
Tapi alhamdulillah, tahun 2019 lebih baik. Pelan punya pelan, aku rasa aku sentuh buku ini masa bulan 9 kot. Sekali aku selak dan baca, habis satu bab. Punyalah sedap penulisan Dr. Zul Azlin Razali ni. Insat aku bagi satu bait yang paling aku suka. (Mohon izin penerbit dan penulis buku ya)
BAB 6 - RAWATAN SELAIN PILZAMAN ini, suasana urban yang laju dan berkilau-kilau boleh buat jiwa kacau dan fikiran sasau. Metropolitan yang ranggi memusatkan nurani manusiawi kepada kepentingan diri. Tiada yang mahu tertinggal di belakang. Tiada yang mahu diketepikan. Semua mahu dirindukan. Dalam keriuhan dan keramaian, manusia sebenarnya keseorangan. Relung jiwa yang kosong mengundang gundah yang menggugat jantung. Tergantung sama kelak rasa murung. Ini adalah bagaimana faktor sosial dan psikologi menghantui seseorang sehingga dia jatuh depresi. Zul Azlin Razali, Depressi: Terpuruk Rasa Ingin Mati (2018)
Tudia punya sedap susunan kata dia. Tu yang buat aku terpana, adakah ini penulisan akademik non-fiksyen ataupun sebuah karya sastera tahap PHD. Rupanya aku baru baca sampai pertengahan buku iaitu bab ke 7. Sebab aku sibuk, dan aku selalu macam ni.....kalau buku sedap...aku lambat nak bagi habis. Nanti nikmat tu hilang.
Tapi 7 bab pertama Dr. Zul Azlin Razali duk garapkan secara terperinci bahawa untuk mencari kesembuhan hati kepada mereka yang menghidap kecelaruan minda macam aku, usaha ubat semata-mata tidak memadai. Begitu juga kalau semata-mata berdoa ataupun mahu hanya cuba ikhtiar pak bomoh dan pak ustaz. Semuanya kena holistik.
Aku amat rekemen hangpa beli buku ini. Online Dubook Press RM20 sahaja. Link di sini: Depresi: Terpuruk Rasa Ingin Mati
![]()

Terima kasih sahabat.