
Aku paling kiri. Masa ini umur baru 10 tahun, tahun 1995. Kakak aku kawen time ni. Time umur macam ni la duk kena lukis WAWASAN 2020 kat sekolah.
Hello u olls semua. Sementara duk ada mood mai aku buat blog post siap-siap review tahun 2019. Alhamdulillah nak mai hujung tahun dah. Selesai satu bab. Tapi tahun ni istimewa sebab akhirnya, sampailah kita ke usia untuk tahun wawasan Tun Dr. Mahathir. Aku duk ingat lagi masa kecik-kecik dulu kat sekolah semua duk pulun kena buat lukisan, apakah imajinasi untuk tahun 2020. Aku ingat lagi aku punya lukisan, ada skyline bangunan tinggi-tinggi dan macam-macam bentuk. Ada bentuk tiga segi, ada bentuk bulat, dan semuanya lebih tinggi daripada KLCC dan KL Tower. Pastu kot celah-celah ada LRT monorail macam mana ka dan KERETA TERBANG.
Dan dari dulu juga aku duk kira siap-siap dah, by the time masuk tahun 2020, aku umur 35 tahun, aku akan jadi wanita bekerjaya, pakai kereta besaq dan hebat, ada rumah yang ada swimming pool. Itulah impian aku sejak kecik.
Nenjia, akhirnya perkiraan bertahun-tahun ini sudah sampai ke pengakhiran. Tak sampai 20 hari lagi kita dah masuk 2020. Kereta terbang tak wujud lagi, tapi aku bersyukur sebab lani nak tengok TV ka apa, boleh tengok ataih sekeping besi atas tangan saja (handphone/tablet). Bagi aku ini dah cukup hebat dah. Dan aku tak sangka, dengan adanya internet pada abad ini, aku punya minat menulis, buat buku folio fesyen/ baju pengantin, cerpen dan novel yang aku buat sejak sekolah rendah dan menengah sambung sampai lani dan dikongsi untuk semua kawan-kawan aku yang sudi membaca dengan adanya internet. Dulu aku buat cerpen, tulis dalam buku nota dan akan pass satu sekolah. (Tak caya tanya kawan-kawan SGGS aku).
Berkenaan dengan bangunan yang tinggi-tinggi tu semua, okay la kat belakang tempat kerja aku ada bangunan tinggi kot ataih dia ada benda bulat macam teloq macam mana ka.
Dari segi kerjaya, yes alhamdulillah ada kerjaya. Walaupun bukan kerjaya profesional macam engineer ka doktor ka, tapi banggala noks mak kerja dah 14 tahun dah sekarang. Kereta besaq dan hebat bertajuk Perodua Bezza. Dan ada rumah sendiri YEAHH!! Dan walaupun takdak dalam angan-angan time tu, tapi tak sangka aku ada suami yang hemsem dan baik keturunan Jawa tapi nampak rupa macam mixed Benggali Eurasian (steady abiang...duk puji takdak ka apa aka apa ka apa ka).
Tapi apa aku nak habaq adalah, tahun ini dan tahun-tahun mendatang aku rasa adalah JAUH LEBIH BAIK daripada era tahun 2013 hingga 2018. Lima tahun ni aku rasa macam aku lost sikit. Macam-macam kejadian jadi. Takpa, janji kita teruih tengok ke depan, dan stay fokus untuk cari kebahagiaan dan rahmat Tuhan. Aku dah buang banyak perangai tak elok yang boleh membinasakan perjalanan kesihatan mental aku, walaupun masih ada sikit-sikit tapi yang penting kita kena keep progressing.

Tahun ini juga aku mengambil keputusan untuk lebih terbuka untuk bercerita tentang kesihatan mental aku. Aku didiagnose sebagai Bipolar Disorder. Tahun ini, 3 kali aku depression teruk (manic depressive). Alhamdulillah takdak apa bodo-bodo yang jadi. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang selalu mendokong perkongsian aku melalui sosmed. Tapi mula-mula macam rajin duk post macam-macam, pastu aku macam stop sat sebab aku rasa rimaih sebab aku rasa macam semua orang duk bagi aku 'special treatment'. Aku tak suka rasa macam handicapped. Rimaih la jugak bila ada yang duk mai bagi aku nasihat panjang-panjang dan over concern.
