Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Ulasan Filem Jwanita

$
0
0
Hello u olls,  setelah mendapat desakan dan juga kata-kata pujian palsu daripada Yuss Zulk aku pun terhegeh-hegeh membeli filem Jwanita di Astro First.  Tapi baru 15 minit menonton filem ini,  aku terus menyumpah seranah macam siye nak haram menyesal buang RM15 bayar cerita ni 2 hari.

Mai baca review ikhlas aku.





Sinopsis
Depa kata cerita ni cerita hantu.  Ada pulak kata cerita ni pasai perempuan psiko.  Cerita ni mengisahkan dua adik beradik anak yatim yang terpisah masa kecil.  Si adik Julaika telah diambil sebagai anak angkat oleh satu pasangan.  And si kakak Jwanita pun lari dari rumah anak yatim dengan misi nak pi carik adik dia.

Tapi malam lari dari rumah anak yatim tu,  kakak dia telah diculik dan dijadikan hamba seks dan hamba abdi oleh satu pasangan bomoh ilmu hitam.

Bila Jwanita dah cukup besar dan kuat,  dia bunuh dua-dua bomoh ni dan dia melarikan diri.  Dia dijumpai di tepi jalan dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa sebab pi gigik satu nurse yang nak check dia.

Masa kat hospital sakit jiwa,  dia dirawat oleh Dr.  Farhan yang menjadi igauan siang dan malam anak-anak ayam JS.  Nak dijadikan cerita,  rupa-rupanya Dr.  Farhan ni adalah tunang kepada adik kandung Jwanita iaitu Julaika.  Maka dia pun mengaturkan agar dua saudara ini dipertemukan.

Apabila Dr.  Farhan dan Julaika menikah,  Jwanita naik angin dan dia menghilangkan diri.

Selang beberapa tahun,  Julaika dan Dr. Farhan dah beranak dua dan dah besar.  Tiba-tiba Jwanita muncul dengan canteknya nak mampus sambil menaiki kereta Viva hitam yang sama dengan kereta pundan yang aku kenal bernama Fans.  Kemunculan Jwanita kali ini dalam hidup Julaika dan Dr.  Farhan benar-benar mencabar kali ini.  Jwanita macam nak mengurat Dr.  Farhan dan lama kelamaan,  dia membunuh pembantu-pembantu rumah.

Last sekali,  gaduh punya gaduh,  Jwanita pun bunuh diri dia dengan Dr.  Farhan dengan membakar diri depa bersama.  Sebenarnya,  Jwanita buat macam ni semua sebab dia ada affair dengan Dr.  Farhan masa sesi rawatan dulu.




Apa Yang Best
Actually cerita ni lagi banyak TAK BEST daripada yang best.  Tapi sebab kita kan feeling-feeling Melayu dulu-dulu,  kena puji-puji sebelum membidas orang kan?  So aku akan start dengan puji dulu.

Apa yang best dalam cerita ni adalah Maya Karin.

Lakonan dia memang baik dia betul-betul menjiwai watak psiko,  nampak perbezaan time psiko dan time nak ajak romen.  Suara,  gerak muka dan badan memang tak flat.  Ada nampak perubahan.  Bak kata Yuss Zulk,  dia berlakon seolah-olah nak taram anugerah pelakon wanita terbaik FFM tahun depan untuk dia!

And yes,  Maya Karin sumpah cantek gila dalam cerita ni.  Dia ni macam tak tua pun!!  Dia punya cantek gila sampai masa scene dengan Marsha,  teruih nampak muka Marsha tak lawa langsung.  Kalau dia duduk sebelah aku tak taula.  Muka aku teruih nampak macam sampah kot.




Apa yang Tak Best
Tema cerita memang tak best!  Quote by Ezal Ezham Azami,  u cannot put everything and all the things in one plate.  Kalau nak campur adukkan pelbagai tema pun,  kena tau macam mana nak ballance-kan semua perisa yang ada.  Tidak boleh nak kuatkan semua rasa sampai last sekali jadi tahi.

