Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Kembara ke Belantara Belum Part II

$
0
0
Aktiviti Memancing,  Berakit,  Berkayak dan Mandi Manda
Bila rumah boat dah parked,  aku dan beberapa kakak yang aku baru kenal dalam perjalanan ini mulalah merantau dan berjalan-jalan di tepian pulau tempat house boat kami.  Kami tak berani nak merayau jauh,  kami berjalan setakat mana mata kami boleh nampak boat sahaja.  Ada staf lelaki yang dah mula memancing (excited gila...),  ada yang dah start berakit dan bermandi-manda.  Kami pun makan tengahari dulu.  Makanan tengahari di masak oleh boat wanita dan boat lelaki.........aku dan kakak-kakak tadi pi makan kat boat lelaki sebab lauk depa macam best.  



Lepas makan,  ikutlah aktiviti bebas duk ada.  Hang bolehla nak terjun tasik pun boleh.  Aku duk mai rasa panaih macam nak migraine,  jadi aku pun mandi!  Mandi dalam tandas la...bukan dalam tasik lagi sebab cuaca kat luar tu masya Allah punyalah panaih.  Bahang dia memang tak boleh nak habaq lagu mana.  Ingatkan mai masuk utan ni rasalah sejuk sikit kan?  House boat kami takdak air cond,  so memang panaih u olls.  Mak pun mandi la...lepas mandi basuh kepala semua.  NENJIAAAA........apa lagi?  Aku sambung lena dalam bilik.  HAHAHAHAH





Bila petang aku bangun,  tu dia kaum hawa semua elok duk lepak-lepak dan makan petang.  Ada rojak buah.  Depa semua sambut la aku yang baru turun,  pastu depa suruh aku makan.  Aku mai segan la....haram tak tolong kerja apa...pi lena pastu nak makan.  Tapi cahaya matahari masih kuat dan panas.

Menjelang 6pm barulah macam redup sikit cahaya matahari,  dan kami semua pun ambil peluang ini untuk main air.  Orang jantan kebanyakannya dah hilang dengan boat laju,  pi memancing.  Tinggal beberapa orang sahaja orang lelaki dan anak-anak sahaja.  Kami semua pun pakai life jacket dan bermandi manda,  berakit dan berkayak.  Masa inilah kali pertama aku berakit,  dulu pernah berakit masa kat Bukit Merah,  tapi rakit tu lain dia ada pelampung.  Ini memang betul-betul rakit daripada buluh.  





Aku ingat lagi masa berakit dengan Kak Faridah,  aku duk sibuk tanya "Kak....rakit kita ni jalan ka?  Macam tak gerak pun!"

"Bergerak Jumie...sebab kita duduk jauh dari tepi Pulau.  So kita tak rasa kita bergerak...." memang tak rasa bergerak pun.  Last-last bila kami menghampiri pinggiran pulau barulah aku boleh nampak yang rakit kami bergerak agak laju sebenarnya.  

Abang renjer yang menjaga boat kami pun ikut kami berakit,  so dia pun duk berceritalah tentang binatang yang ada di tasik dan pulau-pulau ini.  Rupanya,  setiap denai di tepian pulau yang kelihatan macam 'denai orang berjalan' adalah denai untuk haiwan yang turun dari hutan untuk minum air kat tasik.  In fact,  tempat kami parked house boat kami adalah tempat gajah berkubang.  Patutlah ada banyak kesan-kesan pokok tumbang dan tapak kaki besar di kawasan tepi boat,  ada juga tapak kaki yang kelihatan sangat baru.  Tapi gajah ni dia kalau dengar suara kita dari 3 batu,  dia boleh dengar dah.  



 





Malam itu,  seperti biasa dalam gathering macam ini.  Kami pun berBBQ! Makan lagi. Sambil makan ada la dua tiga orang duk sakat aku "Jumie bubuh la nyanyi 1 lagu"  sebab kat atas house boat semua ada set karaoke.  Tapi..............................takkan la aku nak nyanyi depan boss aku oiiiii!  Lepas makan ........kita sambung tidoq!  Esok pagi aku bangun waktu Subuh.  Syiokkknyaaaaaa pagi macam ini barulah nak rasa sejuk u olls.  Usai sollat,  baru aku dengar kawan-kawan lain pun mulai bangun untuk sollat.  



BBQ







Disebabkan aku semayang awai,  so aku pun naik atas boat,  dan lepak di atas verandah.  Ya Allah....aman damainya suasana pagi kat atas tasik ni.  Takdak bunyi apa pun kecuali bunyi yang kami kat atas boat ni.  Takdak bunyi kereta,  bunyi motor,  takdak bunyi anak orang keriau.....tenang sangat.  Macam aku yang duduk kat Taman Tun Sardon ni,  kalau pagi macam ni dah start dengar bunyi dapur Kak Anna meniaga nasi bawah rumah aku membuat kerja. 

Dalam suasana gelap dan tenang itu,  aku tak rasa takut langsung!  Padahal kalau selalu tengok gelap macam ni aku la paling penakut sekali.  Nak takut apa?  Aku siap boleh nampak orang jantan kat boat sebelah duk solat subuh jemaah.  Apabila cahaya semakin terang,  aku pun berjalan seorang diri di tepian pulau.  Aku lalu kat kawasan yang dikatakan tempat gajah berkubang.  Pastu aku jalan lagi sampai arah belakang pulau.  Masa ni aku dah tak nampak house boat kami,  tapi aku tak takut sebab ada seorang staf lelaki duk menacing pagi-pagi kat sini.  Aku tak buat bising sebab tak mau ikan lari.  Tapi bising ka tak bising,  SEMUA ORANG YANG DUK MEMANCING SELAMA DUA HARI NI TAKDAK SEKOQ IKAN PUN.  Ahahahahahahah ikan-ikan kat Tasik Temenggor ni hebat!





  


Selepas makan pagi,  kami semua memulakan aktiviti pertama untuk hari kedua iaitu kembara pendakian mencari air terjun dan seterusnya melawat perkampungan orang asli.

To be continued

Jom baca artikel lain untuk kembara ini:

Kembara ke Belantara Belum Part I
Kembara ke Belantara Belum Part II
Kembara ke Belantara Belum Part III
Kembara ke Belantara Belum Part IV

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>