Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Merry Christmas and Sorry Sebab Demam

$
0
0
Hello semua,

Masih tak terlambat untuk memberikan ucapan Selamat Hari Krismas untuk u olls semua.  Anyway,  sorry takdak post semalam and hari ini.  I olls demam teruk since monday.  Will try to do my best untuk update story kat ampa na.

ps/  To Lenny,  Wawa and Wan,  projek perkhemahan untuk orang gemok pada hari Sabtu dan Ahad ini terpaksa aku pospond-kan ke tarikh lain atas sebab kesihatan ku yang tahi ini.

Love,
Jumie Samsudin

Majlis Perkahwinan Wan Maimunah & Makpol Saimon

$
0
0
Hello u olls,

Tahniah kepada aktres kesukaan ku Wan Maimunah yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 14 Disember 2103 di Johor Bahru. Menurut catatan dalam Beautifulnara, Ibu menerima "bimbingan ke jalan yang diredhai Allah" sebagai mas kahwinnya.

I sangat adore lakonannya.  Tak kisahlah watak sedih,  watak jahat,  watak lawak...semua dia 'main' best!!  Tapi lately dia dah banyak tak berlakon.  Tup tup terus dah kawen dah.  :)  Im so happy for her.




Click to read more







Apa pun,  akak kalau pakai lipstick merah,  muka akak pun macam Wan Maimunah kan?

AHAKS!

Love,
Jumie Samsudin


Status Facebook Best Tahun 2013 by Jumie Samsudin

$
0
0
Hello u olls,

Di sini akak lampirkan antara banyak-banyak status Facebook akak untuk tahun 2013.  Ada yang lawak.  Ada yang menyanyat hati.  Ada yang lawak.  Macam-macam ada.  Sapa-sapa yang cuba nak add akak kat Facebook,  tapi maybe sampai lani akak tak approve,  minta mahap banyak-banyak.  Sebab FB ni kalau more than 5000 friends nanti depa suruh bukak account baru.  Takpa,  ampa follow ja kat FB.  Sebab most of my status apa semua tak private pun.  Kiter takdak rahsia banyak banyak u olls....kita very transparen.t

So jom kita tengok dan baca balik status-status Facebook I olls.

Kategori  :  Peristiwa

Before bertukar ke tempat baru.
Click read more


Apabila marah dengan Ashraf Muslim yang kawen isteri kedua katanya....

Will always remember her kindness to me

Pengalaman baru....PENCERAMAH LA PULA

Hijrah :)

Something that happened to me early this year.  Memang mengharukan.

Musim PRU13 yang panas.  Akak pun feeling la bagi ulasan politik katanya.

Pengalaman baru juga ni :)  Walaupun tak berjaya.  Tapi tengoklah like sampai 250!!  Sapa-sapa nak sunting i olls buat talk show? 

Gitu luahan perasaan.


Kategori  :  Lawak







Kategori  :  Sendiri Mau Ingat

I LIKE THIS ONE
Kan.....................................


Kepada u olls olls yang feeling buat PPJJ....sila fikir balik apa niat sambung belajar tu.



Kalendar 2014

$
0
0
Hello u olls,

Sempena tahun 2014 (walaupun lambat sikit sebab blog aku tukak server and ampa tak dapat nak tengok blog aku untuk beberapa hari) harap ampa sudi terima kalendar 2014 yang I olls buat khas untuk ampa.  Jemputlah print colour cantek-cantek and lekat kat meja kerja ampa :)

Love u olls!


HAPPY NEW YEAR SEMUA!!!!

Blog Tergendala 27 Disember 2013 - 2 Jan 2014

$
0
0
Hello semua,

Sorry sangat sangat sebab ampa tak dapat masuk blog akak almost seminggu kerana ada proses pertukaran server.  Lepas tu kita ada sedikit minor problem sikit.  Akak pun sampai nak rasa menangis saja bila nak tengok blog akak sendiri tak boleh.  Nak tulis blog pun rasa macam takdak mood sikit.  Aduiiyaii....


Tapi lani dah okay (since semalam pukul 11pm lebih).  Harap ampa terus membaca blog akak yang sendu ini.

Love ampa semua!

Jumie Samsudin Yang Budiman

Azam Tahun Baru 2014

$
0
0
Hello u olls,

Artikel ini ditulis pada 29th Disember 2013 (at around 12.15am).  Badan dah tak panas.  Selsema masih ada and batuk masih lagi bergelema.  Lagi beberapa hari dah nak tahun baru.  Awalnya,  bila nak masuk tahun 2013,  i was very excited dengan tahun baru ini.  Macam-macam azam yang ditulis dan dicatatkan dalam anganan ku.

Kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan.  Namun,  jangan jadikan alasan ini 100% hingga kita tidak mahu bangun dan terus mencipta kebahagiaan dalam diri kita.  Memang susah nak bandingkan diri kita dengan mereka yang lebih murah dan mudah rezekinya.  Cuba lihat diri kita berbanding mereka yang lebih susah dan tidak terdaya.

Saya bersyukur dengan segala yang telah berlaku kepada diri saya.  Benda baik dijadikan kenangan indah.  Yang tidak baik itu,  aku simpan sebagai satu pengajaran positif untuk diri sendiri.  Belajar untuk 'letting go' bukan satu yang mudah,  tapi satu proses yang baik dalam diri kita.


Like ive said in one of my catatan,  this year has been a bit rough to me.  Tapi tak mengapa.  Kita halalkan semuanya.  Kita teruskan untuk catatan catatan baru tahun hadapan.  Insya Allah,  kalau niat selalu baik,  semuanya akan berjalan lancar.

Sebelum ditulis lebih banyak azam-azam untuk tahun depan,  let's tengok recap benda benda best dan tak best yang terjadi kepada diri ku sepanjang tahun 2013.

Click Read More


Travel
I love travelling.  Malangnya duit saya tidaklah banyak dan masa pun tidak begitu mengizinkan.  Tapi,  I think the best highlight of my travelling is bila saya pi Australia dan Singapore tahun ini.  Bukan senang nak dapat berjalan ke luar negara.  Walaupun pengembaraan itu untuk tujuan tanggungjawab kerja namun pada masa yang sama peluang itulah yang kita gunakan juga untuk lihat tempat orang.  Untuk tahun hadapan,  teringin nak sampai tempat-tempat yang duk teringin lama nak pi...tapi tak sampai sampai........

Perth Australia



Cerita Autralia Part 1 : Dari Desasiswa Fajar Harapan USM - LCCT Sepang - Perth International Airport - The Alderney Apartments

Cerita Australia Part 2 : Ronda Ronda di Perth City and Fremantle

Cerita Australia Part 3 : Masjid Hepburn, Sorrento Beach and SHOW DAY

Cerita Ostolia Part 4 : Caversham Wildlife Park and Margaret River Chocolate Factory






Teluk Intan



Bukit Kepong



Port Dickson





    Performances
    Ada adik-adik first year USM contact akak "Kak Jumie sudi tak nak berlakon lagi...." Aiyooooooooo haruslah sudi.  Tapi tahun depan,  kita teringin nak berlakon watak watak yang siries pulak.  Asyik lawak sajaa.....

    1. THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip


    2. Pementasan Teater Siapa Aku?


    3. Jane The Musical & Video Lakonan sebagai Mrs. Rochester dalam Teater Jane The Musical & Pengalaman Berlakon sebagai Mrs. Rochester dalam Teater Jane The Musical


    4. Pengalaman Jadi Make Up Retis untuk Teater Zeus : Rise of The Dead


    5. Malam Persembahan Kebudayaan Hari Warga Staf USM 2013


    Pengalaman Best
    Pengalaman best memang macam-macam.  Tahun 2014 kena usaha untuk kejar lebih banyak ilmu dan pengalaman baru.

    1. Menang Best Dress!!
      First time dalam hidup akak pergi dinner dan menang best dress. Kerana hakikatnya akak kalau pi mana-mana event meletops,  akak memang suka drag.  Sama ada drag secara light-light ataupun secara OTT.  Tapi memang best la.......feeling artist sangat!  Cerita penuh kat sini  :  International Office Gala Night Hollywood Glam 2013 @ Park Royal Penang [ Akak menang best dress u olls! ]




    2. Pindah ke International Office,  USM
      Bermula 1 September 2013,  akak telah berpindah ke Pejabat Antarabangsa USM.  Tapi sebenarnya, jawatan akak ini di bawah Pejabat Timbalan Pendaftar,  Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa.  Tapi office akak di Pejabat Antarabangsa USM.  Inilah kali pertama bertukar tempat kerja setelah 8 tahun bertugas di USM.  Satu pengalaman yang meng-eksaitingkan.  Memang betul....hijrah membawa pelbagai kebaikan.  :)  Baca kat sini  :  Goodbye School of Social Sciences USM :( Hello International Office USM :)


    3. Potong Rambut
      Bila saya sedih dan down.....saya memang suka potong rambut dan ubah gaya rambut saya.  Sejak dulu lagi.  Tapi maybe orang tak tiau.  Saya selalu kata..."Ala...suka suka.  Dah boring..." Lepas tempoh tempoh sedih yang saya lalui antara Jun-Ogos,  saya decide untuk potong rambut and ubah gaya rambut.  Percaya atau tidak,  lepas saya ada duit (hanya RM200) masa tu,  saya terus pi cari kedai gunting rambut yang saya tak pernah pi pun (area Jelutong).  Sebab kedai-kedai yang saya selalu pi (Beyond The Fringe BJ) tidak buka pada hari tu.  Cerita penuh  :  http://www.jumiesamsudin.com/2013/09/potong-rambut.html



    4. Bagi Ceramah
      Saya berpeluang bagi ceramah sebanyak dua kali.  Walaupun hakikat,  pengalaman dan ilmu saya adalah amatlah cetek.  Tapi,  terima kasih atas penghargaan dan peluang yang diberikan oleh penganjur yang sudi menjemput saya.  Cerita selanjutnya  :  Pengalaman Menjadi Penceramah untuk Program Touch Point Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)Sesi Perkongsian Ilmu bersama Jumie Samsudin sempena Hari Terbuka Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang



    5. Audition untuk 3R
      Walaupun saya tidak dapat pergi ke peringkat akhir (shortlist) tapi yang penting............ramai orang sokong and suka percubaan saya ini.  Thanks ampa semua :)  Ampa membuatkan I olls rasa sangat sangat OPRAH.  Cerita selanjutnya  :  Its Official | #Projek3R Result & Pengalaman Ujibakat Hos Rancangan 3R


    6. Jadi Juri untuk THE VOICE CONVEX USM '13
      Akak berharap pertandingan nyanyian ini diadakan setiap tahun!!!  Siries best!!  Baca penuh kat sini  :  Protege Jumie Samsudin : The Voice of Convex'13 USM


    Kenangan Pahit
    Bacalah sendiri.......ada lagi lain.  Tapi tak mau ingat.
    1. Aidilfitri Tanpa Mu : Al Fatihah Buat Ibu Mertua Ku, Allahyarhamah Jumanah Hj Azali
    2. Stress Dark Hours
    3. Kena Maki dengan Kak Zah And Abang Kirin



    Bila buat senarai ni semua banyak-banyak,  baru I sedari betapa banyaknya benda best yang jadi kat diri I olls selain benda benda tak best.  Kita selalunya akan focus kat benda tak bestnya sahaja sampai kat benda best-best ni semua kita lupa.  Itulah lumrah manusia.


    Sebelum berakhir,  ini akak nak tulis siap-siap pencapaian yang akak nak LAKUKAN untuk tahun 2014.   Senarai ni adalah yang di-carry-forward daripada last year.  Kita try lagi tahun depan insya Allah!
    1. Nak memasarkan Kuih Kacang Mazola ke peringkat nasional. GITUUUUUUUUUU!!! Insya Allah. - Carry forward
    2. Nak beli rumah untuk investment.- Carry forward
    3. Nak sambung buat degree (WOOT WOOT....terima kasih kepada kawan-kawan enjel saya yang memberikan inspirasi).- Carry forward
    4. Buat ruangan office di rumah yang lebih selesa untuk menulis blog di hujung minggu. Tulis 2 artikel sehari! :)FEWWWITTT! - DONE!!!
    5. Nak tulih lagi banyak artikel blog yang berkualiti untuk tatapan ampa semua! Sumbangan idea amat I olls hargai!! - DONE!! Lani pembaca pun dah naik dari 2000- 7000 setiap hari.  Kerlass ampa semua.  Takpaa...tak komen pun takpa. HAHAHAAHHA
    6. Nak tukar kereta baru. (Ikut hati nak pakai HUMMER….senang parking dalam USM. Kalau banyak sangat kereta….bawak naik kot ataih kereta lain semua. HAHAHHA) - Cancel la...nak beli rumah dulu.  Kereta Viva tu macam okay jeee
    7. Nak bagi eksesais at least 3 kali seminggu. BUKAN NAK KURUIH……TAPI UNTUK KESIHATAN. - Carry Forward...HAHAHAH
    8. Nak dapat ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG. Sebelum ni dapat tahun 2008. Kena kerja kuat.  - Carry forward
    9. Nak melancong ke Perhatian Island, Haadyai, Phuket, Pulau Bawean, Gunung Jerai……- Carry forward

    Apa pun,  harap ampa semua bergembira menjelang tahun baru ini.  Dont give up.  Dont feel down.  Teruskan hidup.  Walaupun sederhana,  janji kita meriah.  Always bersyukur kepada Allah.  Jangan bongkak dan jangan jadi sombong bila dah senang.  Ingat bila kita rasa kita ni baguih,  ada 10 orang lagi baguih daripada kita.  Kalau kita rasa kita ser,  ada 3873873 orang lebih serr daripada kita.

    Sekian,
    Love u olls,

    Jumie Samsudin

    The Most Popular Article 2013 ~ Resepi Laksa Johor versi Chef Eiyzall Eizhann Azami

    $
    0
    0
    Hello u olls,

    Ikut stastik overview Blogger.Com for my blog,  article terbitan 2013 in my blog yang paling popular adalah artikel Resepi Laksa Johor versi Chef Eiyzall Eizhann Azami :)

    Rasa lapiakkkkkkk tengok ni.

