!!
Jumie, kami ni pembaca tegar blog hampa, tapi hampa tak kenai kami, even kami tak biasa face to face dengan hampa, tapi kami dok baca blog, FB dan Twitter hampa pun dah rasa macam rapat dan kenal hampa 10 tahun...hahaha...!! Sebab hampa tak fake dan very open!! Kami suka...kami ada story nak cita ni..kalau leh hampa share la kat blog hampa yang meletops itu!! Jumie, kami bukan nak buka aib orang, jauh sekali nak jealous, tapi kami and kawan-kawan kami yang lain betul-betul kesian dengan "bekas kawan" kami ni...
Ok...nak cerita. Dia ni perempuan, nama Ramlah Ram (Nama ini adalah nama olok olok dan tidak kena mengena dedengan artist Melesia yang bernama Ramlah Ram itu).
JOM SAMBUNG BACA CERITA INI DENGAN CLICK READ MORE
Dia ni boleh dikatakan orang yang pandai, belajar tinggi, tutup aurat, muka pun cantik juga, and dia tak kedekut. Dia dok buat bisnes, jual produk kecantikan dan kesihatan, memang dia dapat income banyak..bisnes dia pun laku and barang-barang dia jual pun bagus. Kami mengaku. Dia memang berduit dan branded. Kira mampu la. Dia penah kahwin, and dah bercerai, dari apa yang dia cerita dia lani kahwin dengan lawyer dia selepas 3bulan dia bercerai (lepas abis I'dah) kiranya lani dekat dekat 2tahun la dia kahwin dengan laki baru dia ni.
Dia duk cerita yang laki dia very perfect in the world, so kami dan kawan-kawan kami pun macam sonok dan bangga ada lelaki yang sangat perfect macam laki dia, kaya (anak somenone Dato/Tan Sri katanya), handsome, lawyer dan sangat romantik. Tapi Jumie, dia tak pernah tunjuk siapa laki dia baik dalam FB atau pun in real life. Dia agak rapat dengan kami semua, gambar laki dia sekali pun dia tak besa tunjuk, yang ada dalam FB tak tau la dia google gambaq sapa ka dia pi buh, muka macam Korea-kora. Gambar depa dua, jangan mimpi la..memang xda.
So kami pun tanya, mai la nak tengok gambaq laki hang, yang perfect tu, dia kata privacy. Dia tak mau tunjuk. Dia serik dengan ex-hubby dia dulu dok buat naya kat dia. Then ok kami ni pun tak paksa la...so kawan punya kawan, dia habaq kat kami dia dok satu kawasan perumahan elit kat Pulau Pinang ni. Kira sempoi la, tapi everytime kami nak pi kluaq dengan dia, kami bukan amik or hantar dia kat tempat yang dia duk canang kat kami tu tapi di kawasan perumahan di area Penang ni yang bukanlah kawasan perumahan elit pun. Dia kata situ adalah rumah mak dia. So dah 2 point bagi kami semua dok kata deni betoi ka dak pun takpa kami biaq ja.
Last year dia kunonnya preggy, tapi lagi sebulan nak beranak, perut pun tak nampak, dia kata dia badan kecik, kami ni smua takmau ingat jahat, ok percaya p la. Bulan 5 beranak. Tup-tup dengar kata anak mati. Kami nak pi melawat tak bagi pastu bagitau kata dah discharge. Yang paling lawak, anak baru meninggal on the same day dan time tu bleh promote barang meniaga dia kat FB. Deni taktau sedih ka?
Kami pun lagi sedih dari dia. Pasai baby kan. Sapa tak sedih kalau-kau beranak terus meninggal, tapi dia relax. Lepas beberapa lama, dia back to life la (kunon dah habeh pantang). Katanya laki bawak pi bercuti kat Korea, hari yang dia pi KOREA tu kunon la kan, one of our friend nampak dia kat restoran kat Penang ni. So kami contact each other and bagitau la..semua pun macam terkejut...eh apakah?
Dari situ kami semua syak dia, so ada la macam-macam lagi story yang kalau nak cerita kat sini hampa nanti muntah bila baca. So lepas dah takleh tahan kami semua decide untuk putuskan kawan dengan dia. Tak contact takdak apa-apa hubudengan. Kami delete FB dia, tapi 1 daripada kawan kami yang ngok ngek ni, tak delete FB dia dari friend list lagi.
