Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Ikan Bakar Paling Sedap Di Dunia - Abg Jit Ikan Bakar

$
0
0
Nenjia Abang Jit baguih punya posing kenyit mata.  Jangan perasan dia bukan mengurat ampa,  dia tutup mata sebelah sebab masuk asap.


Hello u olls,

Mula-mula adik I olls habaq suruh mai try makan kat sini,  tapi tak dan nak pi la sebab akak kan duk busy dengan teater apa semua.  Gila babi betui laa.....tiap-tiap malam training.  Pastu nenjia pucuk dicita ulam mendatang,  habis ja kami punya show teater,  kami dapat berita gumbira apabila dikhabarkan ada orang nak sponsor kami makan ikan bakar dan lokasinya adalah tempat yang adik akak rekemen tu!  Yaitu di....jeng jeng jeng.....Abg Jit Ikan Bakar.  WAAAAHHHH.


So malam tu kami pun pi la.  My expectation before mai makan kat sini,  alaa...ikan bakar ja kot?  Apa yang special sangat?  So takpalah,  kita pun pi makan malam tu.  Mai la dengan gang-gang Resdong's yang menjayakan Teater Mamu Popia Mami Dalcha. 


Kami dapat set simple,  nasi putih,  air asam,  ikan jenahak bakar,  sotong bakar dan baalitong masak sambal.  Mula-mula dia serve baalitong masak sambal dulu..appertizer gitu.  Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa memang sedap wehs!  Terbaik sangat-sangat.  Dah la aku duduk sebelah Ah Tat a.k.a Wan Faeizz,  deni tak padan kuruih tapi makan banyak.  Jenuh duk berebut makan cepat kalau tak dia duk amik banyak kali aku rasa rugi.

Lepas daripada sesi makan hari tu bersama gang teater,  aku dan anak-anak ayam pi terjah tempat ni lagi sekali wehs.  Kami PM kat Abang Jit ni dulu (tauke),  buat booking.  Siriesly ampa kena buat booking sebab kalau mai tala lagu tu ja,  kalau mai awai takpa,  kalau mai lambat dalam kata pukul 9pm tu belum tentu ada belen.

Kalau aku kata sedap tu tolonglah percaya sebab aku bukan auta.  Selain sedap,  satu lagi pasaipa aku rasa sangat berbaloi makan kat sini adalah sebab pakej harga yang dia bagi.  Nah tak mau cakap banyak,  aku bubuh semua butiran kat bawah.  Gambaq semua sekali aku bubuh!


Abg Jit Ikan Bakar 
Lokasi:  Astaka Stadium Bandaraya Pulau Pinang (Jalan Perak)
Business Hour:  6pm sampai habis (TUTUP HARI SELASA)
Contact number:  01115398910 (Abg Jit)


 
Ni gambaq kedai depa.  Kalau tak salah kat sini jugalah Hero Burger Bakar yang akak pernah review dulu.  Lani Abg Jit operasi kat sini.


Ikan dan sotong dalam proses pembakaran!  Teknik yang digunakan adalah ikan bakar guna flat pans macam ni.


click read more



Pakej-pakej Abg Jit Ikan Bakar 
Selain sedap,  satu lagi pasaipa aku rasa sangat berbaloi makan kat sini adalah sebab pakej harga yang dia bagi. Here are the details:

Set siakap RM45 sahaja
Siakap bakar
Sotong bakar
Kerang/Baalitong/Kepah masak sambal
3 pinggan nasi putih
Air asam

Set jenahak RM50 sahaja
Jenahak bakar
Sotong bakar
Kerang/Baalitong/Kepah masak sambal
3 pinggan nasi putih
Air asam

Ala Carte
Sotong RM15
Kerang RM15
Siakap RM25
Jenahak RM30


Abg Jit Ikan Bakar 
Lokasi:  Astaka Stadium Bandaraya Pulau Pinang (Jalan Perak)
Business Hour:  6pm sampai habis (TUTUP HARI SELASA)
Contact number:  01115398910 (Abg Jit)
Facebook:  Abg Jit Ikan Bakar



Semua binatang yang dibakar kat kedai Abang Jit semuanya fresh beli kat market.  Bukan yang frozen ya.

Gambar Makanan!
Ini adalah gambar hidangan kami.
Baalitong a.k.a siput sedut masak sambal.  Tak payah pi Gurney Drive dah!  Sini pun dah sedap.


Kerang masak sambal pulak.  Kena cubaa...ampa nanti isap semua siput siput dia.




Ini ikan jenahak bakar.  Memang meletops rasanya.  Isi ikan lembut pastu salut dengan sambal meletops.  Daun pisang tu pun jadi sedap rasa nak cicah dengan sambal dan makan dengan nasi.  Baru ada crunchy taste sikit.






Ini sotong bakaq dia.  Ada satu lagi set,  sotong bakaq style besar punya.  Next time aku nak order hat tu!


Ayaq asam dia masya Allah sedap wehs siries!


Abg Jit Ikan Bakar 
Lokasi:  Astaka Stadium Bandaraya Pulau Pinang (Jalan Perak)
Business Hour:  6pm sampai habis (TUTUP HARI SELASA)
Contact number:  01115398910 (Abg Jit)
Facebook:  Abg Jit Ikan Bakar


Gambaq Time Makan!
Gambar makan dengan gang teater akak.  Mai tengok sat gambaq depa sekoq-sekoq.

Yang sebelah abang Superman tu,  dia la Ah Tat makan banyak macam pantat.



Ni Mantaro,  dah kawen anak dua.  Jangan duk puji kata dia elok.  Nanti dia perasan. #jangankacaulakiorang #next



Deni nama Hanafie Shendo,  dia ni elok juga.  Anak 2.  #jangankacaulakiorang #next



Ini adalah Abang Lan dan Abang Lee.  Kembaq.



Yang ni antara ahli Resdong's sejati.  Masih bujang,  nama dia Abang Ashraf.  Tapi kami panggil dia Wak.  Hemsem,  boleh berlakon,  boleh menyanyi dan diulangi...masih bujang!  Boleh add dia kat sini Ashraf Resdong's



Gigi arnab ni anak 4 tak payah nak mengurat dah.  Nama dia Fairul Niezam.  Tak lama lagi dia akan masuk Raja Lawak ampa boleh tengok dia masuk TV.  #jangankacaulakiorang #next




Ni Wan Faiez a.k.a Ah Tat.  Makan banyak.  Tak mau duduk sebelah dia dah kalau makan-makan.  Dia pun nak try masuk Raja Lawak tak lama lagi.  Doakan dia berjaya.  Oh ya,  masih bujang.  Boleh follow dia.  




Yang ni kalau nak kena introduction jugak memang saja la. MAMAK PUTEH a.ka. Iktiarudin Resdong's.   #jangankacaulakiorang #next


Achan a.k.a Mohd Asrar.  Anak lima,  orang kuat Ashabul Qurban Masjid Wan Chik Ariffin.  #jangankacaulakiorang #next


Deni nama Rizal,  time ni dia tak berapa elok.  Lani dia elok banyak dah sebab duk pi gym.  Anak dua.  Wife dia kawan aku.  Jangan buat leceh.  #jangankacaulakiorang #next



Ni abang Man,  muka dia macam Prof.  Sivamurugan Pandian!  Ni dah kawen ka tak?  Aku pun tak tau.  Nanti aku tanya lain.  HAHAHAH


Deni muka macam apa ja.......kerja Library BM.  Nama dia Whazzy. Dia pun ada anak dah tapi aku lupa anak berapa.  #jangankacaulakiorang #next




 

Tinggal kami dorang la bunga,  satu lagi bunga nama KAK PAH dia tak dapat join sebab dia kerja KL.  Takpa kak Pah,  saya dan Bebear makan untuk Kak Pah.  Hangpa sila follow Bebear tu,  deni artis juga kat Penang ni.



Seronok anak ayam ni duk makan!





Okaylah!  Akhir kata,  kami semua mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Abang Jit Ikan Bakar dan team sebab sponsor kami cast party yang meletops ni.  Makanan sedap insya Allah maintain selalu dan akak pasti mesti lebih ramai orang mai makan lagi.  Yes,  ampa wajib mai try makan sini cuti sekolah ni bawak budak budak semua mai makan.  Memang puas hati!


Abg Jit Ikan Bakar 
Lokasi:  Astaka Stadium Bandaraya Pulau Pinang (Jalan Perak)
Business Hour:  6pm sampai habis (TUTUP HARI SELASA)
Contact number:  01115398910 (Abg Jit)
Facebook:  Abg Jit Ikan Bakar

Lagu Pundek by Ze Rebelle

$
0
0

Hello u olls hari tu tertengok sapa ka share video kat Facebook (bukan laki aku....) video muzik pompuan ni Melayu,  lagu dia bertajuk PUNDEK.  Aku ni kalau bab bab maki mencarut memang aku akan tertarik cepat.  HAHAHAH  So tengok lah video dia.  WOWWWW.....orang Malaysia.  Mula-mula duk ingat dia Singaporean.....sebab hala.....sebab spisyis pompuan Melayu tak pakai tudung dah makin pupus kat Malaysia ni.

So akak pun bukaklah page Facebook dia.  INTERESTING.  Dia ni solo artis dari Malaysia yang mengeluarkan lagu-lagu pop-electric.  Kalau nak samakan pop elektrik ni bunyi macam sapa?  Diplo,  David Guetta,  The Chainsmokers dan selainnya.  Semua tu bunyi-bunyi pop elektrik la.  Akak layan jer lagu lagu ni semua asalkan sedap.

Dari segi imej,  Ze Rebelle ni gila-gila sikit.  Very the Cyndy Lauper,  Lady Gaga dan semuanya yang seangkatan.  Berani dan penuh warna-warni.  Cuma,  maybe sebab dia takdak bajet besar macam Lady Gaga apa semua,  so styling dia buat sendiri so ada kalanya mak tengok dia punya look nampak macam biasa,  compare bila dia buat fotoshoot dengan Harper's Baazar teruih boleh nampak kemahalan dalam look dia.  

Ini mak rasa dia buat styling sendiri.


Ni dia buat photoshoot dengan Harper's Bazaar.


click read more

Dari segi muzik, akak rasa disebabkan dia buat muzik dia sendiri,  so boleh rasa macam kualiti muzik dia tak berapa nak meletops sangat lagi.  Mungkin kekangan bajet artis indipendent macam dia nak sewa studio letops semua tak berapa nak ada.




Tapi yang penting,  pompuan ni berani dan dia ada cara dia sendiri.  Banyak muzik dia walaupun for some of it maybe hangpa rasa macam lucah sangat (tapi i sukaaaaaaaaaaaaaa),  tapi dia bawak mesej-mesej berani like lagu Rape Me dia bawak mesej pasai society di Asia (Melayu pun sama) yang merelakan anak dinikahkan lepas kena rogol sebab lebih penting selamatkan maruah keluarga daripada jaga hati dan perasaan anak dia sendiri.  



Pompuan ni dahsyat tau,  muzik dia dah masuk Eropah apa semua.  Kerlas!!  But all i can say is Ze Rebbelle bukan artis Melayu biasa yang ikut acuan sopan,  tak tunjuk tetek,  tak minum arak,  pakai tudung (macam yang duk ada lah).  Kalau bukak kat FB dia ada jugak yang bodo-bodo duk komen "Dia Islam ka?"  Hangpa pi cari sendiri.  

Apa pun,  jom follow beliau dan support indipendent artis macam beliau.  Sebab mak rasa,  dia ni sesuatu!  Facebook:  ZE REBELLE




Bayar Make Up Mahal Untuk Apa?

$
0
0
Okay ini adalah ulasan akak untuk membalas komen makcik-makcik bawang yang mempertikaikan kenapa charge make up untuk Izara Aishah sangat mahai (dikatakan RM5k dan ke atas untuk satu sentuhan).  Haritu akak dah tulis kat FB akak pasai isu ni tapi tulis pendek jer,  hala u olls kat FB status jer pun.  Akak memang nak carut secara menjela di blog akak.  So inilah carutan panjang lebar akak mengenai isu ini.

Isu ni dah lama dah lapok actually tapi tiba-tiba jadi up balik sebab kakak dan makcik bawang yang baru keluar dari tempurung kelapa sawit depa baru tau yang kat luar sana tu memang ada make up artist yang charge sampai RM5000 ke atas bagi satu session.  

Sentuhan Bosco Ryzarl

Kenapa Mahal?
So jom kita start perbincangan kita hari ini dengan MENGAPA CHARGE MAKE UP TU BOLEH JADI MAHAL SANGAT? 


Noks, kita membayar mahal tu sebab artwork dia. Sebagai MUA, canvas seorang make up artist adalah wajah kita. Ada makcik bawang yang bangang mengatakan, habis make up tu kena cuci jugak make up tu kan? Tapi noks, kalau padam mekap kat muka hang, awat gambar-gambar kawen hang semua pun terpadam sekali ka? Tak kan? Haruslah gambar kawen kita akan terpampang sekian lamanya.


Akak setuju dengan ulasan panjang from Husna Ralfaet yang mengatakan ramai make up artist actually charge mahal-mahal tapi sebenarnya tak balik modal sangat pun dengan segala pelaburan yang mereka buat.  Produk dan utensil make up dari jenama meletops,  sekali top up sampai beratus-ratus,  ya lah u olls,  makcik-makcik bawang ni,  kalau tak pakai NARS atau MAC depa kata kulit depa akan naik ruam,  elergic katanya.  So para MUA pun terpaksalah guna bajet besar untuk maintain barang make up yang letops.  Ada pulak barang-barang yang pakai terus buang like tissue basah,  tissue,  cotton buds,  sponge muka (biasalah MUA bagi terus kepada pengantin),  bulu mata pelasu (satu set boleh jatuh sampai RM80...halaaa takkan nak pakai bulu mata jenama Chameleon yang jenis plastik tu haram jadah oiii...haruslah human hair kan kata nak cantek!),  dan macam-macam lagi.  Tu semua masuk dalam kos make up la makcik bawang babi oi.  Cakap ikut sedap hangpa saja,  petang-petang tengok drama Dendam Aurora apa benda semua tak tau.


click read more

Selain tu,  MUA juga duk selalu kena attend kursus-kursus dan bengkel make up yang ada kalanya beratus ringgo jugak untuk satu session.  Tu semua bukan dapat subsidi MARA u olls,  semua keluar dari poket sendiri.  Dari mana?  Dari bayaran upah yang dikenakan.  


Ada makcik bawang yang membuat tohmahan,  eh.....make up tu kerja senang jer pun.  Takkan nak charge sampai RM300.  Ehhhhhh makcik,  kalau senang,  apakata hang make up sendiri.  Kita tengok hasilnya bagaimana?  Adakah anak menakan u olls akan kelihatan macam puteri jelita ataupun Upin Ipin di hari pertunangannya nanti?  Make up pun macam memasak u olls,  bahan sama,  kuali sama,  tapi air tangan yang menentukan masakan tu menjadi atau tidak!


Lani kita cakap untuk make up artis junior yang amik RM300 satu session.  Katakanlah,  satu bulan dia dapat 8 job.  Maknanya itu pun kalau betui betui rezeki kencang seminggu dapat 2 job.  RM300 x 8 baru RM2400.  Tapi like i said,  ini kalau rezeki dia kencang......mau nak kata sebulan dia dapat 2 job sahaja.  So bulan tu gaji dia RM600 sahaja noks!!! Halaaaa zaman lani MUA bertabur-taburan macam air kencing orang tua yang Alzheimer.  


Akak dulu pun buat make up juga (bersara tahun 2015 sebab belajar bahagi masa lebih baik). Charge akak boleh kata antara yang mahai time tu (RM350.00 satu session), customer yang faham dia amik job dengan akak. Sebab depa tau, reputasi akak macam mana. 1 hari akak amik 1 job only, bukan amik upah murah tapi duk pulun amik 5 make up satu hari. Last sekali, make up pun hancus sebab MUA penat dan kejar masa. Dan lebih menyedihkan, pengantin tak boleh siap on time maka punahlah jadual aturcara majlis.


So far takdak la sapa yang berani tanya aku depan-depan why so mahal? Sebab kita layan customer profesional so customer pun tak berani nak sembang makcik bawang dengan kita. Take it or leave it honey. Kita tak memaksa.

Semrat Mak Ayam Bosco!