    Click read more 
    Memang wajar artikel ini jadi artikel terbitan tahun ni yang paling popular sebab siriesly resepi ini sangat sedap and tak tipu tipu ya.  Ampa  terai buat ikut betui betui memang sedap.




    Terima kasih tidak terhingga kepada my brother,  my best friend,  my anak ayam tersayang yang kini jauh di mata Mr. Ezal Ezham Azami kerana sudi dan merelakan untuk kongsi resepi dia dengan kita semua.  Ada orang yang sangat sangatlah kekwat dan kedekut tau dengan resepi masakan depa.


    Chef Ezal pose sendu sambil menyukat tepung.

    Memang rindu nak bermasak-masak dengan Ezal.  Tapi lani dia sedang bercuti dan duduk di kampung sat sebab dia kata dia nak cuba jadi anak solehah sat.  Ohhh solehah.  Terjatuh pula pen akak ketika menaip artikel ni.  Hahaha.  But siriesly really miss u brother.

    Ohhh akak pun nak pose jugak.

    Kepada u olls semua,  ampa boleh selak-selak juga pelbagai lagi artikel resepi masakan Chef Ezal yang i olls kongsikan bersama dalam blog akak seperti berikut  :



    Hope tahun 2014 dapat buat banyak lagi artikel masakan yang best best,  simple tapi senang nak buat!

    Love,
    Jumie Samsudin





    Artikel "Marriage Isn’t For You" daripada Seth Adam Smith

    $
    0
    0
    Hello u olls semua,

    Lelaki and perempuan,  yang sedang bercinta dan berkira-kira untuk berkahwin.  Dan juga untuk u olls yang dah kawen,  setahun,  dua tahun or mungkin 28 tahun.  Come and please read this artikel daripada seorang blogger biasa daripada Amerika yang menulis kata hatinya tentang perkahwinan.  Tersentuh akak membaca artikel ini.

    Penulis (Seth) dan isterinya Kim.

    "Marriage Isn’t For You" 
    Having been married only a year and a half, I’ve recently come to the conclusion that marriage isn’t for me.
    Now before you start making assumptions, keep reading.

    Click Read More
     
    I met my wife in high school when we were 15 years old. We were friends for ten years until…until we decided no longer wanted to be just friends. :) I strongly recommend that best friends fall in love. Good times will be had by all. 
    Nevertheless, falling in love with my best friend did not prevent me from having certain fears and anxieties about getting married. The nearer Kim and I approached the decision to marry, the more I was filled with a paralyzing fear. Was I ready? Was I making the right choice? Was Kim the right person to marry? Would she make me happy? 
    Then, one fateful night, I shared these thoughts and concerns with my dad. 
    Perhaps each of us have moments in our lives when it feels like time slows down or the air becomes still and everything around us seems to draw in, marking that moment as one we will never forget. 
    My dad giving his response to my concerns was such a moment for me. With a knowing smile he said, “Seth, you’re being totally selfish. So I’m going to make this really simple: marriage isn’t for you. You don’t marry to make yourself happy, you marry to make someone else happy. More than that, your marriage isn’t for yourself, you’re marrying for a family. Not just for the in-laws and all of that nonsense, but for your future children. Who do you want to help you raise them? Who do you want to influence them? Marriage isn’t for you. It’s not about you. Marriage is about the person you married.” 
    It was in that very moment that I knew that Kim was the right person to marry. I realized that I wanted to make her happy; to see her smile every day, to make her laugh every day. I wanted to be a part of her family, and my family wanted her to be a part of ours. And thinking back on all the times I had seen her play with my nieces, I knew that she was the one with whom I wanted to build our own family. 
    My father’s advice was both shocking and revelatory. It went against the grain of today’s “Walmart philosophy”, which is if it doesn’t make you happy, you can take it back and get a new one. 
    No, a true marriage (and true love) is never about you. It’s about the person you love—their wants, their needs, their hopes, and their dreams. Selfishness demands, “What’s in it for me?”, while Love asks, “What can I give?” 
    Some time ago, my wife showed me what it means to love selflessly. For many months, my heart had been hardening with a mixture of fear and resentment. Then, after the pressure had built up to where neither of us could stand it, emotions erupted. I was callous. I was selfish. 
    But instead of matching my selfishness, Kim did something beyond wonderful—she showed an outpouring of love. Laying aside all of the pain and aguish I had caused her, she lovingly took me in her arms and soothed my soul. 
    Marriage is about family. 
    I realized that I had forgotten my dad’s advice. While Kim’s side of the marriage had been to love me, my side of the marriage had become all about me. This awful realization brought me to tears, and I promised my wife that I would try to be better. 
    To all who are reading this article—married, almost married, single, or even the sworn bachelor or bachelorette—I want you to know that marriage isn’t for you. No true relationship of love is for you. Love is about the person you love. 
    And, paradoxically, the more you truly love that person, the more love you receive. And not just from your significant other, but from their friends and their family and thousands of others you never would have met had your love remained self-centered. 
    Truly, love and marriage isn’t for you. It’s for others.

    So,  u sibuk lagi ka tentang trend dress perkahwinan terkini?  Tengah sibuk lagi nak buat pelamin dengan siapa?  And lelaki,  masih sibuk cari duit untuk sediakan hantaran for your bakal isteri?

    Love,
    Jumie Samsudin

    Maniskan Majlis Anda dengan Ministry of Sweetness

    $
    0
    0
    Hello u olls,

    Dah lama i olls tidak membuat sebarang artikel mengenai persiapan perkahwinan.  Walaupun hakikat akak tau bahawa,  kalau buat apa-apa artikel pasai wedding memang menaik-naiklah rating bacaan pada hari itu.  Tapi nak buat macam mana,  dulu akak buat artikel pasai wedding banyak sebab akak sendiri pun sibuk mentelaah macam-macam informasi sebab akak sendiri nak kawen.  Lani akak nak feeling kawen apanya lagi kan?  Kawan-kawan akak semua pun semua dah feeling masuk anak dua dah.  Kan???

    Candy buffet hari pertunangan

    Tapi tak apa,  hari ini akak nak cerita pasai seorang kawan akak ni,  dia seorang pengusaha business 'candy buffet'.  Jom kita baca pasai inspirasi,  kegigihan and minat Miza from Ministry of Sweetness!!  


    Macam mana u olls dapat inspirasi nak buat business ni?

    Inspirasi untuk memulakan bisnes ini semestinya dari majlis perkahwinan yang mana saya mendapat idea ini dari pelbagai sudut. Kalau diperhatikan sekarang kebanyakan majlis-majlis perkahwinan terdapat booth-booth untuk kuih-muih, cendol, ABC, ais-krim dan idea untuk buka booth pun ada pada masa itu cuma produk yang hendak diketengahkan masih belum pasti. Kebetulan tahun saya mula mencari idea ni ada ramai dikalangan kawan-kawan saya yang akan berkahwin, dari merekalah saya mendapat idea tentang “candy buffet”. Lebih menarik lagi booth begini tidak terhad unutk majlis perkahwinan sahaja malah sesuai untuk pelbagai jenis majlis seperti akad nikah, cukur jambul, majlis pembukaan rasmi, majlis harijadi, pot luck, rumah terbuka, berbuka puasa dan sebagainya.



    Click read more


    Bagaimana sambutan yang diterima oleh Ministry of Sweetness memandangkan sekarang ni candy buffet menjadi trend tetap untuk setiap majlis?

    Saya bukan orang pertama mula bisnes ini. Apabila saya mula untuk mencari bahan dan idea, saya dapati sudah ramai yang sudah memulakan bisnes ini tapi tak ramai yang tahu dan berkemungkinan besar target market masing-masing adalah berbeza. Ini kerana di setiap kali saya buka booth di sesebuah majlis, kebanyakan tetamu masih menerima konsep booth ini sebagai sesuatu yang baru dan teruja untuk mencuba dan bertanya mengenai pakej-pakej yang ditawarkan.




    Apakah kelainan Ministry of Sweetness berbanding yang lain?


    Kami tidak hanya fokus pada candy buffet sahaja kerana tidak semua orang suka konsep candy dan chocolate. Oleh itu kami memberi pelbagai pilihan candy buffet dan candy bar dimana asasnya tidak terhad kepada candy dan coklat tetapi lebih meluas untuk pencuci mulut atau manisan dan mengikut kehendak pelanggan.




    Apakah trend dekorasi untuk sweet table sekarang 2013/2014?

    Dari permulaan saya menerima tempahan sehingga sekarang, kebanyakan trend dekorasi perkahwinan adalah berbeza untuk setiap tahun. Contohnya tahun 2012 pada awalnya kebanyakan pelanggan sangat menyukai konsep warna-warna pastel manakala hujung tahun 2012 trend Color blocking menjadi tema pilihan pelanggan. Dan tahun ini, warna-warna “champagne” menjadi trend bagi setiap pelanggan.


    Tema Color Block – Tiffany Blue & Red

    Setiap majlis akan diberi tema oleh pelanggan sendiri dan 80% dari tema-tema yang diberi berdasarkan warna dan ini memudahkan kami kerana ianya sangat subjektif. Hanya segelintir pelanggan sahaja akan memberi tema yang straight forward seperti Moroccan dan English garden.


    Tema English Garden


    Untuk majlis seperti majlis harijadi pula, tiada trend dekorasi tertentu kerana setiap majlis, dekorasi selalunya diminta pelanggan berdasarkan karektor-karektor kartun tertentu seperti Ultraman, Pocoyo, Barbie, Boboi Boy, Upin & Ipin, Gaspard & Lisa dan pelbagai karektor lagi.


    Tema Pocoyo



    Apakah dekorasi paling pelik/sempoi u pernah buat?

    Dekorasi paling sempoi yang pernah kami buat adalah dekorasi dari hasil idea spontan. Kami terima tema orange. Oleh kerana kebanyakan dekorasi kami menggunakan bunga. Jadi kali ini kami menggunakan buah-buahan sebagai bahan utama untuk dekorasi.



    Apakah cabaran dalam membuat business ini? Ekspetasi pelanggan? Maintainance?


    Terdapat banyak cabaran dalam membuat bisnes ini, tetapi kami sedaya upaya jadikan segala cabaran itu sebagai cabaran yang positif yang boleh membantu kami mengenal pasti cara untuk mengelakkan masalah berlaku.

    Saya bahagikan cabaran dalam bisnes ini kepada beberapa aspek iaitu penentuan pakej, ekspetasi pelanggan, maintenance, dekorasi pilihan dan paling utama adalah cabaran dari segi makanan yang diyakini halal.


    Memilih pembekal makanan bukan sesuatu yang mudah. Pemilihan tempat untuk membeli stok memerlukan ramai nasihat dan paling utama kami membuat rujukan dari JAKIM untuk menentukan kesahihan halal atau tidak. Ini kerana ada candy yang mempunyai permintaan tinggi tapi sukar ditemui mempunyai tanda halal diyakini. Cara paling diyakini semestinya rujukan setiap logo terus dengan JAKIM. Hingga kini, Insya Allah produk yang kami sertakan di setiap booth kami diyakini halal.

    Majlis perkahwinan kebanyakannya dibuat di rumah atau di dewan. Cabarannya disini adalah apabila kami haruslah meyakinkan penentuan pakej adalah mencukupi atau tidak untuk tempat majlis. Ini kerana kami ingin memberi pakej yang paling tidak haruslah mencukupi untuk tetamu yang hadir. Bukan booth yang asal ada. Contohnya majlis yang diadakan dirumah, pakej pilihan boleh diambil paling rendah untuk 150 orang dan jika majlis dibuat di dewan, pakej pilihan sekurang-kurangnya paling rendah untuk 400 orang. Penentuan ini sedikit mencabar kerana tidak ramai pelanggan fikir pakej akan dipengaruhi oleh tempat majlis. 




    Ekspetasi pelanggan sudah tentu menjadi salah satu cabaran seperti ekspetasi terhadap makanan yang mencukupi dan kedua dekorasi yang menarik. Ini kerana tarikan utama booth ini adalah manisan dan dekorasi. Dekorasi memainkan peranan penting untuk menampakan setiap manisan yang dihidangkan menarik dan akan menaikkan selera tetamu.

    Maintenance menjadi salah satu cabaran untuk bisnes ini kerana jagaan rapi terhadap mesin coklat dan baling-balang kaca perlu dititik beratkan. Bermula dari cara penggunaan, cara basuhan dan cara simpanan harus diambil kira.




    Macam mana kalau ada insan-insan yang ingin tempah u jauh jauh ke Penang?
    Setakat ini, kami pernah menerima tempahan luar dari Selangor seperti Melaka, Perak dan Penang. Setiap tempahan luar kawasan akan ditambah caj pengangkutan dan petrol. Suka saya tekankan disini, pelanggan kami dari Penang mungkin antara yang akan memperoleh penjimatan dari segi caj pengangkutan. Ini kerana berdasarkan pengalaman kami menerima pelanggan dari Penang, beliau membuat survey awal tahun sedangkan majlis beliau berlangsung pada hujung tahun. Untungnya disini, kita semua sedia maklum syarikat penerbangan selalu memberi tawaran tiket murah kan…Jangan terkejut kalau saya katakan kos pengankutan untuk pelanggan dari Penang ini lagi murah dari pelanggan dari Perak. Peluang begini tak usah dilepaskan! J


    Candy Buffet Penang


    Candy Buffet Temerloh




    Ada tak selebriti yang pernah tempah dengan u olls?

    Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang menerima tempahan dari pasangan Irma Hamie & Redza Shah Azmeer dimajlis bertandang yang diadakan di Kelab Darul Ehsan, Selangor. Tema yang diberi adalah Ungu dan Kuning, pengantin lelaki memilih bunga lavender sebagai dekorasi utama.



    Candy Buffet Irma Hasmie & Redza Shah Azmeer



    Ministry Of Sweetnes. Pernah muncul dalam mana-mana media tak?

    Alhamdu lillah. Setakat ini dalam media cetak kami pernah diberi 2 paparan mukasurat sebanyak 2 kali dalam majalah Pesona Pengantin keluaran September dan Oktober 2012. Dan semestinya kami direview oleh blog yang hot lagi letusss www.JumieSamsudin.com.










