Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Salam Aidilfitri 2018

$
0
0


Assalamualaikum u olls semua,

Tudiaaaaaaaaaaa...punya lama aku tak bersiaran!  Macam-macam jadi since bulan April sampailah sekarang dah habis Ramadhan.  Esok lusa kita akan meraikan Aidilfitri setelah sebulan berpuasa.  Akak harap kalian semua beraya dengan meriah,  bersederhana dan yang paling penting banyakkan bersedekah dan banyakkan beringat pada orang-orang yang tidak mampu.  Haaaaaaaaaaaaa gitttu awal-awal dah ceramah agama kepada u olls.  Why?  Sebab nak habaq mai sekarang ini akak dah meninggalkan Penerbit USM dan bertugas di Pusat Islam USM.

Dah-dah jom baca catatan diari akak untuk kalian semua setelah lama tak bersiaran!

click read more


Pindah Office
Pasaipa lama tak bersiaran?  Haaa macam-macam jadi u olls.  Penghujung bulan Mac akak punya birthday,  bulan 4 the whole month akak HENG (sapa paham...pahamlah),  14 Mei 2018 akak kembali dari rahmatullah,  tiba-tiba dua tiga hari lepas kembali,  akak dapat arahan daripada Universiti yang akak kena pindah pi office baru.  Sedih tak?  JANGAN DITANYA.  Kita profesional,  apa depa suruh kita buat sahaja.  Bukan mudah depa nak urus macam-macam dan ingatlah jawatan kita ni sekecik-kecik semut yang boleh dipijak mampuih begitu sahaja,  bukannya jawatan Naib Canselor apatah lagi Attorney General of Malaysia.  So bila dapat surat tu,  akak pun tak toleh belakang dan buat persediaan yang sebaiknya.

So office baru akak di Pusat Islam USM.  Untuk lebih spesifik,  akak punya office betul-betul kat Masjid Al Malik Khalid,  USM.  Lantas,  sesuailah dengan hashtag rasmi akak minggu ini #officeadakubah.

Dari jendela office ku.

Ingat senang ka nak pindah office,  nak persiap apa semua barang-barang.  Masa tu la kita tau yang sebenarnya kita duk buat office kita macam separa rumah.  Lepas dah pindah masuk office baru,  kerja pun bertimbun masuk sebab memang tradisinya Masjid USM tidak pernah tidur especially pada bulan Ramadhan.  Ditambah pulak banyak benda baru yang akak kena belajar dan susun atur untuk ikut akak punya cara kerja,   pastu sekarang pulak bulan Ramadhan!  Balik kerja dah rushing nak siap memasak kan?

So mana bila nak sempat menulis untuk blog ini?  Jangan sedih,  walaupun tak tulis blog,  tapi kalau hangpa perasan akak banyak buat catatan di laman Facebook akak.  Yang ni kira paling senang tanpa memerlukan apa-apa editing.  Pertama,  akak buat album catatan Catatan Ramazan Kak Zah 2018 so apa akak masak,  apa akak buat,  banyak akak share kat sini secara FB post.  Banyak jugak post,  hangpa click kat link tadi akak bagi tu,  click secara Feed View.  So senang nak paham.

Kedua,  akak ada buat satu lagi album catatan iaitu Buku Yang Dibaca 2018.  Album ini untuk menggalakkan diri ini agar lebih rajin membaca. Haaa...asyik duk tengok Youtube sahaja.  So lani akak nak rajinkan diri akak untuk membaca.  Setiap buku akak baca,  akak akan review kat sini.

So,  u olls semua,  nantilah review-review akak lain lepas Raya nanti insya allah.  Banyak lagi event dan program yang akak nak review tapi tak habis-habis lagi.  Nanti naa....

Jumiess Cookiess
Bersempena dengan raya tahun ni,  akak nak ucapkan terima kasih kepada kalian semua yang menyokong perniagaan kakak dan adik I olls yang meneruskan tradisi Jumiess Cookies yang amat popular dengan Kuih Kacang Mazola nya.  Ramai yang confuse,  biskut raya nama Jumiess tapi awat apa-apa nak kena tanya kat orang lain,  bukan JUMIE sendiri.

Berapa kali nak habaq tak tau,  Jumiess Cookies ni adalah perniagaan kakak I olls,  Sanita Samsudin yang dah berapa tahun duk buat business ni,  tapi brand tu pakai nama akak.....SEBAB AKAK KAN RETISSS......hahahahahaha

Apa pun,  sekali lagi nak ucap terima kasih banyak-banyak kat u olls semua yang menyaport.  Kalau ada silap dan salah,  mintak maaf banyak-banyak.  Tahun depan,  before 1 week of Ramadhan,  mai order cepat-cepat okay!

Saja nak habaq kat hangpa,  tempahan untuk Jumiess Cookies dibuka sepanjang tahun.  Kalau hangpa nak order untuk kenduri kawen ka,  buat hamper ka,  contact ja kami!  Apa-apa follow IG:  @jumiesscookies  atau FB kami Jumiess Cookies


Allya Inner Neck by Jamila
Selain berniaga kuih,  ni akak nak habaq ni kat u olls semua,  secara rasminya akak telah menjadi ajen satu jenama anak tudung bertajuk Allya Inner Neck by Jamila.  Hangpa boleh tengok IG rasmi kat sini,  @jamilaavenue.  Jamila adalah jenama yang diasaskan oleh usahawan yang berasal dari Penang iaitu Sha Jamilah Almufazal,  tapi dia banyak duk turun KL semua.

Akak menerima lamaran beliau untuk jadi agent sebab akak sendiri adalah pengguna produk ni dan akak sangat suka!  Walaupun harga sedikit mahal,  lebih kurang sama dengan inner neck/anak tudung dari jenama ekslusif yang lain,  yang penting dia selesa dan very the tahan lama.

So sapa-sapa berminat nak beli,  nah hangpa tengok sini:



Ucapan Selamat Hari Raya
Baiklah,  dikesempatan ini akak ingin mengucapkan selamat hari raya,  Maaf Zahir dan Batik untuk semua yang rajin membaca blog akak.  Akak mintak maaf kalau ada penulisan akak yang menyakitkan hati kalian,  kita sesama manusia kena sentiasa beringat.  Tegur menegur tu memang apa yang akak buatlah.  Itulah namanya seorang penulis.  Kalau pikiaq takut dan malu,  akak tak akan menulis.

Kirim salam kat keluarga hangpa semua.  Raya elok-elok.  Ingatlah pada orang yang susah.  

Bye semua!

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 5

$
0
0


Helo u olls,

Disebabkan majlis perkahwinan ini adalah antara kerabat keluarga diraja Britain dan aktres dari Amerika Syarikat yang bermastautin di Kanada,  maka selain daripada kaum kerabat istana,  para selebriti dari UK,  Amerika Syarikat malah Kanada juga turut dijemput ke majlis perkahwinan ini.  Kalau dibandingkan dengan majlis perkahwinan Kate dan William pada tahun 2011 yang lalu,  akak rasa,  para tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan M & H ini adalah lebih meriah.

Disebabkan majlis perkahwinan ini diadakan pada penghujung musim bunga yang sedang beralih ke musim panas,  maka ramai antara tetamu memilih warna yang terang,  corak flora dengan potongan yang singkat dan mudah.  Tapi tak dinafikan,  ada juga beberapa selebriti yang pakai baju macam nak pi majlis pengebumian.

Apa pun,  u olls boleh tengok lah kat sini sapa selebriti yang dijemput yang betul-betul rapat dengan M & H.  Akak macam sedih awat Donald Trump dan Melania tak dijemput,  sebab kalau depa tu dijemput,  akak nak tengok sangat-sangat apa Melania pakai!

Jom baca.



George Clooney & Amal Clooney
PALING SUKA BAJU AMAL sebab potongan dan warnanya.  Potongan dress ini sangat simple.  Tidak ketat dan ada labuhan unik di belakang.  Nampak labuh kot belakang macam mana ka.  Apa pun,  warna kuning ini sangatlah menarik dan membuatkan beliau stand out semasa berjalan masuk gereja malah semasa beliau dalam gereja tu sendiri.  Amal mengenakan dress dari Stella McCartney,  topi by Stephen Jones,  clutch by TALA dan kasut oleh Aquazzara.  Manakala George Clooney memakai suit dari Giorgio Armani.


 


James Blunt & Sofia Wellesley
Sofia Wellesley adalah isteri kepada penyanyi terkenal YOU'RE BEAUTIFUL.  Baju dia daripada Valentino.  Kain sulam macam mana ka...akak suka sangat.  And dia punya head dress pun unik dan cantek.  Macam kain napkin keraih kita buh kat banquet hotel,  pusing-pusing keraih jadi bunga.





Carey Mulligan & Marcus Mumford 
Carey Mulligan pakai dress oleh Erdem.  Sangat simple dan santai.





Serena Williams in Atelier Versace
Serena memang over!  Dia duk posing sakan dari awai.  Akak suka semua,  dress dia,  kasut dengan heels tebai dia,  head dress dia kecuali dia punya rantai Bulgari nampak macam bulky semacam dan tak masuk.





Oprah Winfrey In Stella McCartney
Dikatakan,  sebenarnya mula-mula Oprah bok mai baju apa ka.  Tapi rupa-rupanya baju tu warna terlalu putih dan nanti nampak over shadow pengantin.  So dia cepat-cepat call Stella McCartney dan teruih siaplah baju ni.  Tetek Oprah nampak seketoi punya besaq.  Sakit pinggang akak memerhatikannya.  Akak suka beg Kak Oprah pakai oleh Gabriela Hearst.  Memang meletops.  Topi of courselah dari Philip Treacy dan kasut oleh Mary Jane.  Mak ayam ni sorang over pakai spek mata sambil jalan tengah panaih.






Akak pelik awat Oprah duduk hujung sekali.


Priyanka Chopra in Vivienne Westwood
Perempuan ni pun over..................sama macam Serena William.  Ramai puji kata dress dia by Vivienne Westwood sangat cantek,  tapi tidakkah hangpa setuju dengan akak untuk mengatakan dress ini membuatkan beliau nampak tok tok.  Maksudnya nampak tua la u olls.  Dengan warna dan topi Philip Treacy dia tu,  dia nampak tua.  




Sabrina Dhowre in Gucci
Tunangan kepada pelakon kacak yang akak taste sangat-sangat,  Idris Elba iaitu Sabrina Dhowre memakai full set Gucci style. Nampak sangat pelik sebab dia pakai semuanya Gucci siap ada lambang logo apa semua (hijau dan merah). Walaupun hakikat dia adalah cantek dan meletops,  tapi untuk pakai dress yang nampak logo logo brand ni semua sangatlah tak okay.  Dari jauh duk nampak macam dia pakai uniform apa ka.






Victoria Beckham in Victoria Beckham
Mak ayam ni bila masa pun akan nampak macam berkabung.  Baju dia pakai of course dari label dia sendiri,  tapi topi dia oleh Stephen Jones.  Cuma yang lainnya kali ini,  beliau pilih untuk pakai heels warna oren.  Apa pun suami dia yang elok iaitu David Beckham memakai suit Dior Homme by Kim Jones.



 

Eloknya Abiang Devid........

THROWBACK PHOTO

Ni gambar depa masa attended wedding William dulu.  Still nak kena warna gelap gelap kan?


Charlotte Riley in The Vampire’s Wife
Isteri kepada Tom Hardy pakai dress yang meletops.  Walaupun ramai yang kutuk sebab nampak gothic tapi akak rasa gothic look ini unik especially dia punya topi oleh Philip Treacy.  Pilihan yang tepat.  Kasut beliau oleh Rupert Sanderson dan beg tangan oleh Vampires Wife.
Sempoi kan jenama ni nama Vampires Wife??


 



Sarah Rafferty in Lanvin
Beliau adalah rakan pelakon kepada Meghan dalam cerita Suit.  Dress ini dari Lanvin.  Lanvin ni dia ada style dia sendiri.  Pelik,  tapi kalau kena gaya....elok.



Chelsy Davy
Kesian perempuan ni kena troll teruk kat internet.  Beliau adalah bekas kekasih kepada Prince Harry yang turut hadir ke majlis perkahwinan ini.  Tak tau dia pakai baju sapa tapi nampaknya macam terlalu pendek/singkat.  Dengan ropol yang over,  rambut yang tak dicurl elok,  kasut macam nak pi clubbing,  topi buku cacak hitam,  dia nampak macam serabai sangat. Kasut dia pakai oleh Alaia shoes dan handbag Chanel.



Caroline Greenwood in MatchesFashion

Tak tau sapa perempuan ni tapi dia nampak sangat kampung.  Awat ingat orang puteh takdak ka yang kampung2 taste macam Ramlah Ram?  Ini bukti.


Delfina Blaquier in Archeval Pampa
Ni semua gang-gang Meghan Markle rambut merepek.  Baju dia...erm......tak tau la...bohsanlah.



Jacinda Barrett in Emilia Wickstead
Deni punya look very meletops.  Potongan dress atas buku lali menampakkan beliau very the langsing dan sopan.  Kasut Jimmy Choo dia sangat seksi.  Topi of course dari Philip Treacy.





Troian Bellisario In Temperley London

Troian Bellisario adalah isteri kepada salah seorang pelakon Suits.  Cantek la dress dia semua.  Very the manis.  Kasut oleh Sophia Webster dan dia pakai beg tangan silang bahu (hangpa tengok betul-betul baru nampak) jenama Tyler Ellis.



Julia Carey in Tom Ford
Bini kepada James Corden tak pernah salah dalam berfesyen.  Akak rasa dia pandai!  Topi dia pakai oleh Stephen Jones Millinery, kasut by Christian Louboutin dan beg tangan kecik oleh Edie Parker.




Janina Gavankar
 Beliau berani mengenakan pakaian vintej dari Western Costume.  Kasut oleh Sigerson Morrison dan clutch dari Saint Laurent. Hangpa suka ka?




Gina Torres In Costarellos
Walaupun baju dia nampak macam kain tingkap rumah tok kita,  tapi dia still nampak ohsem.  Dia berani pakai topi ala-ala koboi perempuan.





Cressida Bonas in Eponine London
Perempuan ni pun adalah bekas kekasih Prince Harry.  Akak suka baju beliau,  sangat berani,  kemas dan mahal. Topi beliau oleh Rachel Black Milliner Pink Feather.



Abigail Spencer In Alessandra Rich
Kesalahan dia selain daripada pakai baju macam perempuan perempuan kerja office tahun 1970an,  dia pi jalan sebelah Prinyaka Chopra.  SANGAT SALAH!  Tapi nak ikutkan baju dia ala-ala vintage ni letops juga,  tapi mana-mana pun susah aku nak google gambar dia seorang.  Semua gambar dia sebelah pompuan Chopra ni.




Joss Stone in Hobbs
Ramai yang kutuk kata makcik ni terlalu santai,  terlalu simple dan very the orang pi sembahyang kat Gereja pada hari Ahad yang santai.  Sebab mai royal wedding kan so orang expect something yang over?  Tapi personal style perempuan ni memang macam ni.  Akak suka dress dia,  make up dia,  kasut dia matching clutch dia.  Okay la haih!



Chloe Madeley in Reiss
Ramai yang kecam sis ni sebab masuk gereja pakai dress nampak-nampak bahu semua.  Betui la pun!


Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 6

$
0
0

Hello u olls,

Akhirnya siap jugak semua 6 bahagian review majlis perkahwinan diraja antara Meghan Markle dan Prince Harry.  Tudia punya delay,  last-last silap haribulan pompuan ni dah mengandung apa.  Dia kena la buat anak cepat-cepat,  nak secure diri dia kat istana.  Haaa gitu...Thini Mohan!  Sila update mak kalau ada apa-apa yang meletops.

Baiklah untuk bahagian ke enam ini akak just nak letak gambar-gambar official ataupun gambar rasmi perkahwinan diraja ini yang dikeluarkan oleh Kensington Palace. Hanya 3 keping gambar yang dikeluarkan oleh pihak istana.  Pertama gambar pengantin bersama ahli keluarga termasuk mak mentua Prince Harry iaitu  Doria Ragland (the only ahli keluarga pengantin perempuan yang attended the wedding).  Next,  gambar depa dengan para bridesmaids and pageboys yang comel-comel tu.  And last sekali,  gambar depa dorang pengantin dalam warna hitam putih.

Kesemua gambar ini dirakam oleh photographer Alexi Lubomirski,  orang yang sama yang telah ambil gambar pertunangan depa dulu.  Elokk tau Alexi ni,  hangpa pi check it out Insta dia.  Dan gambar ini dirakam di Windsor Castle,  just after Prince Harry dan Meghan naik kereta kuda pusing seluruh kawasan istana tu.

click read more


Gambar pengantin dengan ahli keluarga.


Prince George comel sangat sebelah Meghan Markle.


Sekeping ja gambar depa dorang....kalau Kak Nab punya anak punya wedding....gambar photoshoot sahaja 3 album dalam FB!


Okay!  So hangpa nak tau tak sapa dalam gambar perkahwinan depa yang first tu?  Jom baca list akak cari kat hangpa dalam Internet.


1. Camilla Parker Bowles, the Duchess of Cornwall
Camilla married Prince Charles in 2005 and is Harry’s stepmother.

2. Pageboy Jasper Dyer, Harry’s godson.  
The six-year-old is the son of Amanda and Mark Dyer.  Mr Dyer is close to Harry having worked as an equerry to the prince in the mid-1990s.

