![]() |
Boat warna biru dalam gambar ini adalah contoh boat yang kami naiki untuk island hoping ini. |
Kami ambil pakej snorkelling dari syarikat Andaman Islands Tour and Travel. Harga lebih kurang RM80 satu orang sahaja.
Akak rasa ini adalah pakej snorkelling paling best akak pernah ambil. Dahlah murah pastu di stop kat banyak lokasi snorkeling dan pulau-pulau untuk kami berhenti berenang sampai akak rasa macam eh, nok? Kita nak berhenti berenang lagi ke? Bila nak balik? Bayangkan dari 9 pagi kami mula-mula naik boat, pukul 5 petang baru kami tiba semula di pelabuhan Pak Meng Beach.
Ini adalah beberapa keping gambar yang kami rakam masa kat pejabat tour guide di Pak Meng Beach. Baguih tempat ni walaupun lama-lama tapi depa hias elok.




Morakot Cave
Dari pantai Pak Meng, first sekali kami ke Kok Mook iaitu sebuah pulau yang dari kejauhan boleh nampak macam perempuan mengandung yang tengah tidur. Ala-ala Pulau Dayang Bunting la u olls. Di pulau ini, terdapat sebuah gua yang menjadi tarikan utama kepada semua pelancong yang menyertai ekspidisi island hoping ini iaitu Gua Morakot.
![]() |
Koh Mook, perempuan mengandung. Perut duk jatuh dah. Tunggu hari la. |

![]() |
Nampak yang lubang kecik pastu ada orang kat situ, itulah pintu masuk ke Morakot Cave. |
Gua atas laut ini mempunyai jarak panjang lebih kurang 80 meter dan kedalaman laut di situ pada ketika air pasang boleh mencapai sehingga 12 meter dalamnya. Kami semua akan berenang masuk dan melalui gua itu dan menuju ke sebuah lagoon yang terdapat di tengah-tengah pulau.
Gua dan pulau ini juga dahulu pernah dijadikan tempat penduduk tempatan mengutip hasil sarang burung layang-layang, tapi rasanya aktiviti telah dihentikan sebab masa akak pergi tu takdak jumpa seekor pun burung. Kecuali burung-burung basah yang kecut sebab terendam dalam air masin. EH!
Panjang gua ini lebih kurang 80 meter! Akak agak tertipu sebab akak ingatkan gua ni pendek dan straight line sahaja, rupa-rupanya bila hang dah berenang masuk ke dalam rupa-rupanya sangatlah bengkang bengkok macam sial. Ada part di tengah gua memang takdak cahaya langsung nok, kami semua pun bukannya disertakan dengan topi yang ada lampu macam masuk gua tu. Ada la sekali sekala ada pelancong yang bukak phone depa dan suluh lampu ke dinding dan siling gua, tu pun akak tak berani nak tengok u olls, akak focus kepada live jacket yang akak pegang di depan.
Butoh noks mak takut okay. Ko nak suluh-suluh sekali ko nampak Nangnak duk bertenggek kat atas batu gua tu sapa nak tolong jawab bagi pihak hang?
Ini adalah beberapa gambar yang diambil menggunakan camera Go Pro adik-adik New Boyz. Memang gelap gila pastu hangpa boleh nampak air laut sangat hijau zamrud sebab cahaya matahari yang masuk dari lubang bawah lubang gua ini. Sebab tu depa panggil gua ini sebagai Emerald Cave juga.


![]() |
Satu pengalaman yang unik sangat! Berenang masuk dalam gua atas laut untuk jumpa lagun rahsia! |

Beratur masuk dalam gua.
Satu lagi benda yang akak nak story kat hangpa pasai nak mai kat Morakot Cave ni. Memandangkan kami mai guna pakej murah yang mai dengan kumpulan manusia yang ramai-ramai, maka untuk keselamatan maka kami kenalah masuk dan keluar gua secara beratur ramai-ramai macam ini.
Mulanya akak rasa macam skeptikel juga sebab pikiaq ehk macam bodoh-bodoh jer nak kena beratur macam ni kan? Biarlah kami berenang masuk terus kan senang?
Tapi bila akak sendiri dah ada dalam laut tu baru akak sedari bahawa sangat bahaya kalau nak biarkan semua orang masuk sesuka hati especially group besar macam kami.
Dahlah laluan gua ini bengkang bengkok dan gelap, pastu tak semua orang boleh berenang dengan baik walaupun dah pakai life jacket sebab gelora air laut agak kuat. Salah step, duk gerak kuak macam mana pun, duk ada kat situ juga.
Impian akak nanti nak mai sini lagi dan kali ini akak akan berenang terus sendiri masuk ke dalam gua.
Siriesly akak sedikit kecewa sebab terlalu ramai orang kat lagun kecil itu. Dan akak berhasrat untuk datang lagi dan next time mungkin ketika tidak begitu ramai pelancong.
![]() |
Lagun dalam Morakot Cave. This is the expectation. Gambar sumber : https://ytimg.com |
![]() |
Ini yang akak dapat. Ini kami group pertama masuk noks. Dah ramai. Belum masuk group boat Adikarma lagi. |

