Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Updates About My Mother In Law

$
0
0
Hello u olls semua,

Setelah akak paparkan mesej ringkas pada bulan lalu bertajuk  Doa for Kak Juma (my mother in law),  banaythank you untuk u olls semua yang banyak hubungi akak bagi macam-macam tips dan petua.  Also shared doa doa dan ayat ayat Quran yang boleh diamalkan untuk mengubati cancer.  Terima kasih sangat sangat.

Baru baru ini akak dan Khafi balik ke KL untuk melawat mak mentua akak.  Even my parents and my sister family pun join in and melawat beliau.
Throwback gambar akak and Kak Juma masa akak bertunang Mac 2011.


Sukacita dimaklumkan,  mak mentua akak sangat sihat walafiat dan kini dia sedang mengambil rawatan susulan dengan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah,  Taman Titiwangsa,  Kuala Lumpur (tempat pak mentua Ashraf Muslim u olls).  And kalau ada rezeki,  mak mentua akak Kak Juma nak pi buat Umrah sekali.  Dia tanya juga kat akak dan Khafi,  "Kalau mak dah baik nanti...mak nak pi buat Umrah.  Abah pun nak pi.  Kamu nak ikut tak?"  tiba tiba muka akak jadi macam mentadak mentadu.  HAHAHA....

Kalau ada rezeki...kami ikut Kak Juma.

Mak mentua akak mempunyai cancer di usus perut dan disahkan baru diperingkat 1.  Doktor pakar paru paru mengesahkan paru paru mak mentua akak tidak cukup kuat untuk menjalankan pembedahan kerana bius yang kuat akan memberikan risiko yang tinggi kepada pesakit.  Keduanya,  kalau nak kemo macam not worth it.  Sebab benda tu terlalu kecik and mak mentua akak pun bukannya kuat lagi.  Oleh itu,  beliau memilih untuk buat rawatan alternatif dengan pihak Al Hidayah.  Lagipun dah banyak testimonial daripada orang ramai yang berjaya membuat rawatan kat sana.  Marilah kita sama-sama doakan mak mentua akak.  SHE IS A STRONG WOMAN.  Tengok dia tak macam sakik pun!!

Masa akak first jumpa dia baru baru ni,  kami pun duk sembanglah pasai benda ni.  Sekadar nak share dengan u olls semua,  mak mentua akak pernah kena breast cancer dulu.  And she survived it,  and now dia kena kat perut pulak.  Ramai orang bila jumpa dia akan kata "Mesti akar cancer yang dulu la tu...dia masih ada tu...sebab tu boleh tumbuh lagi,"  Mak mentua akak explained.

"Benda ni bukan akar.  Dia memang ada dalam genetik kita.  Orang yang tak faham dia kata la akar.  Sebenarnya bukan akar.  Tengok macam Angelina Jolie...kan dia potong dua tetek dia.  Sebab dia tau dalam darah dia ada genetic cancer daripada mak and makcik dia..."  kata mak mentua akak.  Akak pun macam paranoid....EHKS....MAK MENTUA AKU BACA BLOG AKU KE?

Hehehehe...

Sekian sahaja.  Love u olls!

Terima kasih atas segala perkongsian dan doa yang u olls kirimkan kepada akak dan keluarga.

Yang benar,
Jumie Samsudin

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>