![]() |
Group photo dengan sebahagian daripada kawan-kawan baru ku di Penerbit USM. So happy to be apart of this happy family! |
Hello u olls,
Seperti ampa perasan, last weekend akak telah pergi ke Langkawi lagi. Tahun ini alhamdulillah, dua kali dapat pergi ke Pulau Mahsuri itu. Baru-baru ini, kawan baik akak, Sara plan nak buat staff party untuk company dia, so dia pun offer akak juga, "Wehs, hujung tahun ni aku nak bawak staff aku semua pi Langkawi dan enjoy kat sana. Kami akan tutup kedai. Hang boleh ikut?" Bila kawan akak tu offer akak pi Langkawi lagi, akak dengan spontan membalas "HANG GILA NAK SURUH AKU PI LANGKAWI LAGI! NAK TERMUNTAH DAH AKU."
Akak pergi Langkawi baru-baru ini adalah bersempena dengan program Hari Keluarga di sana. Aktiviti ini dijalankan melalui pertubuhan kelab kebajikan staf Penerbit USM dan of course, akakkan baru join office baru ini, so akak kenalah jadi rakan office yang sporting dengan mengejoin program ini.
Aktiviti hari keluarga, standardlah, ada sukaneka, ada meeting, ada jamuan BBQ. Bohsan la nak cerita. So akak nak cerita dengan you olls kisah seram dan misteri yang berlaku kepada beberapa orang rakan sekerja akak masa di sana.
Tapi masa tu, akak tak sampai Langkawi lagi. Depa-depa yang jadi AJK kelab telah pergi ke Langkawi lebih awal untuk membuat persiapan awal sebelum program ini dijalankan. So benda ni jadi kat AJK la. Bila akak sampai Langkawi pada hari Jumaat tu baru depa story kat akak.
Storylah lebih kurang macam ni. Akak ringkaskan penceritaan agar lebih mudah difahami.
Sapa-sapa penakut, boleh skip artikel ini dan jangan baca. Sapa yang berani, boleh click read more.
click read more
Pada hari Khamis, malam Jumaat. Salah seorang kawan kami, A telah sakit mata. Sakit mata yang amat teruk. Selepas balik dari Hospital Langkawi malam itu, dia makan ubat dan meletakkan ubat titik di matanya, maka rasa sakit itu menjadi makin kuat. A tak dapat nak tahan rasa sakit itu, dia menangislah dan merayu kepada rakan-rakan sebiliknya untuk menghantar dia ke hospital sekali lagi malam itu.
Rakan sebiliknya B dan C cuba memujuk A untuk cuba tahan sakit, tapi sebab terlalu kesian, maka mereka berdua pun mengambil keputusan untuk bersama-sama menghantar A ke Hospital Langkawi. Waktu itu, masa sudah menjangkau 1 pagi.
A terus menangis menahan sakit. Dia duduk di tempat duduk belakang kereta. C memandu. B duduk di tempat duduk sebelah pemandu di hadapan.
Mereka membuka aplikasi Waze untuk mendapatkan bacaan perjalanan yang lebih pantas dan mudah ke Hospital Langkawi dari lokasi mereka di Pantai Cenang. Little that they know, laluan mudah yang dicadangkan oleh aplikasi Waze itu akan melalui Jalan Bukit Malut. Laluan ini adalah laluan jalan lama yang melalui persisiran pantai yang menempatkan kem-kem Tentera Laut, tidak banyak orang lalu jalan ini kerana tiada kampung dan tiada yang membina rumah di kawasan berdekatan. Hanya hutan di belah kiri, dan kem tentera laut di sebelah kanan (yang juga pantai dan laut).
Keadaan di laluan itu sangat gelap dan suram. Bayangkan sepanjang perjalanan itu, hanya kereta mereka yang melalui jalan itu. Tambahan pula, di Langkawi, siapa yang berjalan-jalan pada jam 1 pagi ?
C menceritakan pengalaman dia memandu dengan kelajuan yang sangat perlahan kerana keadaan yang terlalu gelap dan kerana dia tidak arif dengan bentuk jalan di situ. Takut-takut kalau terlalu laju, kereta yang dipandu akan terbabas pula.