So cita baru dia tahun ni, pi Europe. Pi LONDON- PARIS-GENEVA, tapi gambaq 1 pun tak dak. Macam lawak gila, ha for your info this lady gila bergambaq. Dia pi kedai nasi kandar pun dia akan ambil gambar, tapi pi Paris takda gambar tapi Google gambar Eiffel Tower buh kat FB?? oooo gila la deni!! And paling lawak dok cerita pasai anak dia yang 10 bulan ( yang bersalin bulan 5 dan dikatakan mati) apakah??
So kami pun kata kat kawan-kawan kami tu hang pi delete la pompuan ni...kita baca kita nanti kutuk dia kita dapat dosa, biaq la dia dok dalam alam rekaan dia. Tujuan kami tulis kat hampa pun sekadar nak share Jumie, manusia macam ni pun ada, nak kawan-kawan biarla ikhlas. Jangan la buat cerita dongeng semua. Kawan2 bukan semua jahat dan dengki, ada yang akan mendoakan kita bahagia pun, tapi kalau hang dok tipu macamni...end of the day hang tak kan ada kawan-kawan and dok hospital gila sorang2...sayang...!!
Apapun tima kasih la Jumie sebab ada blog and ruang untuk kami share ni..mintak2 dia baca and insaf la supaya jangan tipu kawan2 yang ikhlas nak kawan-kawan dengan dia.
Thank Jumie yang gebu dan Gojes!!
Hello u olls,
Aiiiyooo gelak besak kami masa mula mula membaca emel ampa itu. HAHAHAH siriesly u made my day. Actually u olls, insan insan macam ni memang berlambak dan ramai dalam dunia ini. That's why kita kena selalu berjaga-jaga dan berhati hati. Tapi bagi kami, selagi dia tak tipu duit ampa and tak mai rosakkan rumah tangga ampa duk duk membawa mulut dan menfitnah ampa di sana sini ataupun dalam erti kata lain dia langsung tidak memberikan sebagai kerugian dalam hidup ampa, so ampa janganlah hina dia teruk teruk.
Tapi a big step of menjauhkan diri daripada dia adalah sangat baik. Kalau kami jadi ampa pun kami akan buat benda yang sama. Sebab yelah u olls, lama kelamaan, kita duk tambah dosa duk bercakap pasai dia apa yang kita dapat ?
Tapi patern cerita pompuan ini aiyooo very the novel novel melayu yang dimasukkan dengan sedikit elemen K POP. HAHAHA tula u olls semua banyak sangat tengok Astro Ria, sebab tu u olls jadi macam ni. Nak kawen laki kena perfect kaya and anak Dato. Pastu kena melancong pi Eropah. Pastu kena pakai brendi brendi. Itulah definasi 'perfect' bagi sesetengah orang.
Tapi itu semua hak setiap orang untuk tentukan cara hidup dia sendiri. Tapi kalau angan saja.....hasil nya nan hado. Janganlah sampai menipu.
Apa yang ampa rasa sebagai kawan-kawan not because ampa jealous or what ever, tapi ampa rasa sangat dipermain-mainkan. Kita bukan budak-budak. Kita bukannya BODOH. Kalau dia nak bodoh, pi la jadi bodoh sorang sorang dalam dunia Paris dia. Pasaipa nak usung emosi kita sekali dalam kebodohan itu kan? I think itulah sebab utama ampa dan kawan-kawan lain rasa sedih dengan dia.
So from now on, ampa dan kawan-kawan janganla duk pi amik tau pasai dia lagi. Biak pi la kat dia. And kat kawan ampa sorang yang masih tak delete dia lagi tu, jangan la duk membawa cerita sangat aih. Duk diam diam. Biarkanlah Ramlah Ram dengan dress love di teteknya itu.
And to Ramlah Ram, i just pray you all the best. U boleh tipu 34098347 juta orang, tapi sampai bila u nak menipu diri sendiri? Tak penat ke?
Sekian.
Love,
Jumie Samsudin
Tak gebu dan gojes sikit sikit...yang penting i olls adalah LAMBANG KECANTIKAN