Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Random Photo 2019

$
0
0
Nenjia,  unedited, no crop,  raw photos of JUMIE SAMSUDIN for 2019.  Semua random photo aku amik sempena tahun 2019.  Bila tabok-tabok gambar banyak macam ni,  baru rasa macam ehhhhh macam-macam jugak aku dah buat dah tahun ni.  Alhamdulillah.


Self
Ni kira aku anggap selfie aku paling elok untuk tahun 2019.  Yes,  camera ni ada beauty effect sikit.  Horom muka aku macam pelakon.



Ni aku rasa pengalaman last aku berlakon la,  walaupun dalam sesi latihan sahaja.  Bye bye minat yang memenatkan hati dan jiwa.


Dapat job jadi emcee untuk Heritage Run Penang,  dapat la jumpa ketua menteri Penang. Kerlas!


Tengok Tok Ti menyanyi konsert duduk first rowwwwwwwwwwwwwww u olls.  Ini adalah pengalaman tak boleh dilupakan. Aku punya dekat dengan manusia lagenda ni.


Okay la bukak rahsia siap-siap sebelum pitnah lagi panjang.  Sekali sekala aku ti bukak tudung pi lepak malam-malam dengan anak-anak sekalian.  Sebab dah ada orang bertanya "Pasaipa Jumie macam tu? Dia ada masalah ka?"  Jawapannya kepada orang yang tanya soalan tu adalah,  "Aku takdak masalah.  Awat hang ada masalah dengan aku ka?"



Pencapaian dunia blogging,  dijemput oleh Tourism Malaysia buat rebiu. BANGGA OKAY!

Kenangan tak boleh lupa.  Jadi emcee dengan pagemok ni.  Best.  Semoga depa tak menyesal dan panggil lagi kami jadi emcee ton 2020.


People
Jumpa adik-adik pengakat daripada Politeknik Sultan Azlan Shah.  Depa buat program 10k langkah ke Penang.  Interview I olls gitu. Stress la kerja dengan depa ni sebab awat depa ni semua muda-muda sangat. HAHAHA



Jumpa lagi dengan mak ayam dari Ostolia,  Rahim Isa!  Beliau banyak bagi semangat kat I olls walaupun dari jauh.  Respect.


Jumpa dengan Adly dan Saffiyah.  Founder PurebySO,  produk kesihatan kulit muka yang aku pakai sejak 2013!!



Bersama anak ayam yang telah berjaya menguruskan berat badan dan menjadi sedikit kekwat sebab ke'laku'annya.


Dia ni..................................................walaupun jarang jumpa tapi dia banyak bagi aku semangat.

Ton ni dapat cikgu vokal,  Teacher Wanda.

Pompuan ini pun antara orang kuat dalam hidup aku tahun ni. Banyak bagi semangat.  Kata-kata hikmah dia, "Biarlah tudung senget tapi kening kena lukih kerana kening adalah maruah."


Tinggal kenangan.


Dulu dia Firosotun Mudawarah,  lani dia Miss Kurki.


Dua orang ni juga antara orang yang banyak bagi aku semangat dan buat aku fokus untuk pikiaq benda yang penting sahaja untuk terus berjaya dalam hidup.


Seorang yang Anith.  Kenai lamaaa kot sos med.  Tak tau macam mana boleh jumpa tahun ni.  Spend satu hari pulak tu.  Bila nak ulang?




Shidah,  antara student pertama aku duk jaga masa mula-mula kerja 14 tahun dulu.  Dia mai ziarah aku kat tempat kerja baru.  Terima kasih wahai sahabat.


Pengacau aku di Sos Med kedua terhebat selain Shanaz Balqis.  Inilah Teacher Sirajun.


Bersama jiran bawah rumah yang paling disayangi sebab dia banyak kali menyelamatkan anak kucing aku bila jatuh ataih bumbung.  Terimalah Sairischia Koirala a.k.a Kak Icha.


My new sis,  nama Iman.  Kami jumpa masa pi tengok wayang,  dia takdak duit kecik nak bayar parking,  so kami tong-tong bagi dia duit tolong bayar duit parking dia.  Start dari situ jadi kawan dan teman lunch!!

Thank you Yazid mai bawak aku jumpa marhayam Kontohol ni. Love u Bangsan!


Wanita G Hotel yang aku kagumi amat kagumi di Instagram.  Love u sis!


Travel
Ton ni pusing-pusing dapatlah pi Bangkok,  Hatyai,  Cameron Highlands,  Ipoh dan Tasik Banding!

Pagi-pagi nak keluaq rumah. Laki tolong amik gambaq sebelum dia com sekali kat dahi. Gicuu

Muka sejahtera sebelum kena halau dengan pelancong-pelancong dari KL yang sibuk nak duduk kerusi ikut number seating.  TOYA MAK AMIN SEMUA ORANG KL.....kereta api Thailand yang macam nak pecah dan takdak nombor yang betui pun hangpa nak teruk-teruk ikut number tiket. Bara aku sampai lani.


Kepundekkan kawan-kawan yang suka amik gambar aku bila aku tidoq.  Sibat muka aku time ni macam mak dalam kartun Hatasinchi.


Picik-picik perut Topexxxxx comeinya.


Aku kat airport Bangkok.