     Pesona Pengantin Keluaran September & Oktober





    Selain dari perkhidmatan candy buffet, apa lagi yang ada dari Ministry of Sweetness?

    Untuk yang lebih suka DIY, kami mengediakan pakej sewa untuk barang-barang candy buffet dan kami juga ada menerima tempahan single product seperti berikut;

    Cheese tart - blueberry cheese, strawberry cheese, chocolate cheese, kiwi cheese dan chocolate.



    Rainbow cake 



    Red Velvet







    Strawberry truffle cheese di Majlis bersama peminat – Fasha Sandha



    Muffin – Perisa Blueberry, Kiwi, Chocolate, Vanilla



    Custom chocolate bar untuk novelis Rin Ahmad – launching novel Gadis Edisi terhad



    Chocolate Flakes

    Muffin dan Custom Chocolate Bar selalunya kami terima order untuk goodies. Kami pernah menerima tempahan muffin dari paling minima 50pcs hingga ke 1000pcs untuk goodies. Untuk chocolate bar pula, setiap chocolate bar adalah direka oleh kami sendiri mengikut spesifikasi yang telah diberi oleh pelanggan dari segi warna, perkataan dan gambar. Untuk chocolate bar ini kami terima tempahan luar kawasan juga kerana mudah di-kurier dan diterima dalam keadaan selamat. Kami pernah menerima tempahan paling jauh dari Sabah dan Larkin johor Bharu.





    Chocolate Bar

    Chocolate Pretzel

    Apakah nasihat u olls kepada customer yang nak tempah perkhidmatan u olls? Apakah perkara yang u olls nak tau daripada mereka?

    Kepada customer yang nak menempah perkhidmatan dari kami, paling utama adalah bajet untuk memudahkan pemilihan pakej. Ini kerana kami punya harga pakej serendah RM120 hinga RM2000. Antara perkara-perkara penting yang kami perlukan adalah tarikh majlis, tempat majlis, jenis majlis, jumlah tetamu asal, pakej yang dipilih sekiranya sudah membuat pilihan pakej dan juga tema majlis.



    Apakah harapan u olls dalam business ini?

    Harapan kami paling utama adalah agar setiap perkhidmatan kami berjaya memuaskan hati pelanggan-pelanggan yang menerima khidmat dari kami dan untuk bakal pelanggan, kami berharap anda terus menghubungi kami untuk setiap kemusykilan yang ada dan teruskan memberi sokongan kepada MOS agar terus maju di masa akan datang.


    Nama : Karmiza Abu Bakar
    Umur : 28
    Asal : Semenyih, Selangor
    Nama perniagaan : Ministry of Sweetness
    Perkhidmatan : Candy Buffet & Dessert Bar
    Link FB page : Ministry of Sweetness
    Instagram: #MinistryOfSweetness handle by ig acc “Karmi_Miza”
    Lokasi perniagaan : Shah Alam
    No tel : 019-6453128
    Emel : ministryofsweetness@gmail.com
    Range harga : RM120 – RM2000++












    Verver di Soundcloud

    $
    0
    0
    Hello u olls,

    Akak ada Soundcloud dah.  Soundcloud ni satu website yang membenarkan kita upload suara / lagu / nyanyian / music yang kita cipta ataupun rakam sendiri.  Memang bagus untuk pemuzik independent yang ingin kongsikan music mereka kepada dunia.

    Dan akak pun feeling ada Soundcloud akak sendiri.  Feeling tak?

    Ampa boleh follow akak kat sini  :  https://soundcloud.com/jumie-samsudin


    Kat dalam account SoundCloud akak ini,  akak dah rakam beberapa lagu saja-saja gedik buat cover u olls.  Ampa jemputlah dengar kalau free-free.  And ampa boleh download dia punya aplikasi percuma ke dalam phone and u can hear macam-macam lagu daripada artist independent yang ampa suka and also recording artist yang memang dah popular!  Ala-ala Youtube la u olls,  tapi dia sound sahaja.

    Last but not least,  here is my recorded voice menyanyikan lagu Menghitung Hari by Kris Dayanti.  Masa record lagu ni,  i olls feeling sorang-sorang kat rumah dalam keadaan demam ya!!  So suara ni actually banyak gelema lagi.  




    Sekian,  love u olls!

    Jumie Samsudin yang verver!

    Produk Kecantikan dan Kesihatan Pilihan by Kawan-kawan Jumie Samsudin 2013

    $
    0
    0
    Hello u olls,

    Seperti tahun tahun yang lalu,  saya akan buat review produk kecantikan yang digunakan oleh rakan-rakan jelitawanku.  For this year,  of course kena still buat artikel ini dan menampilkan bukan sahaja produk untuk wanita tetapi juga untuk lelaki (sebab pembaca lelaki kat blog I dah semakin ramai) dalam beberapa kategori iaitu kulit wajah,  rambut,  badan,  kesihatan / kecantikan dalaman dan solekan.

    I hope u olls mendapat pelbagai info meletops dan tips menarik daripada perkongsian I dan rakan-rakan i ni semua.

    * artikel ini tidak mendapat tajaan daripada mana-mana syarikat produk kecantikan.  So apa yang kami kongsi ni memang for real ya!




    Kulit Wajah


    Immortelle Eye Balm - L'Occitane

    Why Nonie Suliaman suka  :Aku punya mata dah kurang panda.  Dia serap dengan cepat pada kulit.

    Cara pakai :Sapu disekeliling mata

    Harga  :Selatuih lebih..tak ingat

    Kat mana boleh beli?  :L'occitane


    Kalau nak tau product apa yang menjadi pilihan,  click read more




    Men's Biore Double Scrub Facial Wash


    Why Khafi Suka?  Kulit saya sangat sensitif dan senang naik jerawat kalau habuk banyak.  So pencuci muka cum scrub ni sangat berkesan.  Lepas pakai muka tak jadi berminyak.

    Cara Pakai  :  Cuci muka..

    Harga  :  Lebih kurang RM10 sahaja

    Kat Mana Boleh Beli?  :  Senang nak beli pencuci ni.  Kat Seven E pun ada.  And mana-mana kedai runcit pun memang selalu jual.




    Loreal Men Expert

    Cleanser

    Moisturiser

    Why Pojiepooh suka  : Pembersih dia sangat bagus,  membersihkan kulit wajah dan segala cela pada kulit setelah seharian bekerja. Lepas tuh moisturizer dia memberikan rasa sejuk dan dingin pada kulit untuk rasa kesegaran sepanjang masa. Memang terasa kulit kurang berminyak, sebab dia specialize untuk kulit muka yang terlalu berminyak, bila pakai minyak pun berkurangan.
    Cara pakai : Bersihkan wajah dengan menggunakan pembersih muka, kemudian sapukan moisturizer. Gunakan setiap kali selepas membersihkan wajah.

    Harga  : Tak ingat sebab dah lama beli.

    Kat mana boleh beli?  :  Kat Watson, Guardian, Giant semua adalah.




    Face Mask Charcoal from Daiso


    Why Pojiepooh suka  : Seriously sangat bagus. Setaraf dengan face mask dari Shisheido, sebijik sama rasanya. Pakai masa ada mekap pun sure tertanggal semua kekotoran dengan bulu2 roma pun tercabut sama. Cuma selepas pakai dia akan mengeringkan kulit, jadi apply moisturizer pada wajah untuk mengekalkan kelembapan. Dinasihatkan untuk pakai seminggu sekali atau dua kali saja.
    Sesuai untuk : Lelaki & perempuan.

    Cara pakai : Bersihkan wajah dengan menggunakan pembersih muka, kemudian sapu di seluruh wajah dengan sekata. Biarkan selama 15 minit (jangan lama-lama nanti susah nak kopek sebab terlalu kering) dan tanggalkan.

    Harga  : RM5 je!

    Kat mana boleh beli?  : Semestinya Daiso.





    Tabita Skincare


    Why Pieja suka  ?  :   Muka I dulu selalu kusam dan jerawat bertambah2..masa nak dekat kahwin, cuba pakai..alhamdulilah, so far ok kulit muka..jerawat jarang sangat timbul..pori2 nampak kecik sket..keluar memang xpakai any bedak ke ape da…unless kalau mcam teringin nak pakai  tapi memang akan shiny la muka pakai produk ni.

    Cara Pakai  :  Ada 4 items- facial soap, smooth lotion/toner, day cream and night cream.
    Selalunya ada arahan penggunaan kalau beli produk.  Hope u olls kalau nak jumpa,  dapatkan penerangan yang lebih terperinci daripada penjual yang sah.

    Sesuai untuk  :  Lelaki dan Perempuan / Wanita mengandung tidak dibenarkan

    Harga  : Set Exclusive dalam 300++ (lupe sebab da lama beli..boleh tahan sampai 6 bulan)
    **Boleh beli yang trial set kalau rasa nak cuba dulu

    Kat mana boleh beli?  :  Banyak online seller yang jual.






    Whitening Pearl and Snowlotus Soap and Cream



    Why Syaz Subhan Suka?  Haaaaaaa... Ni nak cerita la pasal produk yang terbest sekali. Adik aku Nasyitah ni tak la berapa nak putih sangat. And dia ni study kat UiTM Sri Iskandar di mana kepanasan di tempat itu telah membakar kulit adik aku sampai la dia jadi kelabu. So satu hari aku balik Penang and tengok dia dah jadi putih. So dia kata la mak aku beli kat dia cream ni and dia baru pakai 2 minggu. Tapi seriously adik aku yang kelabu dah bertukar putih. So bila aku pun try, kawan-kawan office semua tegor kata kulit aku makin flawless. Memang betul la produk ni berkesan kan. Tapi rasanya memang susah nak dapat kat sini kot sebab aku xbeli krim ni kat sini. And kalau kawan2 aku mau, depa akan kirim kat aku and aku akan tolong beli. And harganya memang tak mahal langsung. Highly recommended!

    Cara Pakai  :  Sapu sebagai moisturiser siang dan malam.

    Harga  :  RM25

    Kat Mana Boleh Beli?  : Boleh beli daripada Syaz Subhan.  




    Kiehls Ultra Facial Cleanser


    Why Edros suka  : Sebab dia rasa refreshing,  tak ketat muka, tapi sempoi rasa bersih, suci, abadi, tulus, hulus, mulus, telus, dan moksha.  Takdak produk yang boleh lawan power deni. Miyami ka tanaka ka Shaklee pon x menang. (semua ayat ni Edros tulis sendiri.  Saya tak masuk campur)

    Cara pakai : Basahkan muka, picit lebih kurang besar 30 sen, then sapu ke seluruh muka dan juga tengkok.

    Sesuai untuk : Semua orang. Tua muda. Kecik besaq. Laki pompuan. Dan pondan and pengkid pon ok.

    Harga  : RM90 ++

    Kat mana boleh beli?  : Kaunter Kiehl’s.  I selalu beli kat Gurney Plaza and Pavilion (KL)



    SimplySiti Clear Solution Natural Clay Mask


    Why Jumie Samsudin Suka?  :  Orang yang kulit berminyak memang paling baguih pakai mask yang berasaskan tanah liat.  Dulu i olls pakai jenama St Ives,  tapi sejak ada SimplySiti,  i pun terai la pakai.  And memang sangat bagus dan dijual dengan harga yang berpatutan.  Dia jual dalam tube yang tak berapa besar.  Tapi calit sikit pun dah cukup untuk ratakan ke muka.  So boleh tahan lama.  So far since 2012,  i baru beli dua tube.

    Cara Pakai  :  Macam pakai mask la.  Pakai dua atau tiga hari sekali.  Untuk rasa lebih best,  bubuh mask dalam peti ais.  So masa bubuh kat muka,  kita akan rasa sejuk dan relaks.

    Sesuai Untuk  :  Orang kulit berminyak.  Orang kulit kering better jangan.  Nanti muka ampa jadi lebih kering pula.

    Harga  : RM30 ++

    Kat Mana Boleh Beli?  : Drugstore yang menjual produk SimplySiti



    Dermalite Comedone Control Essense


    Why Jumie Samsudin Suka? Tak mau cerita banyak ampa boleh baca kat sini  :  Dermalite Comedone Control Essence | Produk Paling Bagus untuk Kulit Berjerawat dan Berminyak.  Tapi produk ni untuk kurangkan / hilangkan jerawat dulu.  Dia rawat kulit.  Untuk hilangkan parut,  kena pakai produk Dermalite yang lain.  Right now saya duk pakai dia punya beberapa produk Dermalite lagi.  Kalau okay,  saya akan promote dalam blog saya nanti.

    Cara Pakai  : Dulu masa mula mula pakai,  i pakai satu hari 3 kali.  Tapi lani,  sebab kulit muka dah elok banyak,  i pakai sehari sekali ja.  Kadang-kadang tu,  pakai dua hari sekali ja.

    Sesuai Untuk  :  Orang yang mempunyai masalah jerawat dan black head.

    Harga  :  RM135

    Kat Mana Boleh Beli?  :  Boleh beli dengan I!  Penghantaran ke seluruh dunia.



    Rambut


    Liese Bubble Hair Dye Milk Tea Brown


    Why Jumie Samsudin Suka?  Saya mempunyai uban yang banyak.  Untuk pengetahuan u olls,  saya uban banyak bukan sebab i olls adalah salah produk ka apa ka.  Tapi sebab genetic iaitu ikut mak I iaitu Kak Edeh.  Masa beliau umur 40an,  rambut dia memang dah putih semua ala-ala Judi Dench iaitu Boss James Bond.  Sekarang akak dah nak 30 an kan.  So memang rambut i memang banyakkkkkkkkkkkk uban.  Dulu tak berapa banyak and i akan cabut bila nampak sehelai dua.  Tapi lani kalau i cabut,  makanya rambut i akan botak.  HAHAH

    Kepada u olls yang banyak uban macam I,  please jangan cabut uban.  Orang kata,  kalau cabut satu uban,  nanti tumbuh 2 rambut uban.  No!!  Kalau u cabut rambut u olls,  kemungkinan besar akar rambut pun akan tercabut sekali dan tidak ada rambut baru yang akan tumbuh.  So nanti duk cabut,  pelan pelan rambut pun jadi sikit.

