Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Ulasan Product Kecantikan dari Purebysafiyyahosman

$
0
0
Hello u olls,

Produk kecantikan yang berasaskan bahan-bahan asli dan semulajadi lani semakin banyak kat pasaran.  Kita pun sampai tak tau nak beli yang mana satu,  and belum tentu pun produk tu baguih apa semua.

I came across this product setelah tengok kegigihan kawan I olls ini mempromosi kat laman sosial beliau.  Before this dia menjual produk teh detox yang diimport dari UK.  And now,  dia mengeluarkan rangkaian produk kecantikan yang diadun sendiri or orang puteh kata 'handcrafted' yang dinamakan Purebysafiyyahosman.

So,  hari ini I olls nak bagi ulasan sebab I sendiri dah dapatkan all these products and memakainya!


My Ulasan
Secara kesimpulannya,  pasai pa aku suka rangkaian produk Purebysafiyyahosman ni?

1.  MURAH u olls.  Kalau nak bandingkan produk-produk asli yang bebas pewarna dan pengawet yang mungkin tidak baik untuk kulit kita kat luar sana kadang-kadang beratus rinngo harganya.  Tapi range Purebysafiyyahosman adalah antara RM15-RM25 sahaja untuk satu produk.  Affordable u olls!

2.  Memang berkesan!!  Let say kat dalam Facebook dia tulis 'Menghilangkan bau kaki' MEMANG BETUL NOKS MENJADI!  Itu adalah salah satu contoh.  Mak akan terangkan contoh-contoh kebaikan lain yang mak dah rasa.

3.  Oleh kerana produk ini adalah 100% handcrafted oleh itu bahan-bahan yang digunakan juga dipilih dan diadun khas dari bahan-bahan organic,  bebas bahan kimia seperti pengawet,  pewarna,  sulfates,  paraben and artificial fragrances.  Terbaik untuk kita sebagai pengguna.  Boleh kata,  all produk Purebysafiyyahosman adalah selamat untuk dimakan!

4.  Walaupun produk ni takdak pewangi tiruan,  tapi siries bak hang,  the moment aku dapat packages ni daripada abang pos,  teruih aku dah dapat bau dah wangi-wangian ala-ala spa u olls.  Siries!!

5.  Packaging yang lawa!  Selain beli untuk pakai,  kita jugak boleh beli untuk hadiah kat kawan-kawan and boleh buat gift atas hantaran.  Kerlasss u ollsl!




Antara produk yang i olls dapatkan from Purebysafiyyahosman.



Senarai Produk
Setakat ini berikut adalah produk yang terdapat dalam rangkaian kecantikan Purebysafiyyahosman :

💋 Susa Detox Body Scrub -Chamomile Me -Citrus Honey -Choco Honey.  RM25

💋 Foot Soak Lavender -Chamomile.  RM25

💋 Lip Scrub Homemade Kiss Me.  RM15

💋 Lip Balm Made For Kissing.  RM18

💋 Detox Face & Body Soap For MEN.  RM16

💋 Detox Face & Body Soap For WOMEN.  RM16

💋 Hero &; Pure Face Mask.  RM25

💋 Heroin &; Pure Face Mask.  RM25

Saffiyah sedang membuat produk Purebysafiyyahosman dengan tekun.


The founder and co - founder of Purebysafiyyahosman.


Dah masuk TV u olls!!


Jom baca apakah pengalaman I olls selepas menggunakan produk dari Purebysafiyyahosman.





Susa Detox Body Scrub -Chamomile Me 

Susa bermaksud sugar+salt.  Purebysafiyyahosman ada tiga jenis Susa Detox Body Scrub iaitu Chamomile Me,  Citrus Honey and Choco Honey.  I olls dapatkan Chamomile Me sebab memang sesuai dengan hidup aku yang always busy, stressss memanjang,  masalah migrain and susah nak tidur malam.

Susa Detox Body Scrub Chamomile Me diperbuat daripada gula + garam,  madu,  bunga chamomile dan minyak zaiton.  Aku pakai sekali setiap 3-4 hari.  Malam before tidur,  aku akan scrub badan aku dengan Susa Detox Body Scrub Chamomile Me ni.  Butiran gula dan garam dengan bunga chamomile berfungsi membuang semua sel-sel kulit kat badan kita.  So kulit akan menjadi sedikit cerah and of course menjadi lebih lembut.  Aku selalu lepaih pakai,  and keringkan badan,  aku akan over over pi kat laki aku and kata "Abang pegang laa...kulit Ya dah lembut....." hahaha pastu laki aku pun terpaksa la pegang badan aku.