3. Prince Philip, the Duke of Edinburgh
97-year-old Philip is Harry’s grandfather.

4. Pageboy Brian Mulroney
The seven-year-old is the son of Meghan's best friend Jessica and her husband Benedict Mulroney.  Jessica met Meghan in 2011 when Meghan first moved to Toronto to begin filming Suits.

5. Bridesmaid Ivy Mulroney
The four-year-old is Brian’s younger sister, and the youngest child of Meghan’s best friend Jessica.

6. Bridesmaid Florence van Cutsem
Three-year-old Florence is Prince Harry's goddaughter.  She is the daughter of Alice van Cutsem and Major Nicholas van Cutsem, two of William and Harry’s closest friends.  Florence’s older sister, Grace, is the goddaughter of Prince William. Grace famously stole the show at William and Kate's Royal Wedding in 2011 when photos of little Grace looking less than impressed on Buckingham Palace's balcony.

7. Prince Charles
Harry’s father and Meghan’s father-in-law stands next to his wife, Camilla. Prince Charles played a large part in the wedding and walked Meghan down part of the aisle at St George's Chapel.

8. Queen Elizabeth II
Harry’s grandmother hosted the couple's afternoon reception at St George's Hall with 600 guests enjoying food and drink prepared by Buckingham Palace's kitchen.

9. Prince Harry, the Duke of Sussex
33-year-old Harry was awarded his new title by the Queen. He has been in a relationship with Meghan Markle since June 2016 and popped the question in November 2017.  The newlyweds will live in Harry’s cottage in the grounds of Kensington Palace.

10. Meghan Markle, the Duchess of Sussex
The only previous Duke of Sussex was married twice, but neither of his marriages were approved by his father, George III, and were considered unlawful.  This means Meghan, 36, is the first woman entitled to use the title HRH The Duchess of Sussex.

11. Doria Ragland
Meghan’s mother and Harry’s mother-in-law.  The 61-year-old was the only member of the bride’s family to attend Saturday’s Royal Wedding.

12. Prince William, the Duke of Cambridge
Harry’s brother and Meghan’s brother-in-law.  William, 35, served as his younger brother’s best man on Saturday, just as Harry had done at William’s wedding at Westminster Abbey seven years ago.

13. Duchess of Cambridge
Harry’s sister-in-law.  Kate, 36, was spotted at Saturday’s ceremony wearing a huge citrine stone ring, which is said to have been given to her by Prince William after the birth of their third child, Prince Louis, last month.

14. Bridesmaid Princess Charlotte
Prince Harry's niece stole the show as she waved to the crowds. The toddler, who turned three earlier this month, is the second child of Prince William, the Duke of Cambridge, and Kate Middleton, the Duchess of Cambridge.

15. Pageboy Prince George.
Harry's nephew is the third-in-line to the throne. The four-year-old is William and Kate’s eldest child.

16. Pageboy Rylan Litt
The seven-year-old is Meghan’s goddaughter. Meghan has previously referred to Rylan and her sister Remi as her “fairy goddaughters”.

17. Pageboy John Mulroney
Meghan’s best friend’s son. His twin brother Brian is seated next to Prince Philip.  John can be seen casually leaning into a second official image featuring just Meghan, Harry and the bridesmaids and page boys.

18. Bridesmaid Zalie Warren
Prince Harry's goddaughter and the youngest bridesmaid.  The two-year-old is the daughter of Zoe Warren and Jake Warren, who are close to the Royal Family because of their links to horse racing.  Harry and Jake grew up together and both attended Ludgrove Preparatory School and Eton College.

19. Bridesmaid Remi Litt
The six-year-old is Meghan’s goddaughter and the daughter of Benita Litt and Darren Litt.Benita is one of Meghan’s best friends. The two are so close, the Duchess of Sussex spent Christmas with her family in 2016.



Posing Persis Model Tersohor di Golden Shower by Chinchin

$
0
0
Gambar atas kita featuring Miss Minyara Sarafina,  Miss South Africa 2013!


Hello u olls,

Nenjia...cerita ni dah berbulan lalunya.  Tapi lani baru nak story.  Hangpa tau kan?  Akak menyambut ulang tahun kelahiran akak yang ke 33 tahun this year yang jatuh pada 29 Mac.  Jadi sebagai wanita marhayam seperti akak,  haruslah majlis hari jadi diadakan secara berperingkat dan macam-macam lokasi.  Akak teringin nak buat birthday bash macam dulu-dulu tapi haramlah takdak kudratlah nak organize grandis-grandis ni semua,  akak respek orang yang rajin buat birthday party siap hias-hias dewan apa semua ni.  For me,  akak suka keluar pi makan2,  lepak2 with my real close friends.  

So one of the occasion,  my beloved anak ayam Syed Amir telah berbesar hati menjadi host birthday party akak di sebuah NY-chic-style-bar diberi tajuk Golden Shower by Chinchin.  MEMANG BEST SANGAT!!  

Akak memang duk teringin nak mai sini sebab tak tahan duk tengok Syed Amir duk posing sakan kat tempat cantek ni.  Maka sempena birthday,  termakbul lah doa....hahahaha...gichew.


Over tak e-card bagai?

click read more


Golden Shower by Chinchin
You can say tempat ni sebagai bar/clubbing gitu,  tapi environment dia very the chic bar style.  Tajuk dia,  Golden Shower by Chinchin.  Masalanya,  hangpa tau tak apa maksud golden shower?  HAHAH kepada u olls yang baik-baik orangnya,  inesen dan tak pernah buat sebarang dosa,  please do not google it!  

Terletak di Bishop Street,  Penang.  Betul-betul depan dengan Public Bank.  Dia buat concept speakeasy lounge.  Masuk-masuk,  u olls akan disambut dengan dekorasi 'tandas' bewarna emas.  So posing la kat situ u olls. 


Jamban ni replika ja.  Non functional pun.




Masuk section tengah,  u olls akan lalu kunonnya ala-ala alley (lorong gelap) dengan lukisan grafitti.  Terus feeling hiphop u olls.  Jumie from the block.


Hip hop sections!

Pastu masuk lagi pintu dia,  barulah jumpa dia punya pink bar!!!! Memang kerlas u olls.  Sapa yang gila babi suka nak posing maut,  haruslah datang sini.  Tapi dengan syarat,  kalau mai sini,  please dress up sedikit.  Jangan duk mai pakai2 seluar pendek dengan slipper......bukan sahaja you akan memburukkan environment malah u macam tak reti nak respek majlis la.







The iconic pink bar!

Nanti hangpa tengoklah gambar-gambar akak duk posing kat sini!  Memang seronok u olls mai sini layan posing sahaja.  Terus feeling macam duk ada kat New York.

Tapi dari segi makan dan minum,  nak habaq siap2 tempat ni bukan tempat untuk makan kenyang2 ya.  Depa ada la makan u olls,  8 course semua bagai,  tapi dia punya serving very the fine dining.  Dalam erti kata lain,  makanan yang cantek kat mata,  sedap kat mulut tapi bukan kenyang di perut.  Yessss....

Dari segi minuman,  pilihan untuk mocktail yang akak perasan la memang takdak langsung.  Air mineral mahai2,  coke dua tiga jenis tu sahaja.  I just hope depa buat lebih banyak mocktail.  Sebab orang Cina dan India pun ramai aih yang tak minum arak,  for kesihatan purpose.


San Pellegrino,  ayaq mineral orang have-have!

Tempat ni dibuka from 6 pm sampai malam.  Kalau u olls mai pkl 6pm,  lampu kat pink bar akan still cerah.  Tapi pelan lama......bila malam,  dia punya lampu makin dim dan lebih meletops,  muzik pun akan berubah daripada lagu-lagu lembut kepada lagu very the cat walk on runaway.  Meletops okay.

Okay dah.  Jom tengok gambar2 we olls posing!


Golden Shower
Ini adalah ruang hadapan yang akak habaq tu.  Masuk-masuk ja...jumpa pancoq emaih dulu!


Ini bahagian depan cafe.....Golden Shower!



Kau mampu posing macam ni?  Hangpa boleh follow perempuan berani mati ni kat sini:  @danieharmizi


I mamfu selfie ja kat sebelah bathtub tu.  Nak mati?  Kita dah macam gajah macam mana ka,  kalau pecah bath tub tu mampuih nak kena bayar ganti rogi.



Pose ini bertajuk,  "Berak Tek Ke'aih"


Deni tajuk dia "Sembelit".  Tengok rambut pun tau dah,  dubur dia ada masalah.


Posing bersama Syed Amir,  host birthday party akak!  Thanks u olls for the lovely treat!


Dari kiri,  akak,  Kak Ren& Ridhwan Shariff!


Jumie from The Block
Yang ni bahagian tengah iaitu very the hip hop macammana ka.  Akak suka kat sini sebab kebetulan dressing akak malam tu sesuai untuk post-post kat sini.  U olls layan la tengok gambar2 akak posing,  over sangat!  Macam-macam posing ada....tudung nak terbukak,  tudung tolak tepi dan pelbagai lagi.  DISCLAIMER:  SILA JANGAN TIRU AKSI INI.



Pose tarik tudung!



Kalau akak mai kutip hutang untuk Along,  mesti akak akan jadi staf kesayangan Along.  Tengoklah kesa-saan akak dalam gambar ni,  sapa tak ketaq lutut tengok akak dalam gambar ni tipu lah!


Ni tajuk dia...rasukan ablasah!




I LOVE THIS POSE!


Pink Bar
Yang ni bahagian tengah.  Nah tengok ja la...akak posing letos.



Dalam tiga keping tu,  akak suka yang ni,  nampak haluih sikit.

Sapa yang curi2 amik akak dari belakang ni.....


Potong Kek
Dalam banyak2 kek akak dapat for birthday 33 tahun,  kek ni paling comels paling sedap!  Sumpah...dia punya cokelat very the meletopsss!  Thanks guys for making me feel soo special. Siries-siries...terharu sangat okay!  Thanks Syed Amir,  Kak Danny,  Kak Maya,  Kak Ren dan Wan!




Birthday Girls with The Gurls
Ni gambaq2 kami duk posing kat tempat duduk kami.  Luckily,  atas cadangan Syed Amir,  kami mai awai iaitu 6pm instead of 10 pm.  Sebab time ni,  orang tak ramai dan kami boleh duduk sofa dia.  Kalau tak memang tak dapat la....sebab tempat ni akan pack.

Cuba meniru lukisan di belakang.


#thatass #kennnnnnnnn #kauada 

Kak Danny turut menunjukkan skill posing beliau.




Ibu ayam dikejar musang,  anak-anak ayam lari ke bilik smoking.  Haa...kerlas tempat ni ada bilik kaca yang tertutup untuk wanita dan lelaki perokok!


Toilet Selfie
MAKKK SANGAT FAILLL BAB TOILET SELFIE NI!

 
Percubaan awal yang sangat gagal


Percubaan kedua yang lebih menjadi!



Golden Shower by Chinchin
Alamat:  86 Lebuh Bishop,  Penang, Malaysia
Tel:  04-263 6868

Pure HA (Hyaluronic Acid) from Pure by Saffiyah Osman

$
0
0
Hello u olls! Hari ni akak nak rekeme satu produk meletops especially untuk wanita yang dilahirkan dengan kulit wajah pemprosesan minyak seri murni. Buat macam mana pun, kulit nanti berminyak macam gila. Walaupun kita ni kerja office duduk dalam aircond, mai pukul 11am muka kita nanti mai berminyak ditambah pulak dengan foundation dan mekap kita semua orang kata pecah minyak!

Lepas tu nanti mai lah masalah jirawat, breakouts dan segalanya.

So akak nak rekemen Pure HA (Hyaluronic Acid) from Pure by Saffiyah Osman. Kalau hangpa nak tau, akak mmg pengguna setia PSO dah betahun2 lamanya. So semua produk dia akak pakai. Dan Pure HA (Hyaluronic Acid) from Pure by Saffiyah Osman adalah produk terbaru yang akak nak rekemen kat hangpa!



What is Hyaluronic Acid?
Hyaluronic Acid ni mmg dah lama dah ada. Selama ni mak mak datin semua nanti duk pakai sebab jenama kosmetik mewah selalunya akan jual benda ni, tapi sejak kebelakangan ni sahaja Hyaluronic Acid ni dikomersialkan untuk orang2 marhaen macam kita.

Marhaen tak marhaen, harga sebotol Pure HA (Hyaluronic Acid) from Pure by Saffiyah Osman ni mau nak RM200 lebih jugak...tapi u olls...kasut Charles & Keith boleh beli rm399, yang tu untuk kaki....awat untuk muka nak berkira? Ken.....

click read more



Plant Based Hyaluronic acid. Hat ni memang GODMOTHER! . Yang PbySO®️ bawa masuk ni adalah dari France. Memang betul-betul PURE HA yang tak dicampur dengan apa-apa bahan lain. Memang HA semata-mata. . Walaupun bau dia masam-masam kepam sebab tak ada sebarang pewangi dimasukkan, tapi result dia bila kita pakai tu..perh! Superb weh. . instant result! Kulit yang kasar kering or terlebih minyak sampai kulit jdi bergerutu tu GONE sekelip mata bila pakai HA ni. . Dia tak mengelupaskan kulit pun tapi di boleh buat tona kulit kita jadi sekata & cerah! . Kulit memang jadi bersih giler. Halus dan licin macam putih telur tau. Besssttttt! . Wajib try pakai. Tobat tak menyesal. Lgi suka ada lah. Confirm 100%. . Kalau kulit jenis jerawat teruk, breakout, pakai HA ni. Memang best result dia. Tak tau nak cerita macamana. Memang kena try sendiri. . Harga : Rm250/10ml Sale Price : Rm200/10ml . . 🛰🚚🚛 Contact segera HQ : +60194163319 (founder) | +60196160453 . 🔱📡💸FREE POSTAGE, FREE MINI FACE MASK & FREE MINI HAIR MIST : Purebysafiyyahosman HQ (search di Shopee) . 🛰🚚🚛 Contact stokist / agent : @stokist.purebysafiyyahosman . 🚘🛵🚲Walkin : Purebysafiyyahosman HQ (google MAP).
A post shared by Purebysafiyyahosman HQ (@purebysafiyyahosman) on

Apa akak rasa?
So akak dah pakai botol kedua sekarang. Morning, lepas mandi basuh muka akak terus pakai Pure HA (Hyaluronic Acid) from Pure by Saffiyah Osman. Tak perlu toner sebab nak make sure produk ni meresap masuk ke kulit.

Rasa dia lepas pakai, muka akan jadi cekang semacam. Sebab produk ni dia macam clear gel yang sedikit cair. Diperbuat 100% dari abstrak tumbuhan.

Lepas tu, u olls boleh lah nak pakai sun block + make up dan sebagainya.


Efek Positif
Kesannya akak nampak, kalau akak ada break outs jirawat pagi2 ni, cepat ja dia sembuh. So jerawat tu tak dan nak naik. Pores pun mengecut dan paling akak suka......pendebungaan minyak seri murni di wajah akak sangatlah terkawal. Muka kekal elok segar kurang minyak sampai lunch time!!

Ni gambaq amik pakai Samsung Note 3,  beauty camera setting 1 sahaja okay!!!!  Hangpa tengok meletops tak?

Pure HA (Hyaluronic Acid) from Pure by Saffiyah Osman
Price RM250* subject to change
FB Purebysafiyyahosman
IG @ purebysafiyyahosman
WA 0192609886 (Safiyyah Osman)

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by the Beach

$
0
0

#LambangKecantikan.  Haa nampak akak punya posing sampai langit kat belakang duk mai mendung teruih.


Hello u olls!

Haaaaa...hari tu akak dah share kat Facebook,  tapi tak dan nak tulis kat blog.  Allahuakbar,  since pindah office baharu memang tak menyempat nak update blog.  Sorry sangat-sangat,  tapi nasib baik....promo istimewa oleh Flamingo Hotel by the Beach akan berlangsung sehingga 100 hari.  Akak harap u olls tidak lepaskan peluang ini.

Lunch buffet diberi nama "100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch" dah mula sejak 17 Jun yang lalu dan offer ini hanya pada hari Ahad sahaja.  So kalau bahagi dengan tempoh promo 100 hari,  ada lebih kurang 15 hari hujung minggu dan kalau tak silap pada perkiraan akak,  sampai 9 September 2018 (Check dengan pihak hotel untuk lebih tepat sebab mungkin ada perubahan dari semasa ke semasa). 

Semangat Malaysia Baru!

Bergantung kepada tempahan untuk minggu itu,   kalau terlalu ramai,  pihak hotel akan buka kaunter makanan kepada beberapa bahagian yang besar supaya selesa dan senang nak ambil juadah.  Dan u olls boleh pilih untuk booking tempat duduk kat mana,  kat dalam dewan,  kat tepi swimming pool atau dalam cafe.

click read more



Ruang cafe.


Salah satu lokasi dewan.



Pemandangan swimming pool.



