Hello semua orang,
Mintak maaf sangat-sangat sebab secara tiba-tiba by mid May aku adalah tidak mengupdate apa cerita dalam blog ku ini. Ini adalah kerana I olls adalah tersangat busy dengan program akademik yang sedang dihandle orang pejabat we olls. If you remember, last two years, our office ada handle satu program akademik yang sama iaitu budak-budak Amerika dari Gustavus Adolphus College. Yes!! The one yang aku ikut depa pi field trip kat macam-macam tempat tu. This year, adalah running untuk program kedua.
Walaupun tahun ini, I olls tidak begitu terlibat dengan program field trip tetapi kerja-kerja di office tetap banyak. Persiapan untuk presentation & exam untuk pelajar dan penutup program diakhiri dengan farewell dinner dan arrangement depa nak keluar asrama and hantar ke airport. Tak masuk lagi bab-bab untuk kewangan, nak delegates dengan all lecturers yang terlibat dan sebagainya.
Gambar terbaru masa gatai gatai pi Bukit Bendera. Duk feeling pelancong padahai kentut kat rumah aku, orang atas Bukit Bendera boleh bau.
Ditambah pulak dengan itu, my boss, Puan Ajindar Kaur telah bersara pada 19 Mei yang lalu. Kami pun plan pulak, suprise retirement party untuk dia. Mastermind? Well of course I olls dan dua orang lagi boss kecik kat office iaitu Cik Farah and Cik Sue. Walaupun duk raplah busy, kami tetap feeling nak buat party ala-ala suprise siap jemput family Puan. Cari information about puan, contact and invite keluarga dia, kawan-kawan and bosses yang pernah kerja dengan dia.
Cik Sue pulak baru melahirkan, so macam-macam nak kena prepare sebab lepas ni kami akan kurang kakitangan.
I will tell about those events on my blogs later.
But after busy-busy-busy days, I olls ingatkan on the weekend boleh lah pulak nak berehat di rumah. Tetapi, kita merancang tuhan sahaja menentukan. Let me share about my crazy weekend (last weekend). Selepas seminggu duk balik kerja at about 10pm (sambil buat kerja, malam stay back untuk prepare benda decorations la apa la, teman students nak practice persembahan la...), Sabtu 28 Mei event Gustavus. Walaupun event malam, tapi of course dari pagi dah bangun nak kemas beg (barang make up, toileteris, baju dinner, tudung, bla bla bla), pastu dah siap keluar beli lunch, 12 pm sampai office makan lunch, and bertolak ke venue dinner iaitu Equatorial Hotel, so dari 2 pm sampai 7pm kami duk prepare untuk dinner. 8pm sampai 11pm.....event!!!
Ingat malam tu nak balik and rehat, tapi student Gustavus ni ajak lepak pulak. Mak pun keluar la lepak minum-minum dengan depa sampai 3 pagi. Nakhariam aku tak boleh nak tulis nama lokasi kami melepak pada malam itu kerana mampus aku akan dipanah petir. HAHAHAH (Tapi to all USM students, its' not ANTARABANGSA okay!! Tempat yang lebih wangi dan ceria)
Then balik rumah, mak tidur macam beruang kena tembak dengan peluru pelali. Pukul 10 bangun, teruih mandi and siap-siap. Called Fansuri and kami pun pi cari lunch, LAKSA MARKET AYER ITAM. Then kami terus ke rumah Nizal Ashriff, actually seminggu ni memang dah tau mak dia sakit. And patutnya lepas dinner kat Equatorial Hotel , Nizal pun join we olls lepak dengan Gustavus students, ala-ala AFTER PARTY la konon, tapi Nizal tarik diri sebab mak dia tak berapa sihat.
So hari Ahad yang fana ni, akak dan Fan pun haruslah membuat inisiatif untuk melawat mak Nizal yang sedang sakit. Untuk pengetahuan ampa, mak Nizal menghidap penyakit kanser tulang tahap 4. Sudah lama Nizal dan keluarga mencari pelbagai ikhtiar untuk menyembuhkan mak dia, tapi mungkin faktor usia menyebabkan usaha ini agak sukar. Hospital telah menasihatkan Nizal dan keluarga untuk membawa ibu mereka pulang ke rumah untuk bersama orang-orang tersayang. Kami berada dengan keluarga Nizal lebih kurang dua hingga tiga jam. At 5pm, akak minta diri dulu sebab nak pi ziarah orang lain pulak.
