Air Terjun Sungai Enam Base Camp, Tasik Temenggor, Perak

Daripada house boat, kami menaiki boat laju yang disediakan di setiap house boat bersama-sama dengan renjer yang menjaga kami, kami menyelusuri Tasik Temenggor untuk menuju lokasi untuk memulakan pendakian melihat Air Terjun Sungai Nam. Lebih kurang 30 jam juga atas boat, barulah kami masuk kat satu celahan di tepian sebuah pulau di tengah-tengah Tasik Temenggor. Kalau kat laut kita panggil darat kan? Kalau tasik kita panggil apa?
Masuk kat teluk tu, masya Allah punyalah cantek aku rasa macam masuk dalam video klip Jom Cuti Cuti Malaysia sangat. Takdak sapa yang ada kat situ melain kami, dan aku rasa teluk yang kami masuk ni pun macam takdak binatang yang mai situ. Sengap sunyi air pun tenang yang menakutkan....tapi cantek!





Lepas boat-boat kami mendarat, kami semua pun nak turun dari boat. Haaa masa itu aku tersalah langkah dan terjatuh dalam boat. FUCK! Memang silap aku pakai kasut Croc palsu bunga-bunga yang mak aku beli kat pasar malam. Kasut croc tu memangla sedap nak jalan pi mana-mana, kaki terlindung....tapi untuk aktiviti macam ini kena pakai kasut daki yang betul support kaki hang kan. Aku ada kasut aku selalu pakai untuk aktiviti jogging aku, tapi aku malaihhh nak bawak kasut banyak-banyak. HAHAHAH oleh itu rasakan. ps/ Masa mendaki semuanya okay pergi dan balik. Tapi dah balik rumah lepas 2 hari, aku kena sollat atas kerusi. HAHAHAH


Hari itu kami pun mendaki naik ke sungai yang dinamakan Sungai Nam. Pendakian itu memakan masa lebih kurang 30 minit. Ada kawasan yang landai, dan ada kawasan yang curam. Bukan kerana naik bukit, tetapi terpaksa memanjat celahan batu, pokok-pokok tumbang dan anak-anak sungai. Setiap 10 minit pendakian, abang Renjer membaling mercun bola. Ini adalah bertujuan untuk menakutkan binatang buas yang mungkin sedang berada di kawasan itu. Kita tak mau benda-benda yang tidak diingini berlaku.

Seperti biasa, sebagai perempuan paling cantek dalam team ini, so aku lah yang paling terakhir dalam barisan pendakian. Tertinggal di belakang. Masa berjalan, aku bersembanglah dengan adik renjer ni. Dia kata "Saya pernah bawak pelancong masuk kat sini, baru jalan sikit jer....kami bertembung dengan pakcik Maybank punya adik yang warna hitam tu."

Pakcik Maybank adalah nama samaran untuk si belang iaitu harimau dalam hutan hebat ni. Bila masuk kawasan dia, kita tak boleh sebut nama dia. Pantang. So kalau dia sebut pakcik Maybank yang hitam, kita fahamlah apa yang dimaksudkan adalah harimau kumbang a.k.a black panther.
Aku pun dengan bodonya berkata "Awat hang tak kata kat dia WAKANDA FOREVER"sambil crossed tangan. Pastu adik tu diam ja, dia malas nak layan lawak bodo aku.
Jauh jugak perjalanan nak menuju ke Air Terjun Sungai Enam. Ada sekali tu aku ingat aku dah sampai dah kat sana, baguih dah takbir Allah Allah...tapi rupanya tak sampai lagi. HAHAH Bengong betui.
Tapi bila dah sampai, mak ai seronoklah u olls! Terus masuk dalam air dan berkubang. Kalau nak rating air terjun ni tak lah berapa best sangat. Sebab kawasan tengah untuk mandi tu jadi hitam dan keruh, sebab ada banyak timbunan daun kering yang dah mati. Pastu tak dalam sangat. Tapi air dia memang sumbang sejuk gila. Masa tengah menikmati air terjun yang sejuk dan nyaman tu, tiba-tiba betis kanan aku rasa macam sakit. Aku pun tarik seluar aku perlahan-lahan, nah ada pacat sedang sedap menggigit kaki. Aku pun perlahan-lahan jalan naik ke darat, aku pegang badan pacat tu yang masih tak dan nak gemok puas dan cuba tarik dia. Tapi tak bolehhh! Dia masih melekat kat badan kaki aku. So aku pun picit badan dia dengan kain seluar dan cabut lagi sekali. Naaa.......darah pun meleleh. Aku pun turun ke gigi air perlahan-lahan untuk basuh kaki.
Sikit pun aku tak bising kata ada pacat....kalau tak jenuh semua depa tu pompuan nanti keriau keluaq dari ayaq. HAHAHHAAHAHA
Gajah




Pendakian





Sungai Enam










Flora






Beruang


Ampa nak tau lebih lanjut pasai pendakian ke Sungai Nam dan juga beberapa info lebih tepat, boleh baca jugak blog Sobriyaacob.com
To be continued
Jom baca artikel lain untuk kembara ini:
Kembara ke Belantara Belum Part I
Kembara ke Belantara Belum Part II
Kembara ke Belantara Belum Part III
Kembara ke Belantara Belum Part IV