Bertemakan Malaysia Baru,  so makanan semua very the Malaysian.  Kita starts off dengan main dishes,  dari nasi putih dengan pelbagai lauk pauk seperti ayam,  daging,  seafood dan macam-macam lagi.  Pastu ada action stall yang menawarkan pelbagai juadah sedap dan hebat,  hokkien mee,  laksa,  cendoi,  char hor fun,  martabak & roti canai,  mee goreng mamak,  ayam golek,  ikan goreng dan macam-macam pilihan dessert sejuk dan panas yang boleh u olls enjoy.  Oh yes tak dilupakan, starter seperti salad,  sotong kangkung,  gado-gado dan macam-macam lagi! Kalau nak dikira,  lebih daripada 100 juadah duk ada!


Starter

Sotong Kangkung



Ulam-ulaman & Sambal Belacan


Ayam Panggang dan Pelbagai Jenis Kerabu





Gado-Gado



Vegetarian Goreng



Jeruk Asam


Aneka Pilihan Keropok



Main Dish


Action Stall

Gerai Cucur



Murtabak & Roti Canai


Cendoi



Hor Fun & Shang Mee




Hokkien Mee



Pau Mantou



Ais Krim Goyang


Ayam Golek




Mee Goreng Mamak





Ikan Goreng


Coffee & Tea


Fruit Punch


Soup & Breads



Desserts


Traditionals Kueh


Modern Desserts







Buah-Buahan

Hot Desserts






Harga
BUY 1 FREE 1
Dewasa RM48 NETT (buy 1 free 1 valid untuk ADULT SAHAJA)
Kanak-kanak RM25 NETT (4-11 Tahun)

Masa
12.30pm-2.30pm (AHAD SAHAJA)
From 17 Jun - 9 September 2018!
Booking
Call 04-8927167


Flamingo Café, Flamingo Hotel by The Beach
Alamat: Tanjong Bungah, 11200, Tanjong Bungah, Pulau Pinang
Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777
Email: fnb.pg@flamingo.com.my
Website: http://www.flamingo.com.my
Facebook:  https://www.facebook.com/flamingopenang/


Kemudahan Parkir
1. Multi-story car park Flamingo Hotel by the beach
2. Open carpark outside the hotel


With other bloggers from Penang,  Liyana IshakLia Hasty & friends Fairuz Nabilah Halim.  Haram depa ni semua ya amat.

Say Hello to our Cat!!

$
0
0

Hello u olls,

Okay akak tak bubuh pun sangat cerita pasai kucing kat Facebook sebab orang-orang tua kata,  jangan duk tunjuk sangat gambar anak kita kat orang nanti 'kena mata' anak kita nanti selalu sakit.  Tambah pulak anak comei macam mak dia,  silap hari bulan tak dan besaq mampuih teruih.

Tapi sebab lani anak kucing kami dah besaq dah,  so akak nak share la dengan u olls.  Kisahnya,  akak dan En. Khafi memang dari dulu suka sangat-sangat bela kucing.  Walaupun suami akak ni seorang penghidap penyakit asthma,  tapi tetap gigih nak bela.  Masa duduk rumah kampung dulu lain,  kucing boleh masuk keluar rumah bebas dan takdak la terkurung dalam rumah sahaja.




Masa hari pertama bok balik rumah dari En Aizat,  masa ni dia kotor lagi.  Tak bagi mandi lagi, nak bagi mandi pun kesian dia kecik lagi u olls.


Ni Muhammad Hezriq Adi Putra,  anak jiran yang selalu mai lepak di rumah kami.  Masa ni Jaden kecik,  dia berani la dukung buh tang riba tepuk bagi kucing tidur sambil nyanyi Selawat.  HAHAHAH lawak wehs...tapi lani Jaden dah besaq nanti gigik Hezriq.  Deni punya takut sampai tak mau mai rumah kami dah....😂😂😂😂


Lani kami dah pindah rumah sewa (rumah flat) di Taman Tun Sardon,  so mula-mula tu memang rasa macam tak bolehlah nak bela kucing kan?  Rumah kecik,  pastu rumah tingkat atas,  macam mana dengan tempat berak kucing tu,  bulu-bulu dia,  rumah tertutup.  Kami pun tak bela la kucing.

Tapi pada bulan Mac 2018 yang lalu,  En Aizat,  my ex boss masa kat IMCC contacted us on Whatsapp.  Dia kata,  ada anak kucing baby baru lahir kena tinggal dengan mak dia.  Baby kucing tu duk mengiau punya kuat tapi takdak sapa pun selamatkan dia.  Mulanya En Aizat biarkan dulu anak kucing tu sebab takut kadang-kadang mak kucing ni,  dia nak angkut anak dia sorang-sorang susah.  So dia tinggal dulu anak sekoq ni,  satgi dia mai amik lagi sekali.

Tapi En Aizat ni punya risau,  by lunch time dia balik rumah lagi sekali and seperti yang dijangka,  anak kucing tu duk ada lagi kat the same spot.  Teruih En Aizat amik bubuh dalam kotak dan Whatsapp kat we olls...."Nak bela tak?"

Ni lepas dah seminggu,  minum susu semua elok dan bagi mandi dah pakai ayaq suam.

Malam sebelumnya,  I dengan En Khafi baru duk terpikiaq. "Abang kita dah hampir setahun sewa kat sini,  semua barang dah elok steady....bolehla kalau kita nak bela kucing..." En Khafi pun setuju.....dalam duk kata....nenjia...kucing pun mai!

Kami pun setuju dan pi amik kucing tu from En Aizat.  Masa tu kucing ni ya Allah punyalah kecik lagi,  kecik dari tapak tangan akak.  Bulu tak banyak lagi,  rasanya dia macam 1-2 minggu baru dilahirkan.  En Aizat tolong belikan botol susu dan susu untuk baby cat.  Kami pun mulalah membela dia.  Bila bawak balik rumah,  balut dia dengan baju lama yang bersih dan bagi dia tidur sebelah akak.  Bila dia menangis,  duk kena bangun bagi minum susu.  Nohorom.....macam bela budak manusia pulak.



Ni gambar bagi minum susu pakai botol.  Kepada yang tak tau,  ampa kalau nak bela anak kucing terbiar macam ni,  boleh beli botol dan susu baby kucing di kedai petshop.  Jangan bagi minum susu segar atau susu lembu,  sebab perut depa tak tahan.  Susu kambing depa okay...tapi better pi petshop dan beli jenama formula susu yang baguih jangan beli murah-murah punya.  Kesian kat kucing tu.


Pelan-pelan,  anak kucing jantan yang kami bela pun dah makin besaq.  Nama dia kami bagi Mohd Rayyan Jaden 😂😂😂  Macam haram jadah tak nama?  Tapi panggil "Adik" jaaa.   hahahah biasalah orang Melayu nama anak punyalah panjang sempoi tak ketahuan,  last-last panggil "Angah".  Toya mat amin.


So bila dia dah start boleh makan solid food,  instead of bagi makan Frieskies,  En Khafi duk ajar dia makan apa tau?  Nasi kandar!! Khafi balik kerja nanti beli nasi kandar satu bungkus,  pastu nanti duk gaul sepinggan kecik untuk dia makan.  Dia pun sampai jadi gian,  bila kita balik bawak beg plastik,  dia bauuuu ja dia tau dah tu ada nasi kandar,  dia pun nanti mengiau macam apa ja!!


Tapi satu hari,  dia start berak cirit dan muntah-muntah,  kami pun cepat-cepat bawak dia pi klinik haiwan.  Lepas cerita apa semua kat doktor,  doktor tu kata,  "You tak boleh bagi dia makan nasi dengan ayam sahaja.  Kucing punya perut,  dia kena makan protein yang warna merah macam ikan ataupun daging.  Itu paling bagus.  So dia kena tukar diet baru boleh sihat," HAHAHAHA maka mulai itu maka tamatlah diet nasi kandar Jaden.

Time ni sampai jadi kuruih lembik duduk termenung ja.  Nasib baik Tok Icha dia tolong...

Tapi still lepas makan ubat yang doktor bagi,  dia duk muntah-muntah dan tak lalu nak makan.  Duduk rumah pun,  nampak lembik,  asyik termenung sahaja.  Tak mau berlari-lari dan bermain rancak macam biasa.  Nak buat macam mana?  Kami duk mai risau dah.  Akak pun pikiaq macam mana ka,  teringat kat mak ayam sorang Kak Icha Ratu yang kebetulan duduk kat bawah sekali rumah akak.  Sapa zornen Penang mesti akan kenai sapa Kak Icha tu,  wanita besi yang gigih membela kucing.  Haaaaa...yang suara sengau duk buat show tu semua tu.  Dia la jiran akak sekarang.

I pun turun bawah dan mengadu la kata anak kami duk sakit macam mana semua.  Kak Icha bagi aku satu petua yang sangat sempoi,  dengan suara sengau kepit Kak Icha habaq "Jumie bagi dia minum ayaq nyioq,  pastu amik ayaq nyioq tu...buh kat tangan...pastu baca selawat,  basuh muka dan badan dia semua..." 

Aku mula-mula nak gelak,  tapi tak baik berdosa!!! Orang nak tolong kita,  kita duk buat main-main.  Aku pun punya tahan la...."Takpa ...Jumie tunggu,  satgi Icha keluaq,  Icha pi beli ayaq nyoq sekali bok mai pokok kucing." Haaaa sungguh lepas Maghrib Kak Icha pun mai la....dengan ayaq nyiok takdak gula dan pokok kucing.  Pokok kucing tu kalau sapa tak tau boleh baca sini:  Khasiat Pokok Kucing Galak

Alhamdulillah lepas amal petua Kak Icha,  Jaden terus jadi sihat walafiat.  Selamat duit bawak pi klinik kucing.  Haram wehs hari tu bawak dia pi Hope (klinik Haiwan yang ala-ala first class juga kat Penang ni.....aku pi sana sebab dia ja bukak hari Ahad) kena sampai RM150.  Babi betui macam bawak pi Lam Wah Ee...

Bercakap pasai tempat berak si kucing ni memandangkan kami duduk rumah flat yang memang kecik,  so terima kasih kepada Riezzam Mustapha yang juga pembela kucing,  dia suruh akak beli satu tempat berak yang tertutup dan boleh diletakkan pewangi untuk serap bau-bau tidak enak.  Tempat berak ni sempoi,  dia ada bumbung,  nampak pun elok dan paling penting bersih sebab dia punya kuman taik dan air kencing tertutup la sikit.

 
Hagen Catit Magic Blue Jumbo Cat Litter Pan / Cat Toilet XL
Harga dia RM130.00 tapi dia selalu nanti ada diskaun sampai jadi RM70 lebih sahaja.  Nak beli tengok link:  https://goo.gl/ABbGZH

Hangpa boleh pi beli kat kedai haiwan ataupun boleh beli online sahaja (akak beli online ja u olls).  Dan ada macam-macam jenama dan warna yang mana sesuai dengan bajet dan citarasa masing-masing.  Tapi apa pun,  sejak bagi solid food kat Jaden,  start dari dulu dia memang akan berak dah kami terus beli dah benda ni kat dia.

Seterusnya untuk memastikan keadaan rumah bersih especially bau dan udara,  sebab En Khafi adalah seorang asma ul husna....maka kami pun sewa penapis udara Coway.  Yang tu akak takdak gambar.  Tapi kami amik yang besar standard sewa RM90 sebulan tu. Dari hari first pasang,  Jaden seronok duk bok masuk kepala kot lubang tengah tu.

Okay lah,  itu sahaja aku nak share dengan hangpa pasai kucing kami.  Memang best bela kucing,  gelagat dia,  ada la teman untuk kami dorang kat rumah.  Walaupun lani dia dah 4 bulan dan mula menjadi seekor harimau,  tengoklah tangan aku habis semua dia duk gigit!


Aksi Tidur Yang Pelbagai
Ni semua gambar dia tidur,  terlentang,  tergantung,  peluk manja...macam-macam lagi. Dari dia kecik sampai dia besar.


 


Kena Bedung
Masa ni lebih kurang sebulan,  dia tak tau duduk sengap,  last sekali kami bedung dia dalam stokin.  Dia pun duduk diam.  


Duduk dalam Beg
Bila aku balik kerja,  ini adalah kegemaran dia,  masuk dalam handbag aku.


Manja Keteik
Dia tak suka tidur dengan aku sebab aku tidur malam,  malam dia menjaga rumah,  esok siang En Khafi ada rumah tidur siang,  baru depa tidur sekali.


Qisya's  Best Friend
Dari kecik sampai lani dah besar dia memang manja dengan Qisya cuma lani dia dah menjadi harimau tak boleh nak main naik-naik kerusi roda macam ni dengan Qisya.  Qisya pun lani feeling nanti buat video call dengan kawan-kawan sekolah dia,  naik atas rumah kami semata-mata nak tunjuk kucing dia.  Bertuah betui...aku basuh berak,  aku bagi makan...tapi hang kata kucing hang!

 

“Surf and Turf” and ”Burger Bonanza” at Eastin Hotel Penang

$
0
0
Selfie oleh dua bijik burger!

Hello u olls,

Haaaaa...sapa feeling nak makan-makan western food style nak makan kat tempat yang best, selesa, feeling-feeling di hotel dan paling penting sedap! Jom mai try promo Surf and Turf and Burger Bonanza di Eastin Hotel Penang.

So apa tu Surf and Turf and Burger Bonanza?  Dua promo ini dah dimulakan sejak 1 Julai 2018 yang lalu dan akan last hingga bulan September.  Surf and Turf adalah sajian grilled style yang menggabungkan daging atau ayam dengan menu seafood yang diperap,  Burger Bonanza of courselah burger.

Terima kasih banyak-banyak kepada team Eastin Hotel Penang sebab jemput akak untuk review dua promo ini untuk tatapan u olls semua!  Okay jom kita baca lebih lanjut,  akak confirm lepas hangpa tengok gambar-gambar dan details, terus hangpa angkat fon satu kali dan buat booking.  Jom baca.





Sabar Nurul....depa tak bagi makan lagi...kena amik makanan dulu. 🤣🤣🤣

Abang-abang chef yang kacak bergambar bersama Burger Bonanza.  Yang paling kanan sekali tu hemsem u olls.


Surf and Turf
Macam yang akak cakap tadi,  Surf and Turf adalah sajian grilled style yang menggabungkan daging,  kambing,  ayam belanda atau  ayam dengan menu seafood yang diperap dibakar dan dihidangkan dengan rasa yang amat terangkat.  Harga semua antara RM35 dan ke atas tengok apakah jenis hidangan.  Ada empat gabungan dan hidangan yang boleh hangpa pilih iaitu Chicken Thigh & Salmon,  Lamb Chop & Slipper Lobster,  Sirloin Steak & Squid & Turkey & Prawn.  Nah hangpa tengok sendiri.



Lamb Chop & Slipper Lobster (RM65)



Chicken Thigh & Salmon (RM38)



Sirloin Steak & Squid (RM38)


Turkey & Prawn (RM35)




Burger Bonanza
Manakala Burger Bonanza pulak burger sama ada daging, kambing, ayam atau ikan! Haaa sempoi u olls.  Semua patty untuk burger ni adalah ramuan resepi terbaik daripada chef.  Harga from RM25 onwards.  Rasa memang terbaik! Burger dia of courselah tak boleh lawan dengan burger biasa. Perapan daging, sos, cheeese dan paling penting...dia punya roti. Ada 3 jenis roti yang hangpa boleh pilih,  charcoal, green tea and cheese & garlic!


My favorite......Black Pepper Battered Grouper Fillet Burger dengan roti cheese and garlic!  Tu yang pelik tu sebab akak memang selalunya suka daging,  tapi kali ni akak pilih ikan.  Ikan kerapu yang diperap dan digoreng dalam saduran tepung berperisa.  Dengan isi tebai,  dengan sos dan cheese meletops.  Ishhh...hangpa kena mai rasa sendiri.


Okay dah jom u olls tengok jenis-jenis burger yang lain.



Black Pepper Battered Grouper Fillet Burger with Cheese and Garlic Bun (RM37)





Char Grilled Lamb Patty Burger (RM35)




Sumptuously Grilled Beef Patty with Charcoal Bun (RM32)



Creamy Grilled Chicken Breast with Green Tea Bun (RM25)


More infos
Time Available: 7:00pm - 10:00pm (Surf and Turf)  12:00pm - 10:30pm (Burger Bonanza)
Dine options:  Swez Brrasserie, The Lounge or as room service.
Addionals:  Top up RM5 and get Pepsi/7Up drinks and dessert of the day.


Makan Time
Okay so lepas habis sesi amik gambar dan juga dengar explanations dari pihak Eastin Hotel barulah kami semua dihidangkan dengan Burger dan menu bakar surf & turf.  Mula-mula akak duk terpikir la macam mana depa nak bagi kami makan ni,  dah la banyak dan potion besar-besar,  takkan I olls nak makan semua!  Nasib baik,  depa buat macam ni,  depa hidang asing-asing dan kami boleh rasa sikit-sikit. 

Dan yang paling penting,  ini first time akak dapat duduk dekat dan sembang dengan blogger terkenal Timothy Tye dan isterinya yang buat website ni http://www.penang-traveltips.com.  Selama ni kalau event-event tengok dari jauh jer.  Hangpa mesti selalu terjumpa dia punya website tapi tak tau yang website tu adalah blog.


 

Black Pepper Battered Grouper Fillet Burger with Cheese and Garlic Bun

Char Grilled Lamb Patty Burger & Sumptuously Grilled Beef Patty with Charcoal Bun 

Creamy Grilled Chicken Breast with Green Tea Bun

Grilled chicken dengan black pepper sauce.  Its a part of selection dalam Surf and Turf.