MUA Tamak
Okay ada juga spisyis MUA celaka yang bersifat tamak iaitu mengecaj orang murah gila babi like RM100 satu session.  Aku tak tau la depa ni duk amik murah sangat pasaipa.  Memang dulu aku panaih kalau dengar orang-orang duk charge murah ni,  sebab depa ni obviously aku tak tau macam mana depa untung,  maybe depa dapat make up semua free dan make up tu just hobby depa.  Ataupun depa anak tauke balak style duit banyak berkepok so duit RM100 tu depa amik sekadar bayaran sedekah.  Apa yang depa buat i actually MEMATIKAN PASARAN yang berlaku di kawasan tu.  Hala....bila dia dah tawarkan murah,  MUA lain pun terpaksalah charge murah.  Like kat Penang ni mak rasa,  sapa pun tak berani nak charge RM500 atau RM700 satu session lagi.  Sebab rata-rata masih duk charge RM250 ke bawah sahaja.  


MUA yang mempunyai hasil make up yang cantek,  follower ramai,  demand ada,  u olls patutnya naikkan harga u olls.  I know some of you takut sebab nanti customer lari dan sebagainya,  tapi kalau u olls takut,  sampai bila pun u olls duk ada takat tu sahaja!  Sedih la bila tengok balik MUA macam Azreena Azmi tu meletops sekali post sampai 500 likes,  tapi charge sekali RM250 sahaja.  Noksss...mak kalau jadi hang mak amik RM350 satu session.  Take it or leave it.  Satu hari amik satu make up ja!

Okay jom tengok album make up hasil kerja tangan akak.  Setahun akak pilih satu jer hasil sentuhan.  Hangpa tengoklah!

My first pengantin aku make up Dila Suhaimi back in 2008!

2009 - Inas SGGS

2010 - Afrina Afzal Khan

2011 Ayda Abdullah

2012 Miss Aina Lita.



2013 Azizah Ibrahim

2014 Nazirah Yusof

2015...YANG NI ADALAH PENGANTIN LAST AKU SENTUH.  My own cousin,  Syazwani Subhan.


Kesimpulan
Diulang sekali lagi, kita bayar mahal sebab artwork orang yang berpengalaman dan make up tu akan diabadikan dalam kenangan kita sampai bila-bila. Sebab tu aku share gambar make up aku kat ataih.........dah bertahun pun,  bila tengok balik make up tu duk elok sahaja.  Tahniah la semua pengantin yang pilih aku dulu sebagai make up artist hangpa.  Tak menyesal kan?  

Kalau orang tahu menilai seni dan menghargai MASA DAN USAHA make up artis yang bekerja, dia sanggup bayar berapa pun.  Tapi kalau hang nak make up ala-ala zombie kampung pisang, silakan. Bayar RM50 sahaja untuk make up session, tapi lagi 3 tahun hang tengok balik gambar make up kawen hang, malu nak tunjuk kat kawan-kawan.  

At the end of the day, terpulang kepada u olls semua nak amik MUA junior yang baru nak masuk dunia solekan dimana charge mereka lebih murah. Tapi kalau ada bajet lebih bolehlah upah profesional MUA yang dah berbelas tahun pengalaman make up, pastu dah confirm-confirm hari tu dia amik satu job dengan hang sahaja, mai venue on time, kerja tip top.

Make Up by Jumie Samsudin [2008-2015]

$
0
0
Sapa duk cekak tangan tu?  HAHAHAH Kakak Fadzli!

Duk sembang pasai make up, kita pun tengok la album kita make up dulu-dulu. Aku buat business freelance make up dari 2008 bila tolong kawan nama Dilla yang tiada make up artist untuk majlis nikahnya. Tak sangka, sentuhan kita menjadi. Kita memang boleh make up sebab sebagai show girl (I used to sing at hotel lounge and private events too...), kenalah pakai tatarias wajah sendiri. Atas dorongan Dilla dan kawan-kawan lain semua, maka aku pun memberanikan diri untuk start business freelance make up sendiri.

Tahun 2008, aku promote make up business melalui BLOG dan FRIENDSTER. Akulah make up artist Penang pertama yang iklan melalui laman sosial dan internet. Sebelum ini, MUA lain perlu masuk melalui kedai-kedai pengantin. Selok belok buat blog iklan make up service aku belajar dari satu MUA from KL yang aku kenal melalui alam maya sahaja, nama dia Nurin. Im not sure if she's still doing make up or what. Dah putus contact sebab dulu hubung dia melalui Yahoo Messenger sahaja.

Charge pertama untuk nikah RM80, sanding RM100. Pastu perlahan-lahan aku naikkan charge aku kepada RM100 dan RM120 satu session. Itu pun jenuh nak educate custome di negeri Pulau Pinang ini yang rata-rata nak semuanya 'buta'.

2009 aku berkenalan dengan mak ayam Baby Zarina. Dia banyak ajar aku pasai make up hinggalah cara nak urus business dengan customer. Jaga PR dan pentingnya ambil 50% deposit untuk secure the deal. "Kalau ambil RM50 deposit, anytime orang boleh cancel kita nyah...." pesan mak ayam. Dia juga bagi aku keyakinan untuk naikkan harga kepada RM350 satu session iaitu antara harga paling 'mahal' lah kunonnya kat Penang buat masa tu.

click read more

Paling aku suka about this work adalah kepuasan bagi orang jadi cantek dengan hasil kerja kita. And meeting a lot of new people! Kenai ramai kawan baru tau....nak meniaga make up ni bukan semata-mata feeling glamour bawak beg make up besi tarik masuk dalam rumah orang. Kena belajar sembang-sembang dengan pengantin sampailah ke makcik potong bawang kat dapur, barulah tengah duk make up, Mak Caq nanti masuk bilik pengantin dengan sedulang kuih muih dan kopi o!

Masuk tahun 2015 aku pilih untuk berhenti dari kerjaya sampingan ini. Aku pilih untuk focus dengan kerjaya utama aku di USM yang aku cintai dan selebihnya aktiviti blogging dan teater aku buat mengikut kelapangan dan kebebasan diri.

2008                            2009

2010                                     2011

2012                    2013

2014                                               2015


Penat tau kerja make up ni sebenarnya, banyak masa habis (pukul 5 am dah kena bangun kalau kata customer nak nikah 9am ya...), kena beli barang make up mahal-mahal, dengan upah tak seberapa, yang tinggal pada diri aku hanyalah penat dan rumah yang tak terurus.

Kalau bagi balik berus dan gincu, aku masih boleh contiang muka hangpa bagi elok. Sebab make up ni adalah skill, macam masak. Kuali dan bahan semua sama, tapi air tangan tu yang membezakan. Barang make up aku dahulu semua dah takdak. Aku bagi semuanya aku perturunkan kepada anak menakan aku Faezah dia pun lani MUA duk meletops. Dalam beg aku lani ada la benda-benda asas sahaja.

Tapi nak suruh aku start meniaga make up balik....oh noo noo noo. Allah tu dah tulis siap-siap, u can't have everything in this world. Jangan tamak.

Tapi hati kecik aku, bila tengok orang-orang duk make up cantek-cantek, tayang hasil tangan depa di Facebook, ingat aku tak teringin ka?

Dalam kenangan....Make Up by JUMIE SAMSUDIN. #muapenang#makeupbyjumiess

Shop Around Before You Marry The First Man - Naib Canselor USM

$
0
0

Hello u olls,

Last Friday akak post video respon Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail apabila ditanya "Apakah rahsia kejayaan diri di samping role sebagai seorang isteri, ibu, anak perempuan?" dalam sesi Malaysia Higher Education Forum 2017, Session 4: The World's Funniest Man with the Three Lovely Lady-Professors pada 23 November 2017 (Khamis) di KL Convention Centre.

Her answer was the best. Hence,  video yang akak share tu dah boleh kata viral la jugak (1 hour after posting it on my FB more then 30 shares). 

Ini adalah kandungan maklumbalas beliau kepada soalan di atas.

"I believe behind every successful woman is a very understanding and supportive husband. And that's the fact. Because if you do not have a supportive and understanding husband, he will clipped your wings. And when he clippped your wings, you cannot flies. Therefore, shop around before you marry the first man. You know...I mean...please people. Just because that boy give you some flowers...and he says, I Love You...and you marry him? Think again. So what I'm trying to say is that, get to know who you going to MARRY. Because it's so very important. You may be highly educated but when it come to that one particular person, you become very vulnerable. And that one person, can MAKE or BREAK you."

WORD!!!


click read more



Akak tak pi pun forum ini yang diadakan di KL.  Akak dapat daripada boss-boss dalam USM yang share dengan akak on Whatsapp.  Of course i minta kebenaran dahulu sebelum share on my social media,  my say adalah,  maklumbalas beliau amatlah bagus sekali,  panduan untuk semua wanita dan lelaki juga!  Sebab tu i nak share kepada semua.

Untuk pengetahuan u olls semua,  Profesor Datuk Dr.  Asma Ismail,  big boss kami Naib Canselor USM dan suaminya YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Hj. Zakaria,  pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kesihatan,  USM Kelantan tidak mempunyai cahaya mata.  Lepas ahli forum lain memberikan jawapan masing-masing,  Datuk NC USM orang terakhir yang jawab soalan ini.  Dia kata,  dia takdak anak-anak,  tapi dia twist jawapan dengan fokus bahawa betapa pentingnya dia mempunyai pasangan hidup yang sangat mendokong!

Akak suka jawapan ini kerana ada benarnya dalam fakta itu,  kita sebagai perempuan jangan cepat-cepat nak settle down dengan lelaki pertama yang kita jumpa.  Don't be that desperate sebab zaman sekarang memang susah nak cari lelaki yang berkualiti,  persaingan pesat dengan lelaki dan perempuan lain.  EH....

Dan peringatan ini bukan sahaja untuk wanita bekerjaya macam pensyarah,  doktor dan peguam,  mana-mana wanita waima yang berniaga online di Facebook pun!  Kalian kena ada suami yang supportive dan selalu tolong u olls dalam apa juga yang u olls buat.  Tak kaya tak apa,  janji dia sama sama mahu usaha di susah dan senang kalian berdua.  

Kalau kalian nak share klip video pendek tu, boleh klik kat sini:  Respon Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail...

Dan kalau nak tengok rakaman penuh, boleh klik kat sini: Saksikan Forum Pendidikan Tinggi Malaysia (MyHEF) 2017 yang ketika ini sedang berlangsung di Plenary Hall, KLCC.


Tak mau lah tulis pasai suami aku sendiri kat sini. Takpalah aku puji laki aku sorang-sorang kat Tuhan sudah....sujud syukur gitu. Bye!!!

#USMstyle#USM#NCUSM#NaibCanselorUSM#WhoRunTheWorldGIRLS#husbandshoppingiscrutial


Malaysia Tak Hantar Wakil ke Miss World 2017

$
0
0
Hello u olls,  


Masa bulan Mac lagi,  ramai duk PM akak suruh review pasai ni tapi akak rasa macam bek pi la.  Benda ni bukan boleh bantu kurangkan harga minyak kan?  So sampailah dah menang Miss World 2017 baru akak ketengahkan issue ni.


Miss World Pageant yang dikelola oleh Julia Morley dan suaminya Eric Morley (tapi dah matilah kawan tu). Depa ni punya organization macam biasa-biasa ja, banyak skandal duk keluar la orang kata macam contoh dulu depa organize pertandingan ni kat China pastu bagi Miss China menang. And aku rasa depa pun tak berapa nak amik tau sangat pasai organisasi Miss World dari negara-negara lain. Contohnya macam tahun ni yang jadi kat Malaysia. 


Miss World Malaysia 2016/2017 iaitu Tatiana Kumar


Hangpa tau tak, tahun ni Malaysia tak hantar wakil sebab pergaduhan bodo-bodo antara 
Dato' Anna Lin,  National Director & Licensee for Miss Malaysia World 2016 dengan Miss World Malaysia 2016/2017 iaitu Tatiana Kumar.


Benda ni semua berlaku tahun ni bulan Mac apabila Tatiana Kumar menyuarakan pendapat dia dalam laman sosial dia sendiri menyatakan,  dia rasa kecewa sebab dia sebagai MISS WORLD MALAYSIA tidak dapat access (admin) untuk page rasmi Miss World Malaysia.  Ini menyebabkan dia gagal untuk masuk satu pertandingan sosial media Miss World di mana wakil-wakil setiap negara kena post something dan berinteraksi dengan peminat melalui page rasmi masing-masing.

klik read more


So Dato'  Anna Lin ni bengkek dengan penyataan Tatiana Kumar,  terus ambil tindakan mahkamah apa semua dan lucutkan title Tatiana Kumar sebab dia macam melanggar etika sebagai ratu cantik tu.  Haruslah ramai yang tak puas hati dengan mengomen dan mengutuk Dato' Anna melalui penyataan rasmi yang ditulis dalam social media Miss World sahaja.  


Pastu terus dia pun senyap pastu syiok-syiok sendiri duk pi mana-mana event Miss World,  amik selfie dan post gambar dia sendiri dalam laman sosial rasmi Miss World.  Masalahnya dia pun tak cantek nok,  muka-muka makcik Cina biasa di usia 40 an.  Sedih la.  Sebab sorang makcik gila kuasa perasan cantik ni,  terlepas peluang ratu-ratu cantik wakil Malaysia yang lain.  Dan kau dah lucut ratu yang pertama,  kenapa tak hantar 1st Runner Up untuk pertandingan ini? Takdak pun update Shweta Sekhon wakil Malaysia untuk pertandingan ni?



Kalau Tatiana Kumar ni pi join Miss World 2017 pun mesti dia boleh jadikan wakil yang hebat bagi negara kita tau!  Barulah semangat semua mak-mak ayam dan adik-adik satu Melesia untuk menyokong beliau.    



Ini adalah komen yang ditulis oleh Tatiana hingga dia dilucutkan daripada gelaran Miss World Malaysia 2016/2017.  Instead of handling it profesionally,  Dato' Anna Lin terus keluarkan statment macam yang akak copy paste kat bawah ni: 👇🏾👇🏾


ATTENTION

It has come to our attention that there is a breach of our Code of Conduct and contract by the reigning Miss Malaysia World 2016 Tatiana Kumar.

We wish to announce that, after due consideration, with effect 6/3/17, Ms Tatiana Nandha Kumar will no longer be the title holder for Miss Malaysia World 2016.

We are also pleased to announce that Ms Shweta Sekhon (previously 1st runner-up) will now be the winner of Miss Malaysia World 2016/17.

Thank you.

Dato' Anna Lin
National Director & Licensee for Miss Malaysia World 2016
Public statement oleh Dato' Anna Lin melucutkan gelaran Miss World Malaysia untuk Tatiana Kumar.  Dia post ni kat Instagaram sahaja okay!  Hangpa boleh baca la komen orang-orang lain semua duk bara kat dia. 


Ini aku screen shot Dato' Anna Lin feeling selfie sendiri dan post gambar dia dalam laman sosial rasmi Miss World Malaysia.  PERLUKA??????  Lani sapa tak profesional?


Hangpa kalau tak percaya bolehlah pi tengok page rasmi Facebook dan Instagram untuk Miss World Malaysia boleh tengok Dato' Anna Lin ni duk posing-posing SS u olls. Sedih. ps/ kenapa takdak gerakan yang menggesa Deborah Priya Henry untuk jadi National Director untuk Miss World Malaysia!  Hello sapa-sapa tau kot kot ada petisyen untuk benda ni akak nak sign!

Baca sini:  

Social Media Miss World Malaysia yang sendu:

Ulasan Majlis Perkahwinan Izara Aishah dan Adib Khalid

$
0
0


Hello u olls,

Tak kisahlah dah lambat seminggu ka,  lambat 40 hari ka,  habis pantang ka,  janji aku nak buat jugak review ni.  Aku tau,  hangpa penonton setia akan tunggu ulasan daripada aku jugak kan.  So aku telah menggagahkan diri stalk semua Instagram depa from Izara Aishah (which actually tak dak langsung pun post pasai dia kawen,  maybe dia letak kat Insta personal dia....),  Adib Khalid,  Dato' Seri Siti Nurhaliza,  Rizalman,  Rizman Ruzaimi dan Shanell Harun.  Haaaa pastu kita copy paste letak kat sini. 

Izara Aishah ni memang cantek muka dia very the mahal.  Spisyis anak mixed ni, Melayu Pakistan apa semua.  Meletops lah.  Kawan I,  Kak Danny Manyara Sarafina,  ibu ratu H&M pernah jumpa Izara Aishah dua kali kat H&M Penang.  Katanya,  Izara Aishah yang tegur kawan i sebab dia dua hari berturut-turut mai window shopping kat tempat ni.  Suka la kita dengar orang-orang tak sombong ni.  Duk sombong mombong ni semua dapat apa tak tau?


Tapi kita bukan nak cakap pasai dia ni artis tak kekwat apa semua,  kita nak cakap pasai majlis perkahwinan Izara Aishah dan Adib Khalid yang boleh dikatakan high profile punya wedding sebab yalah mak tiri mentua dia sapa?  Dato' Seri Siti Nurhaliza kot.  Aku sukala tengok depa post gambar mak-mak depa dalam insta semua,  semua mak mak,  mak betul,  mak tiri semua bergabung untuk majlis perkahwinan anak depa.

