Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Chan Chala Night Market, Trang Thailand

$
0
0
Ini bukan makanan kat Chan Chala Night Market.  Ini adalah kopi yang akak dan Nizal minum masa on our second day kat Cafe 1942 kat depan hotel kami.  Kami mai minum kopi dan makan caramel custard dia sahaja.  Kopi dia sedap gila rasa macam nak tendang meja dan caramel custard dia juga adalah diperbuat oleh pari pari syurga yang sangat sedap.  Sorry takdak gambar!!


Ya Allah!  Macam mana la aku nak tulis artikel ini?  Aku paling bara kalau nak tulis blog pasai makan.  Susah betui.  Tapi terpaksalah nak cerita jugak.  Seperti dalam artikel yang lain berkenaan trip aku ke Trang,  Thailand,  antara lokasi pusat makanan yang terhampir dengan hotel kami inapi adalah Chan Chala Night Market yang merupakan syurga makanan untuk penduduk setempat.

Bukan sahaja kerana mempunyai pilihan makanan yang pelbagai dari pedas,  ke manis,  ke masin dan sebagainya,  tetapi aku rasa macam Ya Allah awat makanan kat sini murah gila u olls.  Kalau kat Malaysia,  hang bawak RM100 pun tak cukup wehs.  Kat sini,  aku rasa dengan 300 baht aku dah boleh beli macam-macam.

Aku tak mau cakap banyak so aku akan tunjuk sahaja gambar-gambar makanan yang kami beli dan kami rasa.  Sapa posa sunnat hari ini, jangan duk gatai nak baca blogpost ni.  Pi baca benda lain.

Suasana di Chan Chala Night Market


sapa yang ready,  sila click read more







Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam
Terima kasih kepada kawan-kawan Facebook yang share dengan akak tentang nasi briyani Siam ni yang dipanggil sebagai Khao Mok.  Wehs sedap gila wehs!!! Bayangkan nasi briyani yang wangi masak guna beras siam.  Ya Allah!  Tak perlu dalca atau sebarang kuah lain.  Depa serve macam tu ja dengan ayam.  Satu bungkus 40 bath sahaja.  Butoh punya murah.  Kami makan sorang dua bungkus.





Tarian Kebudayaan
Adik-adik yang sedang membuat persembahan kebudayaan di pasar malam ini.  Selain makanan dan juga pertunjukan kebudayaan,  ada juga gerai-gerai yang menjual baju dan barangan rumah.





Manisan Labu
Deni jual macam-macam jenis manisan yang diperbuat daripada labu. Rasa macam teringin nak rasa semua tapi akak tahan nafsu akak.  Beli benda lain yang betul-betul mengenyangkan sahaja. Tapi lani macam tengok balik gambar ni macam menyesal pun ada.  Menyesal sebab tak beli.






Chan Chala Churos
Gittuuu depa pun ada churos.  Akak tak beli ni,  Nizal yang beli.  Deni mana boleh tak tengok benda-benda manis ni semua dia suka la!!








Mini Crepe with Inti Kelapa
Masa post gambar ni kat Facebook ramai yang tanya apa benda ni?  Ini adalah mini crepe dengan inti kelapa.  Ataupun dalam bahasa Melayu,  apom mini u olls!  Tak tau apa bahan dia letak bagi crepe dia warna hitam kelabu ni,  maybe sea weed atau apa-apa sahaja artificial colour.  Tapi bila dia bubuh dengan sapuan cream santan putih dan juga inti kelapa yang bewarna warni.  Terus jadi cantik u olls!





Crepe Siam
Ini kakak jual crepe besaq pulak.  Kami tak beli pun sebab tak tau!!! Lani rasa menyesal pulak.  Crepe kakak ni ada yang colour pink,  ada yang colour hitam.  Ada yang dia bubuh dengan inti perisa manis,  ada juga yang dia bubuh inti perisa pedas.








Peniaga Buah
Ada beberapa kedai yang menjual buah!  Paling aku suka buah strawberry,  satu pack tu 30 baht saja.  Gila murah!




Nasi Kerabu
Haram jadah wehs nasi kerabu ni 40 bath saja.




