Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Catatan Kembara : Darjeeling, India by Ridhwan Shariff

$
0
0
Darjeeling, India by Ridhwan Shariff

Masa cuti hari raya cina baru ni, aku sempat (dan) bercuti ke India, memang dah lama aim nak p India. Asalnya plan nak masuk Dhaka Bangladesh dari Kolkata India tapi end up tukaq plan sehari sebelum fly sebab visa Bangladesh tak sempat nak siapkan (visa Bangladesh lagi susah nak apply dari visa Ostolia okay).

Masa dekat airport Kolkata,  dan masa tu aku tengah gosok gigi dalam toilet, ada satu laki mai tegoq;

"Bro nak pi mana kat India ni ?"

"Plan nak pi Darjeeling,"

"Ohh, samala dengan kami (lagi sorang kawan dia), jom join skali,"

“Yesss!!”  Dapat geng…!!


Pemandangan dari Darjeeling. Dari sini boleh jugak tengok gunung bersalji dari jauh, tapi kena ikot keadaan cuaca..




Dari airport, aku pi stesen bas, Esplanade naik bas awam. Pastu sementara tunggu bas ke Darjeeling (DJ), dan lah kami meronda-ronda naik tram, gila murah tram ni, tak sampai RM1 kot untuk pusing pusing town Kolkata.

Kat town Kolkata ni, kereta moto jangan cakap lah, depa bawak serupa macam tengah lari dari malaikat maut Jibril,  punya laju. Kira nak hon sepanjang depa drive. Yang aku nampak masa naik teksi kuning tu, bas terlanggaq dengan kereta pastu depa gaduh maki maki, pastu bila lampu hijau depa drive macam biasa.  Bagoih depa tak amik stering  lock pi taboh orang len.

Orang juai tiket bas janji 12 jam ja perjalanan tapi dia tipu sebenarnya dekat 20 jam okay.  Nak story sikit, masa dalam bas ke Darjeling tu, bas aku naik tu almost eksiden pulak. Bas tu kiranya depa buat bed seat dekat bahagian letak barang, so kira sempit lah kan tak boleh nak berdiri bila kita duduk dekat seat. So at one time ni, macam mana ka bas nak eksiden sebab dreba macam gila babi, budak laki dalam umoq 6 taun tu terjatuh dari bed seat ke lantai bas. Tenjut boboi dengak bunyi gedebumm. Pastu mula lah drama Tamil Chanel Astro Vanavil 201.

Bapak dia maki kat dreba lah, pembantu drebar maki balik lah, yang hat laki-laki dalam bas tu pun maki pastu nak pukoi dreba lah, yang aunty-aunty dok start call rukun tetangga habaq lah.  Haihh, sooo drama depa ni. Buang masa ada lah dekat 1 jam setengah sebab ramai yang turun dari bas kecuali kami 3 orang ni yang sat tidok sat bangun.

At last sampai jugak Siliguri jam 1 pm (town sebelum naik Darjeling).  Darjeling ni macam town/penempatan yang berada di atas Banjaran Himalaya. Sampai ja situ kena cari pulak jip 4x4 untuk naik ke Darjeling, 4 jam pulak kena hadap jalan yang sangat mencabar, penuh liku liku kehidupan serta onak duri ini.

Kat Darjeling ni, sejuk.  Malam ja almost 5 darjah celcius, pastu orang depa jalan laju sikit sebab sejuk kot. Tapi paling best sini dapat cuci mata lah, amboi depa kat sini ramai yang elok-elok, muka macam pelakon Zee Chanel 108 Astro. Putih macam mana ka, mata besaq tak payah pakai eye liner, body elok.  Depa tengok kita depa nanti flip hair jaaa..

3 malam kat situ, banyak lah pi melawat termasuk Everest Museum, Camp Sherpa. Sherpa ni kira orang yang dok angkat beg besaq untuk naik Everest, gaji depa banyak okay pastu depa ni memang di-trainning-kan untuk jadi Sherpa (porter).

Paling best kat sini, naik Toy Train lah ( sebijik macam Thomas and Friends tuu ). Hampa try google images, seronok wey benda ni. Tapi sini tak banyak sangat pelancong asing, banyak macam local Indian rasanya.

Next kami pi Sikkim. Sikkim ni macam satu wilayah asing yang berjiran dengan Nepal, China, Bhutan tapi di dalam Negara India. Kena apply permit tau nak masuk Sikkim, pastu depa akan cop lain dalam passport. Dari Darjeling nak ke Sikkim ni, lagi 4jam pulak naik 4x4.

Masa ni aku rasa macam berkerja dengan secret agent sebab selain jalan raya yang penuh cabaran itu, banyak jugak truck askar dok selisih (sebab kan wilayah ni berjiran dengan negara lain). Yang aku tak tahan, masa dalam jip, aku pening nak termuntah,  mana ada spy dalam TV pening kepala nak muntah semua kan.