Patpong dalam kenangan.  HAHAHAHA



Percubaan ambil gambar sambil melompat.  Tasik cermin,  Ipoh.


Santai di kota Ipoh yang hipster.


Haaaa aku pi jugak Cameron Highland tahun ni kan!


Semua gajah di Tasik Banding lari bersembunyi bila tengok aku posing macam ini.

Masa nak turun boat ni la aku jatuh tergelinciaq.  Lutut aku herot sikit sampai lani.  Kalau semayang laju laju mesti akan rasa.


Work 

Antara pengacau tegar kat office.


Cewah.  Baru siap decorate tempat posing raya depan semejid.

Tahun ni aku berjaya buat video raya untuk office aku Pusat Islam.  Lani duk pikiaq dah untuk video raya tahun 2020.


Kak Jumizah bersama pelajar praktikal bertajuk Musfirah.


Orang nak amik gambaq raya kucing ni sibuk duk panjat ataih aku.


Template makcik kerajaan.

Time ni muka aku putih pulak tak tau pasaipa.  Seronok mai kerja hari hari,  mai masjid tau.


Tahun ini aku berjaya menghandle 24 meeting mingguan pegawai.  Steady Jumizah.

LAHANJS
Ni semua yang sayang istimewa sikit.  Group group pagemok yang semuanya baik hati,   understanding,  supporting dan sayang sangat-sangat.  My anak-anak ayam.




Gambaq time hari raya kat rumah Mami Nizal.


Masa sambut birthday Nischa dan Jumie.


Announcement penting masa party baju kelawaq di Pa' Cheng Po.  Tahniah Kak Fina.  Let's Morrocco 2020.



Reward
Antara hadiah-hadiah aku dapat dan hadiah aku beli sendiri untuk tahun 2019.  Ada banyak lagi hadiah aku dapat aku rasa tapi tula....tak amik gambar ataupun tercicir kat mana-mana.  Kalau hadiah ampa takdak dalam gambar ni jangan kecik hati aku sayang ampa jugak.


Ni hadiah beli untuk diri sendiri.


Jangan tanya sapa beli water tumbler ni kat aku.

Hadiah meja kopi oleh abang ku Budi.  Dia buat sendiri tau meja ni.  Nanti nak masuk rumah baru,  bestlah dia boleh tolong buat macam-macam lagi.  Dah la rumah kami dekat.


Kepada sapa yang beli hadiah jam ni kat aku...love ampa sangat-sangat.


Niii abang beg kat Maghribi tau!!! Pembakar semangat nak pi Morrocco tahun 2020.



Family
RIP Jaden.  Wherever u are.  Kucing kami,  Mohd Rayyan Jaden,  hilang April 2019.


Kucing baru hadiah dari Nusrat sebab muka dia sama dengan Jaden.  Nama diberi,  Britney Sofia Cassandra.  Panggilan di rumah,  Kakak.


Ini anak kedua,  tak plan pun.  Terjumpa dia depan masjid orang buang.  Nama diberi Eye Lana Shadoweyna.

Kak Edeh bersama tiga anak perempuannya.  Jumie,  Sanita dan Julie.  Surianie dia takdak sebab dia Kak J.


Raya wefie with my bro,  Budie.  Milo man!


Cakcing dan Kak Edeh.  Raya ini,  Cakcing beraya sebagai Kak J.  Takpa,  mulakan hidup baru.  Belajar dari kesilapan.


Bersama Sanita,  yang apabila memakai Bokitta barulah kelihatan sedikit lebih elok.




Gambar yang mengundang ribut.  Kenangan semasa kami melawat kakak ipar aku yang baru melahirkan baby girl, Shazia.  So ambil gambar ni dan share kat family aku.  Kak Edeh,  forward kat semua adik-adik dia (dalam whatsapp group dia adik beradik),  dengan mesej.  "Jumie baru dapat baby."  Semua eksaited seronok.  HAHAHAH pastu aku risau la kata kat mak aku.  "Mak tak baik kita duk tipu orang."  Mak aku jawab "Takpa sekali sekala kena tunjuk jugak kita ada baby......asyik depa ja ada baby baru."  HAHAHAHAH KAK EDEH!!!!


Baby Shazia dah besaq.  Januari ni nak pi jumpa dia.



Love
Ton ni genap 8 tahon kawen dengan pak gemok ni. Tapi sampai lani aku tuntut candle light dinner dengan dia tak dapat dapat. Harammmmmmmmmmmmmmmmmmmm ggoooohhh.....




Home
Alhamdulillah,  tahon ni berjaya settle beli rumah pertama.  Tri Pinnacle,  Tanjung Tokong. 

Rohaiza,  lawyer yang bagi settle semua urusan I olls.  Terima kasih banyak-banyak. Nanti nak beli hadiah kat dia.


Kak Edeh diberi penghormatan untuk cabut undi.  Dapat tingkat 13!  Syukur.  Tak tinggi sangat.  Flat kami setinggi 45 tingkat u olls. 12 tingkat adalah parking semata-mata.  Kami dapat parking tingkat 4.


Bersama Gabenor Bank Negara Bawean yang telah meminjamkan 10% kepada ku.  Thank you bapak.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2020 aku tunggu hang dengan tangan terbuka.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>