Jwanita cuba mengadunkan 3 tema utama yang aku rasa semua olahan yang dibuat adalah terlalu kuat.  Tema mistik dan seram,  tema psychotic dan tema homisid.  Pengarah punya nak stresskan semua - semua tema ni sampai jadi merapu gila.  Paling tak boleh blah......lepas kena mangsa tu semua kena bunuh,  boleh pulak jadi zombie kampung pisang.  Nak hariammm!!!  Ilmu sihir tinggi macam mana pun,  aku rasa tak sesuai dengan penceritaan realistik yang juga menjadi tema dalam cerita ni.

Skrip dalam cerita ni memang sumpah tak best langsung.  Takdak penegasan dan takdak yang boleh merengkam di hati.  Skrip yang sangat loose ini menyebabkan filem ni jadi lagi tak best.  Walaupun barisan pelakon adalah hebat-hebat.  Semua watak-watak sampingan jadi latar belakang yang samar sahaja.


Tak Lojik
Berikut adalah beberapa point nahariam yang aku detect yang aku nak share dengan ampa  :


  • Costume  semuanya macam siye merapu.  Orang biasa tidak akan pakai macam depa ni. Antara yang merapu adalah Julaika balik kerja tengahari panaih memakai trench coat.  Nakhariammmm.....hang ingat apa?  Autumn in Paris.  Baju hitam yang dipakai oleh watak Jwanita pada babak-babak akhir juga adalah pukimak celaka buruk macam aunty-aunty Cina pi beli sayur kat market Chowrasta and Campbell Street.
  • Rumah bapa angkat punya besar. Memang siye nak haram la cerita Melayu.  Depa ni kalau nak shooting rumah,  kalau boleh sewa Istana Negara Jalan Duta mesti depa dah pakai dah.
  • Orang gaji...Marsha?  Like awat tak amik Beyonce teruih berlakon jadi maid. And mana ada maid sambut tetamu ...serrr..kalau rumah orang lain mana boleh orang gaji bercakap dengan guest,  silap hari bulan kena marah and buang kerja.
  • Scene anak anak main dengan monyet kat halaman rumah.  Why monyet?  Nak tukar dengan orang putih ka main dengan anjing...
  • Time Nona kena rasuk. Memang macam siye anak haram style terapong di awangan.  Kira nak buat ala-ala Emily Rose.  Nak hariam laaaa merapu.  Awat lepas kena rasuk teruk macam takdak pun nak panggil bomoh negara ka mai tengok tengok rumah....well u know la Meleis kan?  Jumpa sup bunjut dalam sup pun duk paranoid kata buatan orang.
  • Aku tak boleh nak paham macam mana Nona boleh jadi hantu siap boleh bergerak dan 'bantu' Jwanita untuk bunuh Kadir and Megat pulaks.
  • Julaika nakharam celaka perempuan kuat nak mampus,  lepas kena kapak kat belikat dan jatuh dari alang rumah yang lebih kurang 7 meter tinggi,  TAK MATI TAK KOMA TAK KENA STROK apa pun siap boleh berjuang untuk anak-anak dan suami pulak.  Nak haram.  Aku nih.....tak makan tengahari pun dah boleh masuk angin sampai migraine.
  • Masa scene last,  mayat Nona,  Megat dan Kadir jadi zombie.  Lahanat bodo merapu.


Okaylah,  ini sahajalah aku punya sharing.  It can be a very good movie if focus to one topik and story only.  Tak boleh banyak tema.


Jwanita

Directed by Osman Ali

Cast
Maya Karin as Jwanita
Cristina Suzanne Stockstill as Julaika
Bront Palarae as Dr Farhan
Marsha Milan Londoh as Nona
Umie Aida as perempuan bomoh
Elnisa Husni as young Jwanita

Distributed byEmpire Film Solution

Release dates 24 September 2015

Running time 1 hour 40 minutes

Bacaan tambahan :  http://bulletinmedia.blogspot.my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>