    Oleh itu,  i amik keputusan untuk warnakan rambut i every 2 months.  Dulu i pakai Revlon ColourSilk and buat sendiri kat rumah.  Tapi entah macam mana,  i pun terbeli benda ni.  Memanggggggggggggggg best!!!  Senang nak buat sebab dia menggunakan busa (buih),  wangi (langsung tak dak bau amonia),  tidak menyakitkan kulit kepala (sebab some pewarna ada amonia yang banyak so kulit kepala akan rasa pedih-pedih and paling best lepas pakai warna rambut ni,  rambut jadi lembut dan tidak berkelemumur.  Its good for your hair!!

    Ada banyak warna,  tapi i paling suka Milk Tea Brown.

    Cara Pakai  :  Baca kat kotak tu nanti.  Yang penting,  jangan goncang!!

    Sesuai Untuk  :  Orang yang suka tukar tukar colour rambut dan orang yang banyak uban macam I.

    Harga  : RM33 ++

    Kat Mana Boleh Beli?  :  All drugstore.  TESCO pun ada.



    Gliss Kur Schwarzkopf Ultimate Repair Anti-damage Mask with Keratin

    Why Jumie Samsudin Suka? Sebab wangi macam kacang+chocolate.  Melembutkan dan membaiki rambut.  Siriesly,  rambut akak adalah teruk dulu sebab pakai pewarna rambut kan?  So produk ni memang baguih.

    Cara Pakai  : Pakai tiga or empat hari sekali.  Lepas shampoo rambut,  bubuh benda ni kat kepala (elakkan kulit kepala) pastu biak for 15-20 mins.  Than basuh.

    Sesuai Untuk  :  Orang yang rambut krek-krek.

    Harga  : RM20++

    Kat Mana Boleh Beli?  :  All drugstore.  TESCO pun ada.


    Sephora Express Dry Shampoo


    Why Syaz Subhan Suka?  Dry shampoo bukanlah shampoo untuk rambut kering. Dry shampoo adalah shampoo bila anda rasa malas and tengah lepak-lepak atas sofa tiba-tibaada kawan call ajak keluar. Tapi masa tu tak basuh rambut lagi and kalau nak mandi basuh rambut, mestilah lambat sebab nak kena blow, thong, iron dan sebagainya. So terus la capai dry shampoo lalu spray' ke rambut anda tadi. So rambut yang berminyak tadi terus la jadi mcam baru lepas shampoo dengan air dan blow. Best kan? . Pakai 3-5 kali dah habis. And Dry Shampoo ni jugak sangat la sesuai untuk wanita dalam pantang yang tak boleh basuh rambut selalu kan.

    Cara Pakai  :  Spray di rambut.

    Sesuai Untuk  : For busy people and travellers!

    Harga  :  Setakat ni Sephora punya dry shampoo ni agak value for money, tapi kecik sangat la, 75 ml ja (RM35)  Kalau nak besar pakai la brand Oscar Blandi atau Aterna (boleh beli kat Sephora juga) yang datang dengan size 95 ml (kalau tak silap) tapi harga sebotol adalah RM 94.

    Kat Mana Boleh Beli?  Sephora



    Badan

    Palmer's Cocoa Butter Formula For Stretch Marks Lotion



    Why Nonie Suliaman suka  :Suka bau dia, dan untuk prevent strech marks. Aku baru pakai. So far so good, tengok sebulan dua lagi camna.

    Cara pakai :Sapu di kulit

    Harga  :Taktau. Syaf bagi

    Kat mana boleh beli?  :Watson Guardian semua


    Rexona Deodorant V8 for Men


    Why Edros suka  : Sebab memang takkan ketibas dan wangi semerbak harum. Tak percaya mai bau tiak i. Konfem takkan ketibas, kalau ketibas gak, then tiak hangpa yang problem.

    Cara pakai : Angkat tangan, goncang tin skit and pssssttttt………

    Sesuai untuk : Lelaki

    Harga  : RM11.90

    Kat mana boleh beli?  : Mana kedai pon ada hgpa toksah dok buat pemalaih nak tanya. Red gincu ja x juai kot.



    Vaseline Healthy White Perfect 10



    Why Jumie Samsudin Suka?  Kulit i memang kena pakai losyen kalau tidak akan kering macam kotor.  Especially kat kaki.  Kalau tak pakai losyen akan nampak macam berdebu.  Lotion Vaseline Perfect 10 ni memang baguih,  cepat serap,  tak berminyak dan melekit dan membuatkan kulit sedikit putih :)  Which i suka....

    Cara Pakai  :  Sapu kat badan :)

    Sesuai Untuk  :  Orang yang mempunyai kulit badan.

    Harga  : RM10 ++ untuk size kecik.  I beli size kecik ni ja sebab senang nak bawak pi mana-mana and boleh tahan lebih kurang 3 bulan.

    Kat Mana Boleh Beli?  : Any drugstore.



    Sumber Ayu Lulur Mandi

    Why Jumie Samsudin Suka? Dulu i pakai scrub badan jenama Siam yang dibuat daripada asam jawa dan madu tu.  Scrub tu memang bagus,  tapi dia tak berapa memutihkan kulit.  I bukanlah feeling nak jadi putih macam Adira,  tapi kalau pakai produk bagi putih ni sikit,  kulit kita nampak macam glowing sikit gitu.  Sumber Ayu ni memang best!!

    Cara Pakai  :  Sapu kat seluruh badan.  Biarkan for a few minutes (ampa gosok gigi dulu ka) then baru ampa gosok scrub tu untuk buang daki.

    Harga  :  RM13 ++ murohlazahhhhhhh

    Kat Mana Boleh Beli?  :  Supermarket Billion or Sunshine.



    Cool Water for Men by Davidoff

    Why Khafi Suka?  Sebab wangi and bau dia sport!

    Cara Pakai  :  Sembur kat badan

    Sesuai Untuk  : Lelaki

    Harga  : RM250++

    Kat Mana Boleh Beli?  : Kedai perfume


    Brut Original Deodorant Roll-on 

    Why Khafi Suka? Sebab dari dulu memang pakai ni.  Bau dia adalah bau jantan sejati.  (Tapi Jumie tak suka,  dia kata bau macam orang tua)

    Cara Pakai  :  Sapu kat ketiak.

    Sesuai Untuk  :  Lelaki

    Harga  : RM8++


    CK One Calvin Klein for women and men


    Why Jumie Samsudin Suka? Sebab bau dia sporty,  fresh and sesuai untuk pakai siang or malam.

    Cara Pakai  :  Sembur kat badan.

    Sesuai Untuk  : And bau ini adalah bau untuk lelaki and perempuan.  So En.  Khafi akan pakai juga kadang-kadang.

    Harga  :  RM250 ++

    Kat Mana Boleh Beli?  :  Kaunter / Kedai Perfume


    Kesihatan / Kecantikan Dalaman


    GLA Complex with GLA, Vitamin E, And Sunflower Seed Oil from Shaklee

    Why Jumie Samsudin Suka? I mempunyai period yang tidak teratur.  Sejak makan GLA saya punya period macam okay.  So far dah tiga bulan dah ikut time!  And orang kata,  produk ni bagus untuk wanita yang sedang cuba untuk mendapat zuriat.  So i duk try la.....

    Cara Pakai  :  Akan dinasihatkan oleh penjual Shaklee

    Sesuai Untuk  : Wanita

    Harga  : RM90++

    Kat Mana Boleh Beli?  :  Boleh beli daripada pengedar Shaklee yang sah.  I sarankan u olls beli dari adik I iaitu Surianie Samsudin a.k.a Cakcing.  Boleh Facebook dia  :  Surianie Samsudin



    Shaklee ESP powder

    Why Jumie Samsudin Suka?  :  I suka sebab produk ini memang super food la.  Dia ada pelbagai khasiat.  Akak minum ni sebagai pengganti makanan (sebab kita selalu sibuk) and tak sempat nak makan apa-apa.  So kita boleh minum ni sebagai pengenyang perut.  Selain dari tu,  susu ni juga bagus untuk kulit.  I nampak perubahan pada kulit i olls especially kalau kita ni duk kena luka-luka.  Sat saja luka boleh cepat hilang.  And i boleh rasa badan i lebih cergas dan tak penat-penat dah....Sapa yang duk pi gym,  ampa patut minum ni sebagai protein shake ampa.

    Cara Pakai  :  Boleh dibancuh dengan pelbagai jenis minum seperti susu / jus.  Tapi not with hot drinks ataupun minuman berkafien.  Saya selalu minum dengan air mango yogurt.  Kalau nak bancuh minum saja-saja pun boleh rasa macam susu soya tanpa gula.

    Harga  :  RM150 ++

    Kat Mana Boleh Beli?  : Boleh beli daripada pengedar Shaklee yang sah.  I sarankan u olls beli dari adik I iaitu Surianie Samsudin a.k.a Cakcing.  Boleh Facebook dia  :  Surianie Samsudin




    Meiji Amino Collagen Powder


    Why Syaz Subhan Suka?  Aku dah minum collagen ni dah 4 tin kot, and so far memang tak ada apa2 perubahan ketara cuma kulit dah tak kering. Nak kata flawless sampai macam camera 360 tu bohong la kan. Maybe ada la kot perubahan sikit kat kulit ni tanpa aku sedar. Cuma aku dok continue minum sebab kesihatan kulit bukan untuk cantik ka tak. Rasa collagen ni memang tak boleh tahan sikit, sebab macam a bit 'fishy' taste or hanyir ikan.

    Cara Pakai  :  Minum dengan membancuh minuman ni dengan susu Anlene (untuk kesihatan tulang di hari tua, LOL!!) atau pun dengan orange juice sebelum tidur.

    Harga  :  RM160

    Kat Mana Boleh Beli?  Shojikiya (kedai barangan Jepun)




    E-Book Kevin Zahri - Panduan Kurangkan 5 kg dalam 5 hari



    Why Syaz Subhan Suka?  Ok nak jugak review pasal e-book yang super duper best ni! Haaa, ni untuk lelaki dan perempuan. Aku dah lama nak turunkan berat badan ni. Dah beribu ringgit habis nak try macam-macam produk diet tapi satu pun tak berkesan (sebab tu la sampai lani aku tak akan beli mana-mana produk kurus sebab itu semua adalah bohong nak mati!!). Ok dipendekkan cerita, lepas raya berat aku terus melambung sampai ke bacaan paling berat dalam hidup aku selama 27 tahun.

    Risau sangat-sangat dan tiba-tiba aku ternampak la iklan e-book Kevin ni and saja ja lawat website dia. Buku ni cuma RM65 saja ok (bukan satu ja ebook dia bagi, ada lebih kurang 10 free ebook yang lain)! And aku fikir why not aku try? Aku pun buat la payment online and tak sampai setengah jam depa email la ebook tu kat aku.

    Yang bestnya cara Kevin ni la yang paling masuk akal kalau nak compare dengan diet plan lain yang aku pernah try macam Cabbage Soup Diet, Atkins Diet, Grapefruit Diet and bla bla bla. And untuk pengetahuan hampa, aku still makan roti canai, nasi lemak, nasi kandaq Deen, Pak Husin tomyam, kari kepala ikan Pan Mutiara dll.  Alhamdulillah setakat ni aku ikut cara pemakanan yang disarankan aku dah berjaya turun 8 kg dalam masa 4 bulan. Yes memang lambat sikit sebab aku pun main-main gak la. Tapi 8 kg is good enough for me!! Highly recommended!!

    Cara Pakai  :  Bacalah

    Sesuai Untuk  :  SEMUA!!

    Harga  : RM65

    Kat Mana Boleh Beli? Website Kevin Zahri



    Solekan


    SilkyGirl Big Eyes Collagen Waterproof Mascara


    Why Pieja Suka?  Cheap, affordable and accessible.  Better dari high-end mascara.  Tahan lama and senang untuk dicuci

    Cara Pakai  :  Sama macam pakai mascara..

    Harga  :   RM22.90 (kalau ada sale, akan lagi murah)

    Kat Mana Boleh Beli?  :  Any drugstore pharmacy di Malaysia (Guardian, Watson, Caring and etc.)



    Holika Holika Magic Pole Mascara



    Why Nonie Suka?  :  Dia punya bentuk (bulu bulat) memang sempoi.  Boleh apply sampai bulu mata yang hujung-hujung kecik.

    Cara Pakai  : Sapu di bulu mata

    Harga  :  Kat malaysia taktau berapa ringgek.. aku beli masa kat seoul haritu.. kalau tak silap lepaih convert dalam 50ringgek kot..

    Kat Mana Boleh Beli?  :  Kaunter Holika Holika 



    Chanel Rouge Coco Hydrating Sheer Lipshine Lipstick #83 Scenario

    Why Nonie Suka?  Aku pakai kaler #83 Scenario. Dia coklet2.. kalau aku pakai nampak macam tak pakai lipstick.. very natural.sangat suka.. dia shine2 manja n pakai rasa ringan n bau sedap.

    Cara Pakai  :  sapu kat bibiar

    Sesuai Untuk  : Wanita

    Harga  : RM95++

    Kat Mana Boleh Beli?  Kaunter Chanel



    Mac Matte Lipstick in Please Me



    Why Jumie Samsudin Suka?  I memang peminat lipstick MAC especially yang matte colour.  Sebagai pemekap pengantin,  i ada banyak colour.  Tapi i nak rekemen ampa beli tajuk PLEASE ME.  Warna dia macam Kinda Sexy tapi lebih pink,  sesuai untuk warna kulit orang Melayu yang putih kuning and sawo matang.

    Cara Pakai  :  Sapu kat bibiar.

    Harga  :  RM68

    Kat Mana Boleh Beli?  :  MAC




    Laura Mercier Stickgloss Lip Colour


    Why Syaz Subhan Suka? Kalau sesiapa follow review dalam blog Jumie last year,  I ada share my problem with lipstick yang sensitif.  And related to that,  I dah jumpa la lagi satu lipstick yang bagus untuk  sesiapa yang ada masalah bibir sensitif. Colour dia tahan lama and tak mengancurkan bibir anda. The colour that i use is 'Brown Sugar'.

