Assalamualaikum Sis Jumie..Saya baru je 2-3 bulan baca blog sis dan saye terpanggil untuk bertanye kepada sis mengenai permasalahan yang saye alami sekarang. Macam ni, saye anak ke 3 dr 4 orang adik bradik. Yang bongsu perempuan tapi beza kami agak banyak jugak, hampir 5 taun.
Problem dekat sini, adik saya ni saya tengok macam pelik sikit. Die bukanlah pendiam tapi kalau ade ape-ape yang die tak puas hati, dia akan caruts dekat social media.
Yang tak berape bestnye sometimes sampaikan tak puas hati dekat parents or adik beradik pun habis dicarutnye kami ni dekat social media die. Dan yang lagi tak bestnye, mostly family members macam sedare ramai yang jadi followers.
Saye pun jadi macam mane nak tolong die sebab tak ade sape berani tegur or cakap dekat die sebab kalo kami start nak tegur pasal perangai die, die akan hentak kaki, tarik muka dan naik bilik tutup kuat-kuat.. lepas 5 minit akan kuar la macam-macam F word status.
Saya nak mintak tolong sangat-sangat dekat sis, apa yang boleh saya lakukan untuk masalah ni sebab saya sendiri mula-mula rasa tak payah amek port sebab perangai remaja sekarang tapi kalau dipikir2kan kalau semua orang tak amek port dan dia akan rasa tindakan dia selama ni betul sebab tak de sape tegur dia dan dalam masa yang sama orang luar yang baca status2 die tu akan fikir bukan2.. kalau fikir pasal dia je xpela tapi sy takut kalau orang fikir parents saya yang xreti jaga anak, xde adab.As salam,
Kakak yang runsing
Dear Kakak yang Runsing,
Satu perkongsian yang menarik. Saya rasa ramai antara kita semua yang mempunyai masalah yang sama. Budak - budak muda ni memanglah macam ni sikit. Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan macam-macam maknena lain memang digunakan sebagai medium untuk kita berkongsi macam-macam informasi, buah fikiran dan apa sahaja yang terlintas di hati dan minda kita agar kawan-kawan dan semua orang yang follow kita boleh tau aktiviti dan keadaan kita pada satu-satu masa. Tapi kalau kita nak kongsi apa pun, ada etika dan syarat-syaratnya. Kerana kalau kita tersalah cara dan etika, ada orang yang boleh terasa hati ataupun sentap dengan kita dan lebih teruk....orang akan label kita sebagai BUDAK-BUDAK TAKDAK AKAI.
Bukan Budak Budak Ja Suka Buat Macam Ni
Actually, bukan hanya remaja dan budak-budak yang suka post benda-benda takdak akai ni. Orang tua pun banyak juga. Bila tulis status / tweet, dia tak kira adik beradik or sedara, dia tak kira kawan baik or jiran, dia tak kira rakan seagama, dia tak kira rakan daripada bangsa dan kaum lain...dan ada juga yang cuba untuk provoke kedaulatan negara-negara jiran. Benda macam ni memang membahayakan. Bukan bahaya apa...bahayanya adalah orang akan kata "Awat Jumie tu bodoh sangat tulis status macam tu...dia tak pikiak ka sebelum dia nak kata apa-apa?"
Dulu akak pun suka menulis benda benda yang menyengsakan di laman sosial. Ada yang berbentuk narcissisme (memuja diri sendiri...hahahaha....) dan ada menyakitkan hati saudara mara dan kawan-kawan. Tapi itu dulu...it was 5 years ago. I learnt from my mistakes and now akak dah tak share SEMUA BENDA kat Fesbuk lagi. Tambah-tambah lani akak dah kawen, kami laki bini bergaduh ka, bergadah ka....atau apa apa sahaja aktiviti dalam kain...kami biarkan benda itu hanya hidup di dalam kain. Tak payahla tulis kat orang semua tau.

Tapi hari ini, kita nak cakap pasai your adik. Adik u olls bukan narcisist. Dia adalah seorang pemberontak. Dia marah dengan sesiapa sahaja, instead of dia berdepan dengan masalah dan betulkan keadaan, dia membabi buta maki hamun di laman sosial. Tapi, akak tak tau betapa hazabnya penulisan adik awak itu. Kita saling tak mengenali.
Kalau macam tu, akak anggap yang carut carutan dia adalah MILD dan tak berapa nak hazab sangat.
