
Ini bukan Maldive. Inilah TELUK KAMPI!
Pantai Kerachut aku dah mai banyak kali, Teluk Kampi, ini adalah yang pertama. Thank you Tourism Malaysia Northern Region atas kesudian menjemput aku ke sini. Teluk Kampi adalah salah satu pantai yang terletak di dalam Taman Negara Pulau Pinang, selain Pantai Kerachut dan lain-lain. Selain dua pantai yang aku mentioned kat atas, ada antaranya di bawah pengurusan pihak persendirian. Antaranya pandai CEMACS di bawah pengurusan pihak USM dan pantai Monkey Beach ataupun nama rasmi dalam peta depa panggil Teluk Duyung adalah milik keluarga jutawan Pulau Pinang iaitu Mendiang Loh Boon Siew. Sebab tu kat Teluk Duyung depa boleh meniaga dan sebagainya.
Teluk Kampi kalau ampa ingatlah tak lama dulu pernah viral sebab ada sekumpulan manusia buat private party kat sini dengan membuat permainan yang aksinya 18SX. Hangpa pi Google sendiri la u olls. Cerita dah lama. Tapi Teluk Kampi memang cantik, daripada Pantai Kerachut, kalau nak hiking ke jalan lagi 40 minit lagi la kot. Kalau naik boat dari Pantai Kerachut, lebih kurang tambahan 20 minit lagi.

Perjalanan menuju ke Teluk Kampi dan Pantai Kerachut, renjer akan tunjuk kat ampa, batu-batu yang terbentuk secara semula jadi di sepanjang pantai, ada yang menyerupai kepala buaya, ada yang macam penyu dan ada yang macam arnab. Dalam gambar ni, ampa perasan tak, batu yang tengah tu macam anak arnab!
Teluk Kampi pun sama macam Pantai Kerachut, ada pantai yang cantik, pasir yang putih, laut yang biru, ada kemudahan untuk buat aktiviti berkumpulan, ada surau dan tapak untuk kita buat aktiviti perkhemahan. Pernahlah group USM cerita, depa nak pi berkhemah kat Pantai Kerachut, tapi on the way naik boat ke Pantai Kerachut, tiba-tiba ribut mendatang. Depa stranded atas boat tak boleh mendarat kat Pantai Kerachut sebab ombak terlalu kuat. Jadi, boat man teruskan perjalanan ke Teluk Kampi di mana suasana pantai di sini lebih selamat untuk mendarat. Akhirnya, depa mengambil keputusan untuk stay di Teluk Kampi dan mengadakan aktiviti perkhemahan di situ.
Depa habaq kat aku la, bila malam, depa ramai-ramai pi pantai punya syiok sebab bila kocak air laut, muncul warna neon hijau yang bergemerlapan macam la lampu-lampu zamrud di permukaan air. Hebat! Inilah plankton u olls. Ada spisyis neon yang bila malam-malam dia akan keluar lampu macam mana ka. Hangpa pi Google la sendiri. Ada orang yang dapat rakam fenomena ini maybe kat laut lain sebab memang susah nak capture dengan camera biasa.
Semasa kami tiba di Teluk Kampi hari tu, hujan turun dengan lebatnya. Kami berteduh kat tempat berbumbung yang disediakan oleh pihak Perhilitan. Nasib baik ada nasik dengan lauk yang sedap...aku makannnnnnnnnnnnnnnnnn!!!! Tambah dua kali.

Satu dua tiga....SERANG!

Surau.

Makan kat tepi laut, ujan-ujan, time lapaq....surrrrr

Dappp! Terima kasih abang yang mai supply lunch catering kat kami. Dapppppp














Lepas berjalan dan melihat keindahan alam di Teluk Kampi, kami naik boat dan teruskan perjalanan ke Pantai Kerachut. Hujan dah mula reda, tinggal gerimis manja. Kami berkunjung ke pusat Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pulau Pinang. Aku dah terror dah pasai penyu ni sebab aku dah mai banyak kali. Hangpa boleh baca penerangan aku dalam link-link kat bawah. Lepas tu kami jalan-jalan lagi tengok tapak perkhemahan, pokok-pokok dan seterusnya tengok tasik meromiktik.








Posing kat daun pokok alban. Pokok ni renjer kata boleh buat ubat. Ubat apa aku tak tau.





Renjer Ali duk buat penerangan pasai penyu.



Ini antara batu kristal yang besaq aku kutip.







Semua pun berusaha mencari belian.

Tapi sebenarnya, akaklah belian tu.
Tasik meromiktik yang terletak di Pantai Kerachut adalah antara yang paling unik sebab terjadi apabila air laut yang naik sebab air pasang masuk ke kawasan pedalaman pantai dan ombak memukul pantai hingga terbentuk empangan semulajadi. Dan daripada hutan, mengalir pulak air-air sungai yang dikatakan daripada 3 atau lebih sumber anak sungai. Maka terbentuklah tasik meromiktik. Tasik ini ada dua lapisan air, atas air tawar dan bawak air masin. Tidak tercampur ya dua larutan ini. HEBAT! Subhanallah. Disebabkan itu, tumbuhan yang hidup di dalam dan keliling tasik ini adalah berlainan daripada kawasan sekitarnya.
Apabila penuh, tasik ini boleh mencapai hingga kedalaman 2 meter. Sampai waktu, empangan semulajadi itu tadi akan pecah dan mengikut kata pak renjer, bunyi empangan pecah ni macam bunyi bom meletops. Dalam masa 2 jam, air yang penuh tadi akan mengalir semuanya ke laut. Dan kawasan ini akan kering semula.
Tapi sayangnya, sudah dua tahun tasik ini tidak terbentuk walaupun sudah dua kali musim angin barat berkunjung. Mungkin kesan daripada tambakan tanah di perairan Gurney dan jugak Teluk Kumbar untuk membuat pulau jadian di sekitar Pulau Pinang? Mungkin juga. Selain daripada tasik meromiktik yang dah lama tak terbentuk, kami jugak berkesempatan untuk menyaksikan air lumpur warna hitam yang berbau busuk yang naik ke tepian Pantai Kerachut. Kata pak renjer, benda ni baru terjadi sebab kemungkinan aktiviti tambak pasir di Gurney di mana, tanah yang busuk di korek dan dibuang di perairan berdekatan Pantai Kerachut.
Okaylah aku tak mau cerita banyak lagi. Hangpa tengok gambar. Hangpa boleh baca catatan aku dalam blog post aku sebelum ini. Aku cerita panjang lebiaq. Nah link:












Hello!












Mau sembelih penyu ni jual kat kedai seafood Cina. Mesti mahai.

Sebelum kita balik, kita pose dulu. Thank you Tourism Malaysia Northern Region atas peluang ini. Bestlah bercuti di negara sendiri. Tak payah buat personal loan!