    Cara Pakai  :  Sapu kat bibiar

    Sesuai Untuk  :  Bibir super sensitif

    Harga  :  RM65

    Kat Mana Boleh Beli?  :  Kaunter Laura Mercier



    NYX Soft Matte Lip Cream


    Why Pieja Suka?  :  Sangat long lasting and pigmented (sekali calit da ok da).  Tak keringkan bibir walaupun matte texture.  My favorite colour is San Paulo, Milan dan Antwerp.

    Cara Pakai  : Sama macam pakai lipstick but in liquid form.  Boleh pakai ni sahaja tanpa lipstick,  ataupun on top of other lipstick untuk cipta warna sendiri :)

    Harga  :   Not more than RM30

    Kat Mana Boleh Beli?  :  http://instagram.com/liplippie


    NYX Matte Lipstick 


    Why Pieja Suka?  Long lasting and pigmented.  Smooth, good color selection (not muddy).  Not that drying like others matte lipstick.  Comparable to MAC lipstick.  Cheap, affordable dari lipstick MAC kan?!

    Cara Pakai  :  Macam pakai lipstick.  Best kalau apply dengan brush.  My favorite colour is  Angel, Indie Flick.

    Harga :  Not more than RM30

    Kat Mana Boleh Beli?  :  http://instagram.com/liplippie



    Sleek Makeup Face Form – Medium

    Why Pieja Suka?  :  Long lasting and pigmented.  Smooth, good color selection (not muddy).  Dapat 3 benda sekaligus.

    Cara Pakai  :  Bronzer kat tulang pipi, highlighter kat atas tulang pipi and blusher kat apple of the cheek

    Harga  : RM50++

    Kat Mana Boleh Beli?  : Online seller yang jual SleekMakeup


    Dior Skinflash Radiance Booster Pen



    Why Syaz Subhan Suka? First time try nak belajar highlight-highlight muka. So excited la beli benda ni sebab salesgirl tu cakap Booster Pen ni boleh buat jadi highlighter, concealer and bla bla bla. Before this memang tak pernah la pakai concealer bagai. This Booster Pen is not bad at all. Memang bagus sebab it's very light and doesn't crease. So far memang berpuas hati la dengan produk ni sebab all in one.

    Cara Pakai  :  Aku pakai kat T-zone utk highlight and cover eyebags.

    Harga  :  150++

    Kat Mana Boleh Beli?  :  Kaunter Dior


    MUA (MakeupAcademy) 2013 New Blusher

    From left MUA (MakeupAcademy) 2013 New Blusher in Bubblegum,  Candy Floss and Bubblegum.

    Why Pieja Suka?  :  Smooth tapi a bit chalky bile dap berus kat pan.  Sesuai untuk kegunaan hari-hari sebab murah.

    Cara Pakai  : Apply kat pipi dengan brush for blusher.  Lolly, Candy floss, Bubblegum

    Harga  :  RM10

    Kat Mana Boleh Beli?  : Online seller yang jual MUA Cosmetics


    Real Techniques Brushes

    Why Pieja Suka?  : Soft synthetic bristles,  so kita tak perlu risau bulu ni daripada binatang apa kan.
    Come together with brush cases.  Warna warni so nampak sangat trendy!  Affordable (dari MAC and Sigma Beauty brushes).  No shedding bile cuci

    Cara Pakai  : Membantu dalam aplikasi solekan harian.

    Harga  : Vary ikut tempat and website.

    Kat Mana Boleh Beli?  :  Shins and Online seller yang jual Realtechniques



    Maybelline Eye Studio Lasting Drama Gel Eyeliner



    Why Jumie Samsudin Suka?  Produk ni boleh faik dengan Bobbi Brown Long-Wear Gel Eyeliner yang berharga RM180.  Maybelline ni punya memang senang nak apply,  tak kering (walaupun dah lama beli) and tak smudgy!

    Cara Pakai  :  Lukis kat mata menggunakan brush dia.  Tapi saya cadangkan u olls apply dengan fine eyeliner brush (beli asing) untuk dapatkan bentuk lukisan yang lebih kemas dan cantek.  

    Harga  :  RM20 ++

    Kat Mana Boleh Beli? : Any Drugstore



    Prep and Prime Skin Base Visage

    Why Jumie Samsudin and Nonie Suliaman Suka? I dah pakai sejak tahun 2008 untuk pengantin and diri sendiri bila nak prepare muka for make up yang tebal.  Make up base ni amat lembut dan membuatkan muka licin so senang nak apply apa-apa foundation lepas tu.  Tak perlu pakai sponge lembab dah.

    Cara Pakai  :  After toner and moisturiser, bubuh benda ni sikit kat hujung jari dan sapu kat seluruh wajah.

    Sesuai Untuk  : Semua jenis kulit.  (Tapi sapa yang kulit super kering tak berapa sesuai)

    Harga  : RM180 ++

    Kat Mana Boleh Beli? MAC

    Let Me Introduce
    Perkenalkan rakan-rakan yang sudi membuat perkongsian informasi dengan I olls!


    PojiePooh Abdullah
    Umur  : 30 tahun
    Pekerjaan  : Customer Service
    Status  : Berkahwin



    Pieja Noor Peah
    Nama  :  Nur Hafiezah Mohd Nor Peah a.k.a Pieja
    Umur  :  29 tahun
    Pekerjaan  :  Setiausaha Pejabat
    Status  :  Berkahwin


    Edros Zubir
    Umur  : 19 (tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu disahkan oleh Jumie)
    Pekerjaan  : Papa kepada Imaan.
    Status  : Online

    Nonie Suliaman
    Umur  :Muda lagi
    Pekerjaan  :Peniaga kecil
    Status  :Berkahwin


    Jumie Samsudin
    Umur  :  30 tahun pada Mac 2014
    Pekerjaan  :  Pekerja kerajaan / Pemekap Pengantin / Blogger
    Status  :  Berkahwin


    Kamarulhafiz Omar a.k.a Khafi
    Umur  :  29 tahun
    Pekerjaan  :  Peniaga Kuih Kacang
    Status  :  Stuck dengan Jumie



    Syaz Subhan
    Umur : 27 tahun
    Status : Berkahwin
    Pekerjaan : Executive Assistant to Head of Property / Businesswoman

    Akak Dapat Tawaran Berlakon (lagi)

    $
    0
    0
    Hello u olls,

    Dah lama akak tak berlakon kan? Lepas Jane the Musical early last year, akak terus sengap tak amik apa-apa job. Bila pi tengok orang lain berlakon teater...aiiyooo rasa macam jeles sangat. I rasa macam...aishhhh bestnya kalau dapat duduk atas pentas tu and mainkan watak tu!

    Baru - baru ni akak pi tengok teater Bisikan Cinta sebuah teater yang mendapat anugerah Teater Modern terbaik for Festival Teater Penang 2013. Memang cerita ni ditambah dengan para pelakon yang meletops. I will review that teater in blog :) Nanti ampa baca.

    Tapi tak sangka pulak, baru baru ini, pengarah untuk Bisikan Cinta, Tantan Othman mengkontek akak.

    Read more


    Tantan : kak jumie nak tnya rasa2 kak jumie berminat tak nak join teater lagi?heee
    Akak : Of course nak sayang.....
    saya sangat rindu nak berlakon
    tapi teringin juga nak try watak lain selain komedi or mak ayam......
    Tantan : haaa..kalau cam tu apa kata kak jumie join FYP intan..
    skrip Razali Ridzuan-Dalam Kehadiran Sofea
    nak bagi watak kat kak Jumie ni..boleh tak?
    kalau kak Jumie setuju nnti intan bg skrip
    Akak : Saya setuju!
    Please bak mai skrip and sinopsis pasai watak.....
    Tapi training malam ja tau....siang tak bolehhhh 
    Tantan : Lusa intan bg kat kak..yay!tenkiu kak na..nnti meeting intan pggil na

    Begitulah perbualan ringkas kami. Actually En. Khafi telah memberikan warning kepada akak. Next time nak berlakon, jangan terima semua tawaran. Pilih satu sahaja. And discuss betul betul jadual berlakon dan sebagainya. Nanti hang penat balik rumah merungut-rungut, aku tumbuk hang. Begitulah kata suami akak. Tapi dia tak pernah la tumbuk akak pun. Dia feeling saja....


    Reaksi kawan-kawan dalam produksi Kersani lepas nama saya di-announce untuk watak Julia.  Yang Amy Sam tu dia kata 'loorr..." akak tak tau pasai pa.  Macam tak puas hati ja kan?  HAHAHHA

    So i think, lepas baca skrip pendek yang dihantar oleh Tantan kepada akak, akak dah boleh rasa macam happy and sudi untuk menerima tawaran ini. Ampa rasa-rasa akak berlakon jadi apa?

    HAHAHAHHAHA

    Noksss!!  Akak dapat watak yang sangat meletops.  Akak tak akan cerita kepada u olls semua.  Yang  penting sekarang ni,  akak kena buat research dan belajar bersungguh-sungguh.  Bukan main-main lagi,  lagi seminggu nak pementasan baru nak hafal skrip.  NO!!  Actually from now pun akak dah start buat research sendiri walaupun akak masih belum dapat skrip penuh daripada Tantan.

    Sorry akak tak mau bagitau kat u olls semua sebab nanti habislah suprise.

    Tapi i janji,  bila poster for this teater ni semua dah dapat,  akak akan cerita kepada u olls semua.

    And really hope ampa mai tengok akak berlakon nanti.

    Sekian,  love u olls.

    Yang benar,
    Jumie Samsudin

    If U Can Understand This... U Are Fabolous

    $
    0
    0

    Ampa faham dak lawak ni???

    Sapa faham IQ dia otomatik naik 2389

    Sangat Bangga : Allahyarham Yasmin Ahmad Menjadi Muka untuk GOOGLE

    $
    0
    0
    Hello u olls,

    Pagi-pagi buka Google Chrome,  first time adalah tengok gambar ni  :


    Kepada u olls tak peka,  mai sini nak bagitau.  Kan bila kita nak Google search,  kita pi la website www.google.com.  And selalunya kita akan nampak perkataan GOOGLE logo besar-besar.  Tapi from time to time,  gambar GOOGLE (kita panggil doodle) tu akan berubah mengikut perayaan ataupun apa-apa event besar pada tarikh dan masa-masa tertentu.


    Click for more stories



    So hari ini,  akak buka tengok gambar lukisan warna chocolate ni. Ingatkan sapa ka.  Tapi lukisan macam orang wanita Asia.  So i click on the doodle,  dia terus link pada carian Google YASMIN AHMAD!

    Banggaaanyyaaaaaaaa rasa!!

    Google's doodle remembers Yasmin Ahmad 
    By PREDEEP NAMBIAR

    GEORGE TOWN: Google’s latest doodle celebrates the birthday of the late Yasmin Ahmad, who is well known for her role behind a string of memorable Petronas advertisements. She was born on this day, 56 years ago. 
    The award-winning local film and TV commercial director, known for depicting Malaysia’s colours, and telling cross-cultural stories, died on July 25, 2009 at the age of 51. 
    The doodle features a water-coloured picture of Yasmin, along with the Google logo stylised in the ‘Sepet’ movie poster typeface. 
    Sepet (slit eyes), the 2004 movie directed by her, caught the hearts of many Malaysians with a love story between a Chinese boy and a Malay girl.
    This is not the first time that the search engine has created a doodle to honour occasions in Malaysia. 
    But this is the first time it has honoured a Malaysian figure on its search engine on www.google.com.my. 
    Previously, Google had created stylised doodle for the Merdeka celebrations in 2007, 2009, 2011, 2012, and last year. 
    More recently, it created an 'election' doodle during the 13th General Election last year.
    Doodles are the fun, surprising, and sometimes spontaneous changes that are made to the Google logo to celebrate holidays, anniversaries, and the lives of famous  artists, pioneers, and scientists. 
    In 1998, before the company was even incorporated, the concept of the doodle was born when Google founders Larry and Sergey played with the corporate logo to indicate their attendance at the Burning Man festival in the Nevada desert,  said the website for Google Doodles. 
    Since then, the team ‘Doodler’s as the creators of doodles are known has created over 1000 doodles for the Google homepages around the world.

    Read more: Google's doodle remembers Yasmin Ahmad - Latest - New Straits Times

    Sekian,  Alfatihah untuk beliau.  Semoga rohnya tenang di sana.  Terima kasih atas keindahan seni yang sudi dikongsikan kepada kami selama ini.  Kalaulah dia masih ada dengan kita sekarang,  pasti dia boleh hasilkan satu seni video yang boleh tenangkan orang-orang yang duk bergaduh pasai KALIMAH ALLAH ni semua.  Just saying ya......*

    ps/  Paling suka video dia "Tan Hong Ming In Love"

    Love,
    Jumie Samsudin

    Tudung FAREEDA Dipatenkan

    $
    0
    0
    Hello u olls,

    Anda peminat tudung FAREEDA?  Yes,  u olls ramai yang suka tudung ini.  Tudung ni bukan murah u olls.  Satu pasang boleh mencecah ratusan ringgit.  Akak-akak staf USM merebut-rebut ya beli tudung ni kat butik Fareeda yang original kat Permatang Pauh.  Satu-satu jenama tudung kat dunia ni (i think) yang boleh ditukar beli,  dijual sebagai pre-loved items (second hand) kepada pengguna yang lain dengan harga yang tinggi,  ala-ala pengumpul beg Birkins dan beg LV dah u olls!!  Kau ada?

    Ada orang yang mencemuh keghairahan wanita-wanita yang meminati tudung ropol dan bertingkat ini.  Ada yang amat meminati design tudung Fareeda ini sehingga sanggup beratur panjang untuk menjengah ke butik-butik Fareeda yang authentic.  Apa pun,  terpulang kepada u olls!

    Semalam, pihak Puan Faridah Zakaria (pemilik rekaan-rekaan tudung FAREEDA) dan syarikat FAREEDA Global Resources Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan NOTIS AMARAN melalui semua media-media utama di Malaysia menyatakan bahawa rekabentuk tudung ini telah dipatenkan.