AUDIT KAWAN-KAWAN
Selain membuang perangai-perangai tak elok yang boleh menjadi tabiat, aku jugak telah membuang banyak anasir tak elok dalam hidup seperti maknusia-maknusia toksik secara fizikal dan jugak digital. Haaa kerlas! Hangpa boleh cek out blog post aku dulu kala aku pernah tulis pasai audit kawan-kawan, boleh check out kat sini: Audit Kawan Kawan (Jumie Samsudin-2012) Tapi lani aku nak tekankan, selain membuang manusia toksik yang terdiri daripada kawan sekolah yang suka mental bullying, kawan-kawan office yang kuat jeles dan dengki khianat, jiran yang pelik, sedara yang sejenis bawang India dan bawang Holland...hangpa juga kena teliti dengan gangguan digital.
Tak dinafikan dalam era globasisasi, internet dan sosial media adalah sesuatu yang penting dalam perjalanan harian kita. So mau tak mau, hari hari kena bukak internet, whatsapp, sos med. Ini semua adalah gangguan digital. Walaupun kita bersungguh-sungguh tak mau tahu benda benda tak penting, tapi sebanyak itu jugak, benda tak penting itu akan mengganggu hidup kita.
Oleh itu, adalah amat penting untuk kita monitor jugak sapa yang harus kita follow/hide atau block dalam sosmed kita. Aku pun dah remove lebih kurang 2k lebih kawan-kawan aku dalam Facebook, so sapa yang duk add aku balik, ampa PM la, tapi kalau tak add pun takpa, hangpa boleh follow aku sebab banyak post aku bubuh secara public. Instagram pun aku dah remove daripada 4k lebih jadi 800 lebih. Tapi lani duk mai dah naik sikit-sikit. Itu pun, kalau sapa merepek-repek duk follow aku takdak gambar/takdak follower lain (macam fake account/stalker) aku teruih block.
Tapi aku bukan jenis yang, HARI NI AKU BLOCK, PASTU ESOK AKU UNBLOCK HANG BALIK, HARI NI AKU MASUK GROUP, ESOK AKU LEFT GROUP. Ni semua penyakit hati. Kata Regina Ibrahim, tak dak damai di hati gitu. Tapi kalau aku dah sampai tahap block hang tu, kita tahap paling extreme la aku boleh buat sebab memang aku tak mau ada kena mengena dengan hang dah. Kalau aku habis meluat pun, aku hide dan unfollow hang saja. Come on lah, umuq dah pelan tua, duk main-main sentap merajuk apa lagi.
Aku jenis, boleh layan, aku layan. Tapi aku dah meluat, aku belah teruih. No turning back. Takdak fake-fake punya, hang mai salam depan aku, aku boleh kalih tengok kot lain. Kena kering hati sikit, sebab banyak manusia ni kadang-kadang memang perangai macam haram jadah. Buat baik tak guna. Nak play play nice, sorry bukan akak ya.
BUAT HAL SENDIRI
Tahun ni aku rasa ada dua orang yang aku betui-betui teruih blah, tapi bukan tahap kena blocked. Seorang ni jenis tak tau hormat orang, opportunist, pastu fake nak mampuih. Kot depan semua manis, tapi kot belakang, macam-macam cerita dia duk buat. Tak boleh-tak boleh. Orang kedua adalah orang yang telah melukakan hati aku sebab hati dia terlalu kuat dan keras. Sampai dia tak heran dah hati hati orang lain. Aku pun sedaq diri juga sebab aku dah buat banyak salah kat dia, tapi memandangkan aku tak nampak masa depan yang baik antara kami, so aku blah sahajalah. Walaupun cara aku pergi tanpa sebarang kata, satu tindakan CELAKA oleh aku. Tapi daripada aku berdepan dan bercucuran air mata, adakah semua itu aku akan terus dihargai? Gituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
So mulai tahun ini hingga tahun-tahun mendatang, aku buat hal sendiri. Takdak dah aktiviti sampingan yang tak kena mengena melainkan diri aku, laki aku, family dan anak-anak ayam LahanJS. Senang habis cerita.
Blog aku akan tulis ...sorry tau hari tu aku buat gempak keling sikit kata nak tutup blog semua. Harap hangpa semua sudi membaca.

Ton ni passport cop pi Thailand, tahun depan insya Allah cop pi Thailand dan Morrocco kot. Steady Jumie........
DOA UNTUK SEMUA
Doa aku untuk semua sempena tahun baharu ini, aku harap hangpa semua dapat menjumpai jalan dan penyelesaian kepada semua urusan yang hangpa hadapi. Susah dan senang, itulah warna-warna yang kita kena hayati. Takdak istilah betul atau salah cara yang diguna pakai, letakkan kebahagiaan diri sendiri kat depan, sebelum nak berkorban teruk-teruk untuk orang lain.
Sekian, terimalah random photo untuk tahun 2019! Klik sini: Random Photo of 2019