Okaylah jom kita tengok gambar-gambar yang akak kumpulkan untuk hangpa semua. 


click read more


Mahendi Night
Malam berinai diadakan sebelum majlis bernikah. Untuk majlis ini, of course pengantin mengenakan busana ala-ala Hindustan. Lengga dress by Shanell Harun. Inspirasi dari filem Padmavati lakonan Deepika Padukone.  Memang sesuaila Izara Aishah ni rupa very the Hindustani duk pakai dress lagu ni......ni muka-muka Boyan hidung bulat penyek macam mana ka duk feeling Hindustan tu apa?  Memang tepat sekali la Izara memilih Shanell Harun sebagai pereka busana ala Hindustan ni sebab orang-orang Penang macam beliau sahaja layak dan betul-betul paham pasai gaya hat lagu ni!
Make up done celebrity make up artist,  Syed Faizal Syed Noh.  







Nikah
Majlis pernikahan diadakan di Damansara,  sebuah lokasi tertutup pada 17 November 2017.  Make up by Khir Khalid dan dekorasi disempurnakan oleh GlamWeddingsby Rizalman.  Ternyata meletops.  Sentuhan solek Khir Khalid very the subtle dan classy.  Tapi yang paling menarik perhatian,  of course rekaan Rizalman iaitu busana baju kurung klasik dengan veil inspirasi maharani kerajaan Moghul.  Aku sangat suka.  Satu fesyen statement yang hanya selebrity can pulled out.  Hangpa pi follow insta Rizalman di mana dia akan post macam-macam rekaan busana dia yang mempunyai citarasa tersendiri.








Ibu pengantin perempuan mengenakan busana Shanell Harun




















Dato' Seri Siti Nurhaliza yang mengenakan busana by Qudyn Aziz




Sanding
Majlis persandingan diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 18 November 2017.  Dimeriahkan oleh Johan dan Ozlynn,  pasangan suami isteri pelawak yang memang meletops.  Rasanya dekorasi still by Glam Weddings,  make up by Bosco Ryzarl& rekaan dress by Rizman Ruzaimi.  Tapi dress ni,  for me la................macam biasa ja.  Sebab baju nikah dah va va vum kan,  tiba-tiba mai kat dress majlis bersanding macam biasa ja.  Pilihan warna pun for me macam boring dan too blend in dengan dekorasi.  Ni aku punya pendapat nah.....jangan la nak mai carut aku pulak balik aku tau nanti peminat fanatik over-over semua nanti mai.  Tapi apa pun,  Izara and Adib still nampak kerlas elok. Sama-sama nampak muda dan cantik.

Jangan dilupakan baju si ibu mentua meletops,  Dato' Seri Siti Nurhaliza yang mengenakan busana by Qudyn Aziz manakala ibu pengantin perempuan mengenakan busana Shanell Harun.  (For both occasion,  nikah dan sanding,  kedua ibu meletops menggunakan khidmat pereka yang sama).







Dato' Seri Siti Nurhaliza yang mengenakan busana by Qudyn Aziz


Ibu pengantin perempuan mengenakan busana Shanell Harun

Manushi Chhillar Dinobatkan sebagai Miss World 2017

$
0
0
Hello u olls,

Pada 18 November 2017 yang lalu maka berakhirlah sudah majlis pertandingan ratu cantik Miss World 2017. Sekali ini depa buat pertandingan ini di Sanya, China. And sorry to say la, Miss World punya organization yang dipegang oleh negara United Kingdom ni memang sangkak la berbanding pertandingan Miss Uiverserse yang dipegang oleh negara Amerika. Negara penganjur pun ala-ala sedih, ampa tengokla nanti sash (kain silang) yang dipakai oleh para miss - miss world dari setiap negara macam sedih u olls. Kain satin putin sahaja. Pentas pun very the simple sahaja. Tak nampak grandis pun.


Manushi Chhillar Dinobatkan sebagai Miss World 2017


Okay jom sembang pasai Miss World 2017 yang dah menang. Katanya dengan kemenangan beliau mewakili negara India, so negara India dah setanding dengan Venezuela yang dah menang Miss World sebanyak 6 kali juga. Kerlas....


Manushi seorang pelajar perubatan,  telah ambil cuti belajar selama setahun untuk focus pada pertandingan ini.  WOW,  meletops.  Selain seorang pelajar perubatan,  dia juga seorang penari klasik India yang terlatih.  


Okay dah!  Jom tengok senarai top 15 sampailah top 3! Dan gambar-gambar yang berkaitan untuk tatapan kalian semua.  

click read more


TOP 15
Senarai finalis TOP 15 Miss World 2017 adalah seperti berikut:
  • Mongolia – Enkhjin Tseveendash
  • Russia – Polina Popova
  • South Africa – Adè van Heerden
  • El Salvador – Fatima Cuellar
  • Nigeria – Ugochi Ihezue
  • India – Manushi Chhillar
  • Mexico – Andrea Meza
  • Indonesia – Achintya Holte Nilsen
  • Jamaica – Solange Sinclair
  • Kenya – Magline Jeruto
  • France – Aurore Kichenin
  • Japan – Haruka Yamashita
  • England – Stephanie Hill
  • Macau – Cloe Lan Wan-Ling
  • Korea – Ha-eun Kim  





Miss Mongolia – Enkhjin Tseveendash

Miss Russia – Polina Popova



Miss South Africa – Adè van Heerden

Miss El Salvador – Fatima Cuellar


Miss Nigeria – Ugochi Ihezue


Miss India – Manushi Chhillar

Miss Mexico – Andrea Meza

Miss Indonesia – Achintya Holte Nilsen


Miss Jamaica – Solange Sinclair

Miss Kenya – Magline Jeruto

Miss France – Aurore Kichenin

Miss Japan – Haruka Yamashita

Miss England – Stephanie Hill

Miss Macau – Cloe Lan Wan-Ling

Miss Korea – Ha-eun Kim




TOP 10 
Senarai finalis TOP 10 Miss World 2017 adalah seperti berikut:
  • Russia – Polina Popova
  • Indonesia – Achintya Holte Nilsen
  • England – Stephanie Hill
  • Korea – Ha-eun Kim
  • Jamaica – Solange Sinclair
  • India – Manushi Chhillar
  • South Africa – Adè van Heerden
  • Kenya – Magline Jeruto
  • France – Aurore Kichenin
  • Mexico – Andrea Meza




TOP 5
Senarai finalis TOP 5 Miss World 2017 adalah seperti berikut:

  • France – Aurore Kichenin
  • England – Stephanie Hill
  • Kenya – Magline Jeruto
  • India – Manushi Chhillar
  • Mexico – Andrea Meza



TOP 3
  • MISS WORLD 2017 - Manushi Chhillar (India)
  • 1st Runner-Up - Andrea Meza (Mexico)
  • 2nd Runner-Up - Stephanie Hill (England)










Baca sini: 


Jom Lunch di Lagenda Cafe, Campbell Street Penang

$
0
0
Cantek tak wanita agam ni?

Hello u olls,

Last weekend,  perkara yang hanya berlaku 30 tahun sekali iaitu husband aku bawak aku mai makan lunch date.  HAHAHAH.  Dulu masa dulu stress stress hidup,  dia duk buat janji manismu kata dia janji every Sunday nak bawak aku pi jalan-jalan sebagai tanda kasih dan cinta kepada isteri.  Tapi haram....mai hari Ahad ada jaaa dia alasan nak tidoq.  Takpalah,  dapat juga keluar kan last Sunday dan of course kami pilih untuk mai my favorite cafe in Penang iaitu Lagenda Cafe!

Rasanya dah berbulan-bulan tak mai sini,  since pindah rumah baru,  pastu busy theater,  pastu banjir apa semua. 

So mai sini akak nak cerita sikit apa akak makan kat sini! Cafe di terletak kat Campbell Street,  Georgetown.  Tak dinafikan tempat ni macam susah sikit nak cari parking.  Tapi orang yang tak berat pungkok macam akak tak kisahla parking jauh sikit dan eksesais jalan sebelum makan sedap.  And akak nasihatkan u olls yang mai jauh-jauh like Seberang apa semua,  call dulu cafe ni dan tanya ada kosong tak?  Hala...dah la mai jauh,  parking susah,  pastu mai mai takdak kosong pulak. Pastu nak bebai macam mana?



Pemandangan Lagenda Cafe dari luar.  Boleh nampak besaq-besaq dia tulis kot atas papan.  Dulu atas tu hotel Shanghai.  Tapi lani depa dah amik management atas dan bawah bangunan dan teruih tukar nama Shanghai Hotel to Lagenda House and Cafe!


click read more



Tapi all that kesusahan amatlah berbaloi sebab tempat ni macam relaks, service TIP TOP! Dia punya waitress and waiter sangatlah mesra (depa Filipins tapi berusaha sungguh-sungguh nak faham hang punya Bahasa). Hangpa tengok depa muka Melayu tapi kena cakap English tau.


Kalau hangpa check out page Cafe Lagenda ni, depa ada la habaq yang depa bukak juga tempat ni untuk buat private event like kenduri doa selamat, birthday dan private corporate function. Boleh serve ala carte dan juga buffet style.


Okay dah! Jom tengok akak makan apa punya banyak sebab tamak tak habis bawak balik ulang makan dua tiga kali kat rumah! Memang puaih hati la makanan dia memang sedap. Kalau tak aku tak selalu la mai sini gila wehs......

And hangpa kena mai support sebab owner ni....budak Melayu kita tau! Siries meletops orang Melayu boleh ada cafe kerlas macam ni kat Penang.  Kalau hangpa pernah ternampak ada budak budak duk post depa mai makan ada bubuh serving dalam congkak,  haaa kat sini la.  Tapi kali ni akak mai,  akak tak makan dalam congkak2 tu semua.  Akak nak try beberapa dish terbaru kat Cafe Lagenda ni.  JOM BACA.


Range Harga
RM10 - RM30 untuk satu dish tapi potion besaq!
RM5 ke atas untuk macam-macam jenis ayaq.
Ayaq ais kosong / ayaq suam free flow percuma.

Cafe Lagenda
Lokasi: 43 Campbell Street, Penang MY
No tel: 04-261 2293 / 012-437 5449
Facebook Page: https://www.facebook.com/cafelagenda/

 

 Pemandangan Lagenda Cafe dari luar.  Boleh nampak besaq-besaq dia tulis kot atas papan.  Dulu atas tu hotel Shanghai.  Tapi lani depa dah amik management atas dan bawah bangunan dan teruih tukar nama Shanghai Hotel to Lagenda House and Cafe!



Bahagian dalam cafe yang mendamaikan!


Artikel ini tidak ditaja oleh Coca Cola okay!


Cafe Lagenda
Lokasi: 43 Campbell Street, Penang MY
No tel: 04-261 2293 / 012-437 5449
Facebook Page: https://www.facebook.com/cafelagenda/



Gado Gado RM22
Besaq potion!  Ada nasi impit,  keropok,  udang seketoi besaq dia goreng salut tepung,  cucur sayur,  tempe goreng,  taukua goreng,  ubi kentang rebus dan digoreng,  telur rebus digoreng dan sayur-sayuran like taugeh,  kangkung,  timun,  sengkuang dan kacang buncis.  Kuah kacang dia memang the best,  lemak pedas manis.  Kalau tak mintak tambah kuah memang tak sah.   






Asian Prawn Oglio RM28
Actually kami tak order ni pun,  tapi waitress nama Lyka tu terorder sebab dia tau ini adalah aku punya favorite dish kalau mai sini.  Tapi sayang Lyka punya pasai aku amik juga benda ni dan suruh dia bungkus.  Selalu kita tengok oglio takdak colour kan?  Haaa yang ni ada colour colour merah sikit sebab dia ada chili oil apa semua.  Udang-udang fresh disalut dengan rasa bawang putih.  Aku suka!



Salmon Teriyaki RM26

Yang ni adalah dish terbaru di Lagenda Cafe nama dia Salmon Teriyaki.  Ikan salmon punya tebai dia masak teriyaki style pastu serve dengan nasi special yaitu nasi serai + cuka!  Memang very the meletops.  Citarasa Jepun yang disadur dengan rasa Nusantara.


Baked Chicken Roulade RM26

Yang niiiii makanan baru kat sini ya Allah ini akan jadi aku punya new favorite dish.  Yes,  aku habaq siap-siap benda ni macam muak sikit tapi orang yang mempunyai taste BRITISH macam aku pastinya akan suka!  Baked Chicken Roulade ni sebenarnya adalah bahan-bahan spesyel sebagai bok choy,  capsicum,  cendawan yang dibalut dengan isi ayam pastu dibakar.  Meletops kan?  Oh yes,  selain sayur sayur,  kat dalam isi ayam tu dia stuffed juga kacang pistachio dan dried apricot.  MELETOPS.  Dia served dengan Cafe Lagenda's mashed potato,  caramelized onion dan cream sauce.  Mak ang la susah aku type benda ni...ayaq lioq aku semua duk kecur kecur.



Okay sebagai penutup.  MAI PENANG TOKSAH DUK BUANG MASA PI MAKAN NASI KANDAQ BERATOQ TU SEMUA...mai makan sini.

Cafe Lagenda
Lokasi: 43 Campbell Street, Penang MY
No tel: 04-261 2293 / 012-437 5449
Facebook Page: https://www.facebook.com/cafelagenda/

Ulasan Pertunangan dan Penampilan Pertama Prince Harry dan Meghan Markle

$
0
0

Thanks mak ayam Belanda iaitu Thini Mohan sebab PM aku cepat-cepat lepaih tengok video interview dan juga penampilan pertama depa setelah jadi pasangan tunangan diraja secara rasmi.  Yes,  Im talking about Prince Harry dan tunangnya aktres dari Amerika Syarikat bernam Meghan Markle.

Pertunangan ini menjadi sangat sensasi bukan sahaja untuk rakyat United Kingdom malah kita-kita semua dari seluruh dunia sebab tak dinafikan monarki British ini merupakan keluarga diraja yang paling berpengaruh di dunia ini.

Awal bulan November,  bapak kepada Prince Harry iaitu Prince Charles telah mai Penang.  Mai buat lawatan ke Georgetown katanya.  Tapi masa tu,  Pulau Pinang baru beberapa hari dilanda bencana banjir.  Jadi akak selaku peminat keluarga diraja British sejak umur akak 12 tahun ni tak dapatlah nak feeling-feeling pi tengok Prince Charles secara live.  Rasalah sedikit ralat sebab kita memang minat depa ni,  tapi nak buat macam mana....urusan bantuan hal ehwal mangsa banjir lagi penting.

Kesian kat seorang kawan ni dia duk kalut PM aku dua kali masa hari Prince Charles mai Penang,  first dia PM hantar video kereta kawan tu duk lalu kat mana ka,  pastu petang tu dia PM aku lagi update apa ka pulak pasai Prince Charles dan Camilla Parker Bowles tu.  Aku pereng teruih balaih balik kat dia "Hello u olls,  duk kalut apa aih bekas penjajah tu.  Kita duk sibuk pasai banjir.  Pi baca dan repost apa aku tulis kat wall Facebook aku tu lagi baguih.  At least orang tau mana-mana rumah mangsa banjir yang perlu bantuan."  GITUUUUUUUUUUU bekas penjajah.


click read more


Then ada adik aku sorang ni nama dia Mantaro,  ala yang muka-muka manis-manis satu gang teater dengan i olls tu.  Dia PM aku "Kak Jumie boleh tak cerita sikit Prince Charles ni sapa?"  Haaa....kita ni jenis suka dengan family ni,  haruslah tau sejarah hidup depa ni 5 keturunan hafal semua cerita.  Last-last bila dah cerita panjang punya dalam whatsapp,  Mantaro kata "Orang suruh cerita sikit jaa...dia tulih blog pasaipa?"

AHAHAHAH

Okay dah-dah.  Untuk depa dorang ni,  mai aku bagi 'brief' introduction sikit.  Hangpa tak payah nak pi dig out kat tempat lain.  Prince Harry ni adalah adinda kepada Prince William yang kawen dengan Kate Middleton tu.  Depa dua ni adalah anakanda Prince Charle dengan Mendiang Puteri Diana dan juga cucunda kepada Queen Elizabeth II.  Like Prince William,  Prince Harry juga memilih orang kebayakangan (bukan royal) tetapi pilihan dia adalah seorang aktres dari Amerika Syarikat bernama Meghan Markle.


