Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Heidi Klum Halloween Costume 2015 - Jessica Rabbit

$
0
0
Hello u olls,

Minggu lalu adalah minggu Halloween oleh orang Amerika.  Seperti biasa I olls akan menantikan apalah yang dipakai oleh Heidi Klum.  Masa duk sembang dengan Fansuri,  dia kata,  Heidi jadi Jessica Rabbit.

Aku macam .....ermm...boring la.......Jessica Rabbit adalah karakter kartun yang biasa sahaja.  Seksi,  tetek besaq,  pakai dress merah.  Bukankah itu imej biasa Heidi Klum (eksep for tetek besaq...).

Tapi bila aku dah tengok gambar dia,  gilaaaa wehss aku macam kagum juga.  Sebab dia memang betul-betul transform diri dia yang kuruih kedekiang menjadi perempuan plastik tetek besaq dan muka dia macam muka orang overdose plastic surgery.  Sangat scary yet sangat meletops transformation ini.

Jom kita tengok gambar beliau ketika menyambut pesta Halloween yang kini sudah masuk tahun ke 16.


Ini adalah watak kartun Jessica Rabbit.



Proses make up yang dilalui oleh Heidi Klum.  Tak tau la berapa jam dia perabih masa buat benda ni semua.  Yang lawaknya masa juruteknik solekan sedang menampal pungkoq pelastik kat dia,  orang semua duk ingat dia akan menjadi KIM KARDASHIAN untuk tahun ini.







Berikut adalah hasilnya. 








 Meletops kan?  Welll memang meletops.  Tapi masa peminat semua duk jangka dia buat punkok besaq sebab nak jadi Kim Kardashian,  wow,  meletops juga idea tu.  Macam mana kalau somebody pakai baju jadi Kim K.  So,  this week,  Ellen Degeneres jadi Kardashian sister.  Macam siye deni lawak.  Dia kata,  watak Halloween dia adalah Karla Kardashian iaitu adik perempuan Kardashian yang sering dilupakan.  Ellen memang lawak macam siye.







Read more: Heidi Klum finally reveals Halloween costume year shows bash Jessica Rabbit

Ellen Degeneres Halloween Costumes Over Years

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>