Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Macam Mana Nak Post Gambar Kat Facebook Macam Pro?

$
0
0
Hello u olls,

Dah lama tak buat artikel ala-ala tips kehidupan ni.  Hope u olls enjoy this one.  Hari ni,  I olls nak share 5 tips penting tentang cara-cara nak post gambar kat Facebook or any laman sosial secara profesional.

Maksud profesional kat sini bukan kata u akan dapat sijil kepakaran ka apa ka yang boleh masuk dalam CV,  tetapi simply tips ini boleh membuatkan u olls tidak kelihatan very the 'kampung' perak buih tatkala meng-upload gambar-gambar u olls especially gambar bercuti ke luar negara!  'Perak buih' adalah terma yang digunakan oleh orang Penang yang mungkin sama dengan maksud orang 'jakun'.

Oh ya....post ini particularly adalah sebagai panduan untuk kita meng-upload gambar-gambar travelling kat laman sosial.  Sebab walaupun zaman ekonomi tak berapa nak elok ni pun,  tak dinafikan rakyat Malaysia masih ramai yang mampu untuk berjalan jalin ke luar negara untuk shopping dan ada pulak yang travelling semata nak lari dari jerebu.

So i hope tips dalam artikel ini boleh u olls jadikan panduan agar nampak meletops dan kelas apabila nak post gambar travelling u olls dalam laman sosial.


TIPS 1  :  Jangan Post Semua Gambar Dalam Satu Album
Tips nombor 1 adalah jangan post 90 keping gambar sekali gus dalam satu album.  Lebih menyedihkan lagi apabila almost 60% daripada gambar-gambar itu adalah duplicate.  Contohnya,  gambar u dan burung unta...ada dua keping.  Satu keping burung unta tu pejam mata,  satu keping lagi pulak,  u yang pejam mata.  Sebab tu,  before u upload semua gambar,  sila pilih betul betul berapa banyak gambar yang worth it nak share.

I know u olls eksaited dan nak share semua gambar tu,  tapi trust me,  tak semua orang nak tengok benda-benda tu semua.  Siriesly,  dulu aku pun macam tu.  Siap ada part I dan part II.  Satu album part I sampai beratus keping gambar.  Ohhh malunya.  Bila pikiaq balik,  semua gambar tu hanya special di mata aku sahaja.  What I saw and what amazed me.  Tapi bukan untuk orang lain.

Prinsip aku kat sini senang sahaja,  kalau kita share semua benda kat semua orang,  so kat kita ada apa sahaja?  Plus,  hang ingat gambar-gambar tu semua takdak ka kat Google Image?

Sejak itu,  aku very the selektif.  Whenever aku travel mana-mana dalam Malaysia or luar negara,  I only choose the best photo and only that photo represented that I was in that certain place at certain time.  And gambar-gambar yang rare and unik.



Gambar di dinding macam ni takper.




TIPS 2  :  Janganla Ambil Gambar Dinding - Melainkan itu adalah mural yang hebat!
Tips nombor 2 adalah tentang seni mengambil gambar.  Tak semestinya u olls kena pi ambil kursus DSLR untuk mendapatkan mutu gambar yang cantek dan profesional.  Dengan menggunakan gajet termudah iaitu handphone,  kalau u olls ada taste dan selalu mengamati gambar-gambar laman sosial lain yang berseni,  pastinya u olls juga dapat menghasilkan gambar-gambar yang meletops.

Here is artikel meletops yang u olls boleh baca tentang cara-cara untuk mengambil gambar Instagram dengan cantek  :  20 Easy Photography Tricks That Will Make You a Picture Taking Master

Aku sedih sangat tatkala aku duk stalk FB kawan-kawan aku yang travel pi luar negara,  tapi gambar depa post semua style macam ser posing kat lobby hotel dengan latar belakang orang lalu lalang and yang paling sedih gambar dinding hotel.