Nah!  Dua burger yang dibelah.  Hangpa boleh tengok dia susun dan isi dia macam mana.  Tengok pun tau meletops kan?

Group photos dengan blogger dan media team.  Mr.  Timothy dan isteri yang tengah baju merah.  📸 Timothy Tye from http://www.penang-traveltips.com




Eastin Hotel Penang
Alamat:  1, Solok Bayan Indah, Queensbay, 11900 Bayan Lepas, Penang
Telefon: +60 4-612 1111
Facebook:  https://www.facebook.com/eastinhotelpenang
Instagram:  eastinhotelpenang

Mangsa atau Penipu?: Polaris Northern Star

$
0
0


Pada bulan Mei yang lalu,  sejurus selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya Malaysia ke 14,  tiba-tiba terlintas sebuah video dalam laman Youtube bertajuk Polaris Northern Star.  Akak nampak tajuknya,  Message to Tun Dr Mahathir from a Malaysian refugee in Europe SOS menunjukkan gambar seorang perempuan bercakap dalam sebuah bilik dengan cahaya yang malap.

Wajah wanita ini macam mix Cina + Melayu.  So akak pun bukak nak tau apa dia deni nak habaq kat Dr.  Mahathir.  So lepas tengok video dia,  dan beberapa video yang lain terus akak rasa macam Ya Allah kesiannya perempuan ni...

Intro
Kisahnya,  dia ni tak sure asal dari mana sebab tak diceritakan dengan jelas. Informasi dia ada sedikit di sana,  ada sedikit di sini.  Tapi dia dikatakan berdarah keturunan Borneo (Sabah/Sarawak) pastu dia mai Johor,  di Johor dia jadi mangsa human trafficking.  Di mana ahli keluarga dia cuba menjual dia kepada pihak yang tidak bertanggungjawab atas sebab keuntungan peribadi (bayar hutang atau sebagainya). 

So hari-hari dia kena pukul dan kena dera dengan keluarga dia sendiri,  walaupun dia dah buat report polis dalam satu keadaan dia mengatakan bahawa,  pihak polis Johor hanya tengok dia yang kena pukul teruk tetapi tidak diambil apa-apa tindakan kepada keluarga yang menyeksa dia.

click read more


Satu hari,  entah macam mana dia diselamatkan oleh seorang lelaki dari Canada dan mereka lari ke Eropah.  Katanya sekarang dia duduk di Belanda.  Dia mempunyai passport merah dari Malaysia dan pada yang sama dia mendaftar dirinya sebagai refugee (pelarian) untuk memudahkan dia meneruskan hidup di negara Eropah.

Sekarang dia buat Youtube Channel ini bertajuk Polaris Northern Star dengan tujuan untuk menuntut hak keadilan.  Dia nak orang yang telah seksa dan deranya mendapat hukuman setimpal dan pada masa yang sama dia nak balik ke negara Malaysia.

Ini adalah penjelasan paling ringkas yang akak boleh ambil daripada beberapa video yang telah akak tonton.  Kalau akak salah,  please betulkan akak di ruangan komen. 



Ini dia punya Youtube,  Polaris Northen Star

Jadi akak sangatlah kasihan dengan kes ini,  terus akak subscribe dan click butang loceng pada chanell Youtube-nya sebab akak nak sangat tahu apakah yang terbaru dan terkini jadi kat dia.  Akak akui,  akak tak amik apa-apa tindakan sebab bila akak baca komen kat channel dia mendapat banyak sokongan daripada orang awam.  Ada yang siap komen kat situ kata,  depa ada direct access dengan Tun M dan pemimpin tertinggi yang lain untuk bersama-sama bantu dia selesaikan masalah ini.



Persoalan Timbul
Tak lama selepas itu,  dia up satu lagi video.  Bertajuk Demand The Star News to remove the Inciting article with dishonesty dated May 15 menunjukkan Youtuber ini sangat bengang dengan tindakan pihak Star News yang telah terbitkan sebuah artikel menyatakan bahawa dia adalah seorang fake/penipu.  Lepas dengar rintihan dia,  kita pun terus Google artikel berkenaan.

Hangpa boleh baca sini:  A Malaysian refugee in Europe? Her claims are not true, say Johor cops

Ringkasan dalam artikel tulisan Nabila Ahmad,  Star Online menyatakan bahawa apa yang didakwa oleh wanita dalam Youtube ini adalah tidak benar kerana dia tidak dipukul oleh anggota polis seperti yang didakwa tetapi dipukul oleh keluarganya sendiri.  Ketua Polis Johor,  iaitu YBhg. Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan wanita ini mempunyai masalah dengan keluarganya sendiri sejak tahun 2011 dan banyak laporan polis telah dibuat,  oleh dia sendiri dan juga oleh bapanya. 

Pada tahun 2011,  dia telah meninggalkan Malaysia dengan passport sendiri dan mengemas kini passportnya di London pada tahun 2014.  Tetapi dalam laporan itu tidak dinyatakan nama penuh wanita ini,  asal usul dan juga maklumat butiran lain.

Dalam satu laporan lain,  Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali menerusi laporan Astro Awani bertajuk Dakwaan 'pelarian' Malaysia terkandas di Jerman masih dalam siasatan - KP Imigresen yang dilaporkan oleh Isabelle Leong pada 13 Mei 2018,  menyatakan pihak Imigresen dalam proses meneliti kes ini. 

“Memang dia kata dia warga Malaysia dan menunjukkan pasport (Malaysia). Tetapi dia tidak memberikan sebarang perincian seperti nombor pasportnya.

“Kami tidak dapat mengesan sebarang rekod lagi kerana tidak mempunyai maklumat yang mencukupi,”

And then,  akak google around lagi dan jumpa dua link forum perbincangan di Lowyat  dan Reddit.  Lepas baca orang-orang dalam tu punya komen dan perbincangan barulah akak buka mata,  selama ni akak duk kesian dan ingat kat dia macam-macam dia lalui semua kan?  Tapi sebenarnya ada banyak benda yang kita perlu pikiaq secara kritikal dan tidak boleh sewenang-sewenangnya kesian dia membabi buta.  Depa siap bagi beberapa channel Youtube yang dibuat oleh orang (yang berlainan) tapi cara yang sama,  macam mengaku depa suami isteri,  kena masuk hospital tapi kena tahan sampai lani tak boleh balik Malaysia.....WTF!

So here are some of the important point yang kita kena pikir bersama.

  1. Apakah isu sebenar?  Ini bukan isu keagamaan mahupun perkauman.  Adakah ini juga satu kes rasuah?  Kesan pihak-pihak berkuasa yang tumbuk rusuk?  Adakah ini hanya satu kehendak memuaskan keperluan peribadi?
  2. Pasaipa dia terlalu berahsia dan banyak informasi yang dibiar terlopong.  Dalam semua video dan post,  takdak satu pun dia habaq dengan jelas nama penuh dia,  no IC,  asal usul dia,  sekolah mana?  Pernah kerja mana?  Semua takdak.  At the end of the day...deni betui ka orang Malaysian?  Kalau dia share.....mesti lagi mudah orang nak tolong.
  3. Kalau betui dia orang Malaysia dan pernah jadi mangsa sekian-sekian,  takkan takdak seorang pun kawan sekolah,  kawan sekampung,  adik beradik atau sesiapa sahaja yang tampil di laman sosial lain ataupun komen kat situ habaq kata YES LILY ni adalah mangsa betul dan kami adalah saksi!  Sehingga kini takdak sapa pun yang tampil untuk sahkan apa sahaja yang dia kongsikan dengan kita selama ini adalah sesuatu yang sah (validation).  Come on laaaaaaa Malaysia ni bukan besaq mana pun,  mustahil takdak sapa kenai dia!
  4. Ada satu komen dalam Reddit punya discussion yang kata,  depa orang Malaysia yang duduk kat Belanda,  depa cuba PM Lily Polaris ni kata nak jumpa...tapi haram sampai sudah tak dapat!  So betui ka dia ada kat Belanda?  Sebab semua video dia dalam bilik gelap takdak bumbung.
  5. Sekarang daripada hari dia post video-video terawal dah hampir 2 bulan kes ini diberitahu kepada pihak umum,  tapi pasaipa di era globalisasi macam sekarang ni apa-apa sahaja kalau post di sosial media akan cepat diambil tindakan,  kenapa sampai lani takdak satu pun penyelesaian dapat diketengahkan?  Tambahan pulak sekarang ni zaman Malaysia Baru,  pasaipa sampai lani Tun M tak bagi apa-apa komen mengenai perkara ini ataupun memang depa dah siasat kot belakang dan tahu sepenuhnya bahawa kes ini adalah kes tidak jelas so depa tak boleh nak amik apa-apa tindakan.
  6. Tak dinafikan.....polis Malaysia ada korup.  Mana-mana polis kat dunia pun korup...tapi setahu aku la,  siasatan yang dibuat oleh polis Malaysia antara terbaik di dunia juga.  Korek-korek,  sat sahaja boleh jumpa.  Tapi pasaipa kes ini macam takdak apa-apa pendedahan pun?
  7. Dia sangat butthurt bila orang kata dia tak cukup Malaysian,  pastu siap buat video khas untuk buktikan yang dia Malaysia.  Lebih details,  dia kata dia ada darah Melanau,  tapi tak tau cakap Melanau.  Pastu dia kata dia mixed Chinese,  tapi Mandarin tak boleh cakap...Hokkien pun tak tau.  Pastu dia kata dia ada darah Belanda,  tapi dia cakap Belanda pun very basic.  Yes,  sebagai anak berdarah campur,  you olls kadang-kadang hanya cakap English atau satu bahasa sahaja di rumah,  bukan semua...tapi takkan pasai benda tu pun hang sampai nak bergaduh-gaduh dengan netizen?  Hang punya isu sebenar apa?  Nak tangkap orang jahat atau nak buat pertandingan DEBAT PERDANA MENTERI MENGGUNAKAN BAHASA MELANAU.
  8. Kalau hangpa tengok video dia,  aku pun macam musykil dan lani confuse,  apa sebenarnya yang dia nak perjuangkan?  Keadilan?  Hak saksama?  Tapi pasaipa setiap kali dia nak cakap lebih-lebih,  nanti mat salleh Canada tu macam controlled dia lebih dan akan cakap bagi pihak Lily.  Pastu depa hanya akan focus kepada depa jadi mangsa...depa jadi mangsa....  dan bukan focus kepada apakah cara untuk orang nak bantu dan tolong depa?


Akak Pulak Kena Serang

So ini yang paling penting sekali akak nak share kat sini,  Lily ni duk kata dia mangsa dalam semua keadaan teruk dalam hidup dia.  Okay lepas baca komen daripada page Lowyat,  akak pun pi komen kat video dia "If all this are fake and scam just like what have been discussed all over internet...i hope that you will finally stop and move on with your life.  This is not good.  Menipu orang untuk keuntungan peribadi...."




Hangpa baca elok-elok,  aku tak maki dia,  aku tak kecam dia,  aku tak kata pun dia menipu! Aku sebagai pembaca,  macam orang lain juga,  ada macam-macam perasan yang berkecamuk dalam hati.  Keliru. Nak kasihan ka?  Nak sedih ka?  Nak percaya ka?  Sebab dia dah keluarkan macam-macam statement,  tapi pihak polis menafikan,  pastu netizen pulak hemtam teruk-teruk.  


So kalau dia demand THE STAR NEWS untuk buang artikel itu,  akak pun seolah-olah macam demand untuk dia stop apa sahaja yang dia buat dan move on dengan hidup dia.  Bagi akak lah,  ramai lagi pelarian Malaysia yang ke luar negara dan hidup dengan lebih baik dan aman (jadi pelarian atas hak-hak kebebasan beragama dan kemanusiaan dan sebagainya).  Akak juga kenal seorang ramai pelarian yang tinggal di Malaysia terutamanya Rohingya.  Hangpa tau kan?  Akak duk tolong sikit-sikit Peace Learning Centre sebuah sekolah konvensyenal dan Maahad al arkan Li tahfiz al Quran,  sebuah sekolah tahfiz untuk anak-anak pelarian Rohingya di Pulau Pinang.  Hidup depaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi susah nak haram jadah oiiiii......tapi depa teruskan hidup juga.  Suami bekerja,  isteri jaga rumah,  anak-anak tetap dapat dibawa ke sekolah.


So samalah dengan dia,  duk lawan-lawan sangat untuk apa?  Hang kata dah dapat duduk Eropah,  boleh kerja semua elok.  Kira okaylah tu.  Duk buat video,  cerita hang kena dera,  hang kena pukul....semua cerita tu 7 - 8 tahun dah habis dah.  Pasaipa duk cerita lagi?  Untuk perhatian ka?  Apa point hang sebenarnya sampai lani akak tak jelas.


Tapi bila akak post komen itu,  hangpa tau apa dia buat?  Dia attacked akak balik.  Nah bukti...



Komen 1. 
Polaris Northern Star:  Jesus Christ, how many plates did you eat? Are you sure you left any food for the poor people.


 Komen 2.
Polaris Northern Star:  Better go on a Diet Jumie, dont eat too much PIG, its not healthy. Friendly advise


 Komen 3.
Polaris Northern Star:  Why dont you get lost & stop leaving stupid comments on my channel JUMIE. You are blocked corrupt Police supporter. Stay the heck away from my channel. You are not welcome there Jumie. Dont bring your mouth everywhere. BLOCKED


Hangpa boleh tengok semua komen-komen dia buat kat Youtube video akak adalah bersifat peribadi.  Dia kata akak gemok,  akak makan banyak dan sebagainya.  Tapi dia komen kat tiga video sahaja,  video video lain dia tak komen dah....kalau dia nak komen juga bestlah ...sebab video akak kat Youtube memang banyak yang merapu,  banyak bahan dia boleh umpatkan.

Bila dia dah attacked dan komen akak macam tu...akak pun komen balik kat komen akak tadi "VERY GOOD!...after i comment here,  you attacked me personally on my video.  saying im fat and all.  Do you know who I am?  I have a blog,  and i can write that you are such a liar and all you do is fake.  

And i will also lodge a police report saying that you harrassed me,  and secondly to investigate if you are a SCAM.

Lepas tu dia terus ignore akak dan tak amik apa-apa tindakan dah.  Akak rasa dia menyesal kot.  Dan akak cuba contact sorang kawan akak dia orang Malaysia yang mendaftar sebagai refugee di Sweden.  Akak minta tolong dia review Youtube ni dan bagi sedikit komen.  Dia tengok sedikit dan kata "Kak...tengok Lily ni macam tak berapa betul jer..."

Haaaaaa....sebab tu akak nak kongsi cerita pasai Lily dan kawan Kanada dia dari Youtube channel Polaris Northern Star.  Akak nak hangpa semua sama-sama baca dan kita bincangkan apa yang deni nak cuba sampaikan,  ataupun kalau ada sapa-sapa yang ada maklumat yang tepat,  why not kita dedahkan sahaja apakah kisah sebenar disebalik kes ini.  Sebab orang Malaysia,  semuanya baik-baik,  kalau susah kita sama-sama tolong.

Akhir kata,  hangpa baca juga laporan lebih penuh dari The Borneo Post  bertajuk Alleged refugee of Sarawakian Melanau descent pleads for help.  Akak paling suka apa yang ditulis kat bawah sekali bertarikh 12 Mei 2018:

Note to readers: Six years away from home is not a very long time. If this is a genuine case, people like her personal friends in Sarawak should be able to recognise her and verify her plight. The Borneo Post encourages readers to share her story for awareness, but advises against assisting her in any way that may be personally or financially detrimental.

Tepat sekali,  at the end of the day,  kalau benda ni betui...dah lama dah orang tolong settle dah!  Gila negara kita ada SITI KASIM kot.......

ps/  Please share this artikel,  takpayah nak minta kebenaran.  Nak copy paste pun boleh! Tapi kredit la nama aku sikit.  Okay bye.

Online Floral Stylist Menawan.My ~ Penaja Flower Basket untuk Majlis Jamuan Raya Kelab Setiausaha USM

$
0
0


Seperti biasa,  setiap tahun  Kelab Setiausaha USM mesti nak kena buat jamuan hari raya untuk geng-geng SU seluruh kampus USM.  Tahun lepas,  bila kami mula-mula dilantik jadi AJK,  jamuan hari raya ni lah event pertama yang kami handle,  tahun ini tahun kedua,  kami buat event sama juga tapi kelainannya tahun ini kami jemput kakak-kakak yang sudah dan akan bersara dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Untuk menjadikan majlis tu lebih bermakna,  kami terpikir untuk bagi jambangan bunga kepada setiausaha-setiausaha yang telah banyak berjasa ni. Maka, akak pun tanya-tanya kat Facebook,  "Ada sapa-sapa sudi nak sponsor bunga untuk event kami?" Alhamdulillah, tak lama lepas tu ada satu company mai PM akak.

Punyalah impressed u olls sebab bila dia PM,  bagi infor semua,  akak bukak IG dia...fuiiyoooo bunga dia semua cantek-cantek nampak ekslusif macam satu jenama online florist tu akak tak mau sebut nama ampa mesti tau.  Tapi hat tu mahai u olls!