Meghan Markle ni bukanlah pelakon yang hot hot duk berlakon filem blockbuster Hollywood semua,  dia duk berlakon biasa-biasa ja dalam cerita TV bersiri bertajuk Suits.  Ramai jugak yang suka dan follow cerita ni.  Akak tak pernah follow so aku tak boleh nak komen apa-apa.  Tahun lepas bila rumors mula tersebar tentang Prince Harry new girlfriend, aku macam kecewa bila tengok Meghan Markle ni sebab aku rasa deni style mula very the Kate Middleton juga (tapi more like Pippa Middleton).  Fake tans,  brunette....Macam ampa adik abang taste sama ka?  Akak pernah tulis pasai depa kat blog akak.


Meghan Markle ni pernah kawen.  Tapi takdak anak.  Pastu masa dia diperkenalkan kepada Prince Harry (dikenalkan oleh kawan),  dia duk ada boyfriend.  Boyfriend dia seorang tukang masak.  Maybe masa tu dia dengan BF dia pun macam dah tak berapa nak okay,  sebab tu dia cari peluang lain,  sekali nenjia,  kawan dia set up dia dengan Prince Harry.  Gilaaaaaaaaaaaaaa kaaa...........kalau aku pun sanggup mintak cerai dengan laki aku.  HAHAHAHAHAH (takkk takk takkk...aku buat perbandingan hyperbola sahaja).  So lepas depa berjumpa,  depa pun dating punya dating,  selepas 1 tahun dan beberapa bulan akhirnya depa mengambil keputusan untuk bertunang.

Kalau nak dibandingkan dengan Prince William,  dia dengan Kate couple punya lama,  on and off bagai,  baru last last berkahwin juga.  Tapi Meghan ni pandai,  mak rasa dia tau dia dapat baguih punya kayu balak,  haruslah dia pedo cepat-cepat,  tambahan pulak Prince Harry ni dikenali sebagai kaki berfoya-foya sejak dulu lagi.

Umur depa pun beza,  Meghan  years older than Prince Harry.  Dan satu benda yang paling hebat diperkatakan oleh semua pihak media apabila dua orang ni bertunang adalah tentang Meghan Markle yang merupakan seorang anak darah campur.  Mak Meghan adalah seorang wanita kulit gelap dan bapanya adalah seorang lelaki kulit putih.  Tapi kalau ampa tak habaq,  aku pun tak realized benda ni.  Aku duk rasa macam Meghan ni ada darah Spanish ka apa ka ada la...

Jadi berita ini merupakan satu pecah tradisi yang amat besar kerana buat pertama kali anak darah raja British akan bernikah dengan orang yang berdarah Africa.  Dan juga buat kali pertama,  anak raja British yang merupakan ketua agama Prostestant Kristian akan bernikah dengan wanita beragama Katholik.  Kalau nak ikutkan zaman tok Prince Harry iaitu Queen Elizabeth macam-macam masalah keluarga yang menjadi gangguan utama kepada monarki depa apabila banyak perkahwinan keluarga diraja British tidak dibenarkan oleh undang-undang keluarga diraja tersebut. 

Contohnya,  moyang Prince Harry iaitu Prince Edward yang memilih untuk turun takhta kerana dia memilih cinta dan berkahwin dengan seorang janda dari Amerika Syarikat bernama Wallis Simpson.  Bila Prince Edward turun takhta (abdicated), barulah bapak kepada Queen Elizabeth II iaitu King George VI naik jadi raja. Dan seterusnya,  adik perempuan Queen Elizabeth II sendiri iaitu Princess Margaret yang terseksa hati dan perasaan sebab tak dapat kawen dengan Captain Peter Townsend yang merupakan seorang duda.

Macam-macam masalah jadi akhirnya,  Queen Elizabeth II dan seluruh keluarga diraja British banyak perbaharui undang-undang yang memerdekakan sedikit keluarga diraja ini untuk membuat pilihan yang terbaik dalam hidup mereka.  Because yes,  at the end of the day,  depa semua juga adalah manusia.  Dan atas pembaharuan ini,  Prince Charles,  bekas suami kepada Mendiang Princess Diana dibenarkan untuk bernikah dengan kekasih hatinya setelah sekian lama iaitu the one which i still tak suka,  Camilla.  Kalau nak diikutkan undang-undang lama,  gila depa dorang ni mana boleh kawen!  Tambahan pulak memang seluruh dunia tau siapa Camilla dalam perkahwinan Diana dan Charles.

Camilla dari dulu adalah kekasih hati Charles,  tapi dia kawen dengan kawan baik Prince Charles iaitu Andrew Parker Bowles.  Bekas laki dia tu siap jadi orang yang bawak kuda masa Prince Charles dan Princess Diana kawen kot.....gilaaa......Camilla ni punya duk ada skendel teruk dengan Prince Charles sampai last sekali Diana and Charles pun bercerai.

Tapi Prince Harry paling otai la lani,  dia kawen dengan orang kebanyakan (1),  yang juga seorang janda (2),  seorang Katholik (3) dan paling meletops sekali seorang yang berdarah campur (4).  Gila empat rules teruih!

Panjangnya aku punya intro.  Tula aku kataaa....aku tak boleh bercakap pasai British Royal family ni...aku jadi semangat.  Okay now aku nak bagi ulasan sebenarnya pasai penampilan pertama Prince Harry dan Meghan Markle sahaja.  Sebagai royal couple mereka berdua dimestikan untuk membuat penampilan rasmi di halaman rumah rasmi mereka dan seterusnya sesi interview untuk tontonan umum.

Untuk sesi interview,  depa dorang duduk santai dalam rumah.  Meghan pakai dress warna hijau olive tua tanpa lengan dengan rambut mengurai.  Prince Harry tampil kemas dengan suit dan tali leher.  First aku nak komen pasai penampilan Meghan dulu........wehssssssssssssssss.....this is your first royal appearance kot.  Boleh tak hang pakai something yang elok sikit?  Ni baju style macam pi pi office ja.  Pakai la baju dari material yang lembut dan mewah like silk ka...nylon ka....apa-apa yang nampak hang tak terlalu nampak macam pi office.

Kalau nak banding penampilan dia dengan Kate Middleton memang mak ayam tu wayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy more classy la.  Pompuan tu pakai dress warna biru royal,  baju berlengan dengan kasut warna sedondon.  Make up dan rambut yang kemas.  Deni dengan rambut gerbang semua.

And now aku nak cakap pasai interview depa pulak.  Wehssssssssssssss hangpa tak rasa ka Meghan Markle ni macam gedik gila!!  Dia duk pegang eratttttttttttttttttt tangan Prince Harry macam tak mau lepaih pastu yang paling aku meluat sekali adalah DIA CAKAP BANYAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.....Orang tanya dia,  dia jawab.  Orang tanya Prince Harry pun dia nak jawab.  Yes,  English dia baguih dan tak kedengaran kampung. Perkataan dan ayat yang dia guna nampak yang dia ni banyak membaca dan prektis menggunakan bahasa Inggeris orang terpelajar tetapi..............................relaks la sistur.  Yes you got the man already,  you dont have to prove us anything else.

Pastu aku tengok pulak video dia dan Prince Harry berjalan di luar halaman rumah dan bertemu dengan wartawan dan orang ramai.  Dari jauh memang duk nampak Meghan yang duk pimpin Prince Harry berjalan.  Hangpa boleh tengok cara dia duk pegang tangan Prince Harry,  detu dah la rambut merah macam Edd Sheeren versi mata tak juling macam bodo ja duk ikut kot tepi.

Hangpa boleh perasan masa time orang suruh tunjuk cincin,  Meghan style duk patting on Prince Harry's hand...macam satu gestures duk kata "Don't worry Harry...leave it all to me...i will take care of everything...".  Habis depa cakap dengan wartawan,  depa pusing belakang,  naik tangga sikit and sekali lagi boleh nampak dari gerak tubuh Meghan yang berhenti dan ajak Prince Harry untuk berposing lagi untuk camera.

Wehsssssssssssssssssssssssssssssssss....overrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!

Meghan Markle adalah seorang pelakon yang dah biasa dengan penampilan di karpet merah.  Dia dah biasa bersembang santai dengan orang ramai dan juga wartawan.  Tetapi dalam situasi ini hang kenalah polish hang punya PR untuk menampakkan diri hang lani dah masuk dalam keluarga diraja.  Prince Harry memang nampak ackward gila kot.  Kalau hangpa perasan dalam sesi interview depa (yang dalam rumah) kat hujung part,  Prince Harry macam tak puas hati dengan jawapan Meghan dan akhirnya muka Meghan macam berlain sikit bila tengok Prince Harry.  Muka cuak.  Hangpa tengok nanti video aku ada show kat bawah.

So penutup aku adalah,  depa ni tak akan kawen lama sebab depa rushing semua benda.  Dengar kata,  depa nak kawen next year on May.  Kira time tu baru sebulan lebih kut Kate Middleton beranak anak ketiga depa.  Awat hold on la sikit,  bagila bakal kakak ipar hang kuruih balik meletops.  Kawen time autum ka.....atau hujung summer ka.  Prince Harry raja enjoy gila semua,  tiba-tiba nak commit dengan deni yang ternyata lebih berpengalaman dan nampak macam nak control everything.  Duk sweet-sweet loving ni saja tak cukup sebab lepas depa kawen nanti macam-macam tanggungjawab depa nak kena pikul tambahan pulak dengan status Prince Harry yang bukanlah orang kebanyakan.  Kalau betui aku kata,  depa ni nanti kawen sat ja,  hangpa semua beli gula Prai dan mai suap kat mulut aku!




Ini video interview depa.  Gediknya Meghan tak tau nak habaq.....



Ini video interview William and Kate.  Bleh tengok perbezaan English classy dan Hollywood biatch.


Ini depa punya first appreance



Jom Sertai Tadika Pintar Utama, Jelutong, Penang

$
0
0

Hello u olls semua,


Sekarang ni dah hujung tahun kan? Ada ibu-ibu dan bapa-bapa yang sibuk melayan anak-anak sempena cuti sekolah, malah ada juga mummy dan daddy yang sekarang ni tengah memikirkan tahun depan nak hantar anak pergi sekolah mana? Especially you olls yang mempunyai anak-anak yang sudah sampai usianya untuk masuk pra sekolah.


Haaa hari ni akak nak ceritakan satu sekolah tadika iaitu Tadika Pintar Utama yang diusahakan oleh bumiputera Pulau Pinang yang terletak di Jelutong. Berdekatan dengan Pejabat Pos Jelutong serta Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong dan juga Bukit Dumbar Park dan Nicol David International Squash Centre.


Tadika Pintar Utama diasaskan sejak tahun 2008, makanya tahun depan dah hamper 10 tahun mereka beroperasi. Bahasa pengantar yang digunakan oleh para guru kepada anak-anak di sekolah ini adalah Bahasa Kebangsaan dan juga Bahasa Inggeris. Dan Tadika Pintar Utama menerima pelajar dari umur 4 hingga 6 tahun.


Akak dah tengok dah Facebook depa, waahhhh….memang macam-macam aktiviti yang disediakan kepada anak-anak yang bersekolah di sana. Kalau akak ada anak, yes! Akak akan hantar anak akak kat sini. Okay dah…jom kita tengok gambar dan juga maklumat lanjut mengenai Tadika Pintar Utama.

click read more

Kemudahan
Berikut adalah kemudahan yang disediakan di Tadika Pintar Utama untuk memastikan para pelajar berada dalam keadaan yang kondusif untuk menimba ilmu:
  • Kelas yang dilengkapi penghawa dingin
  • Dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselematan
  • Jumlah pelajar yang berkapasiti 15-16 pelajar mengikut umur bagi sebuah kelas
  • Guru lepasan Diploma/Sarjana Muda(Ijazah)/Sarjana(Master)
  • Penyediaan hidangan seimbang sebanyak 3 kali sehari mengikut waktu
  • Ruang dapur yang tersusun, bersih dan selamat
  • Ruang makan yang selesa
  • Kelengkapan tempat tidur – tilam kiddy coat
  • Alat mainan yang bersesuaian
  • Buku akademik yang bersesuaian serta buku cerita kanak-kanak 
  • Sudut bacaan yang kreatif
  • Bilik rawatan bagi menempatkan pelajar yang kurang sihat 
  • Kemudahan Interaktif ; pendedahan sistem audio visual bagi pelajar sebagai salah satu medium tambahan di dalam pembelajaran
  • Mini Playground di halaman hadapan tadika
  • Bilik belajar yang ceria dan selamat
  • Tandas lelaki dan perempuan yang disediakan berasingan
  • Sudut ICT


Mata Pelajaran
Berikut adalah subjek yang diajar di Tadika Pintar Utama:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab

Aktiviti Wajib di Tadika Pintar Utama
Berikut adalah antara aktiviti wajib yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk semua anak-anak. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja dijalankan dikawasan sekolah, malah banyak aktiviti yang dijalankan di luar sekolah (lawatan). Pendedahan ini adalah amat baik untuk anak-anak kita:
  • Solat Dhuha bagi setiap Hari Jumaat
  • Program Orientasi guru-guru bersama ibu bapa
  • Program Orientasi guru-guru bersama pelajar
  • Solat Dhuha di Masjid Kapitan Keling
  • Lawatan Kesihatan ke Klinik Gigi & Lawatan Pemeriksaan Gigi daripada Klinik Gigi 
  • Lawatan Pemeriksaaan Kesihatan daripada Klinik Ibu & Anak
  • Lawatan Perpustakaan Bergerak daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
  • Sambutan Hari Guru
  • Sambutan Hari Kemerdekaan
  • Sambutan Hari Lahir Pelajar
  • Sambutan Hari Kanak-Kanak
  • Program Jom Pos Kad Raya
  • Program Saya Nak Duit Raya
  • Sambutan Hari Raya Aidilfitri
  • Program Cuti Sekolah 
  • Majlis Penganugerahan Akademik & Hari Graduasi




Aktiviti di Tadika Pintar Utama Sehingga Tahun 2017

Okay tuan puan semua, selain aktiviti wajib yang diadakan di atas, berikut adalah banyak lagi aktiviti yang dirancang dan telah diadakan oleh pihak Tadika Pintar Utama kepada anak-anak semua sehingga tahun ini:
  • Simulasi Haji Cilik 2017 anjuran PERTIM
  • Jemputan bagi Temasya Sukan Antara Tadika Swasta 2017 sempena Majlis Anugerah Penggiat-Penggiat Industri Tadika Swasta Pulau Pinang anjuran Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP)
  • Pertandingan Mewarna 2017 bagi Program Derma Darah bersempena Hari Polis yang ke 210 tahun anjuran Bank Rakyat Georgetown
  • Lawatan Akademik ke Kilang Spritzer dan berpeluang bermain golf semasa lawatan di Spritzer Ecopark, Taiping, Perak
  • Lawatan Akademik ke Zoo Taiping
  • Kids’ Tent Up : Anjuran Pintar Utama Muslim Scout Club dengan kerjasama Persatuan Belia Inspirasi Negeri Pulau Pinang
  • Jemputan daripada Pejabat Pos Besar Pulau Pinang bersempena dengan Hari Pos Sedunia 2016 ; Pertandingan Mewarna dan Lawatan sekitar Pejabat Pos
  • Lawatan Akademik ke Muzium di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pulau Pinang
  • Lawatan daripada Dumex Dugro di Tadika Pintar Utama
  • Lawatan Akademik ke Muzium Padi Alor Setar, Kedah
  • Lawatan ke Balai Bomba & Penyelamat di Jalan Perak Pulau Pinang
  • Lawatan Penanda Aras Tadika Swasta oleh JPN Kedah & JPN Pulau Pinang ke Tadika Pintar Utama
  • Pertandingan Lego 2015 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
  • Lawatan Akademik ke PETROSAINS Dinotrek di Alor Setar, Kedah
  • Jemputan bagi Program Jom Daftar Prasekolah Swasta Anjuran JPN Pulau Pinang
  • Lawatan daripada Dutch Lady di Tadika Pintar Utama
  • Lawatan ke Madrasah Baitul Irfan, Gelugor
  • Lawatan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) 
  • Lawatan Akademik ke Akuarium Tunku Abd. Rahman, Batu Maung
  • Lawatan Akademik ke Pusat Sains Negara, Kedah 201





Aktiviti Ko Kurikulum
Selain aktiviti yang berbentuk akademik dan pendedahan kepada kemahiran asas dan persediaan untuk masuk ke alam persekolahan, apa yang menarik di Tadika Pintar Utama adalah kami menubuhkan kelab-kelab Ko Kurikulum yang akan disertai oleh para pelajar. Antara kelab-kelab Ko Kurikulum yang ditubuhkan di Tadika Pintar Utama adalah seperti berikut :
  • Kelab Scout (Pintar Utama Muslim Scout Club) – Wajib bagi Pelajar 6 Tahun
  • Kelab Memanah
  • Kelab Fizik & Arkitek
  • Kelab Bahasa Inggeris dan Literasi – Choral Speaking & Kelas Drama
  • Kelab Muzik
  • Kelab Seni Lukis
  • Kelab Silat