And minyak zaiton kat scrub ni akan melembapkan kulit u olls.  So saranan i olls adalah,  lepas scrub badan tu,  u olls bilas ja badan dengan air biasa pastu leave the moisture kat badan.  Bau bunga chamomile tu sangat wangi and akan stay atas kulit.  Pastu tidur dalam keadaan wangi dan bersih,  esok bangun badan jadi segar u olls!!

Ini adalah kerana susa detox blend yang ada dalam sbody scrub ni berfungsi untuk detox seluruh badan dan menggantikan kandungan magnesium dalam badan yang dah berkurangan & automatik badan akan rasa bertenaga dan segar!  PATUTLAH!!

Memang sebelum ni,  aku selalu letih,  bangun pagi rasa macam susah sangat,  ingatkan syaitan sahaja,  malah toksik moksik dalam badan pun dah banyak.  Lepas merajinkan diri memakai Susa Detox Body Scrub Chamomile Me memang aku dapat rasakan perbezaannya.

Pure Chamomile oil juga berfungsi untuk beri rasa tenang pada mood kita. Chamomile satu-satunya bunga yang dapat memberikan rasa tenang. Sangat sesuai untuk orang yang stress dan nervous tension.  Pernah tak u olls,  seharian bekerja,  jalan sana sini,  pastu pergi kenduri la,  jumpa orang,  sampai malam buta,  balik and mandi,  tapi bila baring atas katil,  masih tak boleh tidur!  Pernah tak?

Aku selalu macam tu,  terlampau penat sampai tak boleh nak tidur.  Jadi marah and geram pulak.  Dah kira kambing,  dah selawat apa semua,  tapi mungkin badan tu masih setting nak bekerja,  so tak boleh nak lelap.

Maka,  aku pun bangun dari katil pada jam 1am tu,  masuk bilik mandi and terus feeling scrub badan pakai Susa Detox Body Scrub Chamomile Me.  Lepas dah feeling wangi semua,  lap badan,  pakai balik baju tidur,  teruih boooooooooooooooom!!! Tidoq teruih.....Siries aku tak tipu.  Inilah pengalaman aku.

Harga : Rm25/jar.250ml.
Postage : Rm7/jar.

Susa Detox Body Scrub

Ini adalah contoh gambar testimoni daripada pengguna yang lain.







Foot Soak Lavender & Chamomile

Satu lagi masalah badan aku adalah bau kaki.  SUMPAH!!  Actually sejak dulu lagi.  Nasib baik aku tak perlu kerja pakai kasut boot and kena bergerak banyak sampai kaki berpeluh macam laki-laki kita kan?  Aku kerja pejabat ja.  So sampai office aku boleh tukar pakai slipper sahaja,  and from time to time aku dah boleh pi basuh kaki kat toilet.

Before this aku selalu kena pakai spray untuk menghilangkan bau kaki,  hari-hari juga aku kena extra basuh kaki aku pakai sabun anti bakteria.  Tapi kadang-kadang tu bau juga.  Laki aku selalu perli kat aku.  BAU KAKI MACAM KERJA KONTREK.  Siries malu nak cerita tapi kenyataan.

Kasut memang selalu kena anginkan,  yang mana boleh basuh aku akan basuh.  Slipper pun mak rendam and basuh ya!!

So,  i pun try la pakai Foot Soak Lavender and Chamomile from Purebysafiyyahosman ni.  Bukan rajin sangat pun aku pakai,  seminggu sekali ja!!! Alhamdulillah memang kaki aku takdak bau dah.  Memang betul la,  orang kata,  those yang kaki berbau ni sebab toksik banyak dalam badan.  Soooo..aku rasa memang betul la toksik aku dah banyak hilang sejak aku pakai foot soak ini.

Disebabkan kaki aku besar macam anak gajah,  so aku kenalah pakai baldi besar untuk rendamkan kaki.  Masak air panas,  campur sikit dengan air kolah,  untuk dapatkan suhu suam-suam yang menyedapkan kaki,  pastu masukkan 1-2 camca foot soak ni.  Rendamkan kaki lebih kurang 10-15 minit.

Ada juga baca testi daripada pengguna lain dalam page Purebysafiyyahosman,  orang yang tumit kaki merekah pun baguih pakai.  Effect dia adalah,  kulit merekah itu sembuh dan tumit pun makin cantek.  And paling best adalah testi satu pakcik ni,  dia ada kencing manis dan gaut u olls,  masa rendam kaki secara otomatik,  pakcik ni punya duk berlahak a.k.a sendawa.  Aku pasang video tu kat office,  semua duk tanya "BUNYI APA TU!!".  Ampa pi bukak page Facebook PurebySaffiyahosman (link ada kat bawah,  and ampa cari posting video tu....)