Orang yang nak sponsor ni nama depa Menawan.MY.  Depa sebenarnya adalah franchise besar dan kini ada cawangan utara iaitu di Sungai Petani,  tapi boleh delivery sampai Penang u olls.  Akak punya sukala berurusan dengan owner Menawan.MY ni,  mesra,  CEPAT dan paling penting.....kita tak dan nak tanya...semua info dia dah bagi!  Walaupun dia sponsor kita...tapi kita rasa macam kita bayar dia RM2.6 billion untuk buat bunga ni.

Pastu kita ni,  segan la nak demand-demand kan,  tapi u olls.  DEPA SPONSOR KAMI BUNGA HIDUP OKAY....siap mai arrange hantar bunga-bunga tu sampai ke venue.  Dan of courselah kami semua sangat puas hati sebab bunga-bunga dia hantar sangat cantek.  Depa-depa ni semua duk service elok dalam USM,  nampak bunga ni terus semua pakat sibuk nak pencen.  🤣🤣🤣


Small basket arrangements for USM Secretary Club 💕 | RM65 each (exclude delivery)






Selain flower bouquet,  flower baskets....depa juga buat delivery bunga + hadiah baby baru beranak,  konvokesyen,  melawat orang sakit dia bubuh dengan buah-buah,  HANTARAN KAHWIN dan macam-macam lagi.   Yang terkini depa buat bread bouquet unik u olls...bunga ada roti!  Dia punya design very the modern dan meletops.

MENAWAN.MY
Online Floral Stylist.  Let the heart blooms with Menawan! ✨
#bemenawan ▪️SA0350575-X
KDH | PEN | KUL
✉️ menawanmy.order@gmail.com
📱+60125162283
CLICK👇🏼ORDERS & ENQUIRIES:  goo.gl/Vtdqfb
Follow IG:  @menawan.my
Follow FB:  Menawan MY

Akak sangat rekemen u olls amik dengan depa ni sebab tengok kualiti kerja sangat bagus dan paling penting FAST RESPONDS!!   Hangpa kena check out page depa ni.


Ini antara gambar penerima bunga.

Kak Samrah,  SU Jabatan Pembangunan USM.


Puan Lean Si,  bekas SU USM yang kini sudah bersara.  Nama dia sangatlah otai gate keeper TNC RI suatu masa dulu.

Shila,  SU IPS USM.

Bunga untuk Datuk NC.  Terima kasih Datuk sudi mai....ps/ 👜 tu Datuk punya,  akak duk tolong pegang sambil feeling.  Datuk NC pakai Charles and Keith jaaaaah u ollls.....hangpa semua kalut duk himpun duit beli LV bagai.


Thank you Datuk VC USM
Sekali lagi,  event kami diserikan dengan kehadiran YBhg.  Profesor Datuk Asma Ismail,  Naib Canselor USM.  Walaupun beliau demam dan tonsil makin membengkak,  dia tetap mai sua muka jumpa kami semua.  Tahun lepas,  masa tu akak first time jadi Presiden Kelab dan depa semua paksa akak duduk sebelah Datuk masa jamuan,  maka wanita binatang macam akak teruih tiba-tiba terpaksa bertukar menjadi haiwan jinak yang tenang dan diam di tepi apa pun tak boleh sembang.  Tapi alhamdulillah,  tahun ni keyakinan tu lebih tinggi dan akak pun sembang-sembang sikit dengan Datuk.  Sembang punya sembang,  sekali dia pun kata "Oh....hang la Jumie.  Depa selalu duk sebut Jumie-Jumie,  aku tak tau sapa dia.  Bila nak makan ja...depa akan kata...nanti kita tanya Jumie....awat hang pandai rekemen-rekemen makan ka?"

Haaa....tepuk!!

Pastu akak pun dengan kembang kuncup tali kecapi pun kata lah... "Sebenarnya Datuk,  saya duk tulis blog.  So hotel-hotel kat Penang ni,  kalau kata nak suruh review makan dan promote,  depa panggil la saya,"

"Depa panggil hang buat apa?"

"Pi makan buta la...habih belakang balik nanti saya tulis la dalam blog saya."

"Rajin hang menulih na.." begitulah lebih kurangnya.

Sekian sahaja cerita pasai Majlis Hari Raya Kelab Setiausaha dan paling penting sekali...thank you so much MENAWAN.MY sebab sponsor bunga untuk kami.


Bersama Datuk VC
Sesi wajib....Datuk ambil gambar dengan semua SU USM.  Akak masih dengan 👜 Datuk. #taklepas



Jamuan Yang Meriah
Kelab sediakan makanan utama like ketupat,  satay dan sebagainya.  Pastu kami lain-lain semua bawak pot luck,  macam-macam ada u olls.  Ini antara gambar akak sempat ambil,  nak ikutkan ada banyak lagi,  mee goreng,  murtabak,  kek (Cheese cake durian,  cake marble,  brownies....ya Allah lapaqnya nak type),  cream puff,  kuih raya dan buah-buahan....


Gambar Masa Beraya
Bersama Yani,  deni pun wanita agam.  Kenai dari zaman dulu dia sekolah Abdullah Munshi,  deni gang dengan Rowaidah.  Tak sangka sama-sama kami kerja USM.

Depa ni dorang baguih memeriahkan majlis,  tapi yang pendek tu menyanyi sampai langgar semua prop kat tepi.

Posing tangga.  Perhatikan yang belakang sekali.  Duk buat tarian apa tak tau.


Tengku Zalina, SU Pusat Biologi Kimia USM merangkap Pengarah Projek untuk event kali ni.  Good job....hari yang sama ni dia ada dua event serentak ya dia kena handle.  Tapi dapat buat jugak dengan baik.  Inilah HEBATnya setiausaha USM.

Nur Azirah,  SU PTI USM and Norkarimah SU HR USM.

Sue,  SU PAO USM & Kak Emi,  SU BJIM USM.

Segak-segak semua mai baju raya.

Geng duduk meja dan geng duduk kat bawah.  (Hihihi Kak Ros kalau tengok ni mesti dia bara kat aku)

Kak Samrah ni orang nak karaoke dia kot mana pun nak amik selfie dengan kayu kayu dia.



Akhir sekali,  inilah gambar AJK kelab dan juga yang bukan AJK yang sama-sama bantu bagi event kecil kami ni menjadi sempurna.  Terima kasih banyak-banyak semua yang tolong dan juga kepada SU yang sudi mengenai majlis ini.  Tahun depan,  AJK BAHARU pulak buat event...akak nak mai pose pose sahaja. 

Pure by Safiyyah Osman®️ Bantu Pulih Pesakit Eczema

$
0
0
Sebelum & Selepas


Hello u olls,

Baru-baru ni akak dah post link ni kat Facebook tapi akak takut ramai yang terlepas atau tak baca sebab tak addd FB akak dan sebagainya.  I think this is such a very important message especially untuk ibu-ibu yang ada anak-anak yang menanggung masalah keadaan kulit eczema.    Akak sangatlah sensitip dengan orang berpenyakit ni sebab pernah tengok sendiri depan mata,  ya allah rasa kasihan sampai lani tak boleh lupa.

So seperti yang hangpa semua tau,  akak sebagai pengguna setia Pure by Safiyyah Osman®️ amatlah terpegun dan bangga sekali nak share ni sebab ada seorang ibu yang anaknya mengalami eczema tapi lepas pakai produk Pure by Safiyyah Osman®️,  alhamdulillah keadaan rengsa kulit tu banyak berkurangan.

Okay dah jom kita baca perkongsian asli dari founder Pure by Safiyyah Osman®️ sendiri iaitu PIYAH!

click read more


Yaya. Alhamdulillah. Happy tengok perubahan Yaya.

Masa mula tengok, Ya Allah, sedih sungguh tengok. Eczema ni dia gatal tuhan ja yang tau.

Aku nak PM mak Yaya, rasa macam takut disalah anggap pula.

So aku cuma share ja pasal Yaya ni di facebook aku sendiri.

Ntah macamana, Allah gerakkan hati mak Yaya, Kak Aisyah untuk PM aku di messenger facebook.

Dia nak try produk PbySO®️. Jadi aku rekemen Yaya untuk guna :-

Organic Beu Bar untuk badan.
Organic Moisture - Rich Jelly untuk badan.
Esa Golden Jojoba Face Oil untuk muka.

Alhamdulillah. Happy weh tengok perubahan Yaya. Alhamdulillah dengan izin DIA.

Rasa happy sungguh. Atleast dengan izin DIA, Yaya rasa lega sikit. Kurang gatal. Luka pun cepat baik. Alhamdulillah.

——————————————

Semoga Yaya kuat. Cepat pulih dan tak rasa rendah diri dengan kawan-kawan.

Dan dapat pergi sekolah macam kawan-kawan. Amin.

———————-

Produk Purebysafiyyahosman memang sangat lembut dan selamat pada orang yang kulit terlampau sensitif, eczema atau psoriasis.

Produk PbySO menggunakan Essential Oil sebagai penganti pewangi tiruan / parfume.

Dan tidak menggunakan pewarna tiruan. Dan tidak menggunakan pengawet dari geng Parabens.

Bau produk Purebysafiyyahosman memang original bau minyak. Bau herbs. Dan bau tak kekal pada kulit.

Dan produk Purebysafiyyahosman homemade. Handcrafted.

——————————-

Organic Beu Bar - buih halus dan bagus untuk melegakan luka-luka yang ada pada kulit. Tak mengeringkan kulit dan tak menghakis kulit.

Esa Golden Jojoba Face Oil - melembapkan kulit, melegakan luka dan meredakan kemerahan dan kegatalan kulit.

Dia sekatakan juga tona kulit dan baiki semula tekstur kulit kita.

Organic Moisture- Rich Jelly - menghilangkan kegatalan kulit. Melembapkan kulit dan hindarkan kulit dari jadi kehitaman/gelap. Dan bagus untuk hilangkan parut lama dan parut baru.

—————————-

Mana yang ada anak-anak eczema, anak saudara ke, nak cuba PbySO®️, boleh roger saya. Saya akan ajar cara guna semua.

—————————
Fc oil Rm55 (diskaun now Rm39) 30ml
Beu bar Rm30 (diskaun now Rm25) 50gram
Jelly Rm150 (diskaun now Rm87) 50gram

Boleh tengok dengan lebih detail di page atau instagram : Purebysafiyyahosman

Atau boleh terus search di Shopee untuk FREE POSTAGE & REDEEM COINS : Purebysafiyyahosman HQ

Boleh SHARE tanpa minta izin ya.



Seronok kan tengok anak ni dah makin sihat?  Tengok dia senyum pun dah tau dah dia happy bila dah sihat.  Hangpa semua.......tak kira la kulit biasa ka,  kulit bermasalah jirawat macam akak ka, maila cuba pakai Pure by Safiyyah Osman®️.  Dia ada macam-macam koleksi produk,  bukan sahaja untuk penjagaan kulit,  malah untuk bayi,  set kebersihan lelaki,  untuk rambut,  solekan pun ada.

Yang best sekali,  produk dia semua adalah di-adun sendiri menggunakan ramuan asli dan PURE dan bukannya produk yang ditempah kat kilang,  pastu buat buat label u olls.

Akak dah rekemen ramai orang...alhamdulillah semua orang yang start pakai produk dia sangat suka dan berterima kasih kat akak sebab rekemen.  #JumieKataKamiPercaya

Cara Hubung
Untuk tau lebih lanjut mengenai produk Pure by Safiyyah Osman®️,  hangpa boleh follow FB seperti berikut https://www.facebook.com/purebysafiyyahosman/  atau follow Founder dia terus kot FB lagi best sebab dia selalu share macam-macam tips nak jaga muka.  https://www.facebook.com/safiyyahosmann

Yang penting,  aku dah kenal pompuan ni dah lama,  kulit dia cantek sebab dia rajin jaga dari muda.  Style pulun buat masker dan minyak semua sendiri,  seminggu 3 kali duk wap muka....bukan macam setengah founder barang mekap lain na.....MEKAP LEBIH KURANG 14 KILOMETRE punya tebai pastu duk feeling kata produk kecantikan depa elok,  tak masuk cerita belakang depa duk cucuk injeksyen sana sini bagi putih bagai.


SHOPPEE
Selain hangpa boleh contact agent-agent PSo yang ada di seluruh Malaysia, lani.....Hangpa boleh beli produk-produk Pure by Safiyyah Osman®️ kat Shoppee. Kerlas! Nah akak bagi link, ampa pi check out sendiri: Shopee Pure By Safiyyah Osman

Al Rawsha Restaurant, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur

$
0
0

Hello u olls,

Baru-baru ni kami pi Kuala Lumpur saja la pi open house kawan macam mana ka,  so masa nak balik,  last kopek punya makan,  Mohd Azmi Mohamed Idris yang mengandung 14 bulan mengidam teruk sangat-sangat nak makan nasi kat kedai Arab ni bertajuk Al Rawsha Restaurant.  Kami pun pusing-pusing,  last sekali jumpa la kedai ni.

Dia punya building nampak macam istana batu macam mana ka,  besaq,  tapi bila masuk dalam akan rasa lagi besaq,  dia punya dinding ada ukiran-ukiran Arab dengan lantai berbunga semua.  Kami disambut oleh waiter yang juga berbangsa Arab,  sungguh mesra dan bagi kami duduk kat satu meja besar.  Kami semua 5 orang semuanya.


click read more



Feeling pompuan arab sat...

Lepas amik order,  tak lama lepas tu mai la makanan semua.  NENJIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA walaupun kami ni semua adalah bekas-bekas ahli bina badan yang memang makan banyak,  tapi bila tengok potions makanan kat sini Masya Allah! Aku terdiam sat.

A History of the Rawsha
We welcome you into our restaurant “ Al-Rawsha” in Kuala Lumpur, our restaurant is named after the famous legendary rock in Beirut Lebanon.  The cliff overlooking the rock is famous for its resturants, which serves exquisite Lebanese cuisines, it’s with that in mind we are serving you irresistible Middle Eastern cuisines and treating you from noon till the early morning. We give you a taste of Beirut dining and we are sure that you will find the food here most exquisitely Lebanese. The photo on the back cover of the menu shows the rock in middle of the sea, it is 60 meter in hight. A large hole in the front of the tunnel cuts through the rock, its even lage enough to allow boats to pass through. In the absence of any documents or other reference about Rawsha rock, the only possible information one can obtain is the memories of the people who knows the Rawsha, Seha Wa’afia.


Kami order macam-macam hidangan,  nasi mehndi,  kebab dan macam-macam lagi.  So mulalah makan,  lagi duk suap, lagi duk suap...nasi tu duk banyak tu sahaja! Heyyyy apa ni???? Awat nasi ni dapat mukjizat apa-apa ka?  Awat lagi duk makan lagi nasi ni tak habis.


Haaaa...makan Jumizah...makan!

Kiri:  Mamu senyum kemut.
Kanan:  HAAAAAAAAAAAAAAAA MAKAN SAMPAI NAK TERKELUAAQQ TUDUNG SEMUA.......

Kiri:  Azmi,  ni kedai ARAB bukan kedai Orang Puteh nak cheers apa semua!
Kanan:  Deni makan shawarma ja duk buat mengah teruk!

Meja yang meriah.


Kat Penang takdak restoran Arab yang bagus berkualiti macam ni,  dari segi juadah dan juga servis.  Kalau ada mungkin aku tak pernah sampai lagi.  Bagi aku la,  service dia sangat bagus,  waiter dia very attentive,  dah la handsome pandai cakap Melayu pastu dia kata dia duk belajar kat UiA.  Pastu bila order apa-apa cepat sahaja sampai,  mungkin masa kami mai,  tak ramai orang.

Juadah yang ditawarkan sangat authentic,  bukak menu nasi...macam-macam nasi.  Buka menu kebab,  macam-macam kebab.  Roti pun macam-macam!  Pastu dipping sauce yang dia bagi sekali bukan mayonis bodo-bodo biasa,  kita boleh tau dia pakai cream cheese hat baguih.

Cuma nasihat akak,  hangpa kalau mai sini,  janganla beli satu orang satu dish! Memang tak akan habis punya.........okay dah jom tengok gambar.



Lamb Mandy RM28


Chicken Mandy  RM22


Yogurt Kubba RM20
Yang ni la satu-satunya makanan pelik sikit yang kami order.  Saja nak try.  Nasib baik benda alah ni sedap.  Kubba adalah meat balls versi Arab.  Daging kambing yang diadun dengan rempah ratus dan dibalut dengan bulgur (sejenis bijiran campuran...aku dah cuba google tapi takdak definition Bahasa yang sesuai).  Selalunya Kubba akan dibakar atau di masak dalam kuah.  Tapi yang kami order ni rasanya dia bakar dalam oven pastu dia masak pulak dalam kuah yogurt.  Sedap makan dengan roti + nasi mandy.




Mansaf Jordan Chicken RM25
Meletops nasi ni Azren order!  Amik hang...nasi ada...ayam setengah ekoq,  pastu roti pulak buat selimut.  Selimut atas dan bawah pulak tu.....

Shawarma Chicken Sandwich RM8


Chicken Kebab RM18

Lamb Kebab RM22


Roti ni untuk makan bersama Kebab.

Baqlawa RM2 piece as pencuci mulut.

Arabic Coffee cup RM5

From left,  Azmi,  Azren,  Jumizah yang cantek purnama,  Zoeysabella Farah Anzalna Ratu Wangsa Maju,  Faez dan Mamu Khairol Anwar.