Kelebihan Menjadi Warga Tadika Pintar Utama
Jadi, kalian dah tengok semua informasi tentang mata pelajaran, kemudahan yang disediakan malah aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di Tadika Pintar Utama, di bawah adalah kelebihan-kelebihan Tadika Pintar Utama yang tuan puan semua patut tahu:

  • Tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (DSKPK 2017)
  • Pada tahun 2015 Tadika Pintar Utama telah diiktiraf sebagai Penanda Aras Tadika bagi kesemua Tadika Swasta di Negeri Pulau Pinang
  • Lawatan Mesra daripada JPN Kedah (Unit Pendidikan Swasta) – 2015
  • Lawatan Akademik dari Negara Indonesia pada tahun 2012 daripada Kumpulan Deligasi dari Yayasan Pendidikan Harapan Medan-Sumatera Utara
  • ‘English Talk’ daripada rakyat Amerika dengan kerjasama School Of Language, Literation and Translation USM – 2015
  • Lawatan Mesra daripada Pegawai Pendidikan Tokyo, Jepun 
  • Julung-julung kalinya Logo Tadika Pintar Utama dijadikan sebagai salah satu rekabentuk baru bagi Setem Pos Sedunia Malaysia 2016
  • Kelab Scout (Pintar Utama Muslim Scout Club) yang pertama ditubuhkan khususnya di Pulau Pinang Peringkat Pra Sekolah Pulau Pinang
  • Rangkaian luas dengan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM)


Pakej di Tadika Pintar Utama
Haa…..mummy dan daddy semua dah tengok kan betapa bestnya Tadika Pintar Utama ni, mesti lani tertanya-tanya apakah pakej-pakej sesi persekolahan yang disediakan sekiranya kalian berminat untuk hantar anak kesayangan u olls kat Tadika Pintar Utama. So here are the information:

Program Tadika : 7 pagi – 12.30 tengahari
[1 kali makan]


Sepenuh Masa : 7 pagi – 6 petang
[Pengajian Iqra’ dan Al-Quran, Solat Berjemaah, Hafazan Surah, 3 kali makan sehari, 2 Kelab Kokurikulum]


Separa Masa : 7 pagi – 2 petang
[2 kali makan sehari]





Jom Sertai Tadika Pintar Utama untuk tahun 2018
Yess!  Cepat-cepat mummy dan daddy semua,  pendaftaran pelajar untuk Tadika Pintar Utama dibuka sekarang.  Nak tahu lebih lanjut,  jangan lupa untuk like dan follow Facebook page rasmi Tadika Pintar Utama macam link kat bawah ni.  Kami mengalu-alukan ibu bapa untuk hubungi kami atau melawat kami terus macam informasi tertera di bawah untuk mudahkan kami berikan pendedahan dan maklumbalas yang lebih baik kepada kalian semua:

Tadika Pintar Utama
Alamat:  No 17,  Lintang Jelutong,  11600,  Jelutong,  Pulau Pinang
Coordinate:  GPS: 5.386646, 100.310832
No tel pejabat:  04-659 4873 
Call/whatsapp:  012-503 3714

Mee Udang Terbaik di Restoran Ilyana Cafe, Teluk Kumbar Penang

$
0
0

Mee Udang Terbaik di Restoran Ilyana Cafe


Hello u olls,


Haaaa...cuti-cuti sekolah ni,  mesti hangpa dan family ataupun dengan kawan-kawan satu office, satu tempat kerja nak buat makan-makan hujung tahun.  Akak nak rekemen u olls semua mai bersantai dan buat event hangpa di Restoran Ilyana Cafe,  Teluk Kumbar,  Pulau Pinang.  Untuk pengetahuan hangpa,  restoran ni dah beroperasi sejak tahun 1994 lagi.  So dah almost 23 tahun dah.  Tapi nama restoran ni jarang-jarang kita dengar kalau kat Penang kan?


Restoran ini dimulakan oleh Tuan Haji Sahimi bin Abdul Hamid yang dibantu oleh adik beliau dan keluarga.  Mula-mula depa jual ikan bakar dan nasi lemak dan perlahan-lahan depa serve kari kepala ikan dan sampai sekarang macam-macam jenis juadah disediakan.


So baru-baru ni akak dan kawan-kawan dijemput untuk review mai makan kat sini.  On the way nak mai sini, hujan turun dengan lebatnya,  hati risau juga,  baguih punya satgi duk makan ikan bakar,  sekali banjir naik lagi sekali.  Mampuih!  Tapi alhamdulillah,  elok lepas Maghrib,  ayaq ujan pun seriat.  Kami pun bolehlah nak pi Restoran Ilyana Cafe.  Teluk Kumbar haruslah hujan....mak ayam besar nak turun.

Bila sampai kat sini,  akak rasa macam wowww....rupanya dekat ja!  Masuk simpang Gertak Sanggul tu,  tengok kiri,  ada Balai Polis,  terus korner kiri.  Bukanlah kena masuk pusing-pusing jauh pun.  Tapi sayanglah kami mai dah lambat sebab tadi hujan kan?  Sebab depa kata,  kalau mai awai petang2 cuaca kalau elok kita boleh tengok pemandangan pantai yang cantek.





Restoran Ilyana Cafe
Alamat:  10, Gerai JKKK, Kg. Nelayan,Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Penang.
No telefon:  04-649 2120 / 017-405 1120 (Afifi)
Facebook: https://www.facebook.com/ilyanacafe/
Business Hour
Isnin-Jumaat 3 pm - 1 pagi
Weekend 12.30 pm - 1 pagi


Speciality kat sini?
Okay tak mau cerita panjang,  ini adalah akak punya point form pasaipa makan kat sini best?


  • Mee udang, kari kepala ikan, asam pedas, ikan bakar dan macam-macam lagi seafood yang dimasak secara Chinese style. Siries weh memang sedap puas hati.  Aku suka!  Ni bukan saja-saja puji okay.
  • Harga yang berpatutan.  Nanti aku show details kat bawah.
  • Lokasi strategik, easy access from parking. Mudah juga untuk OKU, berkerusi roda.
  • Kalau datang siang boleh tengok pemandangan dari pantai yang cantik
  • Ada bilik air cond, ada ruang open. Sangat sesuai buat group gathering!
  • Servis tip top, bersih dan pelayan semua sopan dan terlatih!!  Contohnya aku mintak hammer nak ketuk ketam,  pelayan tu bubuh hammer tu atas pinggan yang berlapek dengan tissue.  Aku rasa macam wow....baguih depa ni ada tertib.  Kalau pi kedai Melayu lain,  confirm dia pass hammer tu kat tangan ja!
  • Juga terima tempahan untuk majlis tertutup (kenduri dan sebagainya).  Contohnya,  last Saturday,  kawan kami booking the whole restaurant buat kenduri doa selamat perkahwinan dia.  Kerlas......
  • Aku dah cakap tak makan kat sini sedap?  Takpa cakap banyak kali sebab memang sedap puas hati betui.
  • Berita baik kepada warga USM,  pihak Restoran Ilyana Cafe telah berdaftar dengan Bendahari USM.  Oleh itu,  kalau jabatan tuan/puan nak tempah jamuan katering ataupun nak mai buat dinner kat sini,  pihak Restoran Ilyana Cafe terima bayaran melalui PO.  Kerlas.....


Okay u olls.  Jom tengok gambar-gambar dan decription lebih lanjut tentang Restoran Ilyana Cafe,  Teluk Kumbar.

CLICK READ MORE


Makanan Laut Yang Segar
Dah kedai depa pun kat Kampung Nelayan...haruslah makanan laut kat sini murah dan segar u olls.







Restoran Ilyana Cafe
Alamat:  10, Gerai JKKK, Kg. Nelayan,Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Penang.
No telefon:  04-649 2120 / 017-405 1120 (Afifi)
Business Hour
Isnin-Jumaat 3 pm - 1 pagi
Weekend 12.30 pm - 1 pagi



Akak dan Ikan
Ni semua sebab Hanizza suruh aku posing macam ni.  Kalau nak ikutkan aku jenis pompuan sopan kot,  tak akan posing merapu semua.


Cewah...time ni,  liptid duk ada lagi la...satgi dah habis makan...HAHAHAHAH






11 Hidangan Istimewa di Restoran Ilyana Cafe,  Teluk Kumbar
Nenjiaaa....tauke ni hidang kami 11 jenis hidangan dia nak suruh akak review satu-satu.  Haaaa amik hang 11 hidangan teruih.  Okay nah...hangpa tengok satu-satu punya cerita dan gambar sekali dengan details harga.



Kari Kepala Ikan
Yang ni memang menjadi kegemaran para pengunjung di Restoran Ilyana Cafe.  Now I know pasaipa....memang sedap wehs.  Dia punya gulai kari adalah kari Melayu punya,  tapi pekat (boleh rasa rempah dia depa blend sendiri bukan pakai serbuk beli kat kedai).  And aku rasa depa tak pakai santan banyak,  depa pakai asam jawa banyak.  Wehss....surrr...kena ni dengan nasi putih panaih-panaih,  memang husband lalu belakang aku tak heran la.  Dalam tu depa bubuh cabai,  bendi dan tomato.  Harga kepala ikan adalah mengikut pasaran.  Sapa yang kaki kari kepala ikan,  wajib mai sini dan cuba!  Saiz sedang antara RM35 - RM45.




Mee Udang Restoran Ilyana Cafe
Yang ni juga adalah star product kat sini.  Kalau mai,  rugi besar kalau tak try depa punya Mee Udang yang menggunakan rempah ratus ramuan tersendiri.  Memang rasa manis udang,  lemak kuah dia dan juga mee dia yang kenyal.  Aku dah lama tak rasa mee udang yang sedap macam ni.  Kepada u olls yang ada sedara mara yang mai Penang semata-mata nak makan mee udang,  mai la sini!  Tak rugi u olls.  Dan yang bestnya juga,  selain menikmati mee udang meletops kat restoran ni,  u olls boleh beli ready made rempah Mee Kari ataupun Kari istimewa yang dibuat khas oleh Restoran Ilyana Cafe.  Haaa...balik rumah boleh masak sendiri u olls!  

Harga sepinggan mee udang adalah mengikut saiz.  Saiz A adalah RM20 manakala saiz B berharga RM14 sepinggan.  





Siput Masak Zaitun
Wehsss...yang ni memang terbaik!  Kegemaran kawan aku Riezzam Mustapha a.k.a Apek Kewangan.  Daripada awai dia duk cerita pasai restoran ni,  tak habih-habih dia duk peringat aku suruh try benda ni.  Alhamdulillah,  tauke bagi kami rasa.

Dia punya masak ni sempoi,  aku tak pernah rasa lagi masakan ni kat tempat lain.  Maybe rekaan pihak Restoran Ilyana Cafe.  Siput yang dimasak dengan minyak zaitun,  ada rasa black pepper dan sebagai finishing taste,  perah limau nipis kot ataih.  Memang surrr..... Hangpa kalau mai sini,  aku WAJIBKAN hangpa try benda alah ni.

Harga RM12 untuk seorang makan.




Pari Asam Pedas Johor
Yang ni pun surrrrrr.......kalau sapa-sapa yang minat makan asam pedas haaa hangpa kena try Pari Asam Pedas Johor kat sini.  Memang jauh panggang dari api la kalau nak banding dengan asam pedas yang dijual oleh seorang komposer terkenal yang meniaga dekat dengan USM jugak tu,  orang duk kata,  asam pedaih dia ceroi.  Haaa...hangpa mai try sini.  Harga mengikut pasaran,  RM6.00/per gram.



Tomyam Kelapa Seafood
Yang ni memang terbaik la..........aku sangat rekemen.  Okay,  buah nyioq yang digunakan untuk serve tomyam ni bukan saja-saja hiasan tau,  memang depa nak masak tomyam ni pakai ayaq nyioq wehs!  Gilarah...meletops.  Yang lebih meletops,  depa tak letakkan chili oil yang selalunya digunakan untuk memerahkan kuah tomyam.  Depa buat tomyam ni colour jernih,  tapi bila hirup.......pergh...pedas,  masam dan berasa la manis seafood yang berlambak duk ada dalam tomyam ni.  Siap dengan isi nyiok tu pun duk ada....hang boleh korek makan sekali.  Sayur pun banyak.  Harga sangat berpatutan,  RM13 satu buah nyiok ni.  Sapa hantu tomyam macam Hanis Syafenaz,  wajib mai! 



  



Pari Bakar
Haaaa hang tengok sendiri,  ikan bakar depa style rempah punya banyak tebai!!  Meresap masuk dalam isi ikan la!  Harga mengikut pasaran,  RM6/100 gram.







Ketam Serbuk Kari
Yang ni pun meletops juga.  Ya Allah...semuanya sedap ni...macam mana ni?  Yang ni selalunya kan orang buat macam gulai kan?  Tapi yang ni style dia buat masak kuah sikit punya,  ada telur sikit bagi jadi pekat.  Memang surr...ketam dia dah la style banyak isi!  Harga mengikut pasaran,  RM6.50/100gram.  




Ketam Nipah Masak Black Pepper
Kami dihidangkan dua jenis ketam,  ketam pertama adalah ketam bunga yang kat ataih tu.  Ni adalah ketam nipah pulak.  Masak black pepper yang sangat sur.  Ditambah pula dengan hirisan bawang yang banyak bersama cili hijau.  Aku memang suka ketam nipah,  walaupun susah nak bukak tapi takpa,  hangpa boleh mintak hammer daripada depa.





Udang Lamprik
Wehsss yang ni memang sur.  Hangpa kalau mai sini,  sangat wajib hangpa order udang masak lamprik ni.  Lamprik ni rasa macam paprik la cuma takdak sayur.  Kuah cabai yang pekat dan manis.  Aku memang suka la yang ni!  Harga juga mengikut pasaran harga udang.  RM12/100gm.


Siput Belitong  Masak Lemak Cili Api
Surrrr...masak lemak cili api dia style pekat gila.  Yang ni kami tak dapat habiskan,  so akak bungkus bawak balik.  Perangan makan dengan nasi putih pulak........surrrrrrrrrrrrrrrrrrr!  Memang berebut la laki bini makan kat rumah.  Harga mengikut pasaran RM13/100gram.




Udang Lipan Stim
Yang ni adalah hidangan terbaru di Restoran Ilyana Cafe!  Udang lipan....boleh nak mintak depa masak macam-macam jenis tapi kami dihidangkan dengan cara masak stim.  Halia dihiriskan distim bersama udang lipan yang sangat gemok.  Pastu dia tumis darat dengan hirisan halia yang digoreng.  Pergh.....wajib!!  Harga adalah RM28/100gram



Restoran Ilyana Cafe
Alamat:  10, Gerai JKKK, Kg. Nelayan,Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Penang.
No telefon:  04-649 2120 / 017-405 1120 (Afifi)
Facebook: https://www.facebook.com/ilyanacafe/
Business Hour
Isnin-Jumaat 3 pm - 1 pagi
Weekend 12.30 pm - 1 pagi


Lokasi  Strategik dan Mesra OKU
Okay akak dah seksa hangpa dengan makanan yang sedap-sedap,  so akak nak tunjuk gambar-gambar lain pulak.  Seperti yang akak cakap,  lokasi dia sangat strategik,  tak berapa jauh daripada simpang masuk Gertak Sanggul.  Pastu depan restoran ni ada ruang parkir yang khas untuk para pengunjung.  Nah...hangpa tengok sendiri. Paling akak suka adalah lokasi kedai ni very the mesra orang-orang tua pakai tongkat dan berkerusi roda.  Senang!  Takdak tangga-tangga semua.


Simpang masuk lepas Balai Polis Teluk Kumbar,  boleh nampak sign board Ilyana Cafe.

Corner masuk ja teruih nampak ni.





Ruang Cafe Yang Selesa
Ruang cafe yang selesa,  luaih,  kerusi meja semua susun elok.  Tapi yang paling meletops,  dia ada dua bahagian,  hangpa boleh duduk kat area depan luar yang terbuka.  Ataupun,  hangpa boleh pilih untuk duduk dalam bilik tertutup sikit sekali dengan aircond semua.  Setiap ruang ada sinki dan depa sediakan toilet kepada pengunjung.

Ruang depan yang terbuka.  Bersih dan kemas.  

Ini pula ruang dalam bilik yang ada aircond.  Saja la suruh kuih seri muka ni posing kat sini...heheh comeikan dia?