💋 Foot soak sangat bagus untuk relaxkan kaki yang sakit dan lenguh. 
💋 Foot soak juga adalah salah satu rawatan untuk hilangkan bau kaki yang tidak menyenangkan. 
💋 Serius ohsem! Cuma perlu rendam kaki dalam basin selama 10-15minit sahaja. 
💋 Bahan yang terdapat dalam 1jar 250ml foot soak : detox salt blend(secret recipe),dry chamomile,  dry lavender. 
💋 Lavender berfungsi sebagai anti septik terhadap kulit. 
💋 Chamomile berfungsi untuk memberi rasa tenang pada anggota badan. 
💋 Detox salt blend berfungsi utk menambah kandungan garam yang hilang dari badan,melancarkan peredaran darah dan melegakan otot dan menghilangkan rasa lenguh pada kaki.

Harga : Rm25/jar.
Postage : Rm7 semenanjung.



Lip Balm Hot Lips Made For Kissing 

Ini adalah favorite item aku dalam semua. Dulu aku pernah pakai Burt's Bees Lip Balm yang dihadiahkan oleh Nonie Suliaman,  pastu sekali tu ja aku pakai,  lepas tu aku pakai petroleum jelly biasa sahaja untuk melembapkan kulit.  Petroleum jelly memang baguih,  tapi dia melembap sahaja,  dia takdak apa-apa effect pun.  Bila aku beli Lip Balm Hot Lips Made For Kissing,  rasa dia siries macam Burt's Bees tapi lagi wangi!

Dulu,  aku suka pakai liptid banyak.  Hari hari pakai.  Liptid boleh memberi effect lips jadi colour melebam / gelap.   Orang ada la kata,  nak bagi cerah balik lips ni pakaila madu malam-malam before tidoq.  Kalau sapa ada kegigihan tu boleh u olls,  macam mak ni gigih nak buat,  tapi takut pulak nak tidorq,  satgi semut mai urung mulut.

So bagusnya ada produk macam Lip Balm Hot Lips Made For Kissing boleh membantu u olls untuk mencerahkan balik u punya lips!  Lepas seminggu pakai,  aku rasala bibir aku macam lembap and lembut ja selalu.  Tapi,  masuk dua minggu,  aku perasan,  lips aku dah makin pinkish especially kat bahagian tengah tu.  Siries aku rasa macam happy kot.  Ampa boleh tengok gambar testi yang dihantar oleh salah seorang pengguna kat bawah tu.

Satu lagi yang best tentang produk ni adalah ampa tak yah nak feeling-feeling nak tenyeh kat bibiaq 2-3 kali sehari,  sebab lip balm ni mampu melembapkan kulit sepanjang hari!!! (estimation up to 11 hours)

Isi kandungan hot lips lip balm 70% dari madu asli di campur dengan minyak zaitun dan buah delima.  Madu berfungsi utk melembabkan bibir dan memberi warna semulajadi bibir.


*gambar dari customer*






Lip Scrub Homemade Kiss Me


Aku sebelum ni duk pakai lip scrub jenama biasa-biasa ja.  Pastu saja la gatai pakai Lip Scrub Homemade Kiss Me from Purebysafiyyahosman ni.  Untuk harga RM15 ni dapat berat kandungan sebanyak 45 ml,  mak rasa setahun pakai tak habis nyah!!!

Bau sangat wangi sebab diadun dengan buah delima,  minyak zaitun dan madu asli.  And granule gula rasanya sebagai ajen scrub.  Siries manissssssssssssssssssssssss.  Aku kalau duk gosok kat bibiaq nanti rasa macam nak makan sikit.  HAHAHAH.  Selamat jika termakan atau terjilat. Rasa dia masam-masam manis.

Dengan penggunaan yang konsisten :

💋 menanggalkan sel kulit mati.

💋 mencerahkan bibir yang gelap akibat lipstick/rokok.

💋 bibir lebih cerah dan lembut.

💋 tiada lagi rekahan dan bibir kering.

Price : Rm15. 45ml.
Postage : Rm7.





Detox Face & Body Soap For WOMEN

This is my favorite item juga.  Sabun untuk basuh muka and badan sekali.  Diperbuat daripada susu kambing,  buah zaitun segar dan minyak zaitun.  Sabun wangi!!! And selepas memakai memang muka and badan rasa bersih dan segar.  Especially kalau lepas kita pakai Heroin Choc Mask,  pastu basuh muka dengan sabun ni,  muka akan rasa sedikit cerah and fresh sangat.  Best feeling tu.  Aku jadi eksaited dan rajin lani nak buat facial kat rumah sendiri adalah sebab kesan yang aku dapat kat muka ni!!