Pada satu lokasi, tiba-tiba Waze mencadangkan mereka membelok ke kiri. Ada lorong kecil yang akan memintaskan mereka ke sebuah jalan lain. Maka, C memperlahankan kereta mereka dan seperti yang dicadangkan oleh Waze, dia membelok perlahan ke kiri.
Apabila kereta diperlahankan dan badan kereta sudah sedia ke arah lencongan itu, lampu kereta menunjukkan mereka sesuatu yang membuatkan mereka berdua terdiam. Rupanya di lencongan itu langsung tidak ada jalan. Hanya ada pagar wayar yang selalunya digunakan untuk menutup kawasan tertentu.
B dan C saling berpandangan. B mencadangkan agar C berpatah balik perlahan-lahan, dan meneruskan jalan terus, mengikut bentuk jalan yang sedia ada. Mereka berdua menjadi bisu. A yang sejak tadi mengerang kesakitan juga menjadi diam.
![]() |
Beginilah lebih kurang bentuk pagar yang mereka hampir-hampir lalu seperti yang 'dicadangkan' oleh Waze. |
C teruskan perjalanan. Masih memandu dengan perlahan. Lebih kurang 30-35 km sejam. Suasana masih gelap, ada lampu jalan yang menerangkan laluan tetapi bukan di sepanjangkan jalan. Ada antara kawasan di mana tiada langsung lampu jalan yang dipasang, kegelapan hutan di tepian jalan hanya diterangkan dengan lampu daripada kereta yang mereka pandu.
Ketika melalui di kawasan gelap itu, C yang sedang fokus memandu, tiba-tiba ternampak di jalan hadapan, ada suluhan lampu terang dari arah tepi jalan. Seolah-olah ada kereta / objek yang menyuluh dari tepi! Lampu itu hanya menerangi kawasan yang disuluh itu sahaja. C berdebar, ketakutan yang dirasai pada ketika itu tidak dapat digambarkan. Ini adalah kali pertama C merasakan ketakutan dan keseraman seperti itu. Ini bukan cerita-cerita hantu yang ditonton dalam filem, ini sedang dilalui olehnya sendiri.
Tiada pilihan, C melalui kawasan 'lampu terang' itu tetapi langsung tidak menoleh ke kanan (arah lampu itu disuluh). Dan pada ketika itu juga, tiba-tiba B memegang paha C dan memberikan genggaman yang kuat. Dalam keadaan ini, C terpaksa berlakon agar nampak tenang. Mereka teruskan perjalanan.
Mulutnya mengumit-ngumit membacakan segala surah dan ayat-ayat Quran yang terlintas di dalam kepalanya.
Tiba pula di suatu simpang tiga, C perasan ada sekumpulan anak-anak bujang sedang berkumpul dengan motorsikal. Gang-gang mat rempit. C rasa lega sedikit kerana akhirnya dia nampak manusia. Tetapi perasaan takut kembali menjelma kerana dua orang mat rempit itu mengekori dari belakang. Diekori kereta mereka lebih kurang 5 hingga 10 minit.
Macam-macam lagilah yang terlintas dalam kepala C ketika itu. Adakah mat-mat rempit ini hendak berbuat jahat? Setelah beberapa ketika, mat rempit itu memperlahakan motorsikal mereka dan membiarkan kereta mereka berlalu pergi.
Pada jam 1.40 pagi, setelah 40 minit, mereka selamat tiba di Hospital Langkawi. A pun mendapat rawatan di bilik kecemasan. Semasa A menjalani rawatan, B dan C hanya diam di bilik menunggu. Lebih kurang selepas 20 minit, A muncul keluar dari bilik rawatan. Mereka mengambil keputusan untuk menggunakan jalan lama untuk kembali ke Pantai Cenang.
Mereka melalui jalan yang lebih biasa digunakan oleh penduduk Langkawi iaitu Jalan Padang Mat Sirat, melencong ke Jalan Chandekura, belok masuk ke Jalan Kedawang seterusnya melalui Jalan Bohor Tempoyak sebelum tiba di Pantai Cenang.