    Click read more





    Reaksi Orang Ramai
    I baca kat Facebook Page FAREEDA...Nyata Jelita.  Ramai yang menyambut baik usaha ini.  Yelah u olls,  peminat tudung FNJ ni sanggup berhabis ratusan ringgit untuk dapatkan karya tudung FNJ yang original.  Tapi tengok kawan lain,  pakai tudung ropol tingkat sama ja glamornya dengan harga tak sampai RM40.  Ada orang yang tak kisah,  tapi kalau jenis yang dengki khianat ni,  pastinya akan rasa tak puas hati nok.  Dibelek-beleknya tudung kita sambil berkata "U punya Fareeda ni ori ke?"

    Ada juga yang tak puas hati dengan tindakan FNJ.  Paling bodoh sekali akak baca satu komen perempuan Meleis ni "Beg chanel, gucci, LV, Polo, Bonia, n sewaktu dgnnya pn byk gak tiruan. .tp teda pla syarikat2 ne nk kuarkn saman kpd yg menciplak. .emm, Dunia, duniaaaa...." 

    Maksudnya "Beg Chanel, Gucci, LV, Polo, Bonia and sewaktu dengannya pun banyak gak tiruan. Tapi,   tiada  pula syarikat-syarikat ni nak kuarkan saman kepada yang menciplak. emm...Dunia, duniaaaa..."

    Akak rasa macam nak meninggal baca kebodohan statement perempuan ni.  Inilah yang terjadi kepada wanita Melayu yang kurang bacaannya.  Duk habis tengok Astro Ria sahaja.

    Seterusnya komen negatif adalah mereka kata tudung ni terlalu mahal.  Kalau nak beli yang original,  diorang tak mampu.  

    Contoh komen "Camne nk beli yg ori.. org malaysia bukan semua jutawan.. dah la mahal.. klu org yg susah tu x dapat la nk pakai tudung pattern yg cantik cikit.. dari segi kualiti kain bkn sme pun.. pattern jew sama.. ramai lagi yg akan beli fareeda tu.. golongan2 atasan mesty cari fareeda punya,yg susah cam kami ni x mampu..,"

    Gituuuu lah akak.  Kau tak mampu.  Pakai jela tudung Bawal.  Janji tutup aurat kan.  Esok lusa kat Akhirat,  bukan Allah tanya,  "OKAY YANG TUTUP AURAT PAKAI TUDUNG FAREEDA PI KANAN....YANG TUTUP AURAT PAKAI TUDUNG HANATAJIMA PERGI KIRI..." Kan?  Akak yang rambut oren ni (Dye rambut setiap dua bulan) hang jangan tanya.  Akak sah-sah dah masuk tempat tu (takut nak tulis).



    Gambar they olls they olls masa press conference for notis ini.


    Pendapat Akak
    Pada pendapat akak,  (ampa mesti teruja nak dengar desiran kata-kata akak kan?),  akak sokong tindakan FNJ untuk mempatenkan diorang punya design ini.  Bagi akak ini adalah satu tindakan yang profesional.  Sebagai seorang usahawan,  kita kena selalu peka,  berusaha untuk majukan business kita dan paling penting memberikan yang terbaik kepada para pelanggan yang selama ini menyokong perniagaan depa.  Dengan mempatenkan karya tudung ini,  akak rasa FNJ memang dah buat yang terbaik for their business and for all peminat setia FNJ.

    Tahniah untuk FNJ!

    Semoga tindakan ini disambut baik oleh semua pihak.  Juga untuk we olls para pengusaha / peniaga dalam apa juga bidang,  kita kena berani dan selalu fikir ke depan.  Kalau tak jadilah macam nasib tudung Ariani,  dulu sikik punya popular ka!  Lani mana adaaaa?????  Teruih tak popular dah.

    Sekian.  Love u olls!


    ps/  terimalah gambar anak buah akak Fariha dan Farihin (kembar laki pompuan).  Fariha cute gila pakai tudung :)  Bukan Fareeda tu.

    Fariha and Farihin yang comels gila! 

    Jumie Samsudin
    Lambang Kecantikan Yang Always Jelita

    Pengumuman Keselamatan Kapal Terbang Yang Lawak

    $
    0
    0
    HAHAHAHA

    Pasaipa masa aku naik flight takdak pengumuman macam ni.  For sure aku akan gelak paling kuat sekali kat dalam kapai terbang tu!

    Ulasan Teater Bisikan Cinta by Jumie Samsudin

    $
    0
    0
    Hello u olls,

    Tahun lepas (wah...rasa macam lama dah) actually dua minggu yang lalu akak telah berkesempatan untuk menonton sebuah teater yang bertajuk Bisikan Cinta di Pelenggang Cahaya USM. Sempena Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang pada September yang lalu, Teater Bisikan Cinta telah dinobatkan sebagai "Johan" dan meraih anugerah "Pengarah Terbaik", "Pelakon Lelaki Terbaik", "Pelakon Pembantu Terbaik" dan "Busana Terbaik".

    Masa pertandingan September yang lalu,  akak tak dapat pi tengok,  so i have to take this chance la.  Tambahan pulak,  my sifu Azhar Jalil berlakon juga dalam teater ni.

    So jom baca review daripada akak.

    Lakonan : Yoomyn Myn, Kayrol Unwar, Azhar Jalil, Tok Moh , dan Arezarul Niezam, dan penampilan istimewa Pirates Prince a.k.a Danial Bowl Bintang Mencari Bintang.

    Karya : Razali Ridzuan

    Arahan : Intan Farhanim Othman

    Produksi : Final Year Student Drama dan Teater dgn kerjasama School of The Art dan Kersani

    Tarikh Pementasan : 11-13 Disember 2013 (Review ini dibuat berdasarkan pementasan hari ke 3)

    Tempat : Panggung Pelenggang Cahaya USM

    Pas Masuk : RM10


    Sinopsis :
    • Cerita ini mengisahkan tentang Mustika yang diculik oleh teman lelakinya Ikmal ke sebuah hotel murah.  Masa tu Mustika pengsan.



      Click to read more

    • Ikmal upah seorang budak lelaki yang macam dungu sikit untuk pi beli minyak gas.  Tapi tak tau pasaipa.
    • Kat hotel tu,  ada dua ja staf.  Sorang pondan nama Khaty and sorang lagi apek tua yang jaga kaunter.  Depa yang tolong Mustika buka ikatan kat tangan dia ketika Ikmal keluar dari hotel.  Depa mula mula duk ingat Mustika ni bini Ikmal (ataupun awek) tapi rupanya Ikmal ni jahat dan dia nak bunuh Mustika.


    • So,  bila Ikmal balik,  Mustika pun rancangla nak selamatkan diri dia dan lari daripada Ikmal.
    • Entah macam mana pergelutan dan pergaduhan berlaku,  Mustika still duduk dalam bilik tu dengan Ikmal.  Drama pun bermula.
    • Ikmal nak bunuh Mustika sebab dia nak balas dendam.  Dia kata,  Mustika dah tipu dia.  Masa tu,  kita rasa macam tak puas hati kat Ikmal,  macam dayusnya hang kan?  Hang tak puas hati kat perempuan,  hang nak bunuh dia.
    • Tapi lepas tu,  Ikmal pun katalah...dia bara sebab Mustika lah dia boleh dapat HIV AIDS.  Dia kata dia tertipu.  Dia kata lani family dia semua buang dia.  Dia dah la anak sorang dalam keluarga dia.  Dia kata lani semua ahli keluarga dia macam dah buang dia dan kecewa dengan dia.
    • Masa tu,  kita jadi macam nak benci pulak kat Mustika!!  Mustika pulak macam buat pengakuan......memang dia tau selama ni dia tau dia ada HIV tapi dia tetap buat hubungan seksual dengan Ikmal tanpa menghiraukan yang virus itu akan masuk dalam badan Ikmal.  Mustika gelak dan mengilai macam seronok gila sebab dia dapat tipukan lelaki.  Rasa macam marah pulak kat Mustika.
    • Tapi sebenarnya...............lepas tu,  Mustika pun bagitaulah pasai pa dia sanggup buat macam ni.  Dia kata,  dia ni macam dilahirkan oleh pengemis (orang miskin gila) (sorrylah akak macam lupa sikit bab ni),  Mustika ni dibesarkan kat kawasan sampah sarap.  Macam gelandangan gitu.  Pastu dia duduk dengan bapak dia yang jahat gila.  Bila dia semakin besar,  bapak dia nampak macam dia ni lawa...(memang pelakon cerita ni Myn adalah seorang perempuan yang lawa!!) bapak dia paksa dia pakai baju seksi seksi semua.  And satu hari,  bapak dia jual dia kat orang jahat.  And dia kena rogol ramai-ramai.  Dari situlah dia dapat penyakit tu!  Dan sejak itu,  dia memang benci dan tak suka dengan lelaki.
    • Di atas kemuncak pergelutan antara Mustika dan Ikmal...akhirnya........bukan Mustika yang mati.  Tapi Ikmal!  Mustika bunuh Ikmal teruih.

    Para Pelakon :

    Tok Moh sebagai Apek  
    Tok Moh ni memang natural jadi Apek.  Walaupun muka dia memang Melayu habis,  tapi dia punya style cakap memang sangat apek Cina.  So,  i duk bayang,  apek ni mesti anak Melayu Siam ka kena buang pastu Cina bela.  Steady Tok Moh.



    Azhar Jalil sebagai Ehsan  
    Takkan nak komen apa apa pun kita punya sifu berlakon.  Scene lawak adalah apabila Khaty dukung Ehsan untuk ajak cek-endut.  Scene lawak celaka apabila Ehsan dalam dialognya menambah "Hang ni Zarul kan?  Dulu hang sekolah dengan aku...duk main bola semua.  Kak Jumie duk sorak kita kat tepi padang..." Hareeeeeee. (Semua pelakon mengesahkan bahawa bila ada scene lawak,  suara I olls adalah paling kuat sekali).  Cuma satu ja i nak komen,  Ehsan ni budak dungu-dungu kan?  Tapi dia punya dressing terlalu 'kemas' untuk budak dungu.  Dia kena pakai selekeh sikit lagi.  Maybe pakai slipper dengan seluak pendek ka.  T shirt murah murah ka.


    Cik Syahnaz and Azhar (depa dua adalah sepupu)


    Akak dan Azhar.


    Azrul sebagai Khaty  
    Azrul adalah seorang lelaki ya.  Dia berlakon watak maknyah pencuci di hotel tu.  I sangat suka dengan lakonan beliau.  Dia nampak naturallllllllllllllllllllll and semua perkataan mak-mak ayam digunakan oleh beliau dalam dialog.  Beliau betul betul membuat research dengan baik.  




    Pose sendu bersama mak ayam. (Ehk...sapa mak ayam ni....?)


    Uncle Kayrol  sebagai Ikmal  
    I memang suka kat Uncle ni.  Elok budak ni.  HAHAHAH...tetap kan?  Untuk pengetahuan ampa,  Uncle adalah nama paling top untuk apa-apa watak hero kat USM ni.  Bukan sahaja sebab dia ada rupa tapi dia memang boleh berlakon.  Tapi pada pendapat I,  malam tu,  tak tau la Uncle terlebih energy atau kurang energy...i rasa macam watak Ikmal tu macam 'tak stabil' sikit.  Maybe sebab.....Myn sangat bagus kot sampai Uncle tak boleh nak faik balik :) U know what i mean.



    Myn sebagai Mustika  
    I first time tengok Myn berlakon full.  Sebelum ni tengok dia berlakon secara gerak tari (Mahabarata-Revisited) and watak-watak kecil dalam teater yang lain.  Tapi first time tengok dia berlakon ni,  i have to say...i really salute perempuan ni.  Walaupun dia kuruih kedekiang and kecik untuk seorang wanita teater....tapi i think suara dan ke-jelas-an pengucapan dialog dia membuatkan dia betul betul tampil di atas pentas.  Cuma satu ja...........rambut tu............ELLA sangat la u olls!!!  Mak rasa macam nak pi ikat rambut u olls masa u olls berdialog.  HAHAHA.  Actually takpa kalau nak lepas rambut (natural la kan.......) tapi kalau nak lepas please stop flip your hair every 2 perkataan u sebut.



    Yang Tak Best 
    Katil kat dalam hotel tu.  Memang la hotel murah.  Tapi kalau boleh carilah katil yang nampak kukuh and bubuh sheets betul betul.  Yang ni tugas penghias set.  Kena buat detail tu bagi elok.  Nanti kalau USM nak buat apa-apa pementasan yang melibatkan katil,  sila contact saya,  saya ada beberapa buah katil yang boleh saya sedekahkan.  Katil kat rumah saya ni banyak.


    Yang Best 
    Jalan cerita best.  Skrip best!  Pelakon semua best!! Memang patutlah teater ni menang banyak anugerah pada festival baru baru ini.  Memang puas hati.  Me and Cik Syahnaz (my boss) memang sangat enjoy persembahan malam tu.  Memang tak rugi kami pi tengok.

    Satu lagi benda best adalah kat lobi Pelenggang Cahaya,  pihak produksi membuat satu papan post it yang membenarkan para penonton yang datang untuk menulis dan mencatatkan kata-kata cinta mereka.  I did not post anything (or i did but i forgot) but here some of the notes posted by para penonton yang datang ke teater ini  :












    Kesimpulan 
    Saya sangat respek dengan orang - orang baru yang menghiasi pentas Bisikan Cinta.  Orang baru means pelajar pelajar USM yang muda muda ni macam Intan and Myn!  Keep up the good work people.  Hope satu hari ampa akan menghiasi warna-warna seni tanah air macam senior senior ampa yang lain.

    Review Movie 47 Ronin

    $
    0
    0
    Hello u olls,

    Akak agak macam sedih kerana awal tahun 2014 ni tak banyak filem best best yang keluar.  Tapi takpalah.  Kelmarin (Rabu malam) I dan kawan-kawan office telah bertengok wayang di Queensbay Mall Penang.  Oh lamanya tak mai Queensbay.  ( I jarang nak meronda dalam shopping complex ya).

