Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Pengalaman First Time Join MasterChef Hari Warga Staf USM 2015

$
0
0
Hello u olls,

Hari Warga Staf USM 2015 ni adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh USM untuk semua kakitangan USM ala-ala family day gitu.  Kalau tahun lepas,  penganjuran ini adalah di Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal,  tapi kali ini penganjuran di Kampus USM Bertam iaitu Institut Perubatan dan Pergigian Termaju.

10 tahun I olls kerja dengan USM inilah kali pertama I olls menjejakkan kaki di IPPT.  Meriah Bertam Kepala Batas sekarang sejak adanya IPPT USM kat situ,  bukan sahaja banyak kawasan perumahan,  Mydin pun ada.

Untuk acara tahun ini,  I olls berpeluang untuk join acara masak-memasak.  Very the acara makcik-makcik u olls.  Tapi takpalah,  ditemani anak ayam kesayangan meletops iaitu Ezal yang juga satu kontinjen dengan we olls,  kami menjadi wakil untuk kontinjen Tampung Bajau yang diamanahkan untuk memasak NASI TOMATO dalam cabaran Masterchef.

Alhamdulillah,  first time masuk acara MasterChef tahun ini kami berjaya merangkul tempat ke tiga.  NO BAD!! Sebelum ini kontijen kami tidak pernah mendapat nombor yang baik dalam pertandingan ini.

Dalam team Masterchef kami ada 6 orang ahli,  En Asro,  En Asif,  Ms Juliana,  Ms.  Farah Man,  Ezal and me.  Ezal and Juliana bertugas sebagai Masterchef,  Asro,  Asif and Farah jadi helper,  I olls...kena buat decorations.

Kami diberikan masa 3 jam untuk menyediakan masakan yang ditugaskan kepada kami.  Tema tahun ini adalah nasi,  kami dapat nasi tomato.  Team-team lain dapat nasi briyani,  nasi daging,  nasi hujan panas, nasi ayam dan macam-macam lagi.  Ingatkan 3 jam tu macam cukup,  tapi terketaq jugak kaki dan tangan masa buat kerja.

Alhamdulillah at the end of the nasi kami mendapat pujian,  nasi tomato,  ayam masak merah,  sayur jelatah and dalca sayur.

But here some of the things yang aku belajar daripada pertandingan ini  :

1.  Jangan sombong dengan kontinjen sebelah-sebelah,  maybe depa nak pinjam blender ka,  pembuka tin ke,  bagi la pinjam.  Pahala berkat,  kita menang pertandingan.  Duk buat sombong apa aih,  kita bukan masuk pertandingan masterchef dalam TV tu,  kita syiok-syiok untuk tiket keluarga USM sahaja.Chill u ollls!

2.  Bawang and benda-benda lain tu sebenarnya boleh ja kopek siap siap kat rumah.

3.  Sebelum masuk pertandingan macam ni,  sila pi study betul-betul tentang resepi,  cara hidangan dan tips dan tricks daripada orang yang berpengalaman.  Buka hati untuk terima idea.

4.  Team work is important!!!  Walaupun dalam dapur.

5.  Masak bukan sebab nak menunjuk,  masak adalah untuk kasih sayang.  

Siriesly tahun depan I olls nak masuk lagi pertandingan ini.  Takmau berlakon dah!!  Jom tengok gambaq!!

 From left,  me,  Ms.  Farah,  Ms.  Juliana,  Ezal,  En Asro and En.  Asif.








Masa tengah kerja
Gambaq aku duk mendrawing and decorating haram takdak!!








My deco-deco
Chef semua puji kata decoration i olls meletops.  :)  Yang kat papan kenyataan tu,  I olls lekat sugar paper and lukis tu semua dengan kapur.  Yang tomato and lain-lain i print biasa la and lekat je.  





Makcik yang hias ni muka style tak elok!!! 



Centrepiece i bubuh sayur sayuran u olls.  :)




Lapek meja tu i guna sugar paper jer,  potong and letak gambar tomato.  
Profile peserta :)



Fun facts about Nasi Tomato.  Well gambar ni tak clear,  sat aku post yang lebih clear.






Before the food comes in.






The Food ~ Nasi Tomato



Kalau team-team lain serve ala-ala kenduri hidang,  we olls feeling buat fine dining u olls.  Tapi tu pun,  masa tak sempat,  so i pun bubuh ja apa yang boleh.  Next time i will practice betui betui.


Nasi tomato.


Dalca sayur.





The Judging






Kami Menang!!






Bacaan tambahan  :  PIPIT HUTAN JUARA KESELURUHAN HWS USM

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>