Al-Rawsha Restaurant
Alamat:  No 8, Jalan Kampung Pandan,  55100 Kuala Lumpur
Laman Web: www.alrawshakl.com
Facebook:  https://www.facebook.com/Al-Rawsha-Restaurant-142261482522600/
Email: alrawsha.restaurant@gmail.com  (KL branch)
Tel: 03-9200 6600
Fax: 03-9281 4585
Business Hour: Open 24 hours a day and 7 days a week

Liberal atau Toleransi?

$
0
0
Baru-baru ni akak up status berbunyi begini “"YBhg. Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz bukanlah seorang wanita yang berjaya kerana dia tidak menutup aurat. Apatah lagi Kak Siti Kasim, dah la tak pakai tudung, rambut blonde pulak tu!" ~~~~ According to Malaysian generally..... 😂😂😂 #justsaying


Status ini akak up sebab akak terbaca antara perkara hangat yang dibincangkan dalam medsos (media sosial) minggu ini. Pertama, Siti Kasim kena soal dengan peserta program bual bicara mengenai topik RUU335 dan kat situ dibicarakan macam-macam hal la termasuk ~ of course ~ topik bertudung.  Very interesting perbincangan hangpa boleh tengok kat Youtube!  Kedua, Tun Siti Hasmah disoal oleh wartawan mengapa wanita tidak boleh bertudung bila kerja di hotel. Sila rujuk ulasan berita panas mingguan di wall Mama Regina Ibrahim. Akak kalau sibuk-sibuk, baca ulasan mama sahaja. Mudah sebab dia buat ringkasan tentang semua berita panas yang menjadi bualan minggu itu di Malaysia dan seantero dunia. Mudah untuk kita buat saringan dan hanya pilih topik terpilih untuk kita pi gali cerita tu dengan lebih mendalam. 

Hatta keluarlah post status yang berbaur sinis itu. 


Emi Kaz, pereka barang kemas bertanya di ruangan komen. Siapa yang kata? Akak like sahaja, tak tau nak jawab apa sebab tak pasti Kak Emi pun nak bual sinikal atau dia tak faham sub konteks status ini dan dia nak serang I olls balik…..TAKUT NOKS. Kena hati hati depa mak ayam besar semua. 👅👅


Izzati JKKN Pulau Pinang pulak komen, “Rambut dah macam puaka niang rapikkkk.” Sah perempuan ni tak faham sub konteks status aku. Dia terus pangkah Siti Kasim idola aku. Jenaka hitam macam ni perlukan IQ tertentu untuk faham. Aku balas komen ini “SAPA?” dengan huruf besar lagi u olls. Kita confident la, kalau dia carut kita, kita leh carut dia balik. HA HA HA Pastu dia balaih,  Siti Kasim la.  Mak teruih sengap noks tak balaih dah komen dia.  Sedih.


Tapi komen lain yang bagi aku yang paling aku suka adalah komen kak Amy Contessa, kakak cantek wanita Body Shop yang terkenal. So dia kata “Nanti orang kata you liberal sedangkan sebenarnya seorang yang tolerance.” Seorang yang baik hati dia bersikap melindungi. Aku hormat kak Amy, aku balas “Takpa kak…saya terima sedia.” 

Dan baru aku perasan, status aku hanya ada 30 lebih likes. 

Ya, dalam kalangan perempuan-perempuan insta famous cantek mekap 34 kilometer tebalnya, hari-hari depa post gambar dan kira berapa likes depa dapat. Sebagai penanda aras pencapaian sosial mereka. 

Untuk wanita zornen macam aku, TAK BOLEH NAFIKAN, jumlah likes juga adalah penanda aras aku. Bila status ini hanya ada 30 lebih likes,  ini bermaksud orang tak suka dengan apa yang aku post.  Tak suka atau tak faham? Aku kena buat penerangan sedikit, hatta artikel ini aku tulis.

click read more


Kenapa aku post status itu? Pertama, aku nak bagitau stand aku yang semakin jelek dengan sifat manusia yang suka menyibuk pakai tudung atau tidak. WEHSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS…….TOPIK NI DAH LAPOK SANGAT-SANGAT KOT. Isu tudung, isu LGBT, isu maknyah, ini semua isu yang sangat-sangatlah lapok. Sekarang ni, di era kita lagi 1 tahun 4 bulan nak mencapai wawasan 2020, kenapa kita masih nak terus pandang ke belakang?  


Aspek pandang ke belakang bukan sahaja sebab bercakap pasai isu-isu sensasi sendu ni semua, tetapi juga merangkumi sikap kita yang terbelakang iaitu nak bercakap pasai peribadi seseorang, bercakap pasai apa orang tu buat tak betul di mata kita, masih berusaha teruk nak betulkan orang lain sedangkan hakikat, diri kita duk takat ini sahaja.


Zaman lani kita duk kena bincang pasai benda-benda yang selaras dengan perkembangan semasa terutama sekali sekarang ini (aku pasti gang-gang kakak bawang tak sedar) kita berada dalam era gelombang revolusi perindustrian ke-empat!  Apa benda tu?  Haaaaaa...mau pi baca dan faham.  Bila evolusi ini berlaku,  ekonomi akan effected,  dan bila dia kena kat ekonomi,  dia akan kacau semua benda!  Kalau kita duk sembang pasai hal hal lapok macam ni.......... #godie


Kedua, okay kita semua tau Siti Kasim macam mana,  but can we just give her love instead of more hate. Akak ada buat artikel pasai dia sebelum ni kat blog, ampa bleh baca kat sini Kak Siti Rambut Oren. Ini adalah pendapat ikhlas akak pasai dia. Sila baca dengan hati yang terbuka, kalau hati dan minda tak terbuka, kita tak boleh nak belajar. 


Seikhlasnya, biarlah macam-macam orang nak kata,  secara peribadi aku SANGAT KAGUM dengan Siti Kasim. Sebab dia punya ultra confidence, haaa…aku sampai guna perkataan ultra dah sebab memang super duper confidence la. Dari segi penampilan, dia gemok, muka makcik-makcik Cina, tapi go to hell with what ever orang nak kata, dia make up tak mau jatuh, eye shadow nenjia ko bawah dark purple macam mana kot ataih highlight style shining!!  Dan yang paling penting RAMBUT dia. Satgi kuning, satgi blonde.


Tula aku kagum dengan dia punya keyakinan diri. Tengok diri aku ni, aku tak segak siries aku habaq masa aku masuk umur 30 an, aku jadi down gila gila babi sebab dulu time muda punya cantek, meletops, seksi, tak makan sehari ja badan dah boleh turun 12 kilo, orang tengok aku tak percaya kata aku ni perempuan Boyan duk ingat aku Venezuela.

Nahariam,  aku dulu pun Siti Kasim juga.  (Ni gambar tahun 2008)

Last-last sekali bila dah kawen, dah tua sikit, teruih jadi macam makcik-makcik macammana ka, rambut pun duk mai macam kejung tak kejung, uban pun banyak, duk dye la apa semua…rambut jadi lagi rosak. Dah la kejung. Tak makan nasi 14 hari pun berat badan duk sama macam ni la……….tu yang confidence aku jadi down sampai orang kata nak dressing pun jadi malu-malu semua. Disebabkan hilangnya confidence aku ni la sampai baru-baru ni aku terus sakit (yang tu satu hari aku akan elaborate panjang dalam artikel lain,  promised!). 


Tapi bukan Siti Kasim.  Itu dari segi penampilan,  bagi aku dia confident.  Tapi bila mai dari segi MENYUARAKAN PENDAPAT dia,  dengan suara,  dengan cara cakap,  dengan tangan,  dengan kaki pun kalau boleh....SHE IS SO VOCAL.  Keberanian itu yang aku kagum.  Tapi macam yang aku kata dalam post aku sebelum ini pasai Siti Kasim,  orang salah tafsir dia sebab cara dia yang terlalu berani bila bukak mulut.  Dan sebab itu bagi aku dia adalah ROCK STAR,  dan rock star dia memang sensasi,  ada cara sendiri. 


Sebab tu aku SANGAT KAGUM dengan dia. Tapi yes, akak tau ramai yang tak suka dengan Siti Kasim.  Dan bila akak kata akak suka Siti Kasim,  ramai yang memberikan pandangan serong.  Dia mulut lancau, maki orang sana sini dan of course, apabila dia yang rambut oren, eye shadow merelip relap, bergaduh dengan ugamawan……………MAKA KITA SEMUA SEBAGAI UMAT ISLAM TERUS MEMUSUHI DIA? Itulah yang aku duk nampak dalam kalangan netizen. Siti Kasim ni hangpa punya benci sama macam mana kita kena benci dan musuhi Abu Jahal yang dulu duk buat naya kat Rasulullah. Bagi aku, ini adalah tak adil la untuk dia.  



Sebelum kita cepat-cepat nak label dan letakkan kebencian pada orang,  kita cuba fahami dulu,  pasai pa dia lagu tu?  Kenapa dia terlalu taksub untuk bedakan agama dan undang-undang?  Mengapa dia terlalu berani?  Akak saja nak bagi hangpa pikiaq kat luar kotak,  understand then we will learn.  Tak kenal maka tak cinta kan?


Sebab tu aku nak ajak semua kawan-kawan sekalian, why not kita semua spread love not hate. Bila kita letak kasih sayang, kan mudah semua benda? Yes, aku tau mesti hangpa akan kata, TENGOK CARA DIA CAKAP JA DAH TAU DIA TAKDAK KASIH SAYANG..AWAT KAMI NAK SAYANG DIA?  Ini semua alasan budak-budak abang adik yang bergaduh berebut nak main slime. Aku percaya, lagi banyak hangpa duk kutuk dan provok kemarahan Siti Kasim,  lagi itulah dia akan agresif!


Aku rasa dalam hal ini, aku boleh samakan diri aku dengan Siti Kasim. Aku telah di-dignose oleh psikiatri bahawa aku ada Bipolar Disoder, so selama ni family aku dan kawan2 aku akan kata…DENI KEPALA ANGIN, SUKA MARAH TAK TENTU PASAL, dan kawan2 pula akan kata JAGA NOKS DENI MAK AYAM PERENG. Hakikatnya, aku tak akan marah dan aku tak akan mengamok sampai tak sedar diri kalau takdak sapa-sapa yang trigger aku untuk jadi marah. Environment memainkan peranan penting untuk stabilkan mood orang Bipolar macam aku, jadi environment bukan sahaja alam semesta, pokok dan mergastua, tetapi termasuklah orang-orang iaitu suami, family dan kawan-kawan. Kalau environment okay, insya allah takdak masalah lah! 


Tapi aku bukan nak kata Siti Kasim ada bipolar pulak! Sinonimnya yang boleh aku katakan, orang yang pemarah hangpa janganla duk pi gatai nak provoke dia lagi. Nak bagi teguran pun, biarlah kena dengan tempat, nak bagi pendapat pun biarlah kena dengan topik dan keadaan. 


So itulah dua sebab mengapa aku post status itu, kerana aku nampak secara amnya rakyat Malaysia masih pandang ke belakang dengan meletakkan pilihan peribadi seorang wanita itu bertudung atau tidak sebagai penanda aras kejayaan hidup. Dan ini membawa balik kepada point Kak Amy Contessa yang mengingatkan aku dalam komen iaitu, aku adalah seorang yang bertoleransi dan BUKANNYA LIBERAL. 


Ya, liberal yang berasal daripada Bahasa Latin “liber” bermaksud, bebas & merdeka. Aku tak pandai nak elaborate sangat social ini memandangkan aku bukanlah scholar dalam falsafah sains social. Even among depa (scholar falsafah) sendiri masih berdebat tentang apakah definisi sebenar seorang yang berpemikiran liberal!


Orang kita, biasalah rata-rata bertugas secara tak rasmi sebagai Setiausaha kepada Allah. So senang-senang ja tengok sapa tak pakai tudung…liberal! Sapa support business kedai makan mak nyah, liberal! Sapa bawak anak-anak pi tokong untuk ajar anak-anak budaya orang Hindu, liberal! Sapa sokong Siti Kasim, liberal! 


Semua liberal! Sampaikan perkataan ini dah nampak jadi satu pandangan yang negative. 


Akak ni takdak pendidikan yang tinggi macam hangpa semua, belajar pun takat Diploma. Tu pun diploma cikai-cikai…DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN. Jadi perkataan orang bodo-bodo macam aku ni senang nak habaq lagu ni la…aku ni jenis open minded. Apa pun yang aku rasa aku suka, aku sokong, aku layan. Apa yang aku tak suka, aku tak layan lah. Dan aku tak obsess, itu paling penting! Setengah orang punya nak tekankan pendirian masing-masing sampai nak bergaduh gadah kat medsos macam haram jadah! Obses lah tu! Ampa feeling duk bergaduh sakan pasai politik la, pasai Sajad la, pasai Dato Alif Shukri la, pasai Bee Dato Vida laa…bergaduh sampai boikot sana block sini. Last-last, depa tu semuaaaaaaaaaaa BANGUN TIDOQ DUIT BERKEPOK-KEPOK, MAKAN, PAKAI SEMUA ORANG SIAPKAN. BUTLER, ORANG GAJI, PERSONAL ASSISTANT membontot depa macam ratu anai-anai. Kita?  Sedih......


MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG TERBUKA amatlah penting dalam dunia globalisasi macam sekarang ni. Bila kita ada pemikiran yang terbuka, barulah otak kita dilatih untuk mudah faham, rasa empati dan simpati tu mai sendiri dengan baik. Bila sudah ada sikap “Open Minden” dan boleh FAHAM, barulah perasaan toleransi tu mai semula jadi. Aku pernah quote dalam status Facebook aku dulu, untuk memahami sesuatu benda adalah bakat. Sapa setuju angkat tangan! (I know En Yusof Bakar, tengah angkat tangan dalam pejabat dia yang penuh lukisan sekarang 😂😂😂). Untuk lihat, untuk dengar, untuk baca…semua orang boleh buat. Tetapi untuk faham? Ini adalah satu kurniaan yang Allah dah bagi kat kita semua. Fitrah manusia. Kalau kita tak gilap, hang cukupkah untuk jadi seorang manusia? 


Jom sama-sama kita tengok balik video-video di media sosial tentang perdebatan antara Siti Kasim dan pemikir lain.  Kalau kita open minded,  kita boleh belajar dari dua-dua pihak.  Okay,  kita boleh tengok Siti Kasim pun cara dia satu macam punya ranggi orang Penang kata,  kadang-kadang ada fakta dia betul,  fakta dia cakap tak teratur (dia akan kata...go check...go check....sebab dia cakap dalam keadaan marah..sebab tu dia tak leh bagi speech dengan baik kadang-kadang).  And dari pihak yang provok Siti Kasim pun,  kadang-kadang saya faham ada juga pihak yang terlalu taksub nak menjual nilai.  WHAT I DO IS THE BEST,  SO WHAT EVER ANYBODY ELSE DOES IS TOTALLY WRONG.  Kalau kita open minded,  kita boleh belajar dari kedua-dua pihak.


So inilah yang akak nak kongsi dengan hangpa semua hari ini, bukan nak menjual nilai tetapi nak berkongsi. Kongsi ni percuma, kalau nak amik, kalau tak mau pun takpa. You got nothing to lose. Ada orang bijak pandai pernah kongsi definisi toleransi bagi dirinya seorang wanita post-opt. “You jual nasi lemak, dia jual mee goreng. Takkan you nak kata, dia jual nasi lemak tu salah! Takkan dia pun nak kata, mee goreng you salah. Toleransi la sikit, you jual nasi lemak you, dia jual mee goreng dia. Sekali-sekala, kalau you nak rasa mee goreng dia, pergi lah beli. Mudah bukan?” 


Sekian sahaja. Peace be upon you (Ucapan assalamualaikum ala liberal) 

Seni Sampah bersama Fabrice Monteiro

$
0
0

Hello u olls,

Akak terjumpa cerita ni kat Google.  Benda ni dah lama,  tapi takpalah,  nak share jugak.  Gambar dalam ni semua bukan hak milik akak,  akak Google search secara haram.

So,  Fabrice Monteiro adalah seorang jurufoto yang berdarah campur,  dari Belgium dan Benin (sebuah negara di Barat Afrika).  Masa dia kecik-kecik dia duduk kat Benin,  tapi bila dah besar dia duduk kat Eropah mana ka tak ingat la.  So bila satu hari dia balik ke tanah tumpah darah,  alangkah terkejutnya apabila dia lihat,  negara yang dahulunya sebuah syurga keindahan semula jadi sekarang sudah jadi neraka sampah.

Dia sangatlah terkejut sampailah dapat inspirasi untuk buat gambar-gambar ini yang dipersembahkan dalam sebuah pertunjukan seni di Louisiana Museum of Modern Art,  USA bertajuk ‘Africa: Architecture, Culture and Identity’ dan gambar-gambar ini diberikan nama siri  ‘Prophecy’.

Dia kata satu benda akak setuju dalam satu wawancara,  negara dia jadi kotoq bukan sahaja sebab masalah politik dan ekonomi tetapi juga masalah pendidikan.  Sedihnya......

Okay jom tengok gambar-gambar dia dan be amazed dan jangan lupa check out Fabrice Monteiro punya instagram,  elooooooooooooooooq jantan ni.

click read more











Teka la dia yang mana satu?????