Meletops kedai depa ada suis tekan-tekan ni,  bukan hiasan naa...kalau tekan satgi pelayan nanti mai.  Kerlas....macam Sushi King dah.




Rakan Makan
Akak nak ucapkan terima kasih kepada Riezzam Mustapha a.k.a Apek Kewangan,  McMee,  Shada dan Hanni sebab sudi menjadi rakan makan akak untuk malam ni.  Especially kat Riezzam sebab rekemen akak mai tempat makan sedap ni dan kepada Hanni sebab duk layan aku makan macam ratu anai-anai,  semua benda dia duk tolong cedok dan kalau boleh siap nak suap aku.


Haaaaaaaaaa amik hang!  Kami makan style orang putih,  tak amik nasik.  Ratah lauk ja...surr....


Kelihatan McMee berbaju hitam kelihatan tertekan sebab tak tau nak makan mana satu...semua duk mai sedap!

Shada, berbaju belang tak dapat tunjukkan kehebatan makannya sebab dia sedang berpantang.  EHEHEHE

Over depa ni duk buat amik perhatian teruk-teruk.......awat ampa ingat ni kelas memasak ka?




Last Picture dengan Tauke
Terima kasih Afifi dan seluruh team Restoran Ilyana Cafe sebab jemput akak mai makan kat restoran depa yang meletops ni.  Dah la sedap,  servis tip top dan sangat profesional dalam bagitau  akak informasi penuh pasai restoran depa.  Akak dah letak semua details kat bawah artikel ni,  hangpa mai support tau cafe ni!  Disertakan gambar kami posing berdua,  akak nampak gemok selambak ni semua salah TUKANG AMIK GAMBAR!





Restoran Ilyana Cafe
Alamat:  10, Gerai JKKK, Kg. Nelayan,Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Penang.
No telefon:  04-649 2120 / 017-405 1120 (Afifi)
Facebook:https://www.facebook.com/ilyanacafe/
Business Hour
Isnin-Jumaat 3 pm - 1 pagi
Weekend 12.30 pm - 1 pagi

Pengalaman Terperangkap Dalam Bencana Banjir Pulau Pinang 5 November 2017

$
0
0
Mangsa-mangsa yang terperangkap di Tabung Haji.  Mista Fixx,  Fairul Niezam,  akak dan Lanun.


Ni tajuk mau gempak.  HAHAHAH pengalaman terperangkap dalam bencara banjir di negeri Pulau Pinang yang telah berlaku pada 5 November 2017 yang lalu.  Ya....bukan rekaan tetapi memang betui akak terperangkap.  Tapi takdaklah terperangkap macam mangsa banjir lain contohnya kawan akak Ridhwan Shariff,  dia on the way nak balik rumah from Georgetown,  kat Masjid Negeri dia terperangkap sebab air dah sampai paras dada.  Dia parked kereta dia di belakang KFC Green Lane dan terpaksa jalan berpegang tangan bersama orang-orang awam lain yang turut sama terperangkap dalam banjir tersebut,  pegang tangan sebab takut dihanyutkan arus deras dan selamatkan diri naik ke atas jejantas depan Masjid Negeri.


Dan ini juga bukan cerita macam mana Makcik Che Ba'i,  Padang Suria,  Kampung Melayu yang tersedar  dari tidur jam 2:00 pagi.  Dia boleh tersedar sebab ada laci almari plastik di bucu katil terbalik sebab air banjir dan laci tu jatuh atas kepala makcik Ba'i.  Bila sedar,  air dah paras pinggang.  Wanita berusia 60 an ini cuba meredah air deras dalam biliknya ditambah pulak lemari-lemari baju di dalam bilik dah mula terbalik,  dua kali dia tenggelam dalam air dalam usaha nak tolak lemari tu.  Akhirnya dia berjaya keluar dari rumahnya.


Okay cerita akak ini adalah tidak sengeri itu tetapi kenangan yang amatlah memenatkan dan still membuatkan akak jadi trauma nak keluar rumah apabila berlaku hujan lebat.

click read more



Pada 4 November 2017,  hari Sabtu.  Akak telah dijemput untuk menjadi juruacara untuk majlis konvokesyen sekolah Tadika Genius Aulad cawangan Bayan Baru yang berlangsung di Dewan Mutiara,  Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang.  Show dari jam 2.30 petang sampai 5.00 petang,  tapi dari jam 12.30 tengahari akak dah ada kat sini.  So untuk make sure majlis semua berjalan lancar,  nak meeting dengan penganjur after show dan of course nak terima payment,  akak dah pesan kat suami akak untuk mai amik akak di sini jam 7.00 pm.




Bersama Lanun pasangan emcee hari itu.


Tapi dari awal tengahari lagi,  hujan dah turun dengan lebatnya.  Kami event dalam dewan so tak heran sangatlah hujan lebat di luar.  Apabila majlis tamat jam 5.00 petang,  hujan turun depan lebih lebat lagi.  Ada ibu bapa yang tunggu dan berlegar-legar dalam dewan sebab segan nak redah hujan lebat untuk ke carpark.

Bermula jam 6.30 petang,  berita banjir kilat mula memenuhi social media.  Akak terus called suami akak,  "Abang......Bayan Lepas dah banjir.  Giant pun tenggelam.  Abang tak payah amik Ya lagi.  Takpa...Ya lepak kat cafe hotel.  Malam sikit abang mai amik."

Akak tak kisah nak berlepak di sini sebab Lanun ada,  Fairul Niezam ada,  Mista Fixx ada...semua kepala gila.  Boleh lepak sembang-sembang.  Sambil bergelak sembang,  kami melihat update tentang keadaan banjir yang juga menjejaskan keadaan lalu lintas dalam negeri Pulau Pinang.  Isteri Mista Fixx iaitu Fathin dah on the way ke lokasi sejak jam 6 petang lagi dari rumah mereka di Sungai Pinang.  Nenjia....jam 9.00 malam baru dia tiba.


Akak masih tak berani nak suruh En Khafi mai amik akak sebab tak tau macam mana keadaan lalu lintas nanti.  Kami dah la bawak Viva yang kecil molek tu,  kalau kereta tu tenggelam dek bus yang lalu sebelah dan tolak arus deras masuk dalam kereta macam mana?  Kalau takdak kereta ni mampuih susah kot hidup kami laki bini.

Ni semua duk penat habih dah tersadai dalam dewan.

Tapi alhamdulillah,  Fathin sampai kat kami dalam keadaan selamat.  Tapi untuk drive balik dalam keadaan jam dan keadaan banjir kilat yang tak menentu ni,  depa pun tak berani lagi!  Lanun dan Fairul Niezam juga masih menanti di sini.  Semua tak mau amik risiko....so kami teruskan lepak-lepak dan tengok bola Kedah vs Johor.

Jam menunjukkan lebih kurang 11.50 pm already,  hujan masih tak seriat.  Masih lagi lebat.  Akak bagitau kat En Khafi,  "Ya amik bilik hotel dan tidur sinilah....satgi pukul 2 atau tiga pagi,  abang mai amik Ya balik kalau hujan dah seriat apa semua..."  En Khafi duk gelak-gelak dalam phone,  dia kata "Alaa...hang memang nak amik alasan tidur hotel kan?"  Kojiaq punya suami.  Aku dapat payment jadi emcee berapa ja...setengah duit tu aku pakai untuk bayar hotel. HAMPEH..........


Mista Fixx dan Fathin pun amik bilik hotel,  Fairul dan Lanun pun terpaksa jadi gay couple malam tu tidur dalam bilik hotel yang depa sewa bersama.  Aku terpaksa amik hotel sorang..... :(

Tidurlah akak dalam bilik hotel tu sorang-sorang.  Bermula jam 1 pagi,  tiba-tiba angin menjadi lebih kuat.  Wooooooooooooooooooooooooo....time tu lah baru macam-macam perkongsian di sosial media mengatakan yang rupa-rupanya Pulau Pinang dilanda taufan!  Taufan tu bergerak ke arah Vietnam tapi singgah di Pulau Pinang.

Dari dalam bilik akak,  boleh dengar pintu bilik-bilik sebelah terhempas kuat dek angin yang kuat.  PANG PANG PANG.  Pastu tingkap hotel yang ditiup angin kuat pulak menghasilkan bunyi kuat macam hantu berteriakan ....huuuuuu huuu huuu....


Bilik hotel sebelum katil ini aku tolak ke tepi sini.


Nahariam............awat aku duk ada dalam situasi ni?  Dah la duduk sorang-sorang.  Mista Fixx dan Fathin dah sengap dalam bilik depa.  Baguih punya romen la...pastu takkan aku nak suruh Lanun dan Fairul mai teman aku kat bilik!!

Aku tarik sebuah katil di ke tepi dinding yang dekat dengan televisyen,  dia macam kat corner bilik yang luas ni.  Aku tak rasa seriau sangat.  Sebab kalau pada kedudukan katil hotel yang asal,  katil aku macam mengadap pintu dan tingkap.  Mak seriau u olls.

Akak cuba tidur tapi tak boleh,  angin masih bertiup kencang.  Akak duk mesej dengan kawan-kawan akak gang LAHANJS,  group keluarga akak dan juga suami akak.  Duk updatelah keadaan masing-masing dalam keadaan negeri kami yang tiba-tiba genting ni.

Sampailah jam 4.00 pagi baru akak dapat menutup mata.  Ya Allah memang letih sangat-sangatlah. jam 7.40 pagi, Fairul Niezam called "Wehs....hang duk buat apa?  Turun-turun lani...jom breakfast..."

Memang deni nak hariam la.  Duk kacau aku pagi-pagi,  tapi aku habaq kat dia aku mengantuk sebab aku baru ja tidoq.  Halaaa..penat wehs bayangkan daripada semalam lagi aku duk pakai baju cantek-cantek,  dengan make up semua,  jadi emcee duk berdiri dengan kasut tinggi,  pastu memang betui la orang kata,  penantian adalah satu penyeksaaan.  Betapa aku punya duk terseksalah sementara nak tunggu hujan seriat kan?  Last-last terpaksa tidur telanjang seorang diri dalam bilik hotel!

Pukul 9 pagi aku terjaga lagi sekali,  husband aku called habaq kata dia on the way mai sini.  Haaa legaa....check FB.  Semua duk update rumah depa kena banjir,  ada banyak kawasan dalam Penang yang mana air banjir masih tak surut lagi.  Tapi perjalanan daripada Taman Tun Sardon ke Tabung Haji,  Bayan Lepas tiada masalah apa-apa.  Alhamdulillah.

Khafi sampai jam 9.40 pagi,  aku ajak dia breakfast kat cafe hotel.  Kebetulan,  Mista Fixx dan Fathin duk ada.  Kami breakfast sekali,  haram depa dorang sedap la tidur laki bini dalam aircond.  Lepas makan,  kami pun check out bilik dan terus bertolak balik Penang.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah,  kami jumpa banyak tanah runtuh,  pokok tumbang,  dahan patas dan juga boleh nampak bekas-bekas sampah yang melekat di tepian jalan malah kereta-kereta yang semalam tenggelam sebab banjir.  Takpalah,  walaupun aku terperangkap di hotel dan En Khafi stranded di rumah tak boleh ambil aku,  yang penting kami dua-dua selamat dan kereta kami pun tak kena apa-apa.  Syukur.

Balik rumah,  aku mandi pastu aku tidoqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq sampai esok hari Isnin,  aku pi kerja,  balik kerja terus aku pi rumah kawan aku Ridhwan Shariff yang terperangkap kat atas jejantas Masjid Negeri tu.  Tolong dia angkat lemari-lemari apa semua yang hampir menjadi penyebab Makcik Ba'i mati tenggelam.  Ya,  Makcik Ba'i yang aku ceritakan kat atas tu adalah mak Ridhwan Shariff.

Kami bersama tim Tadika Aulad Genius,  Bayan Baru.


Okay...itu sahaja cerita pengalaman aku yang terperangkap dalam bencana banjir yang melanda Pulau Pinang pada 5 November yang lalu.  Takdak la trajik tra mana,  tapi yang penting moral of the story adalah,  kalau dah ada bencana alam macam ni,  jangan amik risiko,  jangan buat pandai nak pi mana-mana.  Duduk lah ditempat yang selamat walaupun terpaksa pakai setengah daripada gaji jadi emcee untuk bayar hotel tu,  sebab anda berjaya menyelamatkan duit yang lebih banyak daripada itu (kalau kereta tenggelam nak kena repair mau juga dalam RM3-4k).  Dan yang paling penting,  dalam keadaan macam ni baru hang tau macam mana rasanya kalau dunia di sekeliling hang jadi benda-benda yang tak diingini dan orang yang paling hang sayang duk ada dekat ja dengan hang tapi dia tak boleh nak mai selamatkan hang..........syahdu wehs perasaan tu!

Nantikan cerita seterusnya dari akak pasai banjir juga tapi tajuknya adalah SEPAKAT MEMBAWA BERKAT - KISAH PENDUDUK KAMPUNG MELAYU PULAU PINANG SEMASA BENCANA BANJIR NEGERI PULAU PINANG. 

To be cotinued....

Date Night with Parvin

$
0
0
Me and Parvin

Hello u olls,

Yang ni kira catatan diari campur dengan cerita jalan-jalan.  Pada bulan Oktober yang lalu,  uish dah lama dah,  tapi baru nak keluar blog,  seorang anak ayam akak yang disayangi bernama Parvin yang dulunya adalah pelajar USM tapi lani dia dah graduate dan balik bekerja dan menetap di hometown dia iaitu Johor Bahru.  Dia mai Penang sempena konvokesyen kawan-kawan dia di USM,  so dia habaq akak awai dia nak mai Penang,  alhamdulillah ada calendar free.  So kami pun berjumpa.


Pekena Bangwhich dan teh panas di Tea Kadai.  Meletops.  Hangpa nak tau lebih lanjut pasai Tea Kadai akak pernah tulis kat blog akak before this:  Original "Chai" India di TeaKadai

click read more



Kami berjumpa di Tea Kadai,  milik kawan akak Faez De Boss,  pastu lepas tu kami jalan kaki ronda dalam Little India dan bermakan malam di Woodlands Vegetarian restaurants.  Walaupun dah acapkali dengar nama Woodlands,  tapi akak tak pernah mai sini.  Pengalaman pertama kat sini memang best la,  tempat ni dah la ada aircond,  pastu makanan dia sedap!!!  Lagi best adalah sebab Parvin boleh speaking Tamil (of course) dia duk order la sempoi apa semua.

Woodlands Vegetarian Restaurant beralamat di 60, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang. Menyajikan pelbagai menu rasa India asli tetapi 100% vegetarian.

Ini dia punya samosa.


Yang ni aku lupa tajuk dia apa.  Tapi set ni menarik,  dia bagi nasi briyani sikit,  roti nan,  pastu macam-macam jenis kuah kari yang semuanya pure vegetarian.  Tapi amazingly sedap dan berasa!!  Aku suka.

Ni depa punya teh.  Dia bubuh dalam cawan steel macam ni pastu ada mangkuk kecik kot bawah.  Fungsinya?  Untuk bagi ayaq hang tu sejuk cepat,  hang tarik la sendiri pakai cawan dan mangkuk kecik tu.


Tapi masa yang di-spend bersama Parvin malam tu memang sangat best sebab kami sama-sama share banyak benda.  Sebagai seorang wanita dalam hidup Parvin yang ternyata sudah layak menggelarkan diri kepada dia makcik saudara,  banyak benda jugalah yang aku boleh nampak perubahan pada diri beliau.  Paling utama sekali adalah macam mana Parvin lani dah lebih open dengan masalah yang dia hadapi.  Dulu budak ni,  bukan sahaja masalah dia sendiri dia duk pikiaq,  masalah orang lain pun dia duk sama khuatirkan.  Aku selalu pesan "Parvin....jangan peningkan kepala hang dengan masalah orang boleh tak?"  "Tapi Kak Jumie...saya care kat depa..."  


At the end of the day,  Parvin duk rasa sangat-sangat happy sebab kami dapat spend time bersama.  Aku pun sangat happy u olls,  berjalan-jalan macam ni.  Santai.  Aku kata kat dia "Aku tak kaya Parvin....aku takdak duit nak bagi kat hang.  So aku bagi lah masa aku......harap hang sudi terima..."


Well itulah sahaja yang aku nak share dengan hangpa.  Hargailah kawan kita... (isi tempat kosong).

Mamu Popia Mami Dalcha - Akak dan Mastura

$
0
0
Akak dan Mamak Puteh dalam satu babak dalam scene pertama.  Macam mana la kami dorang boleh jadi adik beradik?  Kaler sikit punya berlain ka?