Akak dan Fansuri tiba pula di Hospital Besar Pulau Pinang untuk melawat Sidek, one of our rakan staff kat office. Sidek adalah seorang staf yang amat berdedikasi. Orang USM Induk, mesti kenal Sidek HR kan? Inilah orang kata, malang tidak berbau. Sidek ni memang duk nampak sihat walafiat, mai kerja awal pagi u olls. Everyday!! Rutin dia, sampai office jaa...tolong siram pokok bunga depan office. Pastu, pukul 8 macam tu, dia akan pi hantar breakfast kat wife dia (juga staf USM). Pastu nak dijadikan cerita, satu hari sedang Sidek duk lepak with kawan-kawan bolanya, tiba-tiba dia muntah-muntah dan pengsan. Setelah dibawa ke Hospital Pulau Pinang, doktor terpaksa membedah Sidek sebab ada darah beku di bahagian otak. MAIIIGOOOD!!!!
Masa I olls sampai kat GH, Sidek dah beberapa hari selesai pembedahan. Dia duduk kat dalam ward ICU. Akak pun pakai baju makmal putih tu, wajib kepada sapa-sapa nak masuk, akak bagi salam kat dia, dia pun buka mata, kalih and senyum. Walaupun dengan keadaan macam tu, Sidek masih boleh senyum. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga tersayang dengan keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Habis melawat, akak terus ke pejabat USM. Lepak a couple of hours, at 8pm, akak, Fansuri and sorang lagi staf telah pergi ke airport untuk hantar one of the Gusties iaitu Lily yang akan berangkat ke Kemboja. Meletops dia ni, students lain balik Amerika terus, dia jalan-jalan dalam Asia Tenggara dulu. Tanya kat dia, so bila hang nak balik Amerika? Dia kata...tak tauuu..tengok dulu macam mana.
Bestlah u olls............duit depa besaq!!!! Kita ni pakai Ringgit. Mampuih la nak pi jalan merata. Lepas bercuti, balik rumah duk kena jadi orang miskin sat.
Selesai hantar Lily kat airport, kami hantar Susie (cikgu depa ke rumah) and baru ja akak nak corner balik rumah di Ayer Itam, tiba-tiba dapat mesej yang mak Nizal telah meninggal dunia. Innalillah hi wainna ilai hi rojiun. Kami pun terus la kumpul anak beranak keluarga anak ayam JS untuk pi tengok jenazah malam tu. Masa tu pulak, hujan turun punyalah lebat. Kami duduk dalam kereta ada la dalam 10 minit jugak sebab nak tunggu seriat... Hujan tu turun lebat sejuk....
Tera nak jumpa Nizal, tunggu semua habis mengaji, mau jugak 3 am balik rumah. Dah sampai rumah pulak, nak dijadikan ceritaaaaa.....BUMBUNG RUMAHH WE OLLSSS TERCABUTTTT!!!!!! Habis banjir semua rumah atas.....aku balik rumah Khafi duk mop lantai and susun timba untuk tadah air yang menitis masuk.
KEPALAAA DUK MAIII WINGGG!!!!!!!
Aku mesej semua boss.............saying esok (Isnin) memang aku tak mampu nak bangun and pi kerja sebab aku dah nak jadi ZOMBIE DAH!! Emergency leave u olls. Tak mampu.....................tak mampu...................Nasib baik boss semua memahami. So hari Isnin, akak pun rehat lah kat rumah. Tidoq u olls.
Hari Selasa, masuk office!! First thing first, kemas cubicle. Nenjiaaa habis semua benda alah kertas boleh recycle, kertas nak kena shread, file yang kena tutup, file kena bukak baru, ubah meja, buang segala maknena botol kosong, beg plastik, YA ALLAH aku ni hoarders jugak!! Adalah dalam 5 beg plastik sampah punya barang aku duk buang.
Sooooo lani.....aku dah boleh bekerja macam biasa. Rutin work, check email, jawab phone. Next task, tak tau lagi. Malam-malam aku tulis blog untuk ampa semua. Yes! Aku hutang banyak artikel. Ampa tunggu nah.
Apa pun, terima kasih kepada ampa semua sebab tak lupa kat aku lagi. Sila bagitau kat kawan-kawan yang blog JUMIESAMSUDIN.COM dah kembali aktif.
Akhir kata terimalah pose akak ponen bertudung khas untuk kalian semua.