Very the!!  Aku punya bara kat kawan aku tu sampai aku komen kat gambar depa "Wehss ampa dorang jalan jauh-jauh,  amik gambar kat dinding hotel jer?"

Lagi satu yang mak sedih dengan gambar-gambar travelling adalah apabila u olls posting gambar-gambar dalam flight,  dalam kereta api,  dalam ferry!  Noks hang tak pernah naik flight ke apa noks?

Ni gambar naik bas masa kat Australia.  Mak pun dulu very the kampung noks,  gambar dalam bas pun nak hambek.


Carutan itu adalah lahir dari hati aku yang kecewa kerana niat hati tak dapat pi berjalan jauh macam ampa semua,  dapat like gambar pun syiok la kan?  Tapi hasilnya,  dapat gambar dinding sahaja.  Kalau macam tu,  baik aku pi tengok dinding kat rumah aku,  office aku.


TIPS 3  :  The Great Captions
Tips nombor 3 adalah berkenaan dengan captions.  Captions adalah penulisan ringkas yang kita selalunya akan tulis di bawah gambar yang kita post.  Aku sangat suka posting oleh Fedtri Yahya,  mak ayam besar tu selalu travel sana sini sebab itu adalah sebahagian daripada tugasnya.  Aku suka sangat setiap kali dia pi mana-mana ceruk-tok-kun yang rare dan bukan tumpuan tourist,  dia akan post gambar-gambar dengan mesej kemanusiaan. Apakah masalah anak-anak di sana, cara hidup penduduk setempat,  nilai-nilai murni dan macam-macam lagi.  Ampa boleh follow IG beliau kat sini  :  @fedtriyahya

Captions adalah sangat penting sebab mesej itu akan memudahkan kita untuk menyampaikan lebih banyak info kepada teman-teman yang kita kongsikan gambar kita tu untuk lebih tahu dan rasa apa yang kita alami.  Macam I olls,  aku suka selitkan benda-benda lawak dan funny to go along with my pictures.  Sebab aku memang jenis perempuan perfect pun! (Kombinasi cantek,  pandai dan lawak.  Kau ada?)

Selain itu,  kalau u olls lebih poyo,  boleh masukkan quotes to go along with the pictues.  Kadang-kadang aku suka buat macam ni.  Tapi aku rasa macam poyo pulak.  Hang ingat hang A Samad Said,  setiap gambar hang post kena masukkan kata-kata pujangga?

Sebagai manusia beradab,  kita juga perlu elakkan benda benda yang negatif like hal-hal sensitiviti agama dan kaum.  Gagal untuk berbuat demikian,  u are just simply stupid attention seeker (Sila buat WhatsApp group dengan Alvin Tan).


TIPS 4  :  I Dont Want To See Your Face,  Bitch
Tips nombor 4 ataupun boleh dikatakan sebagai LARANGAN PENTING adalah tentang sifat-sifat sesetengah WB yang always want to put your bloody face on all bloody pictures.  Aiiyooo,  selalunya jenis WB dan golongan Kakak Feeling Fufu Sekeping always feeling macam ni.  20 keping gambar dia post,  doploh-doploh gambar tu penuh dengan muka dia.  Mulut itek,  mulut angsa,  mulut cumi-cumi,  semua jenis mulut dia bubuh dalam gambar-gambar tu.

Sedih noks,  hang dah jalan jauh-jauh.  Katakan,  pi melancong luar negara kan?  Hang jumpa pokok bunga rose,  hang pi selfiaq sebelah bunga rose,  hang jumpa buah apple,  hang pi selfiaq sebelah buah apple.

Okay girls,  mak tau ko sekarang cantek,  feeling pakai produk letops and sekarang hang dah pandai lukis kening cantek,  so takyah la feeling nak amik gambar hang banyak-banyak and post semua gambar hang dalam laman sosial hang tu.