    So we olls pun tengok cerita ni.  47 Ronin!


    Jalan Cerita  :

    Cerita ini adalah adaptasi daripada lagenda bagaimana 47 orang ronin (samurai takdak tuan) yang menuntut bela atas kematian tuan depa yang mati.  Kisah lagenda ini menjadi kebanggaan rakyat Jepun.

    Tapi of course,  bila cerita ni ditulis semula oleh Hollywood,  depa pastikan akan meng-Amerika-nizedkan segala benda yang boleh depa Amerika-nized kan.

    Kisah ini bermula apabila Kai,  seorang budak lelaki berlari (seperti lari dari sesuatu) di dalam hutan.  Beliau berjaya ditangkap oleh Lord Asano dan kuncu-kuncunya.  Lord Asano adalah macam pemimpin tertinggi (daimyo) di tanah Ako,  iaitu salah sebuah daerah penting di Jepun pada ketika itu.  Tapi para Samurai (kuncu-kuncu Lord Asano) tak suka kat Kai ni sebab depa kata dia ni 'half breed'.  Tapi Lord Asano suka kat budak ni dan bawak balik duduk di negeri dia.

    CLICK READ MORE


    Walaupun semua orang tak suka kat Kai sebab dia 'half breed',  tapi Lord Asano tetap benarkan dia duduk kat dalam negeri tu sebagai orang terbuang.  Kai membesar dan tinggal seorang diri di sebuah pondok di tengah hutan.  Tapi Kai ni dia macam ada satu kuasa yang luar biasa.  Satu hari,  kekuatan dia terbukti kerana dia telah bunuh satu binatang misteri yang amatlah besar.  Sedihnya,    samurai-samurai Lord Asano menidakkan kekuatan Kai.


    Binatang first yang mati kena bunuh dengan Kai.


    Nak dijadikan cerita,  satu hari,  Shogun akan mai melawat negari Ako untuk menyaksikan pertandingan kekuatan antara samurai di bawah kepimpinan daimyo Lord Asano and seorang lagi orang bangsawan yang dipanggil Lord Akira.  Lord Akira ni watak jahat.  Dia memang dari dulu nak kongker dan jadi ketua kat negeri Ako.  So memang dia duk plan macam -macam nak bunuh Lord Akira.

    Mizuka ahli sihir jahat yang ada mata dua kaler.

    Lord Akira ni ada ahli sihir perempuan yang sangat jahat.  Ahli sihir dia ni nama Mizuki.  Just a moment before pertandingan,  Mizuki telah mensihir samurai Lord Asano dan menyebabkan dia tidak boleh fight.  So,  bila jadi macam tu,  Kai yang berada di bilik Samurai kena sihir tu...dia pi pakai baju Samurai dan keluar fight dengan Samurai Lord Akira.  Fight punya fight....sekali dia punya topeng terbuka.  Bila topeng dia terbuka.....semua orang terkejutlah kerana seorang 'half breed' yang duk fighting!


    Keanu Reeves yang hemsem.


    Shogun amat marah.  Dia kata kejadian ini amat memalukan.  Orang buangan macam half breed tak boleh jadi Samurai dan hanya Samurai yang boleh bertanding dalam perlawanan yang maha agung ini.  Sebagai pembalasan,  Kai akan dihukum pancung.  Masa tu la,  anak Lord Asano iaitu Mika telah berlari dan menyelamatkan Kai.  Sebenarnya,  Mika dah lama mencintai Kai dan Kai pun cintakan Mika.  Tapi kerana perbezaan darjat,  mereka tidak dapat disatukan.

    Perbuatan Mika menyelamatkan Kai amat memalukan Lord Asano.  Shogun juga terkejut melihat kejadian itu.  Disebabkan Lord Asano sanggup meminta maaf dan mengaku bertanggungjawab di atas kejadian ini,  maka Shogun 'meringankan' hukuman ini dengan mensuruh semua Samurai memukul Kai.  Masa ni sangat horror dan sadis sekali.

    Malam itu,  Lord Asano tidur dengan tidak tenang.  Dia sebenarnya sangat sedih dengan kejadian yang berlaku hari ini.  Dia rasa sedikit malu dengan perbuatan anak kesayangannya iaitu Mika.  Dan pada ketika itulah,  Mizuka telah datang dan mensihir Lord Asano.  Lord Asano yang telah dirasuk terus tiba tiba mengamuk dan masuk ke bilik Lord Akira dan cuba untuk membunuh beliau.

    Tindakan beliau ini telah ditangkap oleh para pengawal.  Esoknya,  Shogun telah menghukum Lord Asano dipancung kerana perbuatannya itu melanggari etika sebagai seorang daimyo iaitu tidak boleh menghina tetamu apatah lagi cuba membunuh tetamu.  Tetapi oleh kerana Lord Asano telah memberi banyak kesejahteraan kepada negeri Ako,  maka Shogun bagi pilihan kepada Lord Asano untuk membunuh diri sendiri untuk membuktikan kesucian dirinya sebagai seorang bangsawan.

    Yes,  please jangan terkejut dengan cara ini.  Inilah kod-kod etika yang dipakai oleh ketamadunan Jepun kuno.  Setiap pemimpin amat patuh dan menghormati kod-kod etika ini.  Bagi Lord Asano,  keputusan Shogun untuk memberikan pilihan kepada dirinya untuk bunuh diri adalah satu peluang yang dia amat dia hormati dan hargai.  And yes,  esoknya,  dia bunuh diri di hadapan semua orang.

    Apabila dia telah membunuh diri,  46 orang Samurai di bawah Lord Asano telah menjadi Ronin.  Ronin ialah samurai tiada tuan.  Samurai yang tiada tuan tidak boleh bekerja (tukar profession).  Mereka akan jadi pelarian.  Mereka juga tidak boleh berkhidmat di bawah pemimpin lain.  Sekali lagi,  kita tak boleh pertikaikan kod-kod etika yang mereka guna pakai ini.  Selepas upacara bunuh diri Lord Asano,  semua Samurai di bawah Lord Asano diminta untuk serahkan pedang Samurai mereka dan Shogun telah memberikan perintah kepada depa semua untuk tidak membalas dendam di atas kematian tuan mereka.
     
    Oishi dan para samurai menyerahkan balik depa punya pedang samurai.



    Mika diberi masa untuk berkabung selama 1 tahun,  selepas itu dia disuruh kawen dengan Lord Akira.  Semua 45 samurai disuruh lari keluar daripada negeri Ako.  Ketua Samurai iaitu Oishi di buang dalam lubang hitam untuk mematahkan semangat dirinya.  Kai,  (the half breed) di jual di Pulau Belanda sebagai hamba.  Dan of course Lord Akira telah dilantik sebagai daimyo untuk negeri Ako.
    Rick Genest yang berlakon watak penjaga pintu di Pulau Belanda berlakon tak sampai 30 saat pun. Tapi.......amboiiihhh dapat satu poster gambar dia saja. Macamla watak dia besar sangat.  Kepada sesiapa yang tak tau,  Rick Genest ni dikenali sebagai Zombie Boy kerana dia memang badan dia penuh dengan tattoo.  Dia  selalu tampil dalam video music artist terkenal contohnya Lady Gaga.

    Selepas 1 tahun,  Oishi telah dibebaskan daripada lubang hitam.  Walaupun setahun dibuang dalam lubang hitam itu,  tapi dia tidak patah semangat.  Dia tetap kuat hati mengumpulkan semua 46 orang Samurai di bawah kepimpinannya itu untuk membalas dendam ke atas kematian Lord Asano.  Dan masa tulah,  dia pi cari balik Kai di Pulau Belanda.

    Selepas depa semua berkumpul,  depa semua pun merancang bagaimana nak balas dendam kat Lord Akira dan kuncu-kuncunya.  Tapi pada ketika itu,  ada juga Samurai dalam kalangan gang depa yang tak suka dengan adanya Kai.  Bagi depa Kai ni macam kasta rendah dan hina gila.  Dia tak sepatutnya ada kat situ.  Tapi ketegasan Oishi lama kelamaan membuatkan semua Samurai lain buka mata dengan kekuatan Kai.

    Kai dan Oishi


    Saya sangat suka scene ni di mana depa jumpa sami sami dalam gua untuk mendapatkan pedang!

    Dipendekkan cerita (ampa pi tengoklah sendiri nanti),  depa semua berjaya membalas dendam ke atas kematian tuan mereka iaitu Lord Asano.  Lord Akira dan ahli sihirnya Mizuka telah dibunuh oleh Oishi dan Samurai yang lain.

    Now we come to the best part of the story,  lepas kejayaan ini,  Oishi dan semua 46 Ronin (so now depa semua dah jadi 47 orang la sebab masuk dengan Kai sekali),  depa pi jumpa dengan Shogun macam serah diri.  Shogun pun membuat keputusan,  depa semua sebenarnya telah melanggar perintah daripada Shogun iaitu untuk tidak balas dendam.  Oleh itu depa semua akan dihukum pancung (PANCUNG LAGI..............................orang Jepun ni memang suka pancung kepalaaaa).
    Tapi Shogun kata,  dengan mengambil kira kesetiaan semua mereka terhadap tuan mereka yang telah mati,  Shogun suruh depa bunuh diri dan mereka akan mati sebagai Samurai.  And u know what??? Semua 47 depa sangat happy dan menerima keputusan ini dengan hati penuh hiba kerana terharu.  U know why depa rasa happy?  Because depa akan mati sebagai Samurai dan bukan sebagai Ronin.

    Nak tau lepas tu jadi apa?  Ampa pi la tengok sendiri kat wayang.  Tak rugi pi tengok wehs!!

    Yang Best  :

    • Efek depa memang meletops.  Kos untuk buat filem ni mencecah 200 juta USD.  So of course memang cun la!!
    • Costume yang depa pakai semua cantek-cantek i suka tengok (Tapi ada juga beberapa baju Mika yang merapu sikit ala-ala Nicki Minaj).
      Shogun dan Lord Akira bercakap dengan Mika.  


    • Jalan cerita ini diolah dengan baik (walaupun sedikit di Amerika-nized).
        
    • Before this saya selalu baca dan tengok rancangan Discovery Channel pasai Samurai and their "code of honor" tentang macam mana depa ada ranking-ranking depa.  Peranan dan kefungsian sosial depa.  Tapi,  bila tengok cerita ini,  baru i lebih faham tentang betapa depa menghormati depa punya "code of honor".  Rasa macam meremang bulu roma juga!

      Kita tak boleh nak pertikaikan depa punya "code of honour".  Memang kita tak akan faham why depa buat macam tu.  Depa punya peradaban ini memang berbeza dengan budaya kita dan of course setiap budaya sesuatu kaum / masyarakat ada ciri-ciri tersendiri yang mungkin pelik dan tak masuk akal hasil daripada influence cara hidup,  agama dan faktor-faktor lain.
    • Ritual bunuh diri secara serah diri tu depa panggil sebagai 'seppuku' yang bermaksud potong perut.  Ritual ini sebagai dilakukan oleh para Samurai dalam beberapa situasi contohnya apabila mereka kena tangkap dengan musuh,  daripada depa dibunuh oleh musuh,  depa lebih rela bunuh diri untuk tidak memalukan pasukan mereka.
    • Pulau Belanda tempat Kai dibuang adalah tempat yang betul-betul wujud dalam pemerintahan Jepun pada ketika itu (kurun 17).  Pulau Belanda dipanggil sebagai Dejima sebauah pulau artificial (tanah tambak) yang menjadi satu-satunya pelabuhan untuk orang asing seperti Portugis dan Belanda untuk mai berdagang.  Orang asing iaitu Portugis Belanda dan lain-lain kaum barat hanya boleh duduk kat situ sahaja.  Dan rakyat Jepun pun dilarang masuk ke daerah itu kecuali pekerja pekerja rendah yang tiada kepentingan kepada society.  Depa tak boleh masuk tanah Jepun yang lain.  Orang Jepun ni memang sangat berdaulat masa tu.

      Gambar lukisan lama yang menunjukkan daerah Dejima.  Sampai lani daerah ini masih wujud.  Tapi dia dah lain dan menjadi tarikan para pelancong.  

    Yang Tak Best  :

    Ada satu ja i tak suka...

    • Cerita ini agak lama (almost 2 jam) dan agak slowwwwwwwwwwwwwww untuk sesetengah babak.  Duduk di atas seat biasa memang rasa macam kebaih pungkur sedikit.  Saya mencadangkan kalian beli DVD dan tengok kat rumah sambil berdamai di atas tilam / toto / sofa yang maha empuk.


    BINTANG  :  8/10

    Ramai yang review kata gambar ni tak best.  Tapi dah almost dua minggu filem ni keluar....tapi wayang masih full lagi!  Maknanya gambar ni memang bestla.  Tak perlu iklan over-over.  Promotion adalah dari mulut ke mulut.  So im giving 8/10.


    IKEA Coming to Penang ~ my wish came true

    $
    0
    0
    Hello u olls,

    I memang suka IKEA.  Not the meatballs. (hakikatnya aku tak pernah makan pun meatballs yang dikatakan maha sedap itu)  Tapi memang kalau ada kesempatan pi IKEA i sangat suka masuk and tengok dia punya perabot.  Susunan dan hiasan dalaman.  Seni penciptaan perabot dan hiasan rumahnya yang always practical untuk orang golongan biasa macam kita.


    Siapa kata IKEA untuk orang kaya?  IKEA adalah brand keluaran negara Sweden yang menfokuskan pembuatan perabot yang mampu milik.  Tapi produk ni nampak macam untuk orang kaya sahaja sebab orang-orang kaya yang ada taste sahaja suka membeli belah kat sini.  So makcik-makcik Sungai Petani yang duduk kat Merbok dan kawasan Lembah Bujang duk rasa macam mahai la semua benda tu kat IKEA sebab beli kat Kuala Lumpok....