Sampai Sikkim, terjumpa pulak laki yang boleh cakap bahasa Melayu sikit sikit (sebab dulu dia penah mai kerja kat Johor), kat Sikkim dia bawak teksi. So kami amik dia ja jadi guide bawak pi pusing pusing.

Sakit perut. Yess, aku sakit perut last day kat India,  masa tu baru sampai Kolkata by train dari Siliguri (12jam train). Perut memulas macam rasa kita dok perah baju. Sampailah aku jalan kaki tanpa arah tuju kat Howrah Station, nak cari masjid tapi terjumpa hotel murah, dalam RM18. So aku check in dan berak,  dan berak lagi,  dan lagi… sampai lah aku rasa badan ni macam pavlova, lembik troih.

Ada beberapa benda yang aku teringin nak buat masa kat India, yang tercapai ialah naik local bas/train,  dapat tengok gunung bersalji dari jauh, masuk masjid yang dijadikan markas tabligh. Yang tak berjaya buat ialah nak menari kat bumbung train masa train tengah jalan, nak pakai kain dhoti dengan kawin dengan orang sana.

Ni ringkasan :

Total cost ( kecuali flight ) : RM630
Total cost (flight ) : RM750
Total hari : 9hari
Jumlah kerugian : TIADA


Hampa layanlah gambak gambak yang aku send kat JUMIE SAMSUDIN YANG CANTEK SEKALI KAT DUNIA NI ni, kalau nak tanya apa apa, mintak number aku dekat JUMIE SAMSUDIN YANG CANTEK SEKALI KAT DUNIA NI , nanti aku cerita panjang lebaq lagi. 


Remaja lelaki Darjeeling. Biasa biasa sahaja, budak kampong melayu elok lagi.


Yang macam landasan untuk tram ( train )

Darjeeling Toy Train Station.

Museum Toy Train dekat Ghoom Station, ni lah Thomas and Friends yang asal. Dulu dulu laki U.S p sana,  nama dia Dick Cheney, dia lah yang jumpa benda ni pastu buat kartun. Hahaha


Howrah Hostel, bilik paling murah (RM18), ni terpaksa check ni sebab nak terverak (keracunan), ada la 8 kali membuang kat sini. RM18 bahagi 8 kali verra, jadi RM 2.25 sen setiap kali verrak, berbaloi ! Lagi sekaki ja kepala boleh kena syiling kalau berdiri, sesuai untuk Snow White punya kawan-kawan yang kerdil itu.


Ni saloon potong rambot depa, ingat nak try tapi lani aku dok bela rambot macam Abęl Makkonen 
Tesfaye ( The Weekend ), so tengok ja lah..



On the dari Darjeeling ke Sikkim. Ayaq sungai tu kaler hijau2 sikit. Camping kat situ macam syiokk. Next time.


Jalan raya kat Kolkata. Depa bawak, fuhhh… kakak sterring lock toksah dok buat gila kat sini, hang boleh kena rogol berkali kali.

Ni banggunan dekat Kolkata, Victoria Memorial.. tapi aku tak masuk, sebab ramai dengan mahai sikit.




Budak budak MONK, jumpa depa dekat Everest Museum.



Ini Tram kat Kolkata, murah. Hampa boleh naik pusing pusing, tapi benda ni slow.



Train dari NJP ( New Jalpaiguri Station ) ke Howrah Station. 12 jam.



Laki baju biru kain oren tu dok minum ayaq tebu. Depa mesin tebu (tak bising macam kat pasar malam kita), depa boh batang tebu dengan sebijik limau nipis, sedap gilaaaaa.


Just random snap.


Depa ni nyanyi depan pintu hotel. Sedapp gila sora dia. Aku syak depa ni 1 family. Depa nyanyi lagu Hindustan. Bagi aku dia nyanyi sangat ikhlas dan sejuk ja dengak. Ramai yang bagi sikit duit kat depa, sapa taw dekat ataih banjaran yang sejuk ni pun ada bakat yang tersembunyi.



Ni kat Darjeeling jugak. Jeep jeep tu semua untuk p Sikkim, Siliguri, Gantok.. 1 jeep 10 orang, harga 
dalam 200-300 rupee (ikot tempat)



Disclaimer  :  Penulisan ini termasuk caption gambar sepenuhnya oleh kawan I olls Ridhwan Shariff yang mengembara ke Darjeling India pada Februari 2016 (during Chinese New Year Holiday) yang lalu.  Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya,  boleh emel to jumiess@gmail.com.

Antara catatan lain oleh Ridhwan Shariff  :  Tak Mau Jadi Melayu

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>