Untuk pengetahuan u olls,  sabun ini sesuai untuk semua jenis kulit. Susu kambing kaya dengan Vitamin A,  bagus untuk beri kelembapan pada kulit juga membekalkan AHA (Alpha Hidroksi Asid) iaitu kesan pengelupasan secara lembut dan menstrukturkan kembali kulit baru.

Sabun ini juga mempunyai PH yang seimbang,  Susu Kambing mempunyai pH antara 5 hingga 6 hampir sama dengan pH kulit manusia.  Digunakan secara langsung pada kulit (sebagai penyegar). Fresh Olive & Pure Olive Oil - kaya dengan vit A, B1, B2, C, D, E, K.

Selain mampu menghilangkan jerawat dan parut jerawat di muka dan badan sabun ini juga melembabkan kulit secara semulajadi dan bagus untuk hilangkan whitehead/blackhead.

Harga : Rm16/bar.45g
Postage : Rm7



Heroin & Pure Face Mask

Ampa ingat dak aku post gambar muka aku pakai chocolate mask kat Facebook haritu?  Aku pakai hat ni la u olls.  First time aku bancuh,  aku style dogoi tak tau nak control kecairan adunan tu macam mana,  so masa sapu kat muka guna beruih masker yanga ku beli,  ayaq chocolate tu meleleh-leleh kat muka sampai lehiaq.  HAHAH  perak buih aku ni.

Dah lama lepas tu,  aku pun dah terror nak bancuh macam mana.  Dah banyak kali dah pakai u olls,
memang best sangat.  Muka aku dah takdak jerawat,  lani tinggal masalah kulit berminyak (itu pun tak teruk sangat sebab aku duk pakai produk yang aku jual tu).  Alhamdulillah lepas pakai Face Mask ni,  muka rasa fresh and segar.  Sebab face mask ni bukan sahaja bertindak untuk memberikan 'makanan' kepada sel-sel kulit kita,  malah ia juga bertindak sebagai memurni dan membersihkan balik kulit kita.  Penggunaan masker wajah secara konsisten 1-2kali seminggu mampu menghilangkan bintik hitam dan mengecilkan liang pori pori wajah kita.  Malah ia juga bertindak menyingkirkan lebihan minyak pada T-zone dan keseluruhan muka,memudarkan parut jerawat dan hilangkan kedutan pada wajah.

Adunan face mask ni boleh dibancuh dengan air biasa ataupun susu segar.  Siries wehs wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.  Hang tau la kan chocolate bau macam mana kan?  So sambil baring kat sofa,  bubuh choc face mask ni kat muka,  bau wangi,  hati pun rasa tenang sahaja.



Cara penggunaan :-

1. Ambil 1-2sudu kecil serbuk face mask ke dalam mangkuk kecil.
2. Masukkan sedikit susu segar.
3. Kacau hinga menjadi paste.
4. Sapukan keseluruhan wajah.
5. Biarkan kering.
6. Bilas bersih.

Ini masa i olls pakai.  Agak cair sikit I tak reti nak bancuh masa ni.  HAHAH.  Style ada effect choc moist kat mata.  Over sangat.  Bila pakai,  u relaks,  pastu choc ni akan mengeras kat muka.  Pastu u pi basuh muka u and the best is to basuh dengan Detox Face & Body Soap For WOMEN.

Ini adalah muka I olls,  lepas pakai Heroin & Pure Face Mask and Detox Face & Body Soap For WOMEN,  muka jadi beresih and putih!!! Gambar ni no filter u olls and sumpah takdak edit apa pun.  






Face & Body Detox Soap FOR MEN

Okay ini adalah sabun untuk lelaki pulak.  Dibuat dari susu kambing dan dicampur dengan poppy seed dan pure sandalwood oil. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Pure sandalwood oil ditambah agar detox soap ni dapat digunakan oleh orang yang berkulit sensitif atau berjerawat. Salah satu fungsi sandalwood oil adalah mengurangkan minyak pada kulit dan menghilangkan jerawat.

Sabun ni ada bijik poppy tu sebab sesuai untuk kulit orang lelaki yang lebih kasar berbanding orang perempuan.  Cara pakai paling afdhal adalah masa hang pakai tu,  biarkan buih-buih tu kat muka untuk beberapa minit before membilasnya.

Harga : Rm16/bar.45g
Postage : Rm7(1-5bar).





