Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Ulasan Majlis Anugerah Grammy Awards 2016

$
0
0
Hello u olls,


Ampa dah tengok ka Grammy Awards yang berlangsung baru baru ini? Grammy Awards adalah Academy Awards untuk penggiat seni muzik la u olls. Depa punya anugerah berprestij macam ni takdak nak pakai tema-tema tertentu u olls. Depa ada class tersendiri u olls. Focus utama adalah memberikan anugerah kepada mereka-mereka yang terbaik dalam bidang seni muzik untuk tahun berkenaan dan sebelum-sebelum ini pada masa yang sama, sebagai sebuah majlis anugerah muzik, of course persembahan muzik semuanya adalah meletos berlaka.


Ramai artist hebat yang membuat persembahan pada malam itu, daripada balada, pop, hip hop rap, country hinggalah persembahan teater Broadway yang di bawa live daripada NY. Kesemuanya 19 persembahan!






Persembahan Yang Best
Berikut adalah beberapa persembahan yang bagi akak adalah meletops sangat dan betul betul menusuk kalbu.


Andra Day & Ellie Goulding
Persembahan mash up song ini adalah sangat meletops. Ini adalah first time I olls mengenali Andra Day. Gilaaaa kerlasss suara dia. Sejak persembahan ini akak terus mencari-cari siapa Andra Day dalam Youtube. Suara dia power gila. Kalau tengok video dia nyanyi terus rasa macam asyik. Macam mana suara dahsyat ni boleh keluar daripada mulut pompuan ni.



Adele
Walaupun ada masalah audio, microphone jatuh macam mana ka, ada 5-6 saat dimana suara Adele tidak kedengaran.....tapi bagi akak persembahan ini adalah antara yang berhantu untuk malam itu. Wanita ini, setelah menjalani operation operation tonsil, rasanya suara dia jadi lebih power. Dalam interview beliau bersama Ellen Degeneres, dia kata, dia mengaku yang dia a bit terlari pitch dalam nyanyiannya sebab dia kata, biasalah sebab emosi kan? HAHAHA pompuan ni memang selamba jaaa....




Alabama Shakes
First time jugak tengok kumpulan ni. Lead singer depa adalah wanita agam. Katanya depa start off band ni sebagai hobi sahaja. Tak sangka sekarang album depa diiktiraf oleh Grammy. Tapi siries aku sangat suka muzik depa. Suara perempuan ni memang gila power.





Lionel Richie Tribute by John Legend, Demi Lovato, Meghan Trainor, Luke Bryan, Tyrese &  Richie
Baguih depa buat tribute tanpa mengubah over-over lagu asal dan akhir sekali depa panggil penyanyi asal untuk naik dan perform terus dengan depa. Aku tak tau pun Tyrese boleh nyanyi. HAHAHAHA.



Persembahan - persembahan lain
Ada banyak lagi performances.19 buah persembahan altogether.  Semuanya bagus-bagus, tapi berikut ada beberapa lagi persembahan yang menjadi bualan ramai.



Kendrick Lamar
Aku suka hip hop muzik tapi aku tak pernah expose diri aku dengan muzik Kendrick Lamar. Malam ni kira macam first time aku tengok persembahan dia secara live. Semua orang duk puji dia gila-gila, tapi bagi aku adalah sangat overated.




Lady Gaga's David Bowie Tribute
Deni kalau perform mesti over. Sebelum Grammy started, Gaga posted satu video dalam Insta dia duk nangis nangis time make up. Aku rasa dia duk amik feel untuk David Bowie, yang baru sahaja meninggal dunia akibat kanser. Tapi sorry aku tak pernah suka persembahan ini kerana bagi aku untuk contribute kepada insan hebat macam tu tidak semestinya Lady Gaga kena jadi David Bowie. Aku rasa macam dia totally tukar diri dia, untuk menjadikan diri dia seolah-olah dirasuk oleh David Bowie.




Justin Bieber, Skrillex & Diplo
Rimaih tengok deni duk feeling bela janggut dan misai tapi ala-ala bulu ketiak aku sahaja..jarang-jarang. Pastu depa langsung tak tunjuk camera focus kat Salena and Taylor yang selalunya kalau lagu lagu macam ni akan menari over depan pentas.


