
Laki akak adalah seorang peminat roti jala. Dia memang suka sangat roti jala, tetapi sayangnya bini dia yang mempunyai taste taste barat seperti Italian style, American style ni memang takdak maknanya nak memasak pulak benda benda alah makanan Melayu ni. So entah macam mana, laki akak terjumpa satu video ROTI JALA TELUK BAHANG yang menjadi viral. Video ini menjadi viral kerana pakcik pembuat roti jala itu membuat roti jala sebesar-besar periuk leper yang selalunya digunakan untuk pekedai membuat roti canai.
So hang bayangkan, periuk leper tu besaq mana? The whole periuk leper tu ditebarkan jala-jalaan roti jala itu. Dia pun share la video tu dengan akak, dan boleh dikatakan setiap dua hari dia akan kata, "Nanti kita pi makan kat sini ya?"
Maka pada hari hujung minggu yang lepas, kami dan Kak Edeh pun pergilah ke Teluk Bahang Penang untuk mencari Cafe Belimbing yang rupanya sudah tersedia terkenal kerana roti jalanya yang sempoi mempoi. Akak ni saja yang daoh baru nak tau pasai tempat ni.
Lokasi Kedai
Senang gila nak cari Cafe Belimbing ni. Bila kita dah sampai Teluk Bahang, dekat roundabout Teluk Bahang tu. Kita dah boleh nampak sign board Cafe Belimbing di simpang menuju ke Taman Rimba / Balik Pulau.
Alamat : No 570 MK 2, Telok Bahang 11500 Penang
Untuk Tempahan : 012-597 8739 / 017 - 495 2045
Kami sampai makan kat sini agak awal juga, lebih kurang 9 am. Tapi kedai dah penuh. Daripada sembang-sembang yang duduk meja sebelah, rata-rata orang luar Penang pun ramai juga. Depa mesti tengok video viral tu juga. PS/ Jin depan kedai tu, laki akak la u olls. |
![]() |
Signboard besaq kot tepi jalan ampa boleh nampak ni !! |
Cafe ini ala-ala gerai minum kampung style. Menjadi kegemaran penduduk sekitar tak kira bangsa dan agama. Cina, Melayu, India duduk semeja dan makan. No problem. Kalau ampa mai sini, of coursela ampa nak try Roti Jala kan?
Set biasa adalah 1 keping roti jala dengan kuah kari kosong. Ada juga set set special seperti roti jala dengan ayam atau daging. Malah ada juga roti jala yang diletakkan telur ditengah-tengah macam roti telur.
Selain roti jala, ada juga disajikan nasi campur. Haruslah try nasi putih gulai ikan kat sini, ikan sini fresh u olls !! Dah nama pun Teluk Bahang kan ? Kawasan nelayan.
![]() |
Nenjia roti jala apa punya besaq ni. Aku rasa roti ni kalau buat jala ikan betul betul boleh jugak ni. Ikan dugong besaq Nizal pun boleh. |
![]() |
Nasik orang teringin semua benda nak makan !!! |

Harga
Satu set roti jala biasa RM 1 sahaja !! Pada hari tu, kami makan 3 set roti jala biasa, 2 kopi o, 1 nescafe o ais, 1 nasi lemak bungkus, pastu akak amik nasi putih letak ikan gulai, udang sikit and salad serta sambal belacan (sajiaaaa nak rasa) and 1 roti jala biasa bungkus, 1 roti telur bungkus, ampa teka berapa?????? RM12.40 saja. Okay ampa pikiaq la sendiri berapa harga semua.
Inilah tauke depa, nama Pak Non. Siries beliau sangatlah peramah. Akak sengaja makan kat meja paling depan dengan tempat duk tebaq roti jala ni. Duk sembang la dengan dia. Memang peramah. |
Rasa
Akak tak berapa favorite sangat roti jala ni. So bagi akak biasa ja la. Tapi bagi Kak Edeh and Khafi depa kata roti jala ni sedap, lembut. Yang bestnya, dia besaq !! So bila kita tengok orang duk buat roti jala besaq macam tu, kita pun jadi syiok la kan ? Silap la akak tak amik roti jala yang ada telur tu. Next time lah !!
![]() |
Laki aku tak berapa elok sikit dalam gambaq ni. Sebab sembunyi sembunyi ambil selfie ni. Dia tak suka amik gambaq dia. |
Comels mak aku duk makan. Berapa kali duk suruh dia pose elok elok, dia buat tak tau, dia duk makan juga. ps/ Kak Edeh tak pakai contact lense ya, mata dia memang greyish. Aku kata aku ada darah mat salleh ampa tak percaya. |
Tengok kami duk layan sembang dengan Pak Non seronok ja. |
Video Roti Jala Besar
Mai tengok video demonstration Pak Non membuat roti jalanya.
![]() |
Wanita agam dan lambang kecantikan. |