Disclaimer:  I DON'T OWNED THE PHOTO.  
Follow: Instagram.com/fmonteirophotography

MET GALA 2018 - Part 2

$
0
0


Hello u olls,

Let's get to business.  Okay post MET GALA 2018 - Part 2 dan Part 3,  akak bubuh semua gambar selebriti yang memperagakan fesyen di karpet merah event ini.  Jom baca.  Akak susun mengikut kategori tertentu.


POPE RIRI
Satu-satunya orang yang akak bubuh dalam kategori ini adalah Rihanna.  Kategori Pope Riri,  walaupun ramai yang mengambil inpirasi fesyen para paderi,  cardinal,  rahib malah pope,  tapi akak rasa,  Rihanna sorang yang betul-betul mengambil inspirasi fesyen pope ke arah tahap yang lebih tinggi.

Rihanna In Maison Margiela Artisanal by John Galliano

Kerlas pope tunjuk paha.  Confirm ramai nak convert to Christianity.

I like the fact that she makes her make up so grayish and subtle.  Sebab bagi orang focus kat baju dia!





JOAN OF ARC
Zendaya adalah antara selebs yang menggayakan karya fesyen inspirasi Joan of Arc,  tapi ramai buat tak jadi.  Antaranya,  Shailene Woodley.  Nanti hangpa tengok kat post sebelah,  akak tunjuk gambar dia.  Tapi gaya Zendaya melalui karya Atelier Versace ni cantek sebab dress ini sendiri,  aksesori,  make up dan rambut!  Semuanya kena!

Zendaya Coleman in Atelier Versace






FATHER & SISTERKategori ini adalah untuk they olls yang pakai baju inspirasi para pakaian uniform seorang biarawan dan biarawati.  Malah ada juga yang mengambil gaya POPE,  tapi it can only be one POPE,  so akak pilih POPE RIRI.  Yang lain-lain,  kena duduk kat kategori ini.


Alicia Vikander in Louis Vuitton
Bentuk baju ni tak best.  Make up dia awat macam kelabu?  Macam salah foundation kan?



Jennifer Connelly in Louis Vuitton
Deni punya baju,  Alicia Vikander dan sapa lagi sorang tu...LV punya design.  Semua sama. 



Misha Nonoo
Tak tau sapa buat baju dia ni.



Ruby Rose in Tommy Hilfiger
Kerlas kak tom kita meletops.  Mesti ramai kak less yang suka tengok kak tom kita ni.




Greta Gerwig In The Row
Very the biarawati meletops.




Imaan Hammam in Zac Posen
Zac Posen memang teror bab-bab pembentukan kain.  Yes,  walaupun nampak kakak ni macam berselimut tapi hang cuba pikiaq...macam mana dia boleh buat kain ni keraih dan duduk elok kat badan dia.  Tak nampak pun bekas jahitan di mana-mana.  INILAH COUTURE!





Janelle Monae In Marc Jacobs
Selepas berparty beliau boleh terus turun ke kebun.  ps/  Tapi memang ada tau sesetengah baju father kat area Italy punya gereja,  depa pakai topi bentuk macam ni.




Jennifer Lopez In Balmain 
Over lah deni!

Jourdan Dunn in Diane von Furstenberg 



Kim Kardashian In Atelier Versace 
Tudiaaaa...buah geduak kaler emaih!



Lily Aldridge in Ralph Lauren Collection 
Tali kat pinggang tu kerlas....



Mackenzie Davis In Chloe 


Olivia Munn In H&M Conscious Collection
Deni muka berubah sangat dari dulu.  Orang kata dia operation tak mau mengaku nih.  Dia kata,  dia duk diet dan eksesais...so strukture lemak kat muka pun berubah.  Ba alip tah wau ha.



 
Taylor Hill in Diane von Furstenberg



Tessa Thompson In Thom Browne





MARY MADONNA
Kategori ini akak namakan Mary Madonna kerana semua persalinan dalam kategori ini adalah inspirasi daripada Virgin Mary yang melahirkan Jesus Christ.  Imej ini menjadi kebanggaan penganut agama Kristian yang sering diolah pada lukisan,  patung dan hiasan kaca di gereja.

Marjorie Harvey in Dolce & Gabbana
Sangat suka look ini.  From the dress,  sarung tangan,  bunga rose!  Nak tau sapa pompuan ni?  Beliau adalah isteri kepada hos lawak yang salah sebut nama pemenang Miss Universe,  Steve Harvey.


Amanda Seyfried in Prada



Anya Taylor Joy In Dolce & Gabbana Alta Moda



Blake Lively in Atelier Versace
Ramai yang puji look ini.  Dress ini sangatlah halus buatan seni nya.  Memang meletops.  Hangpa close up tengok kat bahagian atas dress,  ala-ala korset.  Pastu dengan details dia semua.



 
Cardi B In Moschino by Jeremy Scott
Dress ni memang meletops.  Disebabkan beliau selalu tampil dengan pelbagai warna,  tiba-tiba warna ivory ini menaikkan seri beliau.  Aku suka walaupun dia mengandung tapi somehow dress dan corak kat bahagian perut tak nampak.  Pencipta dress ini Jeremy Scott pun pakai seluar dan jacket sedondon.




Emilia Clarke In Dolce & Gabbana Alta Moda 
Sangat suka!


Kate Bosworth in Oscar de la Renta


Katharine McPhee In Georges Chakra Couture 
SUKA GELANG TU!

Kerry Washington in Ralph Lauren Collection 
First time akus uka apa deni pakai.


Lily Collins in Givenchy Haute Couture


Lynda Carter In Zac Posen 
Kalau sapa tak tau,  ini adalah pelakon lama yang merupakan the original Wonder Woman.  Cantek kan?


Madonna In Jean Paul Gaultier Couture
Aku suka look ini daripada look dia dulu dulu tu,  over macam binatang.




Mindy Kaling In Vassilis Zoulias 





Priyanka Chopra in Ralph Lauren Collection 




Rita Ora In Prada
Setelah beberapa kali mencuba,  aku rasa ini first time Rita Ora cantek kat red carpet MET Gala.  Sebelum ni dia macam cuba la nak buat meletops,  tapi still tak meletops.  Aku suka look ini.  Ala-ala Beyonce masa Grammy Awards Show 2017.




Rosie Huntington-Whiteley In Ralph Lauren Collection
Suka gelung kat kepala tu!!


Sarah Jessica Parker in Dolce & Gabbana Alta Moda
Ramai yang tak suka.  Tapi AKAK SUKA!  Walaupun nampak keras tapi sebenarnya baju ni ada cerita dia yang tersendiri.  Akak suka!



Sarah Paulson In Prada
Beliau dalam bentuk baju kesukaan dia.....takdak bentuk.


SZA In Atelier Versace

Winnie Harlow in Tommy Hilfiger




MERAH DAN CEKAK
Yang ni actually dia ala-ala Mary Madonna juga,  tapi depa pilih untuk pakai warna merah.  So saja akak susun asing kat sini.

Amber Heard In Carolina Herrera

Anne Hathaway In Valentino Couture

Katherine Langford In Prada 







ANGELS
Tak berapa ramai yang amik tema ini.  Mungkin kalau berkepak nanti disamakan pula dengan Victoria Secret's Fashion Show.  Tapi tak mengapa,  jom kita tengok siapakah yang jatuh dari syurga?


Evan Rachel Wood In Altuzarra 

Irina Shayk in Atelier Versace 

Katy Perry In Atelier Versace 
Suka kepak ni, tapi tak suka dress dan kasut tu. Kalau dibuat terus dress labuh yang lebih angelic aku lebih suka.

Jangan lepas untuk baca review akak berkenaan MET Gala 2018 yang lain.  Here are the links:


Mekbooms By Jumiess

Ulasan Filem Get Out (2017)

$
0
0
Poster yang langsung tak menarik perhatian.

Dah lama tengok poster filem ini dalam laman web pirated movie yang menjadi lokasi pelayaran internet ku saban hari,  tapi rasa tak tertarik langsung nak tonton filem ini sebab dia punya poster.  Poster dia menunjukkan lelaki African American dan keluarga kulit putih.  Takdak effect-effect grafik yang bombastik pada poster tersebut.  So pada pandangan pertama aku,  filem bajet rendah tentang cinta bohsan pastu ada pembunuhan,  pastu mesti kes siasatan polis yang melibatkan pelakon-pelakon tak terkenal.  Yes,  semua pelakon dalam poster itu adalah muka-muka tak terkenal.  Sebablah tulah aku langsung tak berminat nak tonton filem ini.

Next,  sambil-sambil melayari Youtube untuk tengok review filem-filem terkini,  aku ternampak banyak jugak Youtuber yang membuat review filem ini.  Get Out!  Eh...best ka filem ni sampai ramai duk buat review.

Then,  masa 90th Oscar baru-baru ini,  Get Out dicalonkan untuk filem Best Motion Picture of the Year dan beberapa anugerah lain dan akhirnya menang satu anugerah iaitu untuk Best Original Screenplay kepada Jordan Peele yang juga pengarah untuk filem ini.  Best original screenplay bermaksud anugerah kepada jalan cerita asli dan skrip yang ditulis untuk filem ini.

SO AKU PUN TENGOKLAH FILEM INI!  MEMANG BEST....setelah sekian lama ini filem ini berjaya untuk memberikan aku keghairahan untuk membuat review ini.

Macam biasa,  review ini mempunyai spoiler.  Pandai-pandailah hang buang pi kalau takmau tau spoiler.

click read more

Summary Cerita
Cerita ini mengisahkan pasangan kekasih inter racial.  Chris yang BF tu black American,  dan Rose perempuan yang GF adalah wanita kulit putih.  So depa dalam persiapan nak balik ke rumah GF tu,  kira dia nak kenalkan BF dia kat family dia.  BF tu sedikit nervous sebab nak jumpa family GF kan?  Dia duk tanya,  hang dah habaq ka kat family hang yang aku ni kulit hitam?  Tapi GF dia kata,  dia tak perlu habaq,  family dia jenis open dan sangatlah okay.  Bukan jenis racist.  Of courselah,  dalam hubungan inter racial macam ni,  pastinya kita akan ada rasa nervous sebab perbezaan warna kulit,  budaya atau agama dan kepercayaan.  

So depa pun balik lah kampung perempuan tu.  Bila sampai,  semuanya nampak okay.  Parents perempuan tu,  sangat welcoming dan very the nice people.  Tapi Chris rasa pelik bila dia perhati kat orang gaji dan juga pekebun family tu.  Depa macam pelik,  cara depa cakap dan cara depa tengok kat Chris.

Okay,  nak dijadikan cerita,  mak Rose adalah seorang ahli psychiatrist dan bapak Rose adalah seorang doktor bedah.  Dia ada abang lelaki nama Jeremy yang juga tengah belajar untuk menjadi seorang doktor.  


On the first night depa tidur kat rumah,  malam tu,  Chris tak boleh tidur.  So dia keluar jalan-jalan kat depan rumah Rose.  Masa tu dia nampak pekebun yang lelaki tu,  lari straight ke arah Chris,  macam nak mai langgar dia,  tapi bila dah dekat,  dia belok ke arah lain.  Fuh!  Memang skeri time tu,  nasib baik Chris tak jerit!  Kalau aku bukan ja jerit,  aku di terbang  bagi penendang teruih kat orang yang tak pasai-pasai mai lari ke arah aku.

Pastu dia pun terkejut punya pasai,  dia pun masuk rumah,  masa tu dia terserempak dengan mak Rose yang ajak dia mai duduk sembang2 kat bilik kopi.  Sembang punya sembang,  rupa-rupanya mak dia telah meng-hipnotis-kan Chris sampai Chris rasa jatuh ke dalam The Sunken Place.

Hangpa tau kan hipnosis tu apa?  Kalau dulu-dulu kita selalu tengok dalam cerita kat TV macam mana pakar psikologi yang pakar dalam bidang ni,  akan amik jam dan hayunkan depan mata pesakit,  pastu buat bagi pesakit tu hilang 'kesedaran' dan seterusnya membenarkan pakar psikologi tu untuk buat apa pun kepada minda pesakit.  Sama ada untuk explore ingatan dia untuk mencari jawapan kepada sesuatu yang mungkin pesakit tu dah lupa,  ataupun memadam suatu ingatan yang boleh membuatkan pesakit tu terus ubah cara hidup atau cara dia bekerja sebab dia dah langsung tiada ingatan tentang that particular thoughts.  

Tapi dalam cerita ni,  mak Rose menggunakan teknik desiran sudu pada cawan dan membuatkan Chris rasa tenggelam dan hilang masuk ke dalam The Sunken Place.  Dalam keadaan ini,  Chris pengsan dan depa boleh apa-apa sahaja kat dia.  

Okaylah panjang dah aku cerita ni,  dipendekkan cerita,  rupa-rupanya keluarga Rose ni semua adalah celaka anak haram yang mengamalkan ritual hipnosis sebagai satu perniagaan untuk memberi servis kepada pelanggan depa.  


Rose akan memancing/menggoda lelaki kulit hitam yang berkenaan,  pastu mak dia akan hipnosis lelaki tu,  pastu bapak dia akan operate (sekiranya perlu) untuk memberikan body part lelaki itu kepada pelanggan depa.  Tapi dalam kes-kes lain,  mungkin lelaki/wanita kulit hitam itu akan dihipnosis untuk dijadikan hamba kepada pelanggan depa.  Hamba apa?  Hamba seks ataupun mungkin hamba untuk buat kerja di rumah.  Contohnya pekebun dan orang gaji kat rumah depa,  dua dua tu sebenarnya dulu juga adalah bekas kekasih Rose.


Kesimpulan
Cerita ini adalah best bagi aku sebab jalan cerita dia penuh elemen terkejut dan suprise.  Teori-teori cerita yang tak pernah aku baca atau lihat dalam filem lain sebab yalah dia menggunakan elemen kisah racism (perkauman),  bidang psikologi (hipnosis) dan komedi (watak kawan baik Chris yang membuat siasatan) untuk digarapkan dalam sebuah filem seram.  Memang patut cerita ni dapat anugerah Best Original Screenplay untuk Oscar.

Dalam banyak review yang lain,  depa kata,  skrip dalam filem ini telah menjelajahi isu-isu perkauman yang perlu dihadapi oleh seorang lelaki kulit hitam ataupun secara amnya kepada pasangan inter-racial.

Aku rasa macam kat Malaysia ni,  isu-isu perkauman dalam hubungan pasangan kekasih selalunya tidak menjadi masalah besar (melainkan) dalam kes-kes di mana pasangan tidak mendapat restu keluarga.  Tapi selalunyalah,  kat Malaysia ni,  kalau inter racial marriage memang diraikan sangat-sangat kot.  In fact,  anak-anak yang hasil dari pasangan kahwin campur pun akan di-treat sebagai anak yang 'istimewa' sebab depa punya status yang berbeza dari biasa.

Baru-baru ini,  akak ada kawan dari Amerika nak mai Penang.  Dia kulit putih la (yang perempuan),  dan BF dia African American.  So masa duk mesej-mesej habaq kata dia nak mai Penang apa semua,  dia tanya kat akak "Jumie,  should us be aware of anything as we are coming to Malaysia?" 

So aku ingatkan,  kawan aku ni maybe dia tau kita Muslim country dia takut lah dia mai Malaysia duduk kat hotel bersama-sama sebab tak kawen lagi.  Kawan akak ni,  dia pernah mai Malaysia sebelum ni sebab jadi student kat USM.  So dia dah pernah belajar pasai politik kat Malaysia ni semua.

Then akak jawablah "I know you are concern because you are not married.  But do not be worry,  authority will only check on unmarried Muslim couple who checked in together in hotel.  You and Malcolm will not be a problem..." 

Pastu dia balaih "No silly,  im asking,  would it be a problem cause we are interracial couple," 


Akak pun explain la kat dia takdak masalah apa aih!  Tapi macam pelik jugak la,  awat dia duk risau sangat pasai dia dan couple dia being inter racial ataupun memang mungkin di negera depa Amerika Syarikat,  hubungan couple yang inter racial ini masih dipandang sebagai sesuatu yang amat pelik dan sukar diterima oleh masyarakat umum walaupun sekarang kita dah masuk ke tahun 2018!

Bercakap pasai isu hipnosis,  akak pernah ceritakan pengalaman dan pendapat akak tentang teknik ini dalam artikel akak Teknik Hipnosis Bagi Tidoq Lena.  Pada pendapat akak,  hipnosis adalah satu teknik yang akan berjaya sekiranya kedua-dua pihak submit kepada idea ini,  percaya dan berserah,  barulah proses tu jadi.  Tapi tak tau la,  ini adalah pendapat aku sendiri.

Dari segi pengarahan,  aku rasa Jordan Peele buat kerja yang amat baik.  Dia telah berjaya menaikkan nama dia sebagai pengarah baru yang disegani walaupun dulu dia hanyalah seorang pelawak (comedian). Tapi dari segi lakonan,  watak-watak lain dalam cerita ni semua okaylah,  berlakon dengan baik,  tapi untuk angkat Daniel Kaluuya sebagai calon for Best Actor dalam Oscar adalah sesuatu yang over-ratted sebab bagi akak Oscar macam saja nak bagi nampak yang majlis depa very the mesra alam kepada semua kaum (sebab sebelum ni,  depa dikutuk sebagai TOO WHITE) sebab lakonan Daniel Kaluuya adalah biasa ja,  takdak la best sangat!  Dia jatuh pengsan macam kena hipnosis pun macam tipu....aku buat buat pengsan lagi nampak real.