    Sila Click Read More


    Sangat jeles bila tengok kawan-kawan I olls yang selalu beli macam-macam barang dari IKEA untuk hias rumah depa.  Paling jealous adalah walk in wardrobe kat rumah Asmaa Aljuned.  Dengan bajet less than RM2000 dia mampu buat walk in wardrobe yang sangat praktikal (dengan ketinggiannya hahahaha) dan kegunaan dia dan suami.  Memang saya sangat jealous.  Kalau nak order customized dengan mana-mana kontraktor mau la dekat RM5 ribu juga.  Dah boleh beli motor u olls...

    Untuk pengetahuan ampa,  tidak lama dulu....akak pernah tweet kepada CM Lim Guan Eng (Ketua Menteri Penang).  Tapi sayangnya i tak boleh nak trace balik Tweet tu sebab i dah ada banyak sangat Tweet dan takdak mekanisme yang boleh bantu kita trace Tweet kita sendiri mengikut topik (bodohnya Twitter).

    But i did tweet to CM Lim once saying "CM Lim,  please bring IKEA to Penang and i will vote u for the next PRU,"

    I guess my vote will not be a rahsia anymore.  HAHAHA.  Cakap pasai DAP sat,  ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri ya.  Tak influence by sapa-sapa.  Dah dua penggal DAP pegang Penang.  Penang dah banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk membangun.

    Selain itu,  i tengok Penang lani lebih BERSIH.  MPPP memang buat kerja dengan baik.  20 years ago,  Tun Dr.  Mahathir (masa tu dia PM) pernah tegur penduduk Penang kerana Penang dikatakan agak kotor.

    Kawasan pelancongan di Penang dibangunkan dan diselaras dengan baik.  Banyak bangunan lama telah dinaik taraf jadi butik hotel,  restaurant or cafe ataupun muzium.

    Untuk orang Islam,  banyak ceramah agama giat berlangsung through out Penang island and mainland.

    Kita dah ada H&M,  Sephora,  MAC pun dah ada dua butik :)

    Tempat beriadah pun makin banyak.  Boleh kata setiap taman perumahan kos rendah dan sederhana lama seperti flat Kampung Melayu,  flat Taman Free School dah ada taman kanak-kanak,  jogging track dan fasiliti untuk eksesais.  Setiap Ahad,  jalan utama di Birch Street di tutup untuk bagi peluang kepada rakyat Penang berbasikal dan menghayati keindahan bangunan lama di situ. Tengok denai jalan di tepi jalan-jalan utama dalam Georgetown diubah suai menjadi mesra OKU.  Sapa perasan?  Ruang pejalan kaki diluaskan dan ada tramp untuk mobiliti orang berkerusi roda.

    Banyak lagi perubahan yang saya observe.  Memang betul.  Sapa perasan?

    Memang harga rumah naik mendadak especially di area Penang island (tapi dulu mana BN pegang memang harga rumah and tanah naik).  Fenomena ini bukan salah mana mana pemerintah.  Tapi mana-mana negeri / negara pun kalau ekonomi dia maju,  mesti harga tanah akan jadi berharga.

    Sebagai kesimpulan,  DAP is doing a good job.

    Saya menulis ni bukan sebab mana-mana parti bayar saya ataupun saya terlalu happy kerana IKEA akan dibuka kat Penang. Tapi memang dah lama saya observe dan memang duk rancang nak tulis dalam blog saya.

    So back to our story pasai IKEA......:)

    Dulu saya juga pernah tulis email kepada pihak pengurusan IKEA dan balasan dia adalah seperi berikut  :  IKEA in Penang.  Of course la masa tu,  depa tak mau bagi tau.  Depa kena tunggu pengumuman rasmi u olls!

    Sekian sahaja.  Yes!! Im happy with this news.  Tahniah CM for bringing more and more good news to Penangites.  Hang beli la kereta besak mana pun,  kalau hak rakyat hang buat betul betul.  Why not?

    Love,
    Jumie Samsudin

    Petikan berita  :

    IKEA to open doors in Penang soon
    BY OPALYN MOK JANUARY 10, 2014

     Aspen group group chief executive, M.Murly (centre), showing Penang Chief Minister Lim Guan Eng the location of the Ikea in Batu Kawan, Penang, January 10, 2014.
     Picture By K.E. Ooi


    GEORGE TOWN, Jan 10 ― Popular Swedish home furnishing store Ikea store will soon open its first outlet in Penang at a planned shopping mall in Batu Kawan, Lim Guan Eng announced today. 
    The Penang Chief Minister said Ikano Pte Ltd, the franchisee for Ikea in Malaysia, Singapore and Thailand, formed a joint venture with local company, Aspen Vision Land Sdn Bhd, to develop the integrated shopping mall. 
    The joint venture company, Aspen-Ikano bought the land from state agency, Penang Development Corporation, for 483.95 million ringgit.

    “Aspen-Ikana has bought 245 acres of land in Batu Kawan at RM483 million to develop an integrated shopping mall and mixed development of offices and residences,” Lim said. 
    The 245 acres will include 30 acres for the first Ikea Store in the northern region of Malaysia and the first phase of the shopping mall. Another 45 acres is to be set aside for phase two of the shopping mall and 170 acres for mixed development purposes. 
    See more at: http://www.themalaymailonline.com/

    Aduan Tentang Staf Yang Kurang Sopan

    $
    0
    0
    Hello u olls,

    Kisahnyaaaaa.......how many of you pernah melalui saat-saat getir dilayan dengan cara tidak sopan oleh warga kakitangan kerajaan ataupun agensi-agensi bukan kerajaan yang memberikan khidmat awam?  Im sure ramai antara u olls pernah melaluinya.

    Siapa sangka,  akak telah melalui perkara ini baru-baru ini dan perkara ini berlaku dalam USM sendiri (iaitu tempat akak bekerja).

    Nak dijadikan cerita,  akak telah menelefon satu jabatan di USM ini menggunakan no sambungan yang dipaparakan dalam laman web jabatan itu sendiri.  Saya call sebab nak minta satu dokumen la.  Tapi sungguh tidak disangka akak mendapat layanan yang amatlah mengecewakan.

    Disebabkan akak betul betul tak puas hati dan sedikit marah.  Akak pun menge-pos kejadian itu dalam Facebook dan tanya kepada rakan-rakan USM sekalian untuk bertanyakan sama ada saya patut buat aduan kepada pihak berwajib di jabatan berkenaan.  Dan of course,  ramai rakan-rakan saya yang memberikan sokongan dan menyuruh saya membuat aduan berkenaan.

    Tapi bagai mana report dan maklumbalas yang saya terima?

    Jom baca!

    Please click here to read more


    So here is my email to the ketua jabatan berkenaan.  Saya hanya emel kepada beliau dan tidak cc kepada mana-mana pihak.  Some of the part in the email saya terpaksa keluarkan.

    Assalamualaikum warahmatullah  XXX,

    Nama saya Jumizah binti Samsudin, bertugas sebagai setiausaha di Bahagian Hal Ehwal dan Antarabangsa (Bangunan C09). Saya ingin membuat aduan mengenai layanan kurang baik dari seorang staf dibawah seliaan pejabat XXX iaitu XXX melalui perbualan telefon (ext XXX) pada tarikh 2 Januari 2014 (Khamis) sekitar jam 3 petang.

    Saya menelefon sambungan ini berdasarkan maklumat yang terdapat pada laman web XXX kerana saya ingin mendapatkan salinan XXX kerana saya sudah kehilangan salinan asal bagi perkara tersebut. Namun, saya amat kecewa kerana saya telah mendapat layanan tidak baik. Berikut adalah bibit perbualan saya dengan staf berkenaan :
    Jumizah : Hello. Saya nak tanya...saya kehilangan salinan XXX saya. Boleh saya tau, macam mana saya nak dapatkan benda tu. 

    Staf : Oh...u kena mai sini and sign. Nanti kita print bagi la... 

    Jumizah : Tapi Puan, saya nak tanya. Saya ni busy tak sempat nak pergi sana...So.......(belum sempat saya sambung ayat...) 

    Staf : U rasa u saja busy ka? U nak i tolong u...tapi u sendiri tak boleh tolong diri u. U rasa u saja busy? Habis i tak busy. I pun banyak kerja lagi busy kena buat...bla bla bla (dia membebel...) 

    Jumizah : (masih dalam nada yang baik) Puan...minta maaf. Sebenarnya saya nak tanya. Kalau saya tak boleh pergi ke pejabat puan...bolehkah saya minta wakil ke pejabat puan. Mungkin kawan saya boleh bantu 

    Staf : (terus membebel) u rasa u sangat busy kah? U nak minta tolong orang tapi u sendiri tidak mau usaha. bla bla bla bla (Saya tak ingat apa lagi dia cakap) 

    Jumizah : Tak mengapalah Puan. Boleh saya tau nama Puan? 

    Staf itu : Kenapa u nak tau nama saya?
    Jumizah : Sebab puan cakap kurang sopan dengan saya, saya perlu buat aduan kepada pegawai puan. (kata saya dengan agak tegas kali ini)
    Staf : U nak minta tolong i? And u are telling me im not being polite? U rasa u sorang saja yang sibuk ka? bla bla bla bla (dia masih ulang benda yang sama sahaja)
    Jumie : Nama XXX kah? (lihat pada skrin direktori dalam laman web)
    Staf itu : Ya....apa nama u?
    Jumie : Tak mengapalah. Saya tidak perlu bagitau nama saya. Terima kasih.
    2. Tujuan saya membuat aduan ini kerana saya ingin meminta perhatian daripada pihak XXX untuk menyiasat dan memberikan bantuan yang sebaiknya kepada staf berkenaan. Saya pasti dia tidak berniat untuk bersikap sebegini tetapi mungkin kerana beliau mempunyai banyak kerja hinggakan beliau berasa sangat stress dan tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. Saya juga berharap agar XXX tidak memberikan apa-apa hukuman ataupun apa-apa sahaja pembalasan yang negatif kepada beliau, namun saya berharap sekiranya beliau tidak bersedia untuk berkhidmat dengan orang luar / pelanggan, mungkin beliau dapat kurangkan kadar stress dan tekanan dalam kerja hariannya. Saya juga pernah bertugas di Pejabat Timbalan Dekan (Akademik), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan selama 8 tahun dan saya amat arif dengan kerenah pelanggan (para pelajar) yang akan datang dengan pelbagai persoalan dan masalah yang kadang-kadang itu amat memeningkan kepala.
    3. Sebagai sebuah universiti APEX yang telah berjaya mengekalkan status ini ke fasa kedua, tekanan dan 'high expectation' dirasai bukan sahaja oleh pihak atasan malah kepada staf sokongan seperti kami untuk membuat tugasan harian. Saranan universiti untuk melahirkan staf yang serba boleh / multi tasking kadang-kadang itu tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Namun, sekiranya diberikan platform yang baik seperti dorongan daripada rakan setugas, penghargaan dan keprihatinan pegawai penyelia dan ruang kerja yang sihat dan kondusif, saya pasti seorang staf itu dapat melakukan tugasnya dengan cemerlang.
    Untuk maklumat lanjut, XXX boleh hubungi saya di sambungan 2770 dan no telefon bimbit saya adalah 012-4130060. Saya juga bersedia untuk memberikan apa juga jenis bantuan yang diperlukan oleh pihak XXX . Kerana saya juga pernah mengalami stress kerja yang amat teruk sekitar bulan Jun - Julai 2013 sehingga saya gagal untuk hadir bertugas untuk beberapa tempoh masa. Saya amat mengharapkan agar tempoh hitam yang saya lalui ketika stress itu tidak dirasai oleh sesiapa pun especially warga staf USM yang saya cintai.

    Sekian, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak XXX atas perhatian yang diberikan.

    Wasalam.

    Dan ini adalah maklumbalas daripada ketua jabatan berkenaan.

    As Salam puan,

    Selamat Tahun Baru 2014

    Semoga puan dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah. Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasis atas kiriman emel ini.

    Saya faham maksud emel ini dan sangat berbesar hati kerana puan mengambil initiatif untuk memberi teguran demi kesejahteraan staf dan kecermelangan jabatan kami dan USM secara amnya. Apabila teguran diberi bermakna "orang sayang". Terima kasih.

    InsyaAllah saya akan cuba memperbaiki mutu pemberian perkhidmatan XXX kepada pelanggan.

    Bagi pihak staf berkenaan dan jabatan kami saya memohon maaf atas layanan yang kurang sopan yang telah XXX terima.

    InsyaAllah perkara ini saya ambil serius dan akan cuba pertingkatkan.

    Sekian, terima kasih. 

    Begitulah balasan yang saya terima daripada ketua jabatan berkenaan.  I am so happy dengan maklumbalas yang sungguh positif ini.  Mungkin juga kerana penulisan emel aduan saya adalah bercirikan ke-positif-vitian (ada ka perkataan ni?) dan bukan berniat untuk menghemtam mana-mana pihak.

    The reason im sharing this adalah sebagai panduan dan pengajaran kepada kita semua.  Nombor 1,  kepada u olls yang bekerja di kaunter perkhidmatan,  if u are not ready to handle customer,  please dont.  Just go and do some other job and maklumkan kepada ketua jabatan.  Memang kita selalu beranggapan,  ala...ketua jabatan tak akan faham.  No...depa akan faham.  Cuma kita sahaja takut nak bertanya (that is what happened to me at Soc Sc).  Kita tak tau sapa yang kita berurusan,  mungkin dia tampil dengan pakaian biasa.  Tapi dia mungkin anak menteri or anak VC.  Haaaa!  Tapi tak kisahla siapa pun,  semua customer (macam kita juga) berhak untuk dapatkan layanan yang baik.

    No 2,  kalau kita dapat layanan tak baik macam ni,  kita patut buat aduan. Tapi nak buat aduan perlulah ada adabnya.  Jangan sembunyikan identiti.  Perbuatan surat layang adalah perbuatan tidak bermoral dan si pengecut itu hanya dapat merosakkan kesejahteraan orang sahaja.  Which is not good.  Aduan yang beresolusi juga amat penting.  Jangan tau komplen je...tapi takdak input positif.
    Sekian perkongsian saya.  Salam sayang untuk semua rakan-rakan USM.

    Saya sayang USM!

    Love,
    Jumie Samsudin
    Viewing all 1800 articles
    Browse latest View live


    <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>