Hello u olls,

Haaa...artikel ni tergendala nak diceritakan sebab sejurus lepas event teater anjuran persatuan kami iaitu Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang pada 28 Oktober 2017,  tak lama lepas tu Pulau Pinang dilanda bencana banjir. Yang tu akak akan ceritakan dalam artikel yang lain.  Tapi apa pun,  akak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada u olls semua yang beli tiket dan mai menyaksikan persembahan teater kami di Dewan Sri Pinang.


Show Pertama di Dewan Sri Pinang
Kepada u olls pengikut Resdong's,  hangpa mesti tau ini adalah kali pertama persatuan kami buat show di Dewan Sri Pinang.  Akak nak pujilah pihak yang menguruskan dewan ini iaitu Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang,  dari hari pertama kami mai tempah dewan ni depa bagi kerjasama yang amat baik.  Hari first mai tanya tarikh kat kaunter,  kami diberikan borang siap dengan senarai kemudahan dan kadar sewaannya.  Senang kami buat bajet!  Pastu dah siap buat surat tempahan dan isi borang apa semua,  mai hari show,  bukan sahaja staff depa semua ramai yang turunt bantu kami buat kerja.  Malah,  pegawai depa iaitu jurutera dewan juga turun padang.

Bukan nak kata la,  tapi staf-staf Dewan Sri Pinang mula-mula macam tak berapa nak yakin tau kami persatuan Melayu nak buat show kat sini.  Berkali-kali depa duk tanya kat Lanun,  kami punya presiden.  "Betui ka abang nak buat show kat sini?"  Depa tak yakinla sebab Lanun ni suka mai melawat dewan pakai slipper...hahahaha.  Sekali nenjia,  bila show bermula baru depa tau kami punya penangan buat show lagu mana.   Nenjiaaaa hampir 70% dewan penuh wehs.....dewan tu kapasiti seribu lebih kot.

Habis show,  depa semua mai jumpa Lanun dan kata "Abang.....nanti mai buat show dengan kami okay!! Best...best..."  Maybe depa rasa bangga sebab orang Melayu boleh buat event besar kat dewan yang boleh dikatakan paling meletops di Penang ni.  Hala...selalunya group Cina dan India yang mai buat kongset apa semua kat sini.  P Ramlee The Musical by Datin Seri Tiara Jacquelina pun buat kat sini u olls.

Insya Allah,  ada rezeki kami buat show kat Dewan Sri Pinang lagi.



click read more


Akak dan Mastura
Hehehe...watak akak dalam cerita ni adalah Mastura.  Over lah.....Mastura la sangat.  Kisahnya akak adalah adik kepada Mustapa yang dilakonkan oleh Mamak Puteh.  Sebenarnya AKAK LEBIH RELA MENJADI WANITA BELAKANG TABIR,  buat kerja-kerja pengurusan event,  cari-cari sponsor,  buat poster dan bla bla bla.  Tapi untuk skrip kali ini,  boleh dikatakan untuk show Resdong's di Dewan Sri Pinang yang meletops ni,  kami memerlukan bintang/artis perempuan yang boleh tarik peminat.  Pikiaq punya pikiaq,  satgi salah pilih artis perempuan,  walaupun ramai pengikut,  tapi berlakon ceroi........... so senang cerita,  akak pun merelakan diri untuk memegang watak anak perempuan dalam cerita ni.  Lepas gian orang kata.

Berlatih punya banyak,  boleh kata ini adalah show Resdong's yang paling banyak latihan.  Mau dekat 19 kali/hari punya duk prektis.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.  Paling best sekali,  tak tau macam mana,  masa scene akak nak bunuh diri sebab frust dengan Abang Zampuri dan scene akak nak nyanyi sedih sebab suami akak dituduh pencuri rantai....AKAK NANGIS BETUI BETUI U OLLS.  Oh mai god.........tak tau la hangpa yang mai tengok show ni perasan ka tak tapi siriesly akak pun terkejut macam mana akak boleh menangis real-real?  Maybe karakter yang akak pegang ni memang berdasarkan pengalaman akak sendiri kot.

Macam contoh,  sebagai wanita agam akak of courselah rasa macam mana cinta akak direject sebab tubuh badan akak.  Keinginan nak kawen tapi takdak sapa mau....dan rasa macam mana kalau suami kita yang disayangi dituduh membuat benda-benda yang dia tak buat?  Haaa....akak kan dah bersuami...so apply perasaan tu kat watak tu la.  Memang puas hati la.....bab nangis tu.  Bek pi la orang tak ingat tangisan akak,  janji akak ingat.  Dan menjadi kenangan akak dalam diri.





Jalan Cerita Mamu Popia Mami Dalcha
Cerita Mamu Popia Mami Dalcha ni adalah diinpirasikan oleh skrip drama TV komedi popular tahun 2009 iaitu Anak Mamak Menantu Mami.  Tapi Abu Mamu Raja Lawak yang juga pengarah teater kali ini telah olah skrip itu kepada Mamu Popia Mami Dalcha .

Show ni adalah empat babak.  Semua babak ni menceritakan kehidupan keluarga Mamu Popia dan bininya Mami Dalcha la.  Babak pertama,  cerita pasai Mastura iaitu akak yang mempunyai masalah berat badan.  Duk gemok gila suka makan,  tapi gatai nak kawen.  Kesian dia apabila cinta dia ditolak oleh abang sado yang merupakan jurulatih peribadi dia.  Last-last,  bila dia nak bunuh diri sebab frust,  sepupu dia iaitu Mat Kechick telah mengaku yang dia lama simpan hati kat Mastura dan teruih depa kawen.

Babak nombor 2 pulak menceritakan kisah si mak pulak iaitu Mami Dalcha.  Dia punya rantai hilang,  so dia tuduh menantu dia iaitu Mat Kechick.  Mastura pun sedihla sebab semua orang tuduh laki dia tanpa bukti kukuh.  Pastu nak dijadikan cerita,  adik kepada Mami Dalcha iaitu Caca Iqbal telah mengupah kawan dia sendiri yang dilakonkan oleh Chik Pak Mantelo untuk jadi inspektor polis.  Last-last,  pecah tembelang semua rupanya,  Caca Iqbal sendiri yang curi rantai tu dan pi gadai kat kedai Ah Tat.

Babak nombor tiga pasai Mustapa lakonan Mamak Puteh yang teringin nak kawen,  dia punya eksaited bawak balik marka dia nak bagi kenal dengan orang tua,  sekali rupa-rupanya kekasih hati dia yang dilakonkan oleh wanita pipi viral iaitu De Bebear adalah bekas kekasih kepada kawan baik Mustapa iaitu Rauf,  lakonan Ropi Raja Lawak.  Memang ramai la yang gelak seronok terhibur bila Ropi duk merapu macam-macam atas pentas.  Selain Ropi,  seorang lagi watak yang mencuit hati para penonton adalah watak Shirleen yang dilakonkan oleh Mamak Kwangsoo.  Depa semua habis show duk tanya kat akak "Dia tu betui betui nyah ka nok?"  HAHAHAH

Babak nombor empat yang merupakan babak terakhir adalah babak yang paling mencuit hati. Babak ni adalah kisah Mamu Popia iaitu bapak dalam cerita ni.  Dia ada hutang dengan ah long,  bila tak boleh bayar hutang,  ah long duk mai la buat kacau kat rumah.  watak Ah Long a.ka. Don Raja dilakonkan oleh Wan Raja iaitu penulis skrip dan pelakon asal drama komedi Anak Mamak Menantu Mami.  Dalam keadaan huru hara ni,  Yusuf Azmi lakonan Daniel Lawak Solo pun mai la nak tenangkan keadaan.  Memang lawak la time ni.  Ramai penonton yang sangat terhibur kat part ni,  tapi paling best sekali adalah ending cerita ni.  Macam mana Mustapa selaku hero dalam cerita ni telah gunakan duit simpanan yang bakal dia gunakan untuk berkahwin sebagai galang ganti untuk langsaikan hutang bapak dia yang berjumlah RM20,000.00.  Syahdu la part ni...pandai Abu Mamu buat skrip.

Here are some of the pictures captured by DK Studio.  Gambaq len belambaq tapi haruslah aku bubuh yang ada gambar aku kan??









Kesimpulan
Macam-macam feedback yang kami dapat habis daripada show ni.  Ada yang baik,  ada yang tak baik.  Yang tak baik tu,  kami terima secara positif insya Allah kami akan perbetulkan di masa akan datang.  Sapa-sapa yang terlepas tengok show ni,  mark calendar hangpa siap-siap tahun depan 2 dan 3 Mac 2018,  Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang akan beraksi di Kepala Batas pulak. Haaaaa berita baik kepada peminat kami area Seberang.

Okay terima kasih kepada kawan-kawan dan adik-beradik yang mai tengok show kami ni dah banyak kali akak cakap,  kali ni akak nak rakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang terutama sekali kepada Lanun sebab walaupun macam-macam cabaran yang beliau hadapi,  tapi 'THE SHOW MUST GO ON!"  Dia banyak ajar akak pasai,  biar maki depan-depan jangan mengata di belakang,  betapa pentingnya pendirian hidup yang kuat dan paling penting semangat dia untuk teruskan hidup teater Resdong's yang biar apa orang kata,  mempunyai cara yang tersendiri.

Dah tak mau feeling-feeling dah!  Jom ramai-ramai support show persatuan kami demi menaikkan martabat gerak budaya anak-anak negeri Pulau Pinang.

Follow kami di Facebook:  https://www.facebook.com/PersatuanTeaterResdongs/?fref=ts
Instagram:  https://www.instagram.com/resdongsteater/?hl=en
Baca blog kami:  http://teaterresdongs.blogspot.my/

Melukis Batik di Rozana's Batik, Lebuh Acheh, Penang

$
0
0



Hello u olls,


Last weekend,  kawan baik akak iaitu Kak Ren telah turun ke Pulau Pinang.  So akak culik dia seharian dan berjalan-jalan tampa mengingat kepada rakan-rakan lain.  HAHAHAHAHA.  Sampai malam baru akak bagi kawan-kawan lain semua jumpa dia,  tu yang mak ayam Nizal Nasi Tomato Ghaffoor telah meluat habis sampai carut aku habis-habis dengan menyatakan "Apa orang Penang...mai sini lukis batik?  Nak lukis batik pi la Kelantan!!"  Sorrylah kawan aku ni racist sikit.  Sebenarnya depa dengki sebab aku culik Kak Ren tak bagi jumpa depa.  HEHEHE.


Actually aku pulak dah lama tau pasai galeri dan studio batik Rozana's Refreshing Batik yang terletak di Lebuh Acheh, Penang ni.  Dia dua buah lot kedai,  satu dibuat studio untuk orang ramai belajar melukis batik manakala sebelahnya digunakan sebagai galeri untuk menjual produk hasil kraftangan batik serta lukisan milik Puan Rozana sendiri.  Tapi sayangnya,  duk cari kawan teman aku mai lukis batik kat sini mau dekat 3 tahun tak jumpa.....sekali Kak Ren lah berhati seni macam I olls sudi untuk ikut.  So haruslah kami pi.


Kelas batik dibuka setiap hari kecuali Ahad.  Bermula jam 12 tengahari sampai 6 petang.  Ada macam-macam harga duk ada,  tapi paling murah adalah RM35 untuk satu jam sesi mewarna batik.  Kita akan diberi pilihan untuk warna kain kapas atas block kayu 8 inchi kali 8 inchi,  corak semua depa dah lukih siap-siap.


Kalau nak canvas yang besar sikit,  ada yang RM75 pun ada dan yang besar sekali RM100 lebih satu blok.  Corak yang diberikan ada macam-macam,  ada motif batik,  ada yang motif modern,  ada motif binatang,  ada motif India dan ada motif bercorak cartoon.


Kalau nak lukis corak sendiri pun boleh,  yang tu hangpa kena amik pakej yang RM75 atau yang besar seratus lebih punya.

click read more


Rozana's Batik
Ini gambar depan studio dan galeri Rozana's Batik.


 


Ini adalah kali pertama akak mewarna batik.  Sangat therapeutic sebenarnya mewarna ni,  kami dorang daripada mulut pepek bising tau nak mengumpat orang tiba-tiba jadi diam dan tenang.  Warna punya warna,  Kak Ren punya teliti tak tau nak colour macam mana sampai sementara aku nak tunggu batik dia siap,  aku boleh amik lagi satu block dan warna lagi satu.  Memang best u olls.


Habis warna,  Puan Rozana akan keringkan blok kita dan kita boleh bawak balik hasil karya kita ni.  Memang best u olls.  Kalau hangpa nak lukisan hangpa tu disemadikan untuk hiasan baju,  beg atau sebagainya (maknanya kita nak pakai untuk boleh dibasuh),  hangpa boleh bagi Puan Rozana untuk letakkan satu bahan kimia untuk matikan warna tu.  Proses tu amik masak lama,  more than 6 hours.  So kalau u olls sudi mai amik esok-esoknya bolehlah.


Rozana's Refreshing Batik juga menerima temujanji daripada syarikat korporat ataupun badan kerajaan yang berminat buat kelas mewarna secara berkumpulan di sini.  Banyak syarikat swasta yang selalu adakan aktiviti team building mereka di sini.  Apa-apa u olls boleh contact dengan Puan Rozana untuk susunan seterusnya.


Kepada orang Penang sekalian yang berminat nak belajar melukis dan mewarna batik,  kita nak pi Pantai Timur memang terlalu jauh kan?  U olls boleh mai kat Rozana's Refreshing Batik,  sebab Puan Rozana sendiri adalah seorang pelukis yang kepakarannya dalam lukisan tekstil.  Dia pernah membuat pameran batiknya sendiri dan kalau u olls nak beli lukisan batik beliau yang sudah dikatalogkan pun boleh mai kat sini!


Akak memang nak mai sini lagi,  dan Puan Rozana pesan,  kalau mai lagi,  dia nak ajar akak macam-macam teknik mewarna batik lagi.  WOW MENARIK....


Okay jom tengok gambar!!



Sesi menge-test colour before sesi mewarna dilakukan.  Kita boleh mix-mix colour untuk dapatkan colour yang kita suka.  Puan Rozana akan bantu kita time ni.



Deni duk colour dengan tekun kunon....habis kertas dia nak cuba macam-macam gabungan warna tapi sampai last tak tau nak amik colour mana!


 Aku dah siap satu blok (yang motif batik tu),  Kak Ren's  punya motif wayang kulit tak habis-habis lagi.  Haram J.



 Duk colouring blok kedua,  control hidung bagi tak kembang sangat.


 Puan Rozana akan mai tengok kita punya proses mewarna dari semasa ke semasa,  dia akan bantu kita untuk warna dan menggunakan teknik yang betul juga bagi tips-tips.  Baguih la...bukan dia lepas kita colour suka hati ja!




 Ini motif batik pertama yang akak buat.  Tak pandai nak mix colour lagi,  semua warna jadi warna terang dan gelap.  I like it,  tapi macam ini bukan aku punya colour kesukaan.  Takpalah...ini first time kan?


 Yang ni motif batik kedua.  Yang ni aku pandai dah nak mixed colour bagi dapat blue yang lembut macam tu.  Kisahnya add dengan ayaq ja...apa raaa...aku suka motif ni nampak macam motif kerawang kebaya nyonya pulak.  



Ini karya agung Kak Ren!!  Dia punya pening tak tau nak pilih warna untuk background yang hijau tu sampai punya lama nak pilih.  Puan Rozana pun jenuh duk tolong Kak Ren buat decision.  Aku sampai kata "Kak....jangan duk peningkan dia lagi untuk buat keputusan hidup dia!!" Puan Rozana pecah gelak.  Tapi aku suka dia punya bulan belakang patung wayang kulit tu.  Nampak macam bayang-bayang wayang kulit kan?


 GELAKKK LA SANGAT!


 Kawan ni nama Jeniffer dari German.  Pandai dia colour style warna lembut.  Deni memang duk melukih dan colour semua dia tau la....


 

Sebahagian daripada hasil karya Puan Rozana.  Kepada orang Penang sekalian yang berminat nak belajar melukis dan mewarna batik,  kita nak pi Pantai Timur memang terlalu jauh kan?  U olls boleh mai kat Rozana's Refreshing Batik,  sebab Puan Rozana sendiri adalah seorang pelukis yang kepakarannya dalam lukisan tekstil.  Dia pernah membuat pameran batiknya sendiri dan kalau u olls nak beli lukisan batik beliau yang sudah dikatalogkan pun boleh mai kat sini!


Studio
Ini adalah gambar yang akak rakam menunjukkan ruang studio Rozana's Batik ni.  Tak besar,  tapi very relaxing dan mendamaikan.  Style pasang radio saluran apa aku tak tau,  duk keluar muzik2 tahun 2000an.  Memang layan laa...