"Punya pasai kat aku la......FB aku," ehhhkkkkkk tolong sikit sejak bila hang beli saham dengan Mark Zuckerberg?   Please be considerate sikit,  ini tiap-tiap kali hang post gambar muka hang tu,  aku yang duk tengok ni terpaksa menyumpah dan memaki hamun hang dalam hati.  Saja nak bagi malaikat kiri aku banyak kerja nak catit dosa aku.


Post tarik tangan yang viral.  Dah ramai la pompuan-pompuan sendu duk paksa suami dan laki memasing untuk ambil gambar u olls macam ni.  Aiiiyoooo feeling sangat noks.  Ko ingat ko cantek nak feeling orang tarik-tarik tangan macam ni?  Takyah la nak pose-pose palsu macam ni.



TIPS 5  :  Pose Meletops
Tips nombor 5 ini adalah berkaitan dengan tips/larangan kat atas.  Selfiaq adalah nice sometimes,  tapi kalau semua gambar hang adalah gambar selfiaq,  mungkin hang ada body issue yang hang tak boleh nak tangani,  sebab tu hang berani post gambar muka sahaja,  gambar badan hang tak kompident nak share.

Aku sebagai ikon wanita agam Malesia,  sangat suka suka sekali berposing meletops di kaca lensa.  Tak semestinya hang agam ataupun sekeping lidi mengaji,  hang kena belajar untuk posing dengan meletops.  Kat link ni ada beberapa tips senang untuk ampa ikuti agar ampa nampak lebih meletops,  langsing,  tinggi dalam gambar  :  http://imgur.com/a/TfXcp 

Lani aku rasa macam dah makin popular dan menjadi trending adalah spisyis posing dalam gambar tapi ala-ala gambar tu diambil oleh paparazzi gitu.  Macam nak kata candid pun boleh jadi jugak,  tapi macam nak kata ala-ala feeling gambar hang diambil oleh paparazzi pun boleh juga.  Aku rasa gambar ni adalah sedikit poyo juga,  tapi pada masa yang sama aku rasa macam meletops juga posing macam ni.  Ala-ala hang pompuan aristokrat ada personal photographer yang ambil moment-moment candid dalam hidup hang.

"U olls mengate i ker?" kata sepupu ku,  Beyonce.



TIPS 1  :   Be Patient
Tips terakhir yang I olls nak share adalah BE PATIENT ataupun dalam bahasa ibunda,  sabar sikit noks!  Ini adalah kerana mak tengok sesetengah sundelina natasha idris ni,  ala-ala sampai jer kat mana-mana ceruk tuk kun,  teruslah feeling hang nak amik gambar dan post dalam Facebook hang tu.   Noks!!! Kalau gambar tu memang betul betul cantek dan meletops dan breath taking tak pa jugak hang nak share,  ini.........................hang sampai airport ja,    capture gambar bumbung air port...hang nak post kat Facebook "Selamat sampai,  Alhamdulillah."

Melainkan hang ada private jet macam Miss Paris ni takpa,  mak izinkan hang nak posting touch down macam ni.


Sila bersabar sikit noks.  Lagipun dah sampai tempat jauh-jauh,  sila focus pada diri hang sendiri.  Be careful,  enjoy the moment,  takyah nak sibuk sibuk nak share kat Facebook tu lagi.  Relaks-relaks dulu.  Aku ada kawan yang sepuluh kali pun duk pusing dunia,  tapi setiap kali,  the minit dia touched down mana-mana ceruk tok kun pun kat dunia ni,  dia akan post,  CHECK IN.  Aiiiyooooo very the?  Sometime aku macam wondering,  relaks-relak sudah la.  Awat duk over eksaited sangat macam tak pernah pi melancong mana-mana pun sebelum ni.  Orang lagu ni,  kami orang Penang panggil 'ciwi'.




End
I think itulah tips yang I olls nak share setakat ini.  Semoga u olls semua dapat mengubah cara u olls memberikan reaksi u olls di laman sosial sebab memang tak dinafikan,  gambaran yang u olls paparkan dalam laman sosial milik u olls akan menjadi cermin keperibadian diri u olls yang semua orang tengok dan nilai.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>