Taylor Swift
Deni nyanyi bukan best pun. Tak pernah pun dia nyanyi best. Feeling-feeling nyanyi depan peminat dia sendiri lainlah. Untuk pembuka Grammy? Macam tak sesuai langsung. Lepas persembahan lain masuk...persembahan Into The Woods ni terus dilupakan. Takdak impak kepada penonton.






Grammy Moments
Selain persembahan muzik, antara Grammy Moments yang menarik perhatian I olls adalah seperti berikut : 



Stevie Wonder baca brail
Gilaaa aku respek gila Stevie Wonder diberikan kad keputusan Grammy dalam bentuk Brail. Dia kata "You can't read it! You can't read Braille," sambil gelak-gelak. Pastu dengan nada serious dia kata "We need to make every single thing accessible to every person with disability." Tall respect kepada penulis skrip dan producer majlis Grammy!!


Rihanna tak boleh nyanyi
Sumber menyatakan yang Rihanna tarik diri pada saat-saat akhir dan tidak membuat persembahan pada malam anugerah ini atas sebab kesihatan. Katanya semasa rehearsal berlangsung, Rihanna mengamok gila di belakang pentas. Aiiiyooo...tersalah pill hormone ka nyah? Selain Rihanna, dikatakan penyanyi RNB soul hebat era 90an, Lauryn Hill jugak dijangka untuk membuat penampilan khas dipentas namun menarik diri pada saat-saat akhir. Tak sure rumors ini betul atau tidak. I totally love this lady. Dulu aku ada CD dia, dia mendiamkan diri daripada dunia seni sebab dia frust cinta dengan Wyclef Jean.


Taylor Swift carut Kanye West
Setelah menang Album of the Year, Taylor Swift yang sememang-memangnya terkejut nak mampus, dia tak sangka kot nak menang sebab calon-calon lain adalah hebat-hebat belaka dan selalunya pemenang Album of the Year selalunya diberikan kepada artist-artist yang bukan mainstream sangat macam dia. So dalam ucapannya, dia ada bagi satu peringatan kepada semua perempuan-perempuan. Dia kata, ada kalanya dalam mencapai kejayaan akan ada orang yang mencelah dan sengaja menjatuhkan u olls. Tetapi kalau u olls sabar dan teruskan usaha, kejayaan ini akan menjadi satu perasaan yang hebat sekali. Lebih kurang macam tu la. At first aku tak perasan apa pun dengan ucapan itu, tapi lepas baca apa yang diulas oleh laman-laman sesawang hiburan yang lain, aku setuju dengan pendapat bahawa apa yang dikatakan oleh beliau adalah sejenis carutan kepada Kanye West. Oh, ampa tau dak? Kanye West ada lagu baru yang dikatakan mempunyai lirik jelas mengutuk Taylor Swift. Aiiiyooooooooooooooooooooooo...macam mana la deni nak jadi President US.


Cikgu Sekolah Dapat Anugerah Khas
Tahukah anda dalam Grammy Awards ada satu anugerah yang bertajuk "Music Educator Award" dan depa ada wesbite khas untuk anugerah ini dimana orang ramai, guru-guru muzik dari seluruh tanah air Amerika boleh menghantar pencalonan ataupun memohon untuk mencalonkan diri sendiri bagi anugerah ini. Dan untuk tahun ini, seorang guru muzik daripada North Carolina School of Science and Mathematics in Durham North Carolina, Phillip Riggs telah berjaya mendapat anugerah ini. For more info ampa baca kat sini : http://www.grammyintheschools.com/features/phillip-riggs-selected-2016-music-educator-award-recipient



Budak 12 Tahun antara termuda dalam pencalonan anugerah grammy
Joey Alexander adalah antara pencalonan termuda dalam sejarah Grammy Awards. Walaupun tidak menang, tetapi dia diberi penghormatan untuk membuat persembahan solo dipentas Grammy secara singkat dan of course kehebatan dia bermain piano telah memukau para penonton. Dia dicalonkan untuk Anugerah Best Jazz Instrumental Album and Best Improvised Jazz Solo. Dan tahukah anda, Joey Alexander adalah bangsa Indonesia. Kerlasss!!




Beyonce dengan Dress Longgar
Last but not least, penampilan sepupu ku sebagai penyampai anugerah Record of the Year. I olls agak kecewa sebab Beyonce punya baju sangat pelik u olls. Warna putih, covered up semua, pastu nampak macam longgar. Tidak Beyonce langsung.


Read more here : Billboard.com
Pictures courtesy  :  The Guardian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>