Dah Siap
Okay ini gambar kami posing with Puan Rozana bila lukisan batik dah siap.  Puan Rozana ni memang kecik molek orangnya,  hangpa tengok sat aku duduk sebelah dia aku teruih nampak macam perempuan jin macam mana ka!






Contact
Facebook:  Rozana's Refreshing Batik, Lebuh Acheh, Penang  & Rozana's Batik
Emel:  rozanabatik@yahoo.com
Alamat:  81 B, Lebuh Acheh, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
No Tel:  014-247 5347

Teh Tarik Harimau, Penang

$
0
0

Nampak aku bagi harimau ni minum teh tarik.


Hello u olls,

Sapa nak terasa,  terasa pi la.....tapi nak habaq mai aku paling tak boleh belah pi minum kat Starbuck ataupun Coffee Bean ataupun Gloria Estafan ka apa semua yang sama waktu dengannya.  Style mahai nak mampuih pastu duduk kat sana kena macam sopan-sopan dan aku tak suka orang sekeliling kat kedai kopi tu nanti muka stuck up macam ada cop kat dahi "Weh...aku minum kopi mahai kot...satu cawan aku ni boleh isi minyak kereta Viva pusing USM 3 hari tak habis..."  Dalam erti kata lain,  muka poyo.

Aku suka lepak.....................cafe yang tak berapa orang tau,  tak ramai orang dan yang paling penting coffee dia tak mahai sangat.  Kalau setakat satu cawan RM6 ka apa,  aku boleh terima lagi.  Halaa.....sebab nak cover duit bill aircond kat cafe tu.


Baru-baru ni,  kawan aku Nadia Khoo telah memperkenalkan aku satu kedai teh tarik mamak yang sangat sempol.  Aku tak tau apa nama kedai ni, tapi aku panggil dia Teh Tarik Harimau sebab kat tepi gerai ni depa lukih harimau kat dinding.  Kerlassssssssssssssssss....

Hangpa kalau ronda-ronda blah Chulia Street, menuju Jetty,  hangpa boleh nampak kedai ni blah kiri jalan.  Tak ramai orang mai lepak sini,  nampaknya banyak pakcik dan makcik old school yang sangat friendly.  Style duk sembang-sembang dengan kami sebelah meja macamlah dia nak bayar kami punya bill.  HAHAHA. Aku try cari ataih Google maps tapi aku jadi migraine duk cari.  Tapi ampa try la cari sendiri,  like i said,  masuk dari Chulie Street,  tengok ja kiri.


Okay dah....jom tengok gambar-gambar kami duk lepak.  

click read more




Mak ayam dan harimau.




 Kat sini makanan semua style simple.  Pak tongko/cakoi dengan kari.

 Teh tarik...

  
Maggie goreng.


Teh halia ais!



Ni Nadia dan Ridhwan Shariff.


Thanks Nadia show aku tempat lepak yang cool dan very the PENANG style.  Aku suka.

Sarapan Dimsum di Green Town Dimsum Café

$
0
0

Hello u olls semua,


Aku tulis ni mesti orang-orang Ipoh dan kawasan yang satu dengannya pasti akan berkata "Haaaaa betui tu Kak Jumie...kami pun suka mai makan kat sini!"  Kat mana?  Kat Dimsum Cafe Greentown.  Haaa....akak tau pasai tempat ni sebab kawan akak bernama Taufiq Noor a.k.a Achi Ayaq telah mengesyorkan kami dan kawan-kawan semua untuk mai makan kat sini.  Taufiq Noor mai makan sini dengan family dia. 


Dimsum Cafe Greentown terletak di Greentown,  Ipoh.  Senang ja nak cari dia,  dia kat kedai-kedai yang tepi padang besar tengah Ipoh tu.  Yang bestnya pasai Dimsum Cafe Greentown adalah cafe ni adalah halal.  Seronok la u olls!  Kita ni sebenarnya memang teringin nak rasa macam-macam makanan Chinese style tapi tak banyak yang menyajikan hidangan yang halal u olls.


Sebenarnya akak tak pernah pi restoran ataupun mana-maa cafe dimsum sebelum ni.  Selama ni duk tengok ja kawan2 akak di KL selalu duk makan dimsum kat sana,  depa duk post dalam Insta.  Kat Penang mungkin ada yang halal,  tapi takdak sapa-sapa rekemen aku lagi.


So,  baru-baru ni akak dan En Khafi turun Ipoh untuk attend wedding,  dan kami pun amiklah kesempatan pi makan kat sini.   Ada macam-macam pilihan,  bukan dimsum sahaja.  Ada goreng-goreng like mee dan bihun dan nasi dan cara order very easy,  bukak menu dia,  tengoklah senarai apa makanan ampa mau,  tulis coding kat atas kertas order,  pastu bagi la kat depa.  Nanti makanan dia mai la.


And yes, now i know why kedai ni mendapat rating yang tinggi dalam Google page dan Facebook page,  memang dimsum dia sedap u olls.  Style gemok-gemok isi banyak,  hang boleh rasa,  kalau udang...memang ada udang dalam tu.  Pastu sup dia style berasa dan kami ada order chee cheong fun style sempoi punya bukan jenis letak petis udang macam aku duk rasa selalu kat Penang punya.  Dia macam ada sup dan dalam tu ada isi macam mana ka,  insat aku tunjuk gambar.



Dimsum

Chao Zhou Dumpling  RM5.50 



click read more



Yang ni set apa ka,  dia ada macam-macam dalam ni.  Lupa la harga dia satu berapa.




Vegetarian Cheong Fun RM6.40
Yang ni memang aku suka sangat2 la.  Chee cheong fan dia kot dalam ada isi sayur macam mana ka.  Tak sure sayur apa ada dalam tu tapi kalau tak salah la,  ada cendawan dan juga sayur jeruk.  Pastu dia punya chee cheong tu dia macam grill sikit bagi ada tekstur garing-garng situ.  Dia letak soy sauce dan sambal as penambah rasa.



Jiao Zi RM7.20
Hat ni memang best.  Dia clear soup (rasa soup ayam),  sayur dan tiga ketul dumpling gondu dalam tu.  Memang sedap dia punya soup aku hirup sampai habis.


Sos cili ada,  sos manis ada.  Ikut hangpa nak mana?



Akak order green tea + chrysanthemum tea.  Dia bagi dengan cawan kecik rendam dalam ayaq panaih.  Kerlas sangat.  Tapi akak return balik gelaih panaih tu,  kita panaih....mintak depa ais ketul dan bubuh teh tu dalam tu.

Bini minum ayaq the,  laki minum ayaq Yahudi untuk sarapan.


Menu
Kedai ni bukak dari pagi sampai malam,  so selain dimsum,  ada macam-macam pilihan lain yang lebih berat.  Masakan panas macam Nasik goreng,  mee goreng dan macam-macam lagi duk ada.  Next time mai,  aku nak makan di semua.  Kami ni mai rasa sikit ja sebab lepas ni nak pi makan kenduri lagi.



Kerlas Pak Lah pun pernah mai makan sini.



Café
Inilah café nya.

  


Selain makanan dia sedap,  tempat dia juga very the bersih dan layanan bagus.  Ada ruang dalam cafe yang ada aircond,  dan hangpa boleh juga duduk kat luar untuk rasa angin-angin pagi gitu.  


Walaupun harga makanan kat sini bagi I olls agak mahal juga,  satu dimsum dalam RM10 ke bawah.  Tapi...dengan sedap dan servis baguih macam ni!  Bayaq berapa pun takpa kan?  Okay dah...jom tengok gambar dan jugak details pasai tempat ni.  Sapa mai Ipoh,  please mai try makan Dimsum Cafe Greentown ni! 


Green Town Dimsum Café
Alamat: 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Perak
No tel: 05-255 2010
Business hour:  Opens everyday except Tuesday from 8 am - 9 pm

Ulasan Final Gegar Vaganza 4

$
0
0


Hello u olls,

Maka berakhirlah final Vanza-vanza semalam.  Sebelum show ni semalam,  akak sempatlah khatamkan show show GV yang sebelum itu.  Rasanya akak terlepas dua konsert iaitu minggu ke enam dan minggu ke tujuh.  Tapi memang meletops la u olls,  lepas akak up status pasai Astro tak bayar air cond ka?  Pasaipa semua artis duk mai nyanyi atas pentas muka berminyak,  haaaaaa minggu depannya terus semua artis elok muka tak berminyak atas pentas.  Tahniah team GV sebab amik perhatian kepada butiran tersebut.

So final sampai 6 orang u olls.  Apa pendapat akak mengenai show semalam?   Siriesly pada akak,  final konsert Gegar Vaganza semalam tak berapa nak best sangat.  Sapa setuju dengan akak sila angkat tangan sorang-sorang.  Why tak best?  Ada dua sebab!


1.  Bagi akak,  semua yang masuk final,  adalah best tapi macam akak tak ternanti-nanti pun depa punya persembahan.  Bukan nak kata depa punya suara tak best,  best....tapi takdak aura!

Waima Kak Aishah sekalipun,  siriesly Kak Aishah memang best la dia nyanyi.  Tapi dia punya personality dan style dia atas pentas bagi akak macam ....a lost woman who just do what ever people ask her to do.  Akak akan uraikan seterusnya.

2.  Kedua,  lagu semalam semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak best.  Siries wehs semua lagu-lagu kecuali lagu...Celine Dion All By Myself sahaja yang akak rasa macam berhantu sikit.  Lagu Search yang Liza Hanim nyanyi tu,  kat telinga akak macam tak berapa nak best sebab lagu tu kot mana pun kena dinyanyikan oleh orang yang mempunyai vocal yang lain dari lain.  Vokal sedap iklan macam Liza Hanim tu,  bukan tak sedap,  sedap...tapi not memorable gitu.  Begitu juga lagu-lagu lain,  siries aku tanya kat hangpa,  hangpa duk teringat tak balik lagu-lagu yang finalist nyanyi semalam?  Tak ingat sangat kan?


Keputusan
Akak suka keputusan,  memang Aishah patutlah menang.  Sebab walaupun semalam lagu Search yang Liza Hanim tu susunan punyalah diubah gila-gila punya macam nak tunjukkan kehebatan Liza Hanim macam nak bagi sangat dia menang kan?  Akak macam kata,  erm...memang depa saja nak bagi LH menang ni.  Tapi akak sangatlah setuju apabila Aishah dinobatkan sebagai juara.

Actually sepanjang penyertaan ini I olls tengok Kak Aishah ni macam kesian.  Dia ni macam mai,  nak nyanyi,  pastu balik.  Betui Datuk Ram kata,  dia tak heran nak make up macam mana,  pakai baju apa?  Dia mai nak menyanyi sahaja.  Dan perwatakan dia pun masa interview dan sebagainya,  aku macam pelik pasaipa dia duk membawakan personality macam dia ni makcik-makcik comel yang disukai oleh semua anak menakan sebab makcik ni suka bagi makanan kat budak-budak.  Dia bukanlah seorang diva-diva sebab nak ikutkan dia punya pengalaman selama ini.

Tapi aku tak tau sapa yang sponsor baju dia untuk lagu kedua,  yang wara kuning pucuk pisang pastu dengan cape pendek dan ada bulu warna cokelat.  PASAIPA ARMA COUTURE TAK SPONSOR BAJU LAGI LIKE UNTUK MINGGU KE 6???  Memang betui kot apa yang Datuk Ram kata tu,  dia nak nyanyi ja,  dia tak heran apa yang dia pakai atas pentas.  Tapi..........AS PROFESIONAL SINGER,  mana hang boleh bagi alasan macam tu.  Dah kata hang jadi penyanyi,  naik pentas,  keluar TV,  keluar YouTube,  satu dunia tengok hang...dan hang tak kisah pakai baju macam Elsa yang dah hilang kuasa majik ais dan tak boleh move on?



Aku sedih!  

Lain pulak Liza Hanim.........aku suka pompuan ni punya stail fesyen dari awal lagi.  Badan LH elok,  tinggi dan ada shape (dia dah kuruih banyak.....),  tapi dia punya stail semua very the elegen dan simple.  Dia tak pentingkan pada kepok-kepok ropol dan atau kain manik gondu apa semua,  dia pilih warna yang asli,  bentuk dress yang kerlas,  dia buat lining (lapisan dua jenis kain),  aku suka!  Make up dia pun semua on point.

Yang lagi empat,  aku suka Hazami.  Suka depa duk usik usik keponenannya,  aku suka dia pun tak fake.  Just be himself.  Lan pun sedap,  cuma lagu Smell Like Teen Spirit yang dia nyanyi tu macam merapu ja bagi aku.  Lagu tu lagu legend,  tak boleh dibawak oleh orang-orang biasa.

Okay lah itu sahaja aku punya komen.  Tahun depan tak tau la sapa pulak nak masuk.  Apa pun,  tahniah Astro sebab bagi peluang kepada artis-artis lama yang telah dilupakan.  Dan terima kasih juga kepada Dato Vida dalam keadaan ekonomi Negara tak berapa nak cantek ni,  hangpa duk tabur duit bagi ada kemeriahan sikit.



Durian Dessert @ Durian Haven Signature - Queensbay Mall

$
0
0

Hello u olls,

Haaa...lepaih aku dan Azmi pi makan kat Mee Tarik Warisan Asli kami turun sampai tingkat bawah,  seret kaki dan perut yang kekenyangan tetapi very the sentap sebab kat Mee Tarik Warisan Asli takdak dessert,  kami pun mai la memanehkan mulut kami di Durian Haven Signature.  Terletak di Ground Floor,  Queensbay,  café kecik ini menyajikan pelbagai jenis juadah pemanis mulut yang berasaskan inti durian asli.

Durian dalam aircond?  NO NO NO.  Masuk café ni memang boleh rasa sikit dia punya gas durian tu.  Tapi kita sebagai pencinta durian memang takdak masalah pun dengan bau ni kan?

Akak ke kaunter untuk menengok apa yang menarik?  Ada macam-macam,  kat display kaunter ada durian pancakes which is actually kita ni duk tau durian crepe la.  Pastu ada cakes,  daifuku (macam mocha la u olls,  Japanese dessert) dan cream puff.

Tapi mata aku tertarik pada tawaran yang ada kat dinding,  iaitu Premium D24 Durian Gelato only RM6.90 dan Durian Pancake RM7.00!  Aku beli durian gelato dua (sorang satu) dan durian pancakes amik 1,  nak try dulu kan.



click read more




Ni gambar depan Durian Haven Signature.  Uncle dan aunty ni tak berganjak punya lama,  so amik gambar depa sekali.


Ni gambar dalam kedai.  Group yang ada uncle botak tu makan banyak...depa order macam-macam.  Sorry tak leh nak fight dengan depa,  sebab kami kekenyangan.


Ni kat display ada macam-macam makanan depa duk jual kat dalam display ice box ni.


Yang durian tu bukan durian betui,  depa saja bubuh la hat mainan punya.




Yang ni Durian Pancakes depa,  ada 3 ketui RM7.00 satu pinggan ni.  Jangan pandang rendah pada kekecilan durian pancakes ni sebab rasa dia memang TERBAIK wehs.  Aku dengan Azmi jadi koma lebih kurang 2.57 saat lepas makan durian pancake ni.


Nenjia deni duk nak telan.......


 

Ni dia punya gelato.......


Durian pancakes yang dah siap-siap bungkuih.  Ramai duk mai beli tau!





Akak dan Azmi Marni Jarum Ibu Ratu Taman Tun Sardon

Sekali durian pancakes mai....mak aiiii...punyalah kecik!!!! Ha laaa kami dorang dah macam Ninja Turtle punya besaq kan?  Dapat pancakes punya kecik jadi musykil la hat ni untuk kami ka untuk semut?  Tapi nak habaq mai the moment pancakes tu masuk mulut,  kami dorang tercengang....memang sedap sangat-sangat.  Boleh rasa dia punya DURIAN grade baik punya dia bubuh dalam tu!  So walaupun sedap gila babi tapi kami tak tambah order lagi sebab kena sabaq sat makan gula banyak-banyak,  ais krim pun dah order kan?

Dia punya gelato,  well....okay la.  Rasa la durian tu,  tapi tak berapa berkrim sangat.  Sebab gelato kan dia macam creamy sikit tekstur dia.  

Okay ini sahaja review akak pasai Durian Haven Signature kat Queensbay Mall ni.  Hangpa kalau mai Queensbay,  cubalah try dia punya pancakes!



Durian Haven Signature - Queensbay Mall
Lokasi:  Gf-05, Ground Floor, Queenabay Mall Penang,  11900 Bayan Lepas
No tel:  017-208 8767
Facebook:  https://www.facebook.com/durianhavensignature/
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>