Nasi Campur
Ini adalah nasi campur bungkus.  Kami bubuh nasi putih,  ayam masak lemak macam mana ka dan juga ayam masak paprik.  Rasa macam oyster macam mana ka.  Sedap la babi pasaipa aku duk tulis blog ni time aku lapaq!!!



Buah Melaka Siam
Depa pun ada buah melaka.  Kerlas....tapi kami tak beli la.  Masa kami duk ambil gambar,  makcik tu pun cakap Melayu dengan kami.  "Melaka...Melaka...."




Pad Thai
Akhirnya aku dapat rasa juga pad thai!! Pad Thai adalah char ko tiau versi siam.  Tapi rasa dia lebih manis dan lemak.  Sebab Pad Thai menggunakan sos gorengan khas yaitu air asam jawa yang dicampur bersama sos ikan,  udang kering dan gula Melaka.  Sos itu menjadi asas kepada gorengan kotiau yang berbeza berbanding kotiau yang kita pakai untuk Char Ko Tiau.  Kotiau untuk pad thai lebih tebal dan halus.    Aku selalu tengok depa duk tunjuk cara dia masak ni kat rancangan masakan di TV!!  Ampa boleh baca resepi Pad Thai kat sini  :  RESIPI PHAD THAI





Roti Canai Kakak Ninja
Roti canai kakak ni agak mahal sikit.  Roti canai pisang dia 40 bath.  Tapi bila tengok cara dia buat memang paham pasaipa mahai.  Instead of bubuh minyak,  dia baguih punya duk bubuh marjerin banyak-banyak masak goreng roti canai ni.  Tapi kakak ni masak macam slow sikit!  And ini adalah kali pertama aku tengok orang pompuan tebar roti canai.




Oyster
Tiba-tiba ada oyster kat sini.  Aku tak beli la.  Maybe ini sesuai untuk depa yang duk layan minum beer dengan seafood.  Suurr...



Chicken Salad
Wehs!  Ni memang sedap.  Aku pernah rasa kat Thai Food masa kat Penang hari tu tapi rasa tu macam musibat saja.  Makcik Siam tu buat kat aku dengan muka berpeluh-peluh.  Tapi chicken salad ni memang best cukup rasa semua serba-serbi.  Basically,  ini adalah fillet ayam yang disalut tepung dan digoreng sampai rangup.  Pastu depa potong ayam tu kecik-kecik,  and depa masukkan hirisan bawang kecil,  daun sup,  serbuk cabai,  bijan,  jus limau nipis dan sos ikan.  Pastu kacau!!  Gilaa sedapp wehsss!!




Keropok Lekor versi Siam
Mula-mula tengok makcik ni duk goreng macam cucur kodok.  Bila pi dekat nakhariam bau style tak sedap.  Pastu tengok dia tulis fried mackerel fish cakes.  Oh!  Ini adalah versi keropok lekor la.  Kami pun beli satu beg,  tapi rupanya sedap gila babi!! Tak cukup wehsss...nak patah balik pi beli tak larat.  AHAHAHAHAHA






Seafood Somtan dan Miang Kham
Tak sah mai makan kat Siam kalau tak order kerabu depa.  Akak beli seafood somtan dan gambar nombor dua tu adalah Miang Kham yang dimakan dengan daun kaduk.  Tapi yang tu akak tak beli.









Tak Semua Benda Kami Beli
Dua malam kami kami sini,  lagi banyak kami beli, lagi banyak benda kami tak beli.  Maknanya kena mai lagi dan makan lagi!  AHAHAHAH.  Bila balik Penang,  the first i did was goreng mee untuk breakfast.   Pastu rasa macam Ya Allah tak sedapnya mee ini.  Aku terus rasa macam kembali ke dunia nyata.



Jangan lupa untuk baca artikel akak yang lain berkenaan topik ini :

Catatan Kembara ke Trang, Thailand
Jelajah Gua Morakot Semasa Island Hoping di Trang, Thailand
My Friend Hotel, Trang Thailand
Chan Chala Night Market, Trang Thailand

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>