Okay sekian,  sapa nak tengok movie ni?  Boleh tengok secara pirate kat sini:  https://gomovieshub.sc/

Jom Tempah Kasut Saiz Besar dengan Tageoronnie Shoe Maker

$
0
0
Kasut ni paling akak suka!  Dia casual wear,  kusyen style lembut.  Ada macam-macam colour.  Tapi akak tempah warna kuning.


Hello u olls! Kan haritu akak share dalam blog pasai satu kompeni kasut milik Bumiputera from Johor yang buat customed shoes untuk orang-orang berkaki saiz model macam akak? Yaa....inilah kasut-kasut yang akak tempah from they olls.

4 Pasang + postage RM300++

Design cantek. Kualiti meletops! Yang penting sangat selesa.
Kasut untuk orang lelaki pun ada. Sapa duduk Johor boleh lah singgah fizikal stor depa teruih. Macam kita-kita ni, silalah order online.

Baca blog akak kat sini: Tempah Kasut Saiz Besar dengan Tageoronnie Shoe Maker
FB: Tageoronnie Shoe Maker
IG: @kasut_stailista_tags


click read more





Bukan kaki akak.  Ni kawan akak nama Faiz Fansuri.  Tu nampak kaki kecik!

Wedges ni memang meletops!  Tinggi 4 inci tapi ringan u olls.  Perasan tak bahagian depan kasut ni dia lebar,  selesa untuk orang kaki besar macam kak.



Ini signature design di Tageoronnie Shoe Maker.  Dia flats,  tapi ada tali-tali macam mana ka.  Tak nampak boring.  Ada macam-macam colour juga.  

Nampak tak models?




Kasut ni paling akak suka!  Dia casual wear,  kusyen style lembut.  Ada macam-macam colour.  Tapi akak tempah warna kuning.



Yang ni pun wedges jugak sama macam yang itam tu,  tapi ada tali macam mana ka.  Yang ni tinggi 2 inchi sahaja.  Akak blurkan bahagian kaki tu bukan sebab aurat,  tapi sebab aku tak shave kaki lagi.  HAHAHAHAHHA

Ni gambar akak duk pakai kasut tu.  Kerlas tak?  Orang elok,  pakai apa pun elok.  


Kesimpulannya,  akak sangat berpuas hati dengan kasut-kasut yang akak tempah from depa ni.  Dahla murah,  RM300 aku dapat 4 pasang.  Rasanya lama lagi kot baru aku akan beli kasut baru sebab aku ni jenih,  dah rosak relai satu,  baru ganti baru!  

Kepada hangpa semua!  Jom support depa.



Tageoronnie Shoe Maker
Whatsapp /  Call  0199123476 (AIZAT AHMAD)
Website:  www.tageoronnie.com
Facebook:  Tageoronnie Shoe Maker
Alamat:
Tageoronnie Shoe Maker Sdn Bhd
1637 A , Jln Sri Putri, 
4/2 Taman Putri, 
81000 Kulai Jaya
Johor

Fun Costume Walk KANITA USM 2018 ~ Akak Pakai Tutu Skirt

$
0
0

#LompatanAGAM

Bila KANITA warwarkan yang depa nak anjurkan Fun Costume Walk,  akak terus rasa tergetis-getis nak masuk.  Yalah...sekarang ni akak dah aktif bersenam katanya.  Boleh kata,  seminggu dua tiga kali duk brisk walk dalam USM,  Bukit Dumbar dan sekitar Taman Tun Sardon.  So akak ada keyakinan nak join event lari-lari atau jalan-jalan macam ni,  apatah lagi,  larian yang ada tema-tema lagu ni.

So lepas dapat kebenaran daripada boss (sebab event ni hari kerja),  akak terus pikiaq nak pakai apa ehk?  Mulanya akak ingat nak pakai dress Oscar yang akak buat beberapa tahun lalu.  Gempak juga kalau pakai dress ni jalan kaki 4km dengan panaih macam gila kan?  Tapi pikiaq banyak kali jugak la....sayang pun ada sebab dress tu kita buat mahal-mahal.  (Kot-kot terjatuh kat padang ka apa ka...)

Pastu duk ask around,  minta idea dari kawan-kawan,  sorang kawan tak bertanggung jawab suruh akak pakai baju pahlawan Wakanda.  Musibat betui!  Kita pakai tudung okay...macam mana nak pakai baju seksi-seksi macam ni.  Satgi kita pakai juga,  nanti penuh padang Minden USM dengan students daripada Africa.

So ada sorang kawan memberikan idea bernas. Dia kata,  apa kata hang pakai tutu skirt?

WOW IDEA MENARIK!  Akak pun terus menggoogle dalam Pinterest dan jumpalah satu video yang ajar cara-cara buat tutu skirt dengan paling mudah sekali.  Akak akan share video tu kat bawah.  Sangatlah senang nak buat!  Kalau hangpa pandai dan kreatif,  buleh buat tutu skirt yang size labuh jadi dress u olls.

click read more



Akak rasa video deni paling mudah nak ikut!


Akak buat dua skirt,  one for me.  One for my beloved jiran,  Aniza Abdul Malik.  Aniza ni dulu satu office dengan akak kat Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,  dialah rekemen akak kat rumah sewa di Taman Tun Sardon.  Kami lani best friend + jiranlah....Best ada teman pakai skirt sama-sama!  Tak la rasa segan sangat.

Tutu girls!

Apa pun,  memang best pakai skirt tutu ni.  Walaupun kami kalah (jalan sampai paling last sekali),  tapi yang paling penting,  memang meriah pakai skirt tutu ni.  Masa Datuk VC bagi ucapan di atas pavillion,  dia notice kami pakai tutu skirt,  pastu bila dia mentioned kami..Kami pun teruih berdiri macam orang menari ballet.  HAHAHAH best!



Bila VC mentioned ja Tutu,  akak terus naik position macam ni!  Dalam gambar,  pegawai khas Datuk NC,  En Rashid Rejab.


Okay dah!  Nak tunjuk gambar jer.  Akak sangat rekemen hangpa semua kalau nak buat tutu skirt ni guna teknik macam mana yang ajar dalam video yang akak share kat atas sebab sangat mudah!  Boleh buat untuk anak-anak juga.

Masa menjahit
Paling susah sekali nak buat skirt ni adalah nak potong kain!  Sebab renyah kot.  Nasib baik aku mempunyai lantai ruang tamu yang agak luas untuk membuat kerja.  

For each skirt,  aku pakai 7 meter kain net (pilih yang keras sekali).  Harga lebih kurang RM3.80 semeter.  Potong kepada potongan-potongan kecik untuk diikat.  Aku punya ukuran,  lebar 4 inci.  Panjang 2 kaki.

Akak piliha colour pink dan kuning.

Sesi mengikat.

Yang ni nama dia Mohd Hezriq Adiputra,  anak jiran kami.  Tiap-tiap hari nanti mai rumah.  Aku suruh dia jadi model bila skirt dah siap 30%.

Bila dah siap,  jiran naik atas,  kena buat sesi fitting!


Esok pagi2 akak dah eksaited pakai skirt ni.  Try menari ballet depan En Khafi.  Dia amik gambar ni.  Teruih jadi ketar......


Amik gambar dengan spek mata Kak Ida PAO. Dia kata "Menyesal tak beli pakaian yang lagi vouge-vouge," lepas dia tengok skirt tutu akak.



Sesi parit bersama As Soc Sc dan Kak Fazz CGSS di tepi parit.  Tunggu depa lain tak sampai lagi.


  
Nenjia sampai2 ja kami terus memasang skirt!


Dari jauh duk nampak kami ja!






Sesi Berjalan
Jauh juga kami kena jalan,  lebih kurang 4 kilometer.  Kami tipu tau,  potong shortcut.  Tapi still kami kalah second last yang sampai.  HAHAHAHAH.  Actually jalan tu tak penat,  yang penat adalah KEPANASAN.  Petang tu jugak akak migrain setelah sekian lama tak migraine.  Ni semua sebab panas terik tu wehs....


 


Ini peta kami berjalan.








Meriah bersama teman-teman dari office lama,  PP Sains Kemasyarakatan.  Kak Ena,  Roslina dan Aniza.

  



Tengok video kami duk menari kat lori Van Milo.  Dekat lori Milo (Milo mai sponsor ayaq kat event ni),  ada playstation + smart Tv pastu sapa-sapa pun boleh masuk dance challenge.  Kami pun masuk la.  Baguih punya duk menari lagu Despasito,  sekali Kak Samrah masuk (baju oren) teruih hang lagu ni...HAHAHAH


Ni bersama gang-gang Setiausaha USM yang sempat terjumpa.  Hat lain pi mana dah!



Yang tudung harimau ni,  Kak Sal!  Dia la amik gambar akak lompat yang gorjes sekali!  Yesss,  thanks Kak Sal!


Berita rasmi:  USM FUN COSTUME WALK SEMPENA IWD 2018 MENDAPAT SAMBUTAN YANG AMAT BAIK

Berjalan-Jalan Melihat Alam

$
0
0

Hello u olls,


Sejak tahun ini,  akak nekad untuk mempertingkatkan kesihatan fizikal dan mental akak,  oleh itu akak menyahut saranan pihak doktor agar akak menurunkan berat badan.  Nak surut banyak-banyak mungkin mustahil sebab doktor suruh akak kawal pemakanan akak juga.  Noks....kita buat sikit-sikitlah.  Mana tau esok lusa akak kurus kembali macam zaman Kak Janz,  barulah En Khafi pungkoq keluaq cakcing,  aku nak pi mana pun dah tak boleh kan!


So starts tahun ni,  akak dah mula berjalan kaki.  Seminggu 2 atau tiga kali.  Setiap kali berjalan lebih kurang 30 minit.

Mula-mula rasa macam ish,  susah sangat nak buat,  tambahan pulak beberapa tahun yang lalu,  akak cuba untuk berjalan kaki (eksesais) menyebabkan esok paginya akak tak boleh berpijak di bumi yang nyata.  Tumit kaki sakit macam gila babi.  Pi Hospital Pulau Pinang dan doktor habaq akak kena plantar fasciitis,  tumit sakit sebab berat badan akak.  So akak kena pi fisio yang sakit macam babi pastu akak dinasihatkan tak boleh nak eksesais teruk-teruk,  nanti jadi lagi sakit.  Kalau buat eksesais,  buat sikit-sikit dan bila sakit akak kena berehat ja.  Jangan push over-over sangat.

Tapi apa yang akak buat adalah?  Terus 1 tahun labih akak tak eksesais...hahahaha sampailah tahun ini. 

So bila akak dah start eksesais,  memang akak rasa happy sangat-sangat sebab badan rasa sedap,  amazingly badan tak rasa lenguh-lenguh,  tumit kaki akak pun dah tak sakit.  Dulu akak selalu rasa penat,  takdak mood,  badan rasa letih,  nak buat apa pun rasa berat ja...tapi alhamdulillah lani dah rasa lebih fresh.  Memang amazing apa eksesais can do to our body.  Especially,  hormon-hormon natural yang memberikan ke-happy-an pada tubuh badan akak pun dirembes dengan jayanya!

Methodnya,  akak balik kerja 5.10pm,  sampai rumah,  kemas2 apa lebih kurang,  tukar baju,  6.30pm akak starts berjalan keliling blok flat rumah akak iaitu di Taman Tun Sardon.  Kalau akak rajin,  akak start motor,  masuk USM dan jalan dalam USM ataupun terus ke Bukit Dumbar,  satu kawasan yang popular di Penang sebagai tempat beriadah.

click read more


Kepada u olls yang nak memulakan aktiviti seperti ini macam akak,  here are my simple tips:
  1. Takyah ajak2 kawan! Buat sorang-sorang.  Why?  Sebab kalau kita buat sorang,  kita tak payah tunggu-tunggu,  dan motivasi kita akan down kalau kawan kita tak jadi/cancel nak berjalan dengan kita. 
  2. Kalau takdak kasut sukan,  pakai slipper yang elok pun okay.  Tapak dia ada support.  Sebab kita nak berjalan ja.  So takdak alasan nak kata..KASUT SUKAN ROSAK...TAKLEH JALAN!
  3. Kenalpasti kawasan yang kita nak berjalan.  Cari tempat yang selamat.  Kawasan yang tak ramai orang lalu ada risiko nanti kena ragut ka apa ka.  Ataupun kena ligan dengan anjing!  (Kalau boleh bawa hiking stick/tongkat).
  4. Untuk beginners,  tak payah buat banyak-banyak,  hari pertama,  jalan 15 minit dah cukup.  Pasaipa? Sebab kalau kita buat terus ekstrem,  nanti kita tak larat dan nescaya esok kita terus takdak mood nak buat.
  5. Jangan paksa diri (ini pesan Kak Muna),  kalau tak larat.  Duduk berhenti atau call sapa-sapa suruh amik! 
  6. Install apa-apa apps kesihatan yang boleh monitor lokasi larian,  steps dan sebagainya.  Ni bukan apa...sajala sebagai rekod dan motivasi.  

Gambar akak duk jalan-jalan.  Gambar ni semua akak selalu share dalam IG Story sahaja.  Hangpa dah follow IG akak?  @jumiekhafi

Jarak jalan2 dalam USM.  Selalunya akak habis 3km.  Alhamdulillah! Jalan dalam USM best sebab lokasi kami berbukit.



Jumpa bunga,  haruslah selit kat kepala.  Ada banyak lokasi eksesais dalam USM.  Stadium USM,  area tasik-tasik dan area bukit Jannatun.  Akak suka jalan kat area Bukit Jannatun (yang ada tulis USM tu) sebab kat situ tak ramai orang,  banyak pokok-pokok dan pemandangan sangat cantek.  Kawasan sini berbukit!


Kalau jalan keliling rumah akak di Taman Tun Sardon,  akak akan jalan dari rumah akak,  pusing jalan belakang macam mana ka,  lalu depan sekolah Haji Md Noor,  pastu turun mai rumah akak balik.  Cukup 1km!

Bersama Yazid Aziz,  deni la satu-satunya yang aku duk pi jalan sekali.  Tapi sampai kat lokasi,  dia jalan sorang2 dia.  Aku jalan sendiri.  Last2 kami jumpa balik.


JALAN DARI OPIS KE RUMAH!

Dan baru-baru ni,  akak telah menyahut seruan daripada boss akak sendiri untuk berjalan kaki balik daripada office akak di USM dan balik ke rumah akak di Taman Tun Sardon.  Actually kalau sapa orang Penang mesti tau la,  betapa dekatnya Taman Tun Sardon dan USM.  Macam akak duk mai kerja setiap hari,  setelah 12 tahun duk redah jam dari Ayer Itam mai USM sampai naik fed up,  lani akak mai kerja,  bawak kereta tak sampai 7 minit dah sampai USM.




Tapi kalau berjalan kaki.....ermmm memang nak berpeluh ketiak la jugak!  Jaraknya lebih kurang 3.68km.  So one day,  akak dah habaq kat husband,  akak nak balik sendiri jalan kaki.  Akak bawak baju + kasut sukan siap-siap,  salin baju lepas balik kerja terus akak jalan kaki balik. 



Menuruni Bukit Jannatun.

Alhamdulillah memang best sangat-sangat.  Sepanjang perjalanan,  ada staf yang berhenti di tepi jalan bila nampak Jumizah berjalan kaki....depa nak bagi tumpang.  Thanks Kak Illa Dewan Budaya, akak kata...ehh takpa-takpa...saya nak jalan.  Pastu lalu kat kawasan perumah di Minden Heights,  ada budak-budak kecik yang teruja bila ada makcik gemok lalu depan rumah depa,  depa berlari ke pagar dan panggil "Makcik..." 




Lalu depan Peace Learning Centre,  Sekolah untuk anak-anak Rohingya.

Bukan ja budak kecik, ada rumah orang yang membela anjing,  anjing depa pun mai berlari-lari tegur akak..."hoo Hooo...." baguih betui depa teruja tengok 'bitch' besaq duk berjalan.

Bila selamat sampai di belakang Tadika Perpaduan Taman Tun Sardon,  akak di sahut oleh Kak Icha,  mak ayam lama yang dihormati.  Dia keluar dari semak samun "Heyyy Jumie buat apa?" tangan dia penuh dengan tumbuh-tumbuhan. 

"Saya eksesais la Kak Icha...."

"Haa...baguih..." kata Kak Icha sampai tunduk-tunduk lagi kat rimbunan semak.

"Kak Icha duk buat apa!" tanya akak,  curious!

"Duk cari pokok kucing...." kerlass....Kak Icha adalah pembela kucing yang tegar.  Dia ada kucing comel nama Sasuke.  Tapi kucing tu dah arwah.

Oh sudah!  Memang seronok berjalan.  Akak nak buat lagi pada masa depan.  Apa pun kepada u olls semua,  marilah beramai-ramai kita menggerakkan pungkok kita semua untuk menjadi wanita yang lebih sihat.

Selamat sampai depan blok rumah akak!


ps/  Before starts akak punya berat badan 110kg.  Lani dah turun 106kg.  Alhamdulillah.

























Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>