Beberapa bulan yang lalu akak berkesempatan untuk menonton rancangan Final Maharajalawak Mega 2017 secara live di Dewan Wawasan Jitra, Kedah. Akak dan kawan-kawan Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang telah mendapat pas masuk istimewa daripada Mamak Puteh yang juga salah seorang ahli persatuan kami.
Memang teruja sebab ini adalah kali pertama akak dapat pi tengok rancangan ini secara live. Kalau ampa nak tau, antara rancangan Astro yang akak suka tengok adalah Raja Lawak sebab boleh gelak kau-kau lepas tension. So peluang ini haruslah akak seronok sangat nak join.
Jadi pada hari Jumaat itu, akak dan kawan-kawan bertolak dari Penang ke Jitra. Kami semua lebih kurang 3 buah kereta, tapi akak seorang frampuan, yang lain semua lelaki-lelaki. Sampai ja kat sana, hujan turun punyalah lebat pastu depa pun bengong, tapak letak kereta depa buat tapak jual-jualan manakala orang ramai yang mai naik kereta terpaksa parking di tepi highway. Keadaan menjadi amat bahaya sekali terutama sekali apabila hari hujan lebat macam tu, dah la gelap, parking jauh tepi highway, ya Allah.
Last sekali kami dapat jugak parking dekat dengan entrance dengan mengubah beberapa kon VLC Player milik abang-abang Sukarela. Takpalah, janji terlepas masuk dalam dewan.

Berikut adalah beberapa benda yang akak amati sepanjang event:
click read more
1. Lighting dan sound system memang best. Siries bak hang, sound system memang ditune khas untuk didengari oleh kita di dalam dewan, aku rasa ampa yang dengar kat TV pun tak boleh nak dapat dengar suara depa macam tu. Especially pada team Zero, abang depa yang kepala botak tu suara sedap wehs!~ Mungkin sebab inilah ada orang seronok dan tergila-gila nak pi tengok rancangan macam ini secara live.
Lighting yang over-over.
2. Apa yang jadi bila iklan? Masa ampa duk tengok iklan, kami kat depan dewan tengok iklan juga ka? Tak, time ni la floor manager akan buat aktiviti main game, bagi hadiah kepada penonton secara random ataupun Dato AC Mizal pun duk ácah-acah kacau penonton semua.3. Nampak clear ka? TAK!!! Haram nampak macam semut ja pun dari jauh walaupun hakikat kami punya seat ni boleh dikatakan antara seat yang depan. Kalau tak ginjat dan tak pandai-pandai pusing, hang memang tak nampak la.
Inilah contoh cara pemandangan yang akak nampak dari tempat akak duduk.
4. Apa yang paling akak suka sekali adalah menjerit dan keriau bagi sokongan pada team yang kita sokong. Kami sokong Puteh. Of courselah kami akan keriau gila-gila time ni, tapi Bocey dan Shiro punya penyokong memang gila-gila la. Siap bawak hurup BOCEY punya besar potong papan plewud, kami yang bawak belon kecik tulih PUTEH tu terus rasa macam semut kerengga ja. Paling tak boleh blah, penyokong Dato' AC Mizal. Depa dapat seat yang best kat depan-depan, pastu duk seronok bersorak. Time orang duk tengok show, depa style berdiri dan duk angkat banner semua sampai orang belakang tak nampak.Aku tak heran!!! IC aku 02 (IC Kedah)!!! Aku keriau kat depa semua "Wehs ****mak duduk la ingat ampa ja ka tengok! Kami pun mai nak tengok....." Pastu suara halilintar akak disahut oleh jantan-jantan yang lain yang turut menyokong suruh depa tu semua duduk. Haram betui depa ni semua.

Yang gang baju kuning ni semua gang AC Mizal fans la.


Kiri: Yang pegang huruf U tulah akak.
Kanan: Pompuan agam ni bukan akak ya....
Kerlas tak lipstick Audrey dari FAME yang elok.
Jom tengok beberapa gambar yang akak rakam masa show. Semua gambar depa-depa ni la banyak. Gambar aku pun takdak. Segan la nak masuk sekali. Okay bye.
Sebelum Masuk Dewan
Pasangan adik abang jangan duk tanya lebih-lebih dua dua dah kawen anak ramai.
Pintu masuk Dewan Wawasan yang dijaga ketat.
Keadaan dalam Dewan


Show Show

Sorry kecik-kecik jer...sebab ini jer pun yang akak boleh amik guna Digital Camera akak tu.
Tahniah untuk Puteh
At the end of the day, Mamak dapat tempat kelima. Alhamdulilillah. Tapi yang mengejutkan macam mana Zero dapat tempat keempat. Mungkin persaingan amat susah malam itu. Lepas show, kami ramai-ramai pi masuk Alor Star dengan harapan nak makan supper. Lapik perut lapaq wehs.....tapi Alor Star malam-malam takdak apa wehs....gilaaaa kedai tomyam ada satu ja yang bukak nasib baik jumpa. Kami pun makan dan lepas tu balik.
Terima kasih Mamak and team Resdong's atas peluang ini. Kalau offer untuk pi tengok lagi secara LIVE akak nak tak? NAK!!!!!