Memang betul kata u olls, kalau kita diam, dia tidak akan belajar daripada kesilapan. Tapi at the same time u olls tak tau cara nak tegur dia kerana u olls takut dia dengan dia. Yang ni akak tak berapa setuju. Kenapa u olls nak takut dengan dia? Kalau dia hentak kaki pecah pintu pun, suruh dia baiki sendiri. Jangan manjakan dia dan takut dia lari rumah, kalau dia pandai lari rumah......biar dia lari pastu nanti dah takdak tempat makan tinggal...biar dia balik rumah sendiri.
Tahap Untuk Berdiplomatik Dengan Anak/Adik
Budak-budak zaman sekarang sangat lemak walafiat. Tulah kita terlalu nak ikut cara barat. Semua benda nak kena negotiate dengan anak-anak. Ada pendekatan diplomatik. Takdak kuasa diktator macam zaman mak-mak kita dulu. Sekali depa jeling...nenjiaaaaaaaaaaaa....kencing teruih. Zaman lani mana ada lagu ni.
Memberikan ruang diplomatik kepada anak-anak ataupun adik-adik tak bermakna yang kita boleh MANJAKAN depa. Haaaa! Itu kesilapan mak bapak zaman sekarang. Punya duk diplomatik, last sekali mak bapak jadi mangsa manipulasi anak-anak.
Kat US, tahun lepas. Ada seorang pakcik ni...dia bapak kepada seorang budak perempuan berumur 15 tahun. Anak dia merungut kat Facebook tulis kata dia penat dengan kerja -kerja rumah yang mak bapak dia suruh buat kat rumah. So, bapak dia baca status Facebook tu, bapak dia jadi bara...bapak dia buat video and explained seketoi seketoi kat anak dia and last sekali bapak dia tempak laptop yang dia beli untuk anak dia. HAHAHA....seketoi. Ampa tak caya, boleh baca kat sini : 'This one's from your momma!': Angry father shoots daughter's laptop with .45 pistol after she complains about chores on Facebook
Video pakcik ni ada kat sini : http://www.youtube.com/watch?v=kl1ujzRidmU
Video pakcik ni ada kat sini : http://www.youtube.com/watch?v=kl1ujzRidmU
So daripada kes pakcik ni, actually ada dua cara untuk handle adik-adik pemberontak ni semua. Satu cara adalah secara halus iaitu melalui gelak-gelak dan perli dia. Bila mood dia tengah marah dan geram, ampa jangan la kata seketoi-seketoi kat dia. Nanti dia lagi marah. Tapi bila dia mood baik dan tengah gelak-gelak, bila dia tengah manja-manja dengan ampa semua, time tu la ampa mau sound dia seketoi...."Alah....hang duk buat sayang sayang mak...tapi bila hang marah kat mak...hang tak pikiak...hang tulih macam-macam kat Facebook....hahahaha..." Kalau boleh ramai-ramai buat macam tu. Biar dia lagi angin. HAHAHAH aku dapat rasakan muka adik hang akan jadi macam kucing.
Cara Siries : Tunjukkan Keberanian U olls!
Secara siries, ampa kena berani...bila dia tulis ja status tah apa-apa about ampa and family...AMPA RAMAI RAMAI PI KOMEN KAT SITU. Sebab, bila dia tulis status tah apa-apa ni semua, kawan-kawan dia yang tak tau pucuk pangkal akan bagi sokongan kat dia. Kira lagi syiok la adik hang tu, dia akan lebih percaya yang dia adalah mangsa keadaan. So bila ampa semua pi komen kat situ bukan untuk hemtam, tapi untuk explain the situation, dia sendiri akan malu and kawan-kawan dia yang tadi duk seronok komen macam-macam akan tersengap macam ubi.
Cara Horror : Buat Video Cara Pakcik Koboi
Pendekatan terakhir, ampa adik beradik semua, buat video....MAKI ADIK HANG BALIK and bubuh kat Facebook / Youtube. Pastu last sekali... ampa adik beradik ramai-ramai pi kat pokok-pokok pisang and ampa tendang and pukul pokok pisang tu sampai pokok tu hancur. Kira mengamuk gila la. Haaaaa!! Kat Malaysia tak boleh pakai pistol. Nanti kena tangkap polis.
![]()
Akhir kata, sebagai anak rebelious dalam keluarga Samsudin dan Idamiah, i dont think diplomatic is the best way untuk semua anak-anak especially remaja.
Love,
Jumie Samsudin