![]() |
Garis merah adalah laluan Jalan Bukit Malut yang dilalui semasa menuju ke Hospital Langkawi. Laluan biru adalah jalan yang digunakan oleh mereka untuk pulang ke hotel. |
Mereka tiba di bilik hotel lebih kurang tiga pagi. A yang sudah makan ubat dan merasa sedikit lega dari kesakitan yang dialami terus tidur di bilik dengan lena. Namun untuk B dan C, cabaran mereka belum berakhir lagi. Mereka bertiga tidur bersama atas katil yang dirapatkan dalam bilik hotel.
Tiba-tiba, C rasa macam ada orang memegang bahagian buntutnya. Dia pun berpusing ke belakang, sebab dia ingatkan B memanggil dia. Bila dia kalih, B pun kalih kat dia, B kata "Aku ingat hang yang panggil aku."
Rupanya ada juga yang memegang buntut B juga. Mereka berdua terdiam. Tiba-tiba dirasakan bilik mereka busuk, busuk yang amat busuk. Macam bau busuk mulut basi yang gosok gigi. Mereka dua bingkas bangun dan duduk di atas katil.
Semasa dalam keadaan duduk itu, tiba-tiba mereka berdua rasa macam katil mereka bergegar. Gegaran yang semakin kuat dirasakan macam ada benda yang menggoncang katil mereka. Mereka saling berpandangan.
"Bukan aku goncang. Aku tak bergerak,"kata C. C tiba-tiba rasa bersalah sebab dia yang paling gempal antara mereka bertiga. Dia sedar, dengan saiz badannya, kalau dia kentut pun boleh bergegar katil.
"Aku tau bukan hang hang gerak," B membalas perlahan. Mereka diam seketika. Selepas itu, B menyambung lagi.
"C, aku tak boleh tidoq la..."
"Aku pun tak boleh tidoq. So?"
"Jomlah kita bangun dan balut hadiah untuk sukaneka."
Maka mereka berdua pun bingkas bangun dan terus membuat kerja-kerja AJK yang ditugaskan kepada mereka iaitu membalut hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada pemenang peserta sukaneka. Tiada lagi bau busuk, tiada bunyi-bunyi pelik, tiada lagi goyang-goyang inul.
Menjelang 8 pagi, pintu bilik mereka diketuk. Rakan-rakan AJK lain datang ke bilik mereka untuk ajak mereka turun sarapan di cafe hotel. Tapi semua terkejut apabila mendapati B dan C gigih membalut hadiah-hadiah itu macam buruh elf Santa Klaus.
Maka, B dan C pun menceritakan pengalaman ngeri yang dilalui mereka semalam. Dan ketika itu juga, B baru berani membuka mulut.
"Sebenarnya masa lalu kat 'cahaya lampu' tu kan, aku nampak ada satu lembaga duduk kat tepi hujung jalan. Dari jauh dah boleh nampak macam ada bentuk macam manusia sedang duduk mencangkung. Dalam hati aku kata, takkan ada orang duduk dalam gelap tepi jalan macam ni, tapi semakin lama kita dekat, perlahan-lahan benda tu bangun dan semakin lama dia menjadi satu lembaga yang tinggi. Bila kereta kita dah dekat dengan dia, dia dah jadi besar tinggi aku last-last dia hilang macam terbang ke atas langit. Sebab tu aku pegang paha hang."
Semua orang terdiam apabila mendengar cerita itu. Kesimpulannya, presiden kelab kami (lelaki) bersetuju untuk tukar bilik dengan A,B dan C. Sebab mereka pun dah cuak nak tidur lagi beberapa malam di bilik itu. President kelab kami kata, so far berapa hari dia duduk di bilik itu, tidak ada apa-apa gangguan yang mereka rasa.
Sekian sahaja cerita daripada akak.
Akhir kata, untuk menghilangkan rasa takut hangpa semua baca cerita ni. Tataplah gambar akak, pompuan gemok yang mampu lompat tinggi macam kanggaru yang kena sepak dalam video viral di Australia. Syabas!