Belum Beli
Berikut adalah beberapa lagi produk yang terdapat dalam rangkaian Purebysafiyyahosman tetapi I olls tak try lagi.  Kalau ampa try,  jangan lupa share testimoni ampa dalam Facebook and tagged Purebysafiyyahosman.

Depa jugak dalam proses nak mengeluarkan produk baru iaitu Face Mist,  tak sabar nak try.




Ni model lelaki a.k.a suami Piyah yang pakai ni.  Hehehe...gambar packaging lebih kurang sama macam Heroin Face Mask. 
Hero & Pure,  Face Mask for MEN

Yang ini kira pasangan untuk Heroin Face Mask for Women la.   Tapi dibuat menggunakan green clay(secret recipe) ditambah pure oil.

Fungsi face mask :

💋 menanggalkan blackhead & whitehead.
💋mengecutkan jerawat dan mengeringkan jerawat.
💋mengecilkan pori-pori pada wajah.
💋mengawal lebihan minyak pada kulit wajah.
💋mengurangkan kedut-kedut pada wajah.

Cara guna :
1. Ambil 1-2sudu kecil face mask dan masukkan ke dalam piring/mangkuk.
2. Masukkan FRESH MILK ke dalam face mask tadi.
3. Kacau rata hingga menjadi pes,sapu pada muka.
4. Biarkan sehingga kering,bilas dengan air bersih.

100% edible. Boleh makan kalau nak! Haha.

100% buatan tangan,semulajadi dan bebas dari bahan kimia,pewarna tiruan,pewangi tiruan,sulfat,paraben dan bahan pengawet kimia.

Harga : Rm25. 100g
Postage : Rm7








Susa Detox Body Scrub--Choco Honey
💋 Choco honey singkatan kepada chocolate coconut honey.
💋 Bagus untuk orang yang kulit nampak tua dari usia. Chocolate sangat bagus untuk smooth out wrinkle.
💋 Coconut flake yang ada dalam detox body scrub bertindak sebagai pencerah kulit yang menjadi gelap disebabkan cahaya matahari.
💋 100% handcrafted. Natural & organic. Free from additives,chemical preservatives,sulfates,paraben and artificial fragrances.

Harga : Rm25/jar.250ml.
Postage : Rm7/jar.



Susa Detox Body Scrub --Citrus Honey

💋   Kebaikan Bahan-bahan yang ada dalam scrub honey citrus:

💋   Lemon - Sumber semula jadi vitamin C,ramuan yang biasa digunakan untuk merawat kulit yang sunburn,age spots dan juga mencerahkan warna kulit.

💋   Gula dan Detox salt - merupakan agen pengelupasan semula jadi; sumber semula jadi asid Glycolic yang mengimbangkan warna kulit , membersihkan pori-pori, dan memperbaiki tekstur kulit secara keseluruhan dengan mengeluarkan yang mati, sel-sel kulit kusam.

💋   Minyak Zaitun - tinggi dengan vitamin E, yang melegakan dan menyembuhkan kulit; bahan pelembap semula jadi yang sering digunakan untuk manfaat anti- penuaan.

💋   Madu - Satu sumber semula jadi anti -oksidan menjadikannya bahan yang sempurna untuk mencegah penuaam dan kedutan,berfungsi sebagai pelembap semula jadi supaya ia terkunci air ke dalam kulit dan mengekalkan kulit yang terhidrat dan bersifat anti-bakteria. Sangat bermanfaat kepada kulit berjerawat dengan mengurangkan jerawat dibadan.

💋  100% handcrafted. Natural & organic. Free from additives,chemical preservatives,sulfates,paraben and artificial fragrances.

Harga : Rm25/jar.250ml.
Postage : Rm7/jar.



Jom beli 

Okay ampa dah baca semua kan?  Jom la kita try produk meletops ni.  Sebab produk ni bukan jenis mass production yang diletakkan label semata-mata,  ini adalah produk yang dibuat dengan keikhlasan hati. 

Kalau ampa nak try beli dulu,  aku cadang ampa beli lip balm,  face mask and sabun dulu.  Try tiga benda ni dulu,  pastu mesti ampa akan syiok and belila lagi barang-barang lain daripada Purebysafiyyahosman.  Selain laman wesbite depa,  ampa jugak boleh beli daripada P20 stokist di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.  Cara nak cari stokis PurebySaffiyahOsman,  ampa search #MApurebysafiyyahosman

Okay,  sapa sayang aku,  WAJIB beli barang kat depa!  Jangan lupa follow depa kat sini  :

Instagram : @purebysafiyyahosman
Facebook  :  Purebysafiyyahosman
Whatsapp untuk order/pertanyaan : 60194163319

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>