
Hello u olls,
Blog gossip artis paling popular apa dia? Mestilah Beautifulnara. Aku paling suka ni sebab dalam banyak-banyak blog gossip dia punya lay out paling tersusun, kemaih dan senang nak scroll. Walaupun tak bukak selalu-selalu tapi sekali-sekali tu kena bukak juga barulah kita tau apa duk jadi dengan industri seni tanah air kan? HAHAH jari tengah la Kak Yuss hang tok sah duk buat macam hang bagus sangat nak kata hang paling support industri seni tanah air kalau contribution hang semata-mata tak pernah miss tengok rancangan Mentor. HAHAHAH
Baiklah, hari ini akak dengan rajinnya nak buat ulasan ringkas mengenai gossip terkini yang akak baca dalam website Beautifulnara untuk 30 page terkini yang baru sahaja akak khatamka.
Okay jom baca ulasan ringkas akak.
Julia Perez Meninggal Dunia
Terkejut noks mak tengok ratu seksi ni dah meninggal dunia. Innalillah hi wainnailai hirojiun. Semoga dia tenang di sana.
Marka baru Hans Isaac
Haa elok marka baru Dato' Hans Isaac nama Gabriella. Nama macam akaun Tagged aku dulu-dulu, ehhh! By the way happy la Dato' Hans ni akhirnya dapat kawen juga. Dah berapa kali duk kena dump dengan pompuan-pompuan impian Malaya. Erra Pazira, Neelofa.....

click read more
Shahir kawen Erra Pazira
Akhirnya nak kawen juga. Manusia taste macam-macam, ada yang memang taste depa kat MILF. Shahir mengikut jejak langkah Zain Che Ta. Why not?
Jep Sepahtu kawen Sari Yanti
Aku baru tau Jep Sepahtu kawen dengan Sari Yanti. HAHAHAHA Baguih pastu duk bangga la lani bini dia pakai tudung sepenuhnya. Dahsyat la depa ni duk kawen dengan artist semua meletops. Shuib pun dapat Siti Sarah. Halaaa.....pak lawak style kaya mewah semua. Sayang Emma Maembong ja tak sempat nak kawen dengan Zizan.
Yuna nak Tunang
Kerlas Yuna tak lama lagi akan bertunang dan bernikah. Cayalah. Tahniah juga Yuna sebab dicalonkan dalam anugerah Centric Awards melalui BET Awards (Black Entertainment Television) award - Awards ni kira untuk adik-adik beradik akak semua la. In fact Yuna akan berentap dengan Solange yaitu adik sepupu akak ya...kerlas.....Kalau Yuna menang anugerah ni, confirm dia balik ja dia bukan dapat Dato'ship, dia akan dapat Tun terus.
Zara Zya Dikecam Kerana Iklan Mati Pucuk
Hello! Taukah anda antara produk yang paling laku kalau jual secara online adalah ubat-ubat kuat! Tak caya ampa pi tanya semua peniaga-peniaga online. Ada yang memang income sampai 10k sebulan hanya jual ubat-ubat dan alatan untuk hubungan kelamin dan yang sama waktu dengannya. Aku tak boleh habaq la sapa-sapa yang duk jual tu, kawan-kawan aku juga nanti bukak tong depa. Sebab ramai kawan aku yang jual ni jantan tapi depa menyamar jadi pompuan. HAHAH janji masyuk!
Boyfriend Ainul Aishah Ellll
Haaaa elok boyfriend baru depa. Nampak macam abang-abang yang meleps bukan anak-anak ikan.
Redza Rosli muka macam Zayn Malik
Satu lagi artis Melayu yang elok ni nama Redza Rosli haram macam Zayn Malik ni....aiiiyo sangat.
Maria Farida Elak Terlalu Seksi Dan Menggoda kerana Akui Mertua Tonton Drama Lakonannya
Haram.....takut nak berlakon seksi goda-goda semua bukan sebab takut kat Tuhan tapi sebab takut kat mak mentua.
Pendedahan Shukri Yahaya Goda Pompuan Nama Sarah Danielle
Alaaaaaa.....macam mana nak nafi pun. Confirmlah betul. Ampa ingat artist-artist ni semua malaikat ka? Depa pun binatang juga macam kita-kita ni semua. Perangai kut belakang semua macam gila huru hara juga, kot depan saja duk buat serupa baik post-post Alhamdulillah, post hadith Quran semua kat Facebook. Haram kot belakang duk mengurat pompuan semua. Hello this is not the first time kan?
Fattzura
Aiiiyooo yang ni paling tak boleh blah. Haritu demam Lofattah dah habis, tiba-tiba masuk pulak demam Fattzura. Yang paling tak boleh blah adalah gang-gang peminat fanatik para artis ni yang memang pathetic nak mampus sanggup gaduh-gaduh dan maki hamun semata-mata nak pertahankan kisah artist pujaan depa dan paling tak boleh blah ada pulak yang sanggup pi buat editing bubuh gambar Fazura dan Fattah Amin kat London kononnya sama macam David dan Victoria Beckham duk kena hambat dengan paparazzi. Haram betui la aku tengok tu aku daripada letih posa terus rasa macam semangat, semangat nak maki hamun yang bodo-bodo takdak kerja duk pi edit gambar tu semua. Jauh panggang daripada daging babi dik non. David & Victoria tu memang sungguh-sungguh paparazzi duk hambat depa amik gambar dan jual kat majalah apa semua, artis kita? Gambar anak sendiri pun duk sibuk buat instagram asing untuk dapat income iklan?
Oh yes, apa yang aku nak habaq kat ampa adalah aku tak rasa Neelofa ataupun Fazura ni akan betui betui end up dengan who-the-hell-is-this-new-actor-nobody-pun-nanti-orang-akan-lupakan-hang. Aku rasa depa layan jaaaa geli geli sebab tengok tiba-tiba populariti depa mencanak sebab peminat ramai suka bila tiba-tiba ada couple macam ni.
Aku rasa Neeloda dan Fazura ni paling kurang pun depa akan kawen anak raja tak pun mana-mana punya Dato' Tan Sri yang duit kepok-kepok yang boleh beli kat depa banglo secara cash secara dua hari sekali dan sampai depa punya property punya banyak sampai depa tak tau nak buat apa dengan property banyak-banyak kat dunia ni.
Sekian sahaja ulasan akak. Okay bye. Akhir kata, sapa boleh tengok Youtube, dengarlah rakaman seorang budak bermain recorder lagu Harry Potter.