![]() |
Terliur kah anda melihat ini ? |
Hello u olls,
Sapa sini suka nasi bubuq ? Orang Penang panggil moi. Tapi bukan Thailand style, bubuh sup apa semua. Akak suka Chinese style. Kalau kat KL, area Kampung Baru ada banyak cafe dan gerai yang jual moi style macam ni. Baru-baru ini kawan akak iaitu Ridhwan Shariff telah mengajak we olls semua kawan-kawan mai lepak makan kat sini.
Menu
Kedai ni obviously kedai Cina. Kalau ampa mai setiap hari pada waktu biasa, depa jual seafood. Macam-macam seafood ada ! Lobster pun ada. Akak sempat la jugak selak-selak menu depa, erm...boleh tahan mahal juga. Tapi kalau makan kat seafood kedai Cina memang confirm sedap berkualiti.
So hidangan moi berlauk beroperasi setiap hari, starting pukul 10 malam sampai kedai depa tutup. Akak punyalah excited makan moi kat sini apabila tengok lauk pauk yang dihidangkan, gila syiokkkk !! Semua lauk pauk diletakkan dalam mangkuk-mangkuk kecil yang disusun dalam kotak kayu dan diletakkan pada kaunter yang dicipta khas agar lauk pauk tu semua kekal panas !
Click read more
Macam makan kat Sushi King, lauk pauk ini diberikan label warna, dan setiap warna mewakili harga tertentu. Ada banyak pilihan dari poultry, seafood dan sayur sayuran. Teknik masakan lauk pauk tu pun pelbagai juga, ada yang direbus, di steam, dimasak dengan pelbagai jenis rasa dan perisa, ada yang digoreng sahaja.

![]() |
Lihatlah semua lauk pauk yang terdapat di sini !!!! Rambang mata tak tau nak pilih yang mana ! |
Ini pula sos sos yang disediakan. |
Harga
Bagi aku harga yang ditawarkan kat sini adalah agak MAHAL. Satu lauk tu antara RM2 ke atas, tapi potion dia sikit. Untuk jin jin macam kami, terpaksa lah ambil satu lauk tu, dua tiga mangkuk baru puas makan.
Tapi standard la kedai Cina memang selalu mahal sikit sebab depa selalu jaga kualiti. Sayur semua fresh dan rasa semua style sedap. Tak dinafikan makanan depa sedap, kedai besaq dan selesa, bersih, staff semua buat kerja laju dan tak blur, siap ada sorang aunty tu duk sondol sondol sebab berkenan kat Syed Amir.
Estimation seorang kena spend lebih kurang RM20 ke RM30.
Rasa
Lagi satu yang best adalah akak suka iaitu ikan yang diperap dengan kacang soya sampai dia jadi hitam rapuh, kalau tengok gambar kat bawah ni, lauk tu yang dari kiri dia no 3. Akak tak tau apa tajuk ikan masin tu, selalu kalau pergi hotel yang 4 star dan ke atas sahaja mampu serve ikan perap tu sebab ikan tu adalah ikan imported dari China yang agak mahal !! Sapa yang tau tajuk lauk tu, sila share !!
Ayam masak halia dia pun sedap !! Cendawan cincang masak dengan sos cendawan pun sedap jugak. Heyyyy !!!! Apa ni.....tak mau tulih la. Semua sedap. Pastu mulut duk terlioq. Lapaaqqq !
Ini yang akak makan u olls. Starting. Pastu tambah tambahla. |
Astaghfirullah hal azim. |
Deni duk feeling model kat sini. |
Sebelah akak tu la Ridhwan Shariff. Dia yang selalu share artikel pi jalan jalan bagpack. Dia la yang rekemen kami mai makan kat sini. SIRIES BEST ! |
Lokasi dan Waktu Operasi
Alamat : 62, Jalan Macalister, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Landmark : Depan BSN Macalister Road
Contact : Call 04-227 7809
Facebook Messenger : @dehappyrestaurant
Waktu operasi :
SEAFOOD & CHINESE FOOD 10am - 12am daily
PORRIDGE 9.30pm-3.00am daily
Mesra kerusi roda !!!! |
Kot dinding ataih depa bubuh gambar artist Hong Kong yang pernah mai makan sini. |
Aku tau mesti beribu yang akan tanya "Halal ka restoran ni ?" Jawapan aku adalah, "Kalau hang nak betul betul halal, hang balik masak sendiri kat ru,"
Quoted from their Facebook Page "We serve authentic cuisine, alcohol free and with halal practice. Our seafood are guaranteed fresh." |
Facebook : DeHappy Seafood Restaurant