Kak Maya duk posing kat dinding gua.
Seterusnya kami dibawa ke Koh Kradan, Koh Chuek, Nok Ngai dan Koh Mah. Punya banyak pulau, tapi Koh Kradan yang ada pantai di mana kami stop untuk mandi dan makan tengahari yang disediakan di atas boat. Di Koh Kradan ada hotel dan akak rasa hotel ini macam ekslusif dan diduduki oleh mat salleh kaya-kaya bukan mat salleh haprak bag packers. Depa sekeluarga duduk bersantai sambil mandi manda bersama anak-anak. Kami pulak sibuk makan nasi berlauk dan lepas tu terjun untuk mandi lagi.
Sesi snorkelling di adakan di pulau-pulau tanpa pantai yang lain seperti Koh Chuek, Nok Ngai dan Koh Mah. Menerusi pakej ini disediakan alatan untuk snorkelling sekali tapi ikhlas akak cakap you olls, coral depa tak cantik sangat kat sini. Sebab akak perati tengok ada banyak sea urchin a.k.a landak laut. Landak laut memang mempunyai sifat memakan dan memusnahkan terumbu karang, so akak pernah snorkelling kat tempat lain ( dua tempat ja pun Perhentian dan Phi Phi Island) so bagi akak, kat sini coral dia tak impressive sangat.






Tapi ikan banyak, akak tak jumpa Nemo tapi akak jumpa Dory. Pastu jumpa ikan belang yang dalam tangki Shark Fin Hu Ha Ha tu. Pastu ikan-ikan yang lain, besar, kecik, macam-macam colour.










Trang, The Province of Dugong
Tapi akak tak jumpa dugong. Akak baru tau bila mai kat Trang ni, depa dah isytihar Bandar depa sebagai daerah pemuliharaan dugong. Pi mana-mana pun akan ada gambar dan tugu yang menunjukkan binatang ini. Pada suatu ketika hasil dari penyelidikan maritime menunjukkan jumlah dugong di kawasan itu semakin berkurangan kerana aktiviti nelayan yang memusnah kawasan rumput laut ( yang menjadi sumber makanan utama dugong) dan banyak nelayan yang tertangkap dugong dan jual depa sebab boleh dapat bayaran yang lumayan. Aku tak tau sejauh mana kempen-kempen ini dapat memulihara binatang unik ini.
![]() |
Sorry takdak gambar dugong. Tapi terimalah gambar seorang pelancong yang gigih ambil gambar guna laptop. NAKHARIAM! |
Makan Atas Boat
Dah la siap dengan makan apa semua. Masa kami sembang dengan pihak Andaman Islands Tour and Travel, depa sahkan makanan atas boat yang disediakan adalah halal sebab ramai local yang join trip ini adalah Thai yang Islam. Tiada daging dan tiada babi. Tetapi most of the dishes except for ayam goreng dan kailan masak ikan masin, semua lain adalah vegetarian dishes. Makan tengahari yang depa serve kat kami memang heaven la. Nasi putih, nenas masak lemak, pastu sayur apa ka campur-campur macam rasa paprik, kerabu somtam, kailan masak ikan masin, telur goreng. Arrrghhhh!! Makan sambil tengok air laut, rasa macam bestnya.


![]() |
Okaylah share la satu gambar akak bila dah tutup aurat sikit. AHAHAHAHA |
Jangan lupa untuk baca artikel akak yang lain berkenaan topik ini :
Catatan Kembara ke Trang, Thailand
Jelajah Gua Morakot Semasa Island Hoping di Trang, Thailand
My Friend Hotel, Trang Thailand
